Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet Ramadhan KL Kuala Lumpur Selangor untuk sesi iftar nanti?
Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda tuju untuk berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai?
Jangan risau, kami ada senarai buffet Ramadhan KL yang terkini. Harga yang dipaparkan adalah harga normal. Jika sempat, dapatkan harga early bird untuk penjimatan berganda! Nak maklumat lebih lanjut? Tekan sahaja link yang disertakan pada setiap tempat.
Melalui artikel ini, kami kongsikan senarai buffet Ramadhan yang boleh anda terjah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!
Nama Tempat | Alamat | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanak-kanak (RM) | Info |
Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur | 3, Jalan Jambu Mawar, Jinjang Selatan, 52000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 80.00 | 50.00 | Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur |
Aloft Kuala Lumpur Sentral | 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 188.00 | Aloft Kuala Lumpur Sentral | |
Eastin Hotel Kuala Lumpur | Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor | 198.00 | 99.00 | Eastin Hotel Kuala Lumpur |
Sheraton Petaling Jaya Hotel | Lorong Utara C, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor | 178.00 | 89.00 | Sheraton Petaling Jaya |
Royale Chulan Kuala Lumpur | 5, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 188.00+ | Royale Chulan Kuala Lumpur | |
Corus Hotel Kuala Lumpur | Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 158.00+ | 88.00+ | Corus Hotel Kuala Lumpur |
Element Kuala Lumpur | IB Tower, 8, Lrg Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur | 198.00 | Element Kuala Lumpur | |
Pullman Kuala Lumpur City Centre | 4, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 268.00+ | 134.00+ | Pullman Kuala Lumpur City Centre |
Sama-sama Hotel | Jalan Cta 4b, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor | 188.00 | 78.00 | Sama-Sama Hotel |
Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel | Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 189.00 | 94.50 | Sheraton Imperial Hotel |
The Westin Kuala Lumpur | 199, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 155.00+ | The Westin Kuala Lumpur | |
Le Meridien Kuala Lumpur | 2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 218.00-228.00 | 99.00 | Le Meridien Kuala Lumpur |
Novotel Kuala Lumpur City Centre | 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 118.00 | 70.00+ | Novotel Kuala Lumpur |
Hotel Maya Kuala Lumpur | 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 119.00 – 129.00 (Maya Brasserie) | 109.00 – 119.00 (Ballroom) | 59.00 – 69.00 (Maya Brasserie) | 49.00 -59.00 (Ballroom) | Hotel Maya Kuala Lumpur |
World Trade Centre | 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 148.00 | 85.00 | World Trade Centre Kuala Lumpur |
Tamu Hotel & Suites | 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 169.00+ | 70.00+ | Tamu Suites & Hotel |
Dorsett Hartamas Kuala Lumpur | Plaza Damas, D-G-8 3, No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur | 138.00 | 88.00 | Dorsett Hartamas Kuala Lumpur |
Premiera Hotel Kuala Lumpur | 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 160.00 | 80.00 | Premiera Hotel Kuala Lumpur |
Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur | 1, Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 188.00 | 98.00 | Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur |
Berjaya Times Square Hotel | Kuala Lumpur | 188.00 | 88.00 | Berjaya Times Square Hotel |
Seri Pacific Hotel | Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 119.00 | 59.00 | Seri Pacific Hotel |
ibis@KLCC | 32, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 119.00 – 139.00 | 89.00 | ibis Kuala Lumpur City Centre |
Impiana KLCC Hotel | Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur | 255.00+ | 127.00+ | Impiana KLCC Hotel |
Sofitel Kuala Lumpur Damansara | 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 228.00+ | 114.00+ | Sofitel Kuala Lumpur Damansara |
Grand Millenium Kuala Lumpur | 160, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 178.00+ | 89.00+ | Grand Millenium Kuala Lumpur |
The RuMa Hotel and Residences | 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 238.00 | 119.00 | The RuMa Hotel and Residences |
Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur tidak ketinggalan dalam menawarkan pakej buffet Ramadan yang mampu milik dengan harga berpatutan pada tahun ini. Bertemakan Santapan Melayu Klasik, pelbagai menu menarik termasuklah kambing golek, satay da ketupat.
