Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

13 December, 2024

Boarding time with Buddies Part 5 : Sesi Pertukaran Hadiah

by on December 13, 2024

 

Sesi Pertukaran Hadiah | Aktiviti penutup untuk sesi boarding kali ini adalah pertukaran hadiah. Harga setiap hadiah adalah terpulang pada masing-masing sebab nieyl nak cipta memori dan setiap hadiah yang diberikan ada nilai persahabatan yang mahal. 

Nieyl sediakan hadiah 2 gift iaitu beg cute untuk simpan ( pad wanita ) satu warna pink dan satu warna biru. Dan satu lagi nieyl bagi headband untuk syida warna pink dan untuk afika warna grey.

Syida pula sediakan hadiah pillow neck untuk nieyl dan afika. Kata syida untuk pergi kundasang nanti. Sumpah cute gila

Dan last sekali afika, dia bagi lego berbentuk bunga untuk nieyl dan Syida. Serius cakap nieyl tak mampu nak buat sebab dia perlukan fokus yang mendalam ya kawan-kawan. Dia lain sikit lego dia ni..Apa-apa pun..nieyl punya dah siap pasang !

Nieyl dapat warna kuning, bila dah jadi rupa nieyl letak dekat pejabat je letak di antara super mario nieyl tu. 

Alhamdulillah segala perancangan dan itinerary nieyl kali ini berjalan dengan baik dan tersusun. Dan kita berjaya mengikutnya tanpa menderhaka hehehe.. seharian yang penuh dengan aktiviti dan memori yang takkan dilupakan..Semoga persahabatan ini akan kekal hingga ke Jannah..Amin..





12 December, 2024

Boarding time with Buddies Part 4 : Taman Botani Putrajaya

by on December 12, 2024

 

Taman Botani Putrajaya | Kisah nak naik basikal ni dah lama terpedam tau, ada beberapa kali kitaorang nak pergi asyik je hujan. Masa nak pergi ni pun dalam hati cakap janganlah hujan, walaupun langit tu memang nampak nak mendung tapi sekejap sahaja. So, sampai je taman botani tu kitaorang jalan kaki masuk dalam sebab nak nikmati pemandangan, lepas tu pergi dekat tempat orang sewa naik bot. Tapi tak ada nak naik pun saja cuci mata, lepas tu nampak dalam tasik tu banyak ikan dan dekat kaunter pula ada jual makan ikan rm3 sepaket. Kitaorang beli dan bagi ikan-ikan dalam tasik tu makan. Ya Allah banyak ya korang ikan dalam tuu..

Selepas tu, baru kitaorang pergi sewa basikal sorang satu sebab masing-masing nak bawa badan sendiri hahaha.. Walaupun laluan dia penuh dengan cabaran berbukit sikit tapi kami berjaya melepasinya dengan bangga hahaha berpeluh ya kawan-kawan.. Kitaorang sewa RM10/pax untuk 30-45 minit rasanya. 

Kenangan bertiga bersama basikal, seronok naik basikal santai-santai macam ni tengok pemandangan kehijauan taman ni. 

Love gambar ni.. nieyl ada post gambar ni dekat IG story dan ada orang DM cakap dia suka tengok persahabatan kiteorang bertiga. Walaupun berbeza umur ya tapi masih boleh bersahabat dan sekepala. 


Alhamdulillah, rezeki Allah beri sahabat yang baik..♥



Boarding time with Buddies Part 3 : Thong Bowl IOI City Mall Putrajaya

by on December 12, 2024


Thong Bowl IOI City Mall Putrajaya | Selepas dah bermandi peluh dibawah terik matahari, mohlah kita dapatkan kesegaran di dalam aircond pula. Kali ini nieyl pilih untuk lunch dekat Thong Bowl, sebab dah banyak kali dah fyp dekat TT nieyl tu, tak terpergi-pergi, so dah alang-alang keluar dengan dieorang ni nieyl masukkan lah dalam Itinerary tu..hehehe.. Dan kebetulan, dioerang berdua pun first time juga nak merasa. 

Masing-masing dahaga air sejuk, Afika dia order milk tea, syida order Green Milk tea dan nieyl order mineral water dan ais secawan. Nieyl memang nak elakkan minum air yang bersusu ni time makan sup takut muak. 

