Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Benarkan app pihak ketiga mengakses Apple Music pada Mac
Apabila anda melanggan Apple Music, anda boleh membenarkan app pihak ketiga mengakses Apple Music. Contohnya, jika anda mempunyai app speaker pihak ketiga, anda boleh membenarkannya memainkan Apple Music.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Klik butang profil di penjuru kiri bawah tetingkap, kemudian klik Privasi & Akses.
Jika anda tidak melihat pilihan ini, daftar masuk ke Akaun Apple anda.
Pilih mana-mana app yang disenaraikan untuk mengawal aksesnya ke Apple Music di bawah App dengan Akses, kemudian klik Selesai.