Harga memang berpatutan iaitu serendah RM 80 untuk dewasa manakala RM 50 untuk kanak-kanak serta RM 65 untuk warga emas. Namun jika anda membuat tempahan sehingga 16 Feb 2025, anda dapat menikmati harga istimewa dengan pengurangan sebanyak RM5 dari harga asal.
Alamat: 3, Jalan Jambu Mawar, Jinjang Selatan, 52000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jom berbuka di Aloft Kuala Lumpur Sentral dengan tema Santapan Selat Melaka dan kali ini mereka mengetengahkan pelbagai menu tradisi dari Melaka. Ayam Pongteh, Kambing Bakar Berempah, Nasi Beriani, Pulut Tai Tai dan Rambutan Puding Diraja antara menu yang memikat selera.
Dapatkan harga promosi serendah RM 148 di Nook sehingga 28 Februari ini. Harga kembali normal iaitu RM 188. ffet ini bermula dari 3 Mac hingga 28 Mac 2025.
Alamat: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jom ber ‘Icip-Icip Kampungku’ di Eastin Hotel Kuala Lumpur. Antara menu yang pasti membuat anda menelan liur adalah kambing panggang, nasi briyani, sup gear box berempah, ayam penyet cabai hijau dan banyak lagi!
Dapatkan harga early bird dengan hanya RM 158 untuk seorang sebelum 6 Mac 2025. Lebih murah dan berbaloi! Bufet Ramadan ini berlangsung dari 7 Mac hingga 28 Mac 2025 dan pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung. Whatsapp talian 016-262 2070 untuk tempahan.
Alamat: Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Di sini anda boleh berbuka di Feast dengan tema Selera Kayangan mulai 4 Mac hingga 30 Mac 2025. Dapatkan harga permulaan bermula RM158.00 untuk dewasa manakala RM79.00 untuk kanak-kanak yang terhad..
Kambing Golek dan satay signature di Feast merupakan sajian utama yang mesti anda cuba. Jika anda berkenan dengan pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor ini, buat tempahan segera!
No telefon: +60 17-228 6098
Lokasi: Jalan Utara C, Petaling Jaya, Selangor
Warna Rasa merupakan tema buffet Ramadhan kali ini di Royale Chulan Kuala Lumpur. Pakej ini pasti tidak akan menghampakan anda dalam menyediakan hidangan yang terbaik. Lebih 150 hidangan terdiri daripada menu tradisi melayu, Cina, India, Japan dan masakan barat menanti anda! Lebih unik, mereka turut menyediakan beberapa gerai yang memasak secara langsung.
Maggi Udang Ghau Ghau dan Nasi Kerabu adalah menu yang di ketengahkan oleh mereka. Ada juga cendol, kambing golek, roti mamak maidin dan banyak lagi menu yang mengiurkan. Dapatkan segera harga promosi serendah RM 188.00 yang ditawarkan dalam tempoh yang terhad!
Lokasi: No 5, Jalan Conlay, Kuala Lumpur
Pake buffet Ramadhan bertemakan Gempita 29 Malam ini bermula 3 Mac sehingga 27 Mac 2025. Lebih 200 pilihan menu ditawarkan buat pengunjung dengan sentuhan menu klasik dan kontemporari. Dengar cerita kambing golek dan kuah percik telah diinovasikan dengan lebih sedap.
Nikmati diskaun sebanyak 20% jika anda membuat tempahan dari 1 Febuari sehingga 20 Februari ini. Hubungi atau Whatsapp +60 12 287 5820 untuk membuat tempahan.
Lokasi: Jalan Ampang, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia, Kuala Lumpur
Trace Restaurant & Bar akan menyajikan makanan tradisi Melayu, Cina, menu barat dan timur tengah dengan tema Selera Awangan. Banyak promosi ditawarkan termasuklah harga promosi serendah RM99, RM148 dan promosi Buy One Free One untuk waktu yang terhad!
