Semalam aku EL..sebabnyaa.. bateri keta aku
'KONG'.
Pagi tuh dah siap dah nak pegi keje..
stat² keta..adess
tak boleh stat langsung..
Aduhai..boringnya.. Masuk umah laa balik.
Selalunya aku pegi balik keje hubby
aku hantar. Tapi hari Selasa hingga Jumaat
hubby aku ke Pangkor.. ada
kursus student Orientation Committee (OC).
Jadi kena la aku bawak keta gi keje.
Aku saje biarkan booth depan terbukak.
Cikgu sebelah umah tanya laa napa ngan keta.
Aku kata laa beteri 'kong'. Pas tuh dia ngan
anaknya tolong laa tolak keta aku kuar dari
porch.. so leh 'jumper' dari keta dia..
Kejap jer.. bila dah jumper tuh keta leh stat
laa.. Aku pun shoot ler ke kedai mekanik. Beli
bateri kering RM210.
Beteri Baru..
Kejap je pasangnya.. Pas tu ku gi ambik makcik aku
sebab kalau ikut plannya.. makcik aku yang patutnya
datang ofis ambik aku sebab nak gi ambik darah.
Iye laa minggu depan aku ada appointment doktor BP
aku.
Nasib baik semalam kat bahagian ambik darah tuh
lenggang jer..kalau tak selalu tuh penuh.. mungkin
ramai yang cuti² hujung tahun. Selesai ambik
darah.. gi makan kat foodcourt PPUM. Mula tuh
fikir tak nak makan nasi.. tapi bila tengok ada
gulai rebung perut.. laju jerk aku cedok nasik.
Memang fevert aku tuh.. gulai lemak rebung. Makcik
aku cuma makan meehoon sup jerk. Tapaukan mak dan
anak aku ciken chop. Balik dari hospital
singgah plak umah jiran makcik aku dia bagi
buah rambutan..hmm.sedap.. Pas tuh
aku balik laa umah.. dah penat.. zzzzz laa
hehehe...
Kredit KOSMO
BRAVO! BRAVO!.. Tahniah pada
Pasukan Harimau Malaya sebab berjaya
memenangi kejohanan bolasepak Piala Suzuki AFF
dengan aggregate 4:2.. Iyelah dah menunggu
selama 14 tahun akhirnyaa.. berjaya juga..
dan
TERIMA KASIH pada PM sebab
umumkan
esok.. CUTI! yeeehaaa....
Oleh sebab esok cuti.. dan kalau cuti blog tak
berupdate laa nampaknya..dan lusa dah
masuk tahun baru..
Aku ambil kesempatan ini ingin mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2011
pada teman² bloggerku
yang tersayang. Moga tahun baru
ini akan lebih ceria dan segala
azam dan impian akan tercapai..hendaknya..
p/s : Alhamdullillah azam dan keinginan aku telah dan hampir tercapai.. kalau nak tau..nanti aku update kemudian yer.. insyallah.. :)