Kitaorang order 2 jenis mee dan satu pedas dan tak pedas.  Kitaorang pilih Sliced Aus beef, beef ball dan braised brisket Noodle. Mangkuk dia besar ya kawan-kawan tapi Alhamdulillah..kami makan dengan licin ya sebab memang tengah lapar hehehe... Dan kedai ni approve juga..

Total makan dekat sini untuk 3 orang RM90.75 sahaja

Ok next destinasiiii hehehe...





 

10 December, 2024

Boarding time with Buddies Part 2 : Farm Fresh UPM Serdang

by on December 10, 2024


Farm Fresh UPM Serdang | Destinasi yang kedua adalah Farm Fresh UPM yang terletak di Serdang. Selalu tengok iklan farm fresh je, so kali ini kita pergi sana untuk tengok apa yang best dekat sana tapi tujuan asalnya nak OOTD dan makan Ais Krim je pun hehehe..

Sebelum masuk kita beli tiket dulu dewasa RM15 seorang. Kita pakai tagging serius terasa macam lawatan sekolah tau sebab budak-budak memang ramai dan dewasa pun ramai juga. 

Dekat situ dia macam mini zoo, ada beberapa binatang macam ayam, macam2 jenis ayam ada, burung, kambing dan macam2 lagi. Tarikan paling besar dekat farm fresh tu adalah lembu la.. Dan..dan kalau korang lalu bau lembu , korang bolehlah pergi jalan-jalan area kandang lembu tu tapi kalau korang jenis tak tahan bau busuk lembu, better tak payah pergi area lembu kang muntah hijau pulak kang. 

Lepas dah habis ronda situ, kita berOOTD pula. Disebabkan masing-masing lupa bawa tripod jadi kita guna apa sahaja baang yang ada untuk jadikan stand.

Masa ni awan memang tersangat cantik, dengan pemandangan hijaunya semua gambar yang kitaorang snap sumpah cantik sangat.

Biasalah feeling-feeling dah sampai kundasang ni hahaha. Cantikkan kedudukan matahari tu..

Afika kalau tak candid memang tak sah budak sorang ni. Macam-macam gaya dia buat hahaha

Syida biasa dia memang sopan sikit.. Dia rosak duduk dengan nieyl dengan afika hehehe...

Dah panas-panas berOOTD tu, kita pergi beli aiskrim farm fresh. Duduk bawah pokok sambil bersembang tentang kundasang. Sebab suasa farm fresh ni memang ala-ala kundasang cuma cuaca je la berbeza sikit hehe...

Duduk-duduk tu panjanglah pokok di kemuncak bukit tu, kang best kalau dapat pergi atas tu kan.. Lepas dah habis aiskrim, kitaorang mulakan perjalanan untuk ke kereta. On the way tu afika mencuba nasib tanya trak tu boleh naik ke dia tanya orang tu. Orang tu kata boleh, terus kitaorang bertiga berlari naik hahaha

Tadaa..kitaorang dah on the way nak naik bukit untuk ke puncak pokok yang nieyl tunjuk tadi tu. excited sis..

Muka excited masing-masing akhirnya dapat juga naik ke puncak bukit UPM hahaha..jadi ler kan..Free je tau naik ni..

Finally, tanda kami bertiga dah sampai ke Farm Fresh UPM. Walaupun dekat atas tu sebenarnya rasa panas ya. Nasib baik gambar cun . Tak lama pun dekat atas tu lebih kurang 10 min je lepas tu kita turun dan balik ke kereta. 

Total kos ke sini hanya RM25 sahaja ( Tiket dan Aiskrim )

Ok next....











09 December, 2024

Boarding time with Buddies Part 1 : Chulop! And Boms & Buns di Bangi Avenue

by on December 09, 2024

 

Chulop! And Boms & Buns di Bangi Avenue | Bulan lepas nieyl ada sharekan dengan korang, yang plan nieyl nak bording time dengan Afika dan Syida sebagai penutup 2024. Alhamdulillah, Allah permudahkan perancangan nieyl menjadi kenyataan dan berjalan seperti yang nieyl rancang. Seperti biasa itinerary by nieyl dan nieyl memilih tema baju BLACK PINK. Sorry afika dia kena redha pemilihan tema warna kali ini hihihihi. 