Pakej buffet ini bermula 1 Mac hingga 28 Mac 2025. Klik pautan ini untuk melihat pelbagai menu yang tersedia untuk pengunjung.
Lokasi: Ilham Tower, 8 Jalan Binjai, Kuala Lumpur
Pakej bufet Ramadan di Pullman KLCC bertemakan Selera Ibunda sepanjang Ramadan ini. Buat tempahan sehingga 28 Februari 2025 untuk mendapatkan harga promosi dengan potongan sebanyak 30%. Bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah, tiada bayaran dikenakan.
Mee Udang Galah, Mexican nachos, Colek-colek Kelate dan Sultan Lamb Shank antara menu istimewa menanti anda! Klik pautan ini untuk membuat tempahan.
Lokasi: Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
Anda dapat merasakan lebih 365 sajian dari seluruh Samudra jika memilih untuk berbuka di sini. Anda juga boleh dapatkan harga promosi sebelum 28 Februari 2025 dengan kadar RM 148 sahaja untuk dewasa. Jika anda ingin mencuba makanan tradisi dari pelbagai negara, anda memang patut berbuka di sini! Bufet ini berlangsung dari 1 Mac hingga 30 Mac 2025.
No telefon: +016 262 0469
Lokasi: Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Jalan Cta 4b, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor
Raikan bulan mulia ini dengan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan untuk berbuka di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Dengan konsep Citarasa Orang Kita, dapatkan harga promosi serendah RM129 sahaja sebelum 22 Februari 2025. Pakej buffet bermula 2 Mac hingga 29 Mac 2025. Lebih 150 menu menarik menanti anda.
No telefon: +603 2717 9933
Lokasi: Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Jom Balik Kampung merupakan konsep buffet bagi The Westin Kuala Lumpur pada kali ini. Sudah pasti pelbagai hidangan buffet berkonsepkan masakan melayu disediakan dengan enak. Pihak hotel menawarkan pakej promosi serendah RM 155 yang boleh didapati sehingga 28 Mac 2025. Layari The Westin Kuala Lumpur.
Lokasi: 199 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Rencah-Rencah Sajian Selera di Latest Recipe akan diadakan bermula 2 Mac hingga 30 Mac 2025. Harga yang ditawarkan adalah RM165 untuk dewasa manakala RM 75 untuk kanak-kanak dengan waktu promosi yang terhad iaitu 28 Februari 2025.
Terdapat lebih 300 menu tradisional dan moden yang ditawarkan buat anda. Jenis menu pula, bukan ada masakan tradisi melayu sahaja, ada juga makanan Cina, India dan Jepun. Klik pautan untuk sebarang tempahan.
Lokasi: 2 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur
Novo Kambing Golek ‘Tergolek’, Ayam Percik Selayang, Ayam Pongteh Peranakan, Rendang Daging, Udang Mongolian dan Kari Kepala Ikan Kandar antara menu tradisi yang pasti kena dengan tekak anda!
Bertemakan Warisan Klasik Ibunda, dapatkan harga early bird serendah RM100 sebelum 28 Februari 2025. Buffet ini diadakan dari 12 Mac hingga 27 Mac 2025.
No telefon: 016 229 9274
Lokasi: 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Di Hotel Maya, ada dua pilihan untuk anda berbuka puasa iaitu di Ballroom dan di Maya Brasserie. Buffet Ramadan di Ballroom bertemakan Selera Maya bermula dari 7 Mac hingga 28 Mac 2025. Buffet di Maya Brasserie pula diadakan dari 3 Mac hingga 28 Mac, bertemakan Secret Garden Buffet Dinner.
Klik pautan ini untuk membuat tempahan terus melalui website.
Lokasi: 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Riverside Restaurant di Laman Tradisi, World Trade Centre membawakan pakej bufet yang cukup berbaloi bermula 7 Mac hingga 28 Mac 2025. Mereka menawarkan lebih 300 menu kampung yang menyelerakan bersama dua gerai menu istimewa iaitu Nasi kandar Saddam dan Nasi Mandy Al-Yemen.
