Info ini Kak Noor perolehi daripada laman web `Try Masak' semasa blogwalking. Ingin sekali dikongsi bersama rakan-rakan. Kak Noor sendiri pun pada mulanya zero info juga apa itu garam masala. Bila dah kerap memasak lauk ala mamak, kenalah ambil tahu juga apa itu garam masala. Tetapi kebiasaannya Kak Noor beli aje garam masala ini yang telah siap packing di pasar raya. Kalau anda pernah pergi ke Pasar Raya Besar Mydin di Subang Jaya, pelbagai rempah ratus ada di sana. Anda boleh pilih yang telah siap packing atau cedok sendiri dalam kuantiti yang anda perlukan dan timbang. Apa itu Garam Masala? Garam Masala bermaksud rempah (masala) pedas (garam). Ia adalah campuran rempah-rempah yang mula digunakan di seluruh India. Terdapat pelbagai jenis garam masala di India. Antara bahan yang biasa dicampur ialah lada putih dan hitam, bunga cengkih, daun bay, jintan, kayu manis, pelaga, buah pala, bunga la...
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com