Afika bergerak dari Batu Pahat jam 5.30 Pagi pada hari sabtu tu, dan dia sampai putrajaya pukul7 pagi. Dia singgah rumah Syida dulu, plan awalnya nak gerak pukul9.30 pagi. Jadinya, nieyl pun biasalah relax-relax lagi bersantai-santai dalam pukul8.30 pagi dapat whatsapp SURPRISE dieorang berdua dah ada depan rumah nieyl. Korang rasa apa?dengan tak mandi, berbaju tidur lagi ni. Disebabkan nak surprisekan nieyl sangat, moh kita sidai dia 2 orang tu sampai 9.30 pagi. ha..rasakan..hahaha.. Padan muka siapa suruh surprise-surprise macam ni hahaha.. 

Jadi nieyl suruh dieorang berdua pergi sarapan dulu dekat kedai makan abg nieyl tu sementara nak tunggu nieyl bersiap ni. Alih-alih 9.30 pagi baru nieyl siap sepenuhnya dan kitaorang terus bergerak ke destinasi Pertama kita iaitu Sesi Santai dan Sembang di Chulop! And Boms & Buns di Bangi Avenue. Cafe ni baru juga buka beberapa bulan. Dan sebelum ni, cafe ni hanya ada di Singapore sahaja, owner dia adalah Syarif Sleeq..So, atas permintaan rakyat malaysia ni Syarif buka cawangan yang pertama di Malaysia. So, nieyl antara salah seorang peminat churros so memang nieyl nak pergi sini untuk rasa sendiri.

Waktu nieyl sampai tu dalam pukul10.30 macam tu, cafe pun dah ada beberapa customer. Table masih ada lagi kosong. Jadi, kita pilih meja yang boleh nampak view cafe yang cantik ni.

Actullay asalnya kita nak pilih tempat yang hujung tu, tapi masa sampai dah ada yang duduk situ jadi kita ambil table yang boleh nampak deco Chulop tu. Masa ni customer yang duduk situ dah beransur dah. Nak pindah tempat, malas dah time ni hehehe..

Antara boms & bums yang cute-cute yang ada ketika itu. Nieyl memang dah lama nak try kesedapan dia yang sentiasa menjadi pilihan mereka-mereka yang datang sini. 

Dia banyak sangat pilihan yang korang boleh pilih. Cuma dari segi harga tu dia berbeza tau. Kalau tak silap nieyl yang paling murah RM9.90 rasanya sebiji. 

Ini antara yang nieyl, afika dan syida order untuk buat rasa-rasa orang kata. Kami tak order banyak, biasanya kiteorang akan order untuk kongsi-kongsi sahaja. Cubalah teka, berapa RM semua ni...

Nieyl pilih Belgian Chocolate Bom dan Berrie & Cream Bom yang dia ni recommend oleh adik kaunter tu. Untuk nieyl dia sedap cumaaa cream dalam tu terlalu banyak dan manis. Kalau kurang manis, mungkin kena dengan tekak nieyl. Si Syida makan pun cream dia dia tak makan..

Ini pulak 4 Churros With 1 Dip, Afika pilih Spanish Caramel Dip harga untuk 4 Churros ni adalah RM10. Apa yang best Churros ni dia tak berminyak, tak berapa manis just nice je sedap..

Yang ini pula nieyl order 20 Churros Bites With  1 Dip , nieyl pilih Milk Chocolate. Yang ni makan tak habis ebab terasa banyak pula hehehe..nieyl bawa balik rumah. 

Tadaaa..dengan rasminya kami bertemakan black pink ..Sweet kan?Nasib baiklah dieorang ni sporting layan je dan dieorang ni suka kalau nieyl yang buat itinerary. Mesti pergi tempat-tempat yang best..hihihi..


Dekat sini kita lepas borak-borak, gelak dalam 1 jam lebih juga. Dah lama tak sembang bertentang mata ni kan, so banyak jela cerita yang nak di sembangkan tu. Lagi-lagi afika, dia yang paling banyak cerita nak cerita. Oh ya, sebelum nieyl terlupaaa total makan dekat sini adalah RM74.30 untuk 3 orang kalau bahagi tu lebih kurang seorang RM25.. Dan dieorang berdua Approve cafe ni..