Harga sangat berpatutan dengan menu yang ditawarkan iaitu RM148 untuk dewasa manakala RM85 untuk waega emas dan kanak-kanak. Jika berkesempatan, dapatkan harga promosi serendah RM118 sahaja. Ada surau untuk solat fardhu dan anda boleh solat terawih (setiap hari) yang dipimpin oleh imam.
No telefon: 03-2614 6701/6702 | 019-2678960
Lokasi: 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Suasana@27 Restaurant akan menyajikan pelbagai menu menarik sempena Ramadan dengan tema Ramadhan Extravaganza. Harga promosi serendah RM99 yang boleh didapati sehingga 28 Februari ini. Buffet berlangsung dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025.
No telefon: 03-2603 1999 | 019 303 9360
Lokasi: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jadi yang terawal untuk dapatkan tawaran harga serendah RM 118 untuk dewasa jika anda mendapatkan baucer sehingga 28 Februari 2025. Bertemakan Warisan Serumpun, nantikan kemunculan istimewa dari chef terkemuka iaitu Chef Fikree berkalobarasi bersama Chef Ahmad dan krew yang lain untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan sedap.
Buffet menghidangkan aneka jenis makanan tradisi Malaysia dan Indonesia! Buffet Ramadan ini diadakan bermula 5 Mac hingga 28 Mac 2025.
No telefon: 012 688 3043
Lokasi: Plaza Damas, D-G-8 3, No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Ramadan Retro Klasik merupakan konsep buffet Ramadan bagi Premiera Hotel pada tahun ini. Anda pasti gemar dengan menu utama iaitu Ramadan! Nikmatilah pelbagai hidangan yang lazat, termasuk Kambing Bakar Arang Kayu, Ketam Masak Lemak Cili Api dan Sup Gearbox 6 Sekawan. Mereka turut menawarkan durian untuk pengunjung, memang spesial!
Jom peroleh harga jimat dengan hanya RM120 untuk dewasa sebelum 2 Mac 2025! Tak cukup dengan itu, anda boleh bertarawih di sini di surau yang berada di Tingkat 7.
Lokasi: Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Pakej buffet Ramadan di sini bermula 5 Mac sehingga 29 Mac 2025. Dengan tema Sajian Warisan Nusantara, sudah pasti menu tradisi dihidangkan kepada anda dan lebih 150 pilihan menu buat anda. Hubungi atau Whatsapp talian di bawah untuk memperoleh harga istimewa.
No telefon: +603 2298 1888
Lokasi: No 1, Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Di Berjaya Times Square Hotel pula, buffet Ramadan di sini bertemakan 𝐊𝐥𝐚𝐬𝐢𝐤 𝟑 𝐑𝐚𝐬𝐚. Pakej buffet ini bermula dari 3 Mac sehingga 28 Mac 2025. Dapatkan harga promosi bermula Januari sehingga 28 Februari 2025 dengan kadar RM 138 untuk dewasa manakala RM 68 untuk kanak-kanak.
Sup Gearbox, Kari Kepala Ikan dan Kambing Golek antara lebih 150 menu istimewa yang bakal disajikan buat anda! Jika anda berbuka di sini, anda akan disajikan dengan persembahan dari band tempatan secara lansung.
No telefon: +6018 3967362
Lokasi: 1 Jalan Imbi, Kuala Lumpur
Jom berbuka dengan Warisan Seri Nusantara di Seri Pacific Hotel bermula 5 Mac hingga 29 Mac 2025! Buffet akan berlangsung di Pacific Ballroom, Aras 2. Harga memang berbaloi iaitu hanya RM119 untuk dewasa manakala RM59 untuk kanak-kanak.
No Whatsapp: 011-3916 8907
Lokasi: Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tema buffet ramadan kali ini di ibis KLCC adalah Citarasa Warisan Kampung yang akan diadakan pada 1 Mac sehingga 28 Mac 2025. Anda boleh dapatkan pakej serendah RM119 untuk dewasa jika membuat tempahan dari 1 Mac hingga 7 Mac 2025.
Antara menu spesial buat anda yang ingin berbuka di sini semestinya kambing golek, gulai kawah dan sup tulang kambing. Bukan itu sahaja, anda akan disajikan dengan persembahan buskers secara langsung. Memang meriah!
No telefon: +60 3-2778 3388
Lokasi: 32, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tonka Bean Cafe & Deli merupakan lokasi yang akan diadakan pakej berbuka ini dengan tema Bazaar Ramadan Jalan Pinang. Lebih 180 menu menanti anda. Bagi penggemar durian, anda boleh menikmatinya dengan puas sewaktu berbuka! Tak lupa juga, ada 16 perisa ais krim Baskin Robbins.
Nak lebih jimat, dapatkan harga promosi serendah RM 198, terhad sehingga 28 Februari 2025 sahaja. Surau disediakan di tingkat satu dan ada imam yang akan mengetuai tarawih anda di sini. Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan dari Seni Melodi Band.
Klik pautan ini untuk sebarang tempahan.
Lokasi: Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Bertemakan Destinasi Rasa Serantau, sebanyak 30% diskaun akan diberi jika anda membuat tempahan awal buffet sebelum 28 Februari 2025!
Udang Galah Masak Di Raja, Mee Udang Harimau, Nasi Biryani Sunquick Berlauk dan Kambing Golek Nusantara antara menu istimewa yang akan disajikan buat anda. Buffet ini akan berlansung dari 1 Mac sehingga 30 Mac ini! Tunggu apa lagi? Jom buat tempahan sekarang!
No telefon: +603 2720 6688 | +60 17 511 7725
Lokasi: No 6 Jalan Damanlela Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Jangan lepaskan peluang untuk turut merasai Jom Makan 2.0 dengan menu utama iaitu Kawah Pak Ali terdiri dari Asam Pedas Telur Ikan Mayong, Gulai Kawah Kelantan dan Telur Itik Masak Lemak Cili Api. Menu seperti Sup Daging Selat, Kambing Bakar Utara Berasap dan pelbagai manisan lain turut disediakan buat pengunjung.
Sambil makan, pengunjung dapat menikmati persembahan ghazal secara langsung. Buat tempahan sebelum 28 Februari dan anda berpeluang mendapatkan harga serendah RM 143! Whatsapp +6012 317 0120 untuk sebarang maklumat dan tempahan.
Lokasi: 160 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
SANTAI Pool Bar & Lounge di The RuMa Hotel & Residences membawakan pakej buffet Ramadan bertemakan Sajian Warisan untuk tahun ini. Segala hidangan pasti dapat mengimbau nostalgia terhadap masakan melayu. Nasi Air Kelantan, Gulai Kawah, Patin Tempoyak, Satay, Ikan Bakar, Roti John dan Murtabak antara menu yang mengunggah selera.
Pakej buffet bermula 3 Mac 2025 sehingga 27 Mac 2025. Buat tempahan sebelum 7 Mac 2025 untuk mendapatkan diskaun sebanyak 20%! Layari The RuMa Hotel & Residences untuk membuat tempahan.
Lokasi: 7, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Disini kami kongsikan senarai buffet Ramadhan yang boleh anda terjah sekitar Shah Alam:
Nama Tempat | Alamat | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanak-kanak (RM) | Info |
Hotel Armada Petaling Jaya | Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor | 158.00+ | 79.00+ | Hotel Armada Petaling Jaya |
One World Hotel | City Centre, First Avenue, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor | 238.00 | 119.00 | One World Hotel |
Grand Barakah Hotel Ampang | Jalan Selaman 1, 2, Jalan Ampang, Palm Square 68000 Ampang, Selangor Ampang, 68000 Shah Alam, Selangor | 138.00 | 78.00 | Grand Barakah Hotel Ampang |
Concorde Hotel Shah Alam | 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor | 145.00 | 65.00 | Concorde Hotel Shah Alam |
Nexus Regency Suites & Hotel | 2, Jalan Perimbun 27/11, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor | 88.00 | 44.00 | Nexus Regency Suites & Hotel |
Acapella Suite Hotel & Residences | No. 8, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor | 110.00 – 135.00 | 65.00-80.00 | Acapella Suite Hotel & Residences |
Hotel Tenera | Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor | 158.00 | 78.00 | Hotel Tenera |
Mardhiyyah Hotel & Suites | No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor | 175.00 | Mardhiyyah Hotel & Suites | |
M World Hotel | 1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor | 218.00 | 109.00 | M World Hotel |
Geno Hotel | Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya, Selangor | 138.00 | 69.00 | Geno Hotel |
Warisan Ibunds Buffet Dinner bermula pada 5 Mac hingga 30 Mac 2025. Harga early bird akan ditawarkan sehingga 2 Mac ini dengan terhad. Melalui tawaran ini, anda hanya perlu membayar serendah RM 128 sahaja. Nak maklumat lanjut, segera hubungi nombor tertera.