So, cuba teka lepas ni nieyl nak bawa dieorang ke mana?kalau korang pun nak tahu, stay tuned ok nanti nieyl update lagi ok..










23 October, 2024

Plan Boarding Outing

by on October 23, 2024

Plan Boarding Outing | Sejak balik jalan-jalan JB tu, kiteorang bertiga dah lama tak bertentang mata berenam sebab masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Lagi-lagi si Afika tu dia semakin sibuk sejak duduk BP semula. Bekerja lepas tu dia sekarang layan gym, setiap hari nampak status dia pergi main gym. Lepas tu dia pergi travel sana sini. Kalau dia datang Cyberjaya pun tak sempat kitaorang nak jumpa sebab dia rushing jumpa kakak dengan anak buah dia lepas tu balik ke Batu Pahat semula. 

Yang si syida pula walaupun nieyl dengan dia satu opis tapi jarang-jarang dapat jumpa dia. Sebab dia sekarang pun sibuk meeting , bengkel dekat luar. Macam semalam pun nak jumpa, dia kerja duty dekat Parlimen , tapi pagi tadi naik lif terjumpa dalam lif hahaha..

So, nieyl tengah plan nak ajak dieorang jumpa sebagai penutup 2024 kononnya. Kalau tak buat plan, memang payah nak jumpa. So, nieyl tadi dah bagi suggestion date untuk kita bertiga berjumpa. So far, nampak positif date yang nieyl bagi tu. Now, nieyl nak fikir apa aktiviti yang kita boleh buat seharian nanti. So far dah ada beberapa yang bermain di fikiran nieyl hehehe.. Semoga perancangan yang baik ini dipermudahkan..Aminn

 

17 July, 2019

Attend Wedding Anak Boss Di Nilai 3

by on July 17, 2019
Attend Wedding Anak Boss Di Nilai 3 | Lepas habis bulan Syawal, bermula episode makan lauk kenduri pula. Dah start dah orang buat kenduri kahwin , nieyl sempat pergi wedding anak boss tempat kerja nieyl. Biasalah kalau pergi kenduri jumpa kawan-kawan pejabat makin riuh dibuatnya. Nama je satu pejabat, satu bahagian tapi nak jumpa tu memang susah sebab kalau tak ada urusan memang tak berjumpa.  Bila kenduri-kenduri macam ni lah peluang nak bergambar dan beramah mesra gituu.. nak balik tertangguh-tangguh..hehehe


Ambil peluang bergambar dengan anak kak naz, medina.. Yang lain-lain tu tak pernah pagi jumpa Medina. Tu yang masing-masing excited tu dengan kecomelan dia tu..bam bam dia...


Kenangan bergambar dengan kak faezah, mak kepada farah Af2..dah lama pencen, bila majlis-majlis ni baru dapat jumpa kembali sekian lama..wajib bergambar sebagai kenangan..


Ini kawan-kawan opismate nieyl , kami duduk satu meja dekat dengan meja VIP..hihi..abaikan banyak pinggan di atas meja tu ya...itu baru 2 jam tu.. Meja kitaorang tu tak ada orang yang nak datang duduk sebabnya dekat dengan VIP dan jauh sikit dengan makanan..Jadi, memang kami je duduk situ sampai balik ...hehehe..



Sebelum pulang, ambil gambar kenang- kenangan bersama boss dan juga pengantin. Semoga terus berbahagian hingga ke jannah...InsyaÁllah Amin...


Bersama MC majlis , bidang terjun juga katanya. Apa-apa pun terbaik dan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur sepanjang majlis berlanggung. 


Kenangan 4 sekawan sama rendang sama comel..hehehe..semua ni pangkat kakak kepada nieyl, kira nieyl ni adik paling bongsu gituuu...hehehe..jeles tengok kak zura dah makin kurus dah..adoi...kita ni bila nak teruskan diet ni..

Ok jumpa next entry :)


12 October, 2016

Kawan

by on October 12, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 





Kawan boleh jadi penawar. Kawan boleh jadi racun 
Pilih kawan kita. 
Kehidupan kita mirip 5 orang kawan yang kita rapat


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png