No telefon: +603 7954 6888
Lokasi: Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Berbuka dengan Ramadan bersama Chef 2025 (Sajian 14 negeri) di One World Hotel untuk menikmati pelbagai juadah tradisi di Cinnamon Coffee House. Jangan lepaskan peluang untuk memperoleh diskaun dengan RM 178.00 untuk dewasa manakala RM 89.00 untuk kanak-kanak sehingga 15 Februari ini! Pakej berbuka puasa ini akan diadakan bermula 2 Mac sehingga 29 Mac 2025.
No telefon: +603 7681 1113 | WhatsApp (+6016-210 9521)
Lokasi: First Avenue, Bandar Utama City Centre, Petaling Jaya, Selangor
Cenderawasih Grand Ballroom tidak melepaskan peluang untuk mengadakan buffet Ramadan dengan tema Ramadan Iftar. Ia diadakan bermula 1 Mac sehingga 29 Mac 2025. Ada lebih 100 menu menarik ditawarkan buat pengunjung yang pasti rambang mata untuk memilihmya.
No telefon: 019 756 4070
Lokasi: Jalan Selaman 1/2 Palm Square, Ampang Point, Jalan Ampang, Ampang, Selangor
Sesekali ajak keluarga berbuka di hotel pasti seronok. Ajak sahaja yang tersayang berbuka di Hotel Concorde Shah Alam. Jika berkesempatan, dapatkan tawaran serendah RM 125 untuk tiga hari pertama buffet ini diadakan agar lebih jimat dan berbaloi.
Pakej berbuka puasa ini diadakan bermula 2 Mac hingga 30 Mac 2025. Bertemakan Iftar Citarasa Nenda, pelbagai menu tradisi akan dihidangkan buat anda. Surau dan imam untuk solat dan terawih disediakan buat pengunjung.
No telefon: 012 289 8103
Lokasi: 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor
Buffet Ramadan di Nexus Regency Suites & Hotel pasti dapat memenuhi citarasa berbuka anda. Pelbagai jenis hidangan melazatkan disediakan oleh Seni Kitchen untuk pilihan anda.
Anda perlu cuba kerana pakej buffet sangat berbaloi dan mampu milik. Buffet Ramadan di sini akan berlangsung dari 4 Mac sehingga 29 Mac 2025. Dapatkan harga early bird serendah RM78 terhad sehingga 26 Februari ini.
No telefon: 010-222 9591
Lokasi: 2, Jalan Perimbun 27/11, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor
Nak berbuka dengan citarasa Acappella dengan tema Bazar Riuh? Jom berbuka bersama Acappella Suite Hotel & Residences yang bermula 6 Mac sehingga 27 Mac 2025. Scan qr code di atas untuk membuat tempahan segera. Harga berbeza mengikut hari.
Lokasi: No. 8, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Jom buat tempahan awal sebelum 15 Februari untuk mendapatkan harga promosi serendah RM98 sahaja. Dengan tema Serantau Desa, lebih 150 menu akan disajikan buat pelanggan dan banyak gerai menarik menanti! Jom pilih tarikh berbuka antara 3 Mac sehingga 29 Mac 2025 ini!
Pautan: Hotel Tenera
Lokasi: Persiaran Kemajuan, Bangi, Selangor
Jom merasai menu buffet Ramadan di Mardhiyyah Hotel & Suites yang bertemakan Destinasi Rasa 2.0. Majoriti menunya semestinya menu tradisi seluruh negeri. Tawaran RM145 diberikan untuk 2000 yang terawal sehingga 15 Febuari ini.
No telefon: 019 273 6801 | 019-263 9801 | 019-275 7801 | 019-261 6847
Lokasi: Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
Rasai keenakan Sajian Senja Ramadhan hanya di M World Hotel. Lebih 300 menu menarik terdiri dari masakan tradisi melayu dan moden, pasti rambang mata untuk memilihnya. Harga promosi akan ditawarkan sehingga 26 Februari ini dengan potongan 25% untuk dewasa.
No telefon: 03 7681 7666
Lokasi: 1, Persiaran Bandar Utama, PJU6 Bandar Utama City Center, Petaling Jaya, Selangor
Lokasi terakhir pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor untuk kawasan Shah Alam adalah Geno Hotel. Anda akan merasai pengalaman yang menarik berbuka puasa di sini, bertemakan Selera Desa. Harga early bird serendah RM118 untuk dewasa manakala RM 59 untuk kanak-kanak dan RM69 untuk warga emas, terhad sehingga 15 Februari 2025.
Lokasi: Geno Hotel Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, Shah Alam, Selangor
Disini kami selitkan juga dalam senarai buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor yang boleh anda terjah di sekitar Putrajaya. Untuk orang yang tinggal sekitar Putrajaya, Bangi dan Puchong mungkin berminat dengan lokasi yang akan kami kongsikan ini:
Nama Tempat | Alamat | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanak-kanak (RM) | Info |
Pusat Konvensyen Centre Putrajaya (PICC) | International Convention Centre, Jalan P5, Presint 5, 62000 Putrajaya | 109.00 | 55.00 | Pusat Konvensyen Centre Putrajaya |
The Everly Hotel | 1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya | 138.00 | 59.00 | The Everly Hotel |
Mariott Putrajaya | IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya | 218.00 | 109.00 | Mariott Putrajaya |
Zenith Putrajaya | Jalan P2a, Presint 2, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya | 168.00 | 98.00 | Zenith Putrajaya |
Pulse Grande Hotel | Taman Putra Perdana, Jalan Putra Perdana, Presint 1, 62000 Putrajaya | 138.00 | 69.00 | Pulse Grande Hotel |
Le Meridien Putrajaya | Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya | 208.00 | 104.00 | Le Meridien Putrajaya |
Dorsett Putrajaya | Precinct 3, 62000 Putrajaya | 148.00 | 100.00 | Dorsett Putrajaya |
Park In by Radisson Putrajaya | Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor | 108.00 | 54.00 | Park In By Radisson Putrajaya |
Glow Putrajaya | XM9R+VW, Presint 13, 62300 Putrajaya | 68.00 | 28.00 | Glow Putrajaya |
BaraOmbak Marina Putrajaya | Boraombak Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya | 85.00+ | 45.00+ | BaraOmbak Marina Putrajaya |
Cita Rasa Klasik membawakan kepada anda menu-menu klasik yang pasti mengimbau 1001 memori lalu. Buffet ini diadakan bermula 3 Mac sehingga 28 Mac 2025. Sambil menikmati juadah puasa, Rosma Sidik akan menemani anda sepanjang pakej buffet ini berlangsung.
No telefon: +603 8887 6000
Lokasi: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bertemakan Fiesta Ria Ramadan, The Everly Putrajaya menawarkan pelbagai menu dari 3 Mac sehingga 28 Mac 2025. Harga yang ditawarkan serendah RM118 namun terhad untuk pembelian awal sahaja. Harga kembali asal iaitu RM138 untuk dewasa.
No telefon: 03-8892 2929
Lokasi: No.1 Jalan Alamanda 2, Precinct 1, Putrajaya
Harga early bird ditawarkan sehingga 28 Februari ini dan harganya lebih murah dan berbaloi. Anda boleh dapatkan harga asal serendah RM218 bagi dewasa dan RM109 bagi kanak-kanak. Dengan tema Merentas Tradisi @ Pentas Citarasa, anda boleh merasai pelbagai menu tempatan dan Asia.
No telefon: +6011 5686 5608
Lokasi: IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kali ini Zenith Putrajaya mengadakan buffet Ramadan bertemakan Cahaya Ramadan Al-Qareem bermula 4 Mac hingga 27 Mac 2025. Dapatkan harga promosi iaitu RM138 untuk dewasa manakala RM88 untuk kanak-kanak. Namun harga ini terhad sehingga 1 Mac 2025 sahaja.
Tak perlu lagi pening mencari buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor, datang saja ke sini dan nikmati lebih 200 makanan bersama yang tersayang.
No telefon: +603 8893 9993
Lokasi: No 1, Jalan P2/A, Presint 2, Putrajaya
Jom Santai Iftar Selera Malaysia di Pulse Grande Hotel Putrajaya bermula 2 Mac sehingga 28 Mac 2025! Makanan yang disajikan semestinya makanan dari seluruh pelusuk negeri. Ada juga menu dengan citarasa Asia dan antarabangsa. Jika sempat, dapatkan harga tawaran serendah RM105 sehingga 2 Mac 2025!
No telefon: 03-8887 8888
Lokasi: Taman Putra Perdana, Presint 1, Putrajaya
Tahun ini, menu-menu buffet di Le Meridien Putrajaya lebih menarik dan sedap, bertemakan Destinasi Destinasi Rasa: Eksplorasi Citarasa Tempatan & Antarabangsa. Harga sebenar ialah RM208 untuk dewasa manakala RM104 untuk kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan awal, hubungi mereka di talian +603 8689 6888/6862 atau WhatsApp menerusi +6012 4073101/+6012 725 5101.
Lokasi: Lebuh Irc, Ioi Resort City, Sepang, Putrajaya
Mungkin anda tertarik untuk berbuka dengan #Bismillah Citarasa Sajian Malam Rasa & Riadah di Dorsett Putrajaya. Terdapat lebih 160 juadah pilihan anda bermula 3 Mac hingga 28 Mac 2025. Bukan itu sahaja, pengunjung akan disajikan dengan persembahan secara langsung setiap hari.
No telefon: 016 668 0265
Lokasi: Precinct 3, 62000 Putrajaya
Anda pasti tertarik dengan pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor yang ini. Bertemakan Sajian Warisan Bonda, buffet ini diadakan bermula 2 Mac hingga 28 Mac 2025. Lebih 100 hidangan menanti anda. Sambil makan, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung.
No telefon: 03 8911 1999
Lokasi: Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor
Ada lagi buffet Ramadan yang menarik dan murah iaitu di Glow Putrajaya. Jom buat tempahan awal dengan hanya RM48 untuk dewasa. Tawaran harga bawah RM100 ini memang mampu milik.
Antara menu istimewa yang disediakan adalah nasi arab, ayam panggang, gulai daging umbut pisang dan lain-lain. Nak tengok pelbagai menu lain? Layari Facebook Glow Putrajaya.
No telefon: 013 347 8857
Lokasi: Glamping Wetland Putrajaya, Persiaran persekutuan, Presint 13, Putrajaya
Banyak juga destinasi buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor untuk tahun ini. Harga yang kami sertakan juga berpatutan dan kurang RM200. Pasti anda sudah mula rambang mata!
Bagi yang sudah mula merancang untuk berbuka ke destinasi yang kami sertakan di atas, kami nasihatkan agar anda membuat tempahan awal untuk mendapat harga promosi yang jauh lebih murah. Anda digalakkan membuat tempahan secara dalam talian kerana ada tempat yang memberikan harga yang lebih murah berbanding walk-in.
Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang mungkin masih tidak menemukan destinasi buffet yang berpatutan harganya. Selamat berpuasa dan selamat berbuka!
*Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memberi info yang relavan dan terkini tentang tempat buffet Ramadhan di KL Kuala Lumpur dan Selangor.
Kami juga ada menulis artikel yang lain seperti: