Powered By Blogger
RSS
Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Ensiklopedia Solat

Hari ni mummy nak kongsi ngan semua tentang satu buku yang amat bagus untuk dijadikan panduan bersama.
ENSIKLOPEDIA SOLAT.


Dengan hanya RM 100, banyak ilmu yang dapat kita perolehi..
Mummy nak keluar dulu.. nanti kita kongsi lagi tentang buku nie.. cuma kalau sesiapa berminat, boleh contact mummy..

p/s: mummy ada buat bayaran ansuran RM 10 jer.. ( ada 5 biji je lagi )
kalau berminat, klik sini.. 


Monday, October 10, 2011

Tips melayan anak-anak

Buat Sara dan Mirza.. mummy akan cuba praktikkan yang terbaik untuk kalian...




Bagaimana perlu melayan dan meluang  masa untuk anak-anak?


Mungkin tip-tip di bawah ini mungkin boleh membantu mummy dan juga para pembaca sekalian:

1) Jadilah guru pertama kepada anak anda
Jawablah soalan yang ditanyakan oleh si manja anda secara berhemah. Terangkan seringkas yang mungkin yang boleh difahami oleh mereka agar mereka akan berasa percaya dengan jawapan anda mengikut kefahaman mereka. Dengan cara ini anda dapat wujudkan.‘Trust-bonding’ atau hubungan saling percaya dengan mereka. Mereka akan berasa andalah ibubapa yang berwibawa.

Buat masa ini, mummy belum lagi merasa karenah anak-anak mummy bercakap.. insyaAllah, mummy akan cuba memberi jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.. (em, buat masa ni, duk sibuk melayan karenak 'anak' murid yang banyak bertanya.. ;p )



2) Anak-anak bukanlah orang dewasa yang kecil(Not your tiny adults)Banyak masalah timbul apabila kita gagal untuk menyedari perbezaan antara anak yang berumur 3 tahun dan yang berumur 11 tahun. Kebiasaannya, kita akan membawa semua anak-anak menonton cerita yang SAMA di Televisyen ataupun panggung wayang untuk berlaku adil. Hakikatnya adalah tidak, bagi si kecil anda. Mereka masih tidak cukup matang untuk memahami segala apa maklumat berbanding kakak dan abang mereka. Ianya umpama kita cuba untuk mempercepatkan atau ‘speed up’tumbesaran minda dan emosi mereka.



3) Memahami tahap kebolehan mereka berfikir
Cuba bayangkan, jika kita menyuruh anak yang berumur 2 tahun untuk masuk tidur apabila sudah lewat malam. Walaupun mereka akan ikut arahan si ibu untuk bangun dan masuk ke biliknya, tapi cuba kita buat pemeriksaan ataupun ‘spot check’ di biliknya, pastinya si manja anda akan bermain daripada tidur! Itulah dunia mereka, suka bermain dan itu sahaja yang membuatkan mereka selesa. Ini kerana, mereka kekurangan nilai pemikiran yang wajar (rasional) ataupun  ‘Operational Rational Thinking’ di usia ini. Jadi, janganlah marahkan mereka jika tidak melakukan apa yang anda suruh.

Sebagai ibu bapa kita harus mewarnai dan menghargai waktu-waktu kecil si manja anda. Luangkanlah masa anda dengan menjawab segala apa persoalan mereka walaupun anda sangat penat untuk melayan. Jangan biarkan waktu kecilnya berlalu begitu sahaja, kerana pastinya ianya tak akan berulang kembali. Anggaplah mereka adalah imbasan masa kecil anda dan sebahagian masa lampau anda.

InsyaAllah, dengan adanya tips2 ini, mummy akan sentiasa manfaatkan setiap masa mummy bersama buah hati mummy... Mummy harap anak-anak mummy akan membesar menjadi insan yang berguna.. 


Friday, October 7, 2011

Bajet Mummy


Hari ni Bajet 2012... ok ke tak?
mmm macammana ngan Bajet 2012 mummy pulak.. adus.. pening kepala bab bajet nie..

"Apa yang ditawarkan dalam BUDGET 2012: Subsisidi diteruskan, Felda akan disenaraikan di BURSA, Cukai impot kereta hibrid, elektrik dimansuh,   Pemansuhan yuran sekolah. RM500 untuk keluarga bergaji bawah RM3000 sebulan, kenaikan RM 80 - RM 300 untuk kakitangan kerajaan  tahun 2012 dan bonus tambahan 1/2 gaji atau minimum RM500 kakitangan kerajaan bulan Dis 2011."



AlHamdulillah... ada rezeki tahun ni.. ( tp sedikit kecewa sebab gaji tak naik seperti yang diwar-warkan... huhuhuhu..)
Wait n see..


Satu lagi yang mummy suka  Pencarum KWSP dibenar guna Akaun 2 daftar Haji..  Wah, bolehla mumy n Abuya daftar nak gi haji.. jom semua.. ;p


p/s: kita sama-sama tunggu barang naik pulak.. hehehehe



Thursday, October 6, 2011

JOM Santai...


Luangkanlah Masa untuk Melayan Kerenah Si Kecil.



Suatu petang, Puan Shida sedang menyediakan juadah malam di dapur. Tiba-tiba datang anak sulungnya berusia 4 tahun lebih menanyakan satu soalan yang dah lama si kecil tu terfikir.

Daniel : Mama, adik ni datang dari mana? Dulu tak ada pun.
(Sambil tunjuk ke arah adiknya yang sedang tidur lena)
Mama : Errr.. err??

Huhuhu.. Soalan macam ni biasa terkeluar dari mulut anak-anak kita yang bijak. Anda ada beberapa pilihan jawaban

Pilihan Pertama
Mama : Daneil.. mama tengah sibuk ni.. gi tengok tv tu.. jangan kacau mama buat kerja.
Daniel : Emmm.. (maka berlalulah si anak ke ruang tamu)

Pilihan Kedua
Mama : Adik datang dari perut mama lah sayang. Kan hari tu perut mama besar.
Sekarang adik dah keluar. Abang pun dalam perut mama dulu.
Daniel : Ooo..Tapi kenapa dalam perut?
Mama : Sebab mama sayangkan abang dengan adiklah. Masa tu kecil sangat belum kuat lagi. Bila dah besar, dah kuat, baru boleh keluar.
Mama : Macam kucing kat rumah atuk tu.. kan perut dia besar. Pastu keluar anak-anak dia.
Anak : Ooo macam tu…

Melayan kerenah dan soalan anak kita memang memerlukan kesabaran dan kebijaksaaan. Jawaban pertama sangatlah kurang bernas. Ia merencatkan sifat daya berfikir anak-anak dan mengurangkan WIBAWA anda sebagai ibubapa dan guru pertama bagi mereka.

Mengikut fitrahnya, anak-anak mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Biasanya di usia 4 tahun ke atas minda logik mereka mula bercambah. Maka, masa ketika inilah mereka melontarkan soalan yang kita pun tak pernah terfikir. Boleh jadi berpeluh juga nak menjawabnya, kalau tak betul gaya.

Iyalah, nak cerita secara terperinci tak boleh pula, kerana usianya yang kecil. Nak biarkan sahaja soalan tu, lagi tak boleh dan malah sangat tidak sihat bagi perkembangan minda anak-anak. Justeru itu, sebagai ibubapa yang prihatin wajar kita mengambil perhatian yang lebih tentang ‘kecelaruan’ anak-anak dengan memahami tahap kebolehan mereka berfikir.

Dipetik dari blog excelqhalif


Thursday, September 29, 2011

Salam Takziah dari Mummy..

Ini berita yang mummy terima..


Pelajar UiTM mati lemas

MACHANG - Hasrat 13 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini, berkelah di Jeram Linang, tengah hari semalam berakhir tragedi apabila seorang rakan mereka mati lemas.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, mangsa, Noor Hasnizawati Othman, 18, berasal dari Taman Puteri Lindungan, Ipoh, lemas selepas terjun ke dalam jeram yang disangkanya cetek bersama seorang rakan sekelas, Nor Aina Abd. Muaz, 18.

Nor Aina berkata, kedua-dua mereka yang tidak tahu berenang saling berpaut antara satu sama lain apabila menyedari kaki mereka tidak mencecah dasar jeram tersebut selepas terjun.

Katanya, dia dan mangsa menyangka kawasan tersebut cetek memandangkan air sungai jernih dan dasarnya boleh dilihat dengan jelas dari atas.

Tambahnya, kejadian berlaku ketika dia dan mangsa serta 11 lagi rakan mereka pergi ke kawasan perkelahan tersebut dengan menggunakan van universiti berkenaan.

“Kami ke sana kira-kira jam 11 pagi selepas diajak oleh mangsa. Pada mulanya, Noor Hasnizawati merancang bersama teman-teman sebiliknya dan mengajak kami beberapa hari lalu namun kami tidak memberikan jawapan tetapi apabila dia bertanya lagi pada malam tadi ( kelmarin), kami bersetuju untuk menyertainya.

“Ketika rakan-rakan yang lain sedang mandi di kawasan yang cetek dan makan di tepi jeram ini, saya dan mangsa yang juga pelajar tahun satu Diploma Pengurusan Maklumat itu terus terjun ke dalam jeram untuk mandi, tiba-tiba kaki kami tidak sampai ke bawah.

“Dalam keadaan yang kelam kabut itu dan kedua-duanya tidak tahu berenang, saya sempat berpaut pada batu, dia menarik baju dan tudung saya tetapi terus hilang ke bawah, saya kemudian dapat naik ke atas dan meminta bantuan daripada orang ramai,” katanya.

Seorang rakan yang turut serta, Anis Syahidah Khir - Al- Anwar, 18 berkata, mangsa berjaya dikeluarkan oleh beberapa pengunjung di kawasan tersebut yang terjun ke dalam jeram itu selepas 10 minit mangsa tenggelam.

Katanya, salah seorang daripada rakannya daripada UiTM memberi bantuan pernafasan sebelum membawa mangsa ke Hospital Machang.

“Selepas diberikan bantuan pernafasan, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan dan salah seorang daripada kami membawanya ke hospital. Ketika sampai di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia. Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan malah ceria seperti biasa dan begitu gembira untuk ke sana,’’ katanya yang sedang menduduki peperiksaan semester yang dijangka berakhir 1 Oktober ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Malik Bedot ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa telah dibedah siasat dan jenazahnya akan di bawah pulang ke kampung oleh keluarganya,” katanya.





Minta2 lepas ni kalau siapa2 bercadang nak pergi mandi air terjun, pastikan kawasan itu selamat untuk mandi ya... Keselamatan diri lagi penting.. Mummy pun suka mandi air terjun..

Satu lagi yang Mummy nak bagi info adalah kejadian 'kepala air' yang pernah berlaku kat Ulu Bendul kalau tak silap mummy bulan May lepas.. Tapi sebelum kejadian ini berlaku, ada beberapa tanda yang kita boleh lihat..

Harap info yang mummy berikan dapat membantu sesama kita..




KEPALA AIR


Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.


Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

Langkah keselamatan
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu, Air Terjun Lata Tembakah).

Papan tanda amaran di Air Terjun Lata Tembakah

Fenomena 'Kepala Air'

Kepada semua yang ingin berekreasi samada di kawasan air terjun, air laut, taman tema air atau sebagainya, mummy harap semua jaga diri dan berhati2..' ingatlah, malang tidak berbau'.





Thursday, September 22, 2011

Ciri-ciri Samsung Galaxy Tab

Mummy tak tahu nak kongsi entri apa kali nie.. Tiba-tiba terfikir tentang kecanggihan teknologi sekarang, kalau cakap pasal gadget terutama handphone, memang tak terkejar.. Kat sini, mummy juz nak kongsi tentang Samsung Galaxy Tab.. 


Samsung Galaxy Tab 10.1v


Antara ciri-ciri Galaxy Tab ini adalah touch screen dengan warna sebanyak 16 juta warna. Lebar saiznya adalah 10.1 inci bersamaan dengan 800 x 1280 pixels.Galaxy Tab mempunyai stereo speaker iaitu boleh mendengar lagu tanpa menggunakan earphone. Jika anda ingin menggunakan earphone, tempat cucuknya adalah 3.5mm, seperti handphone nokia.Galaxy Tab mempunyai kapasiti 16 atau 32GB. Selain itu, terdapat juga Wi-Fi dan Bluetooth feature. Kamera di Galaxy Tab adalah 8 Mega Pixels dengan autofocus dan LED flash. Galaxy Tab juga mempunyai kamera kedua dengan kemampuan 2 Mega Pixels.Sistem operasinya menggunakan Android, v 3.0 atau dikenali sebagai Honeycomb. Akhir sekali Galaxy Tab boleh menggunakan JAVA.

Kalau anda ingin memiliki Samsung Galaxy Tab ni, Celcom turut menyediakan beberapa pakej Broadband. Terdapat dua pakej Broadband yang ditawarkan.
1. Broadband Basic -  Monthly Commitment RM 68
2. Broadband Advance - Monthly Commitment RM 98

kalau nak tahu lebih detail, klik sini


Mummy suka Samsung Galaxy Tab ni sebab ia amat sensitif dan best main game, download je seberapa banyak game kat Android Market... Download yang free ler.. ;p
Mummy suka game apa???  Game apa lagi, 'ANGRY BIRD' la.. 






hehehehehe.. cuma tak best tentang game ni adalah 'watak' yang nak kena bunuh tue.. huhuhuhu..
Selain tu, Sudoku, Chess pun ada..
Mummy setakat main game n surf internet jelah, tapi kalau nak buat panggilan tue, rasa gedabak la pulak kebesarannya, terpaksa guna bluetooth, kalau tak, 'satu Malaya' dengar nanti..

Apapun, jangan jadikan kecanggihan teknologi sebagai satu bebanan, tepuk dada tanya selera.. 




Wednesday, September 21, 2011

AWAS..

Ini mummy copy dari rakan2 kat facebook.. harap dapat jadi pedoman untuk semua yer.. 

Mesti baca - info keselamatan

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

... Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama , wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!

Sampaikan mesej ini kepada semua rakan-rakan kita supaya salah seorang rakan dalam hidup kita tidak akan menjadi salah seorang dari mangsa mereka! copy

Thursday, May 12, 2011

Makanan luput tarikh diproses semula dan di jual

Sindiket makanan luput tarikh tumpas

PENGUAT Kuasa KPDNKK Selangor memeriksa susu yang tamat tempoh untuk dijual semula dalam serbuan di sebuah banglo di Kampung Sungai Salak, Batu 10 Jalan Gombak, semalam.
  • ENGUAT Kuasa KPDNKK Selangor memeriksa barang dipercayai dikutip dari tempat pelupusan sampah di Gombak.
  • Foto
    OTHMAN menunjukkan aiskrim yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihan bah
Keluarga jual susu, koko, minuman bijirin dikutip dari pusat pelupusan sampah


GOMBAK: Berhati-hati apabila membeli barangan makanan dan minuman berharga murah, seperti susu pekat, susu segar, serbuk koko dan minuman bijirin kerana satu sindiket dikesan mengumpul produk yang sudah luput atau tidak memenuhi piawaian, termasuk dari pusat pelupusan sampah sebelum dijual semula secara pukal.


Sindiket terbabit yang menjalankan kegiatan berkenaan sejak setahun lalu di sebuah banglo terpencil di Kampung Sungai Salak, Batu 10 Jalan Gombak di sini, dikatakan menjual produk pelbagai jenama itu di kedai runcit, pasar malam serta restoran, terutama di sekitar daerah ini.


Perbuatan sindiket itu terbongkar selepas banglo terbabit diserbu 10 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, kira-kira jam 10.15 malam kelmarin, hasil maklumat awam.


Dalam serbuan itu, pasukan berkenaan merampas 3,500 barangan bernilai RM30,000 termasuk pelbagai produk kegunaan harian, seperti sabun, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi dan losyen yang ada antaranya sudah luput tempoh lebih dua bulan lalu.


Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang, berkata ketika serbuan, dua wanita warga Indonesia termasuk seorang bertaraf penduduk tetap berusia 50 dan 34 tahun, sedang membersihkan botol berisi susu segar serta membuang tarikh luputnya.


“Siasatan mendapati kegiatan ini didalangi sebuah keluarga yang kita percaya mendapatkan bekalan daripada pihak lain sebelum dibersihkan, termasuk dibuang tarikh luputnya dan dijual semula sama ada menggunakan bungkusan baru atau tanpa sebarang pelekat. 

“Kita dapati mereka turut memperoleh produk makanan yang belum tamat tempoh, tetapi tidak memenuhi piawaian seperti susu dalam tin kemek, dipercayai dibekalkan pengusaha kedai runcit dan orang dalam di kilang tertentu.


“Lebih mengejutkan apabila premis itu turut menghasilkan aiskrim yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihan bahannya untuk dijual kepada orang ramai khususnya kanak-kanak,” katanya.


Beliau berkata, sindiket itu meraih keuntungan berpuluh-puluh ribu ringgit tanpa menghiraukan kesan penggunaan produk itu terhadap kesihatan orang ramai.

Othman berkata, dua wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perihal Dagangan 1972, manakala seorang lelaki dipercayai dalang sindiket itu masih diburu.


MasyaAllah.... macam-macam sekarang nie.. ada jer cara untuk dapatkan duit dengan cara senang tanpa memikirkan buruk baiknya... Siap coklat/koko yang dah tamat tempoh pun dibancuh dan dijadikan aiskrim. Pastue penjaja jual kat budak2 sekolah... Adus..




OTHMAN menunjukkan aiskrim yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihan bahannya.

Em.. apa nak jadi yer... Hati-hatilah semua... tu kat Gombak, mana tahu kat kawasan kita pun ada sindiket ni kan??


Saturday, May 7, 2011

Peminat Red Warrior tetap solat... AlHamdulillah..

alHamdulillah... Mummy gembira baca artikel dari The Red Warrior.com. Mungkin inilah keberkatannya.. Kelantan menang semalam.. Mummy pun minat juga tengok bola nie.. hehehehe.. Tapi pernah sekali jer pergi stadium ngan hubby, tu pun masa belum ada anak lagi.. (dah lama tue masa Halim Napi jadi goalkeeper lagi..)

Minat Bola, Sokong Bola pun, tanggungjawab sebagai seorang Hamba perlu ditunikan juga... betul tak..

Gomo Kelate Gomo..Moga Red Warrior terus sukses...

Wednesday, May 4, 2011

Kejora dan Bintang Episod Akhir

Akhirnya setelah episod demi episod yang menyakitkan hati ( tapi tetap tunggu jam  6.30 petang dan tengok juga..), sinetron Kejora dan Bintang sudah sampai penghujungnya...


Apa yang berlaku akirnya:

  • Si Minah tak mau masuk penjara tetapi mati dilanggar kereta.
  • Erlangga terpaksa kahwin dengan Janet - kesian betul....
  • Tetiba Ibu Kartika telefon  Erlangga setelah diselamatkan polisi...
  • Kejora masih duk dalam penjara dan dalam kesedihan walaupun tinggal tak sampai setengah jam cerita nak habis..
  • Pak 'Wawan', Bintang dan Fitra datang untuk membebaskan Kejora..
  • Akhirnya Hanifah dan Janet masuk penjara...
  • Hanifah jadi 'kurang sihat'...
  • Akirnya Kejora live happily ever after sambil nyanyi..
SEKIAN.. OPSS SELESAI...

Kesimpulannya:
Kejora menangis jer dari awal cerita sampai akhir.. huhuhuhu...
Mata Janet ngan Ibu Hanifah mesti terbeliak kalau buat jahat


Whatever... cerita Indon memang cenggini tapi mummy tetap LAYAAAAAAAAAAAANNNN...

p/s: lepas ni cerita camner pulak ...


Tuesday, May 3, 2011

Salji di Malaysia

Em.. macam-macam sekarang nie.. kalau baca tajuk sekali pandang, dah nak kiamat dah nie.. macam-macam benda pelik berlaku sekarang.. tapi....

SHAH ALAM: Orang ramai, bersama-sama ‘Dora the Explorer’ dan i-City, menyambut kedatangan salji pertama di Snowalk pada 19 Mac lepas apabila teknologi dari Korea Selatan itu dilancarkan sebagai tarikan terbaru di "City of Digital Lights".
Kawasan seluas 4,645 meter persegi di Shah Alam itu cukup sejuk dengan suhu bawah 5 darjah celcius dan yang paling menarik, ‘salji’ setebal 0.1 meter di situ boleh dimakan. Pengalaman dengan salji ini, yang pertama di Asia Tenggara, menggunakan teknologi Korea terbaru di mana air tulen bertapis yang dibekukan dijadikan salji yang selamat untuk dimakan. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen baru-baru ini berkata produk pelancongan yang menarik dan inovatif seperti Snowalk@i-City akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia, selain menjana pelancongan dalam negara. "Dulu saya biasa memberitahu orang luar negara yang kita di Malaysia ini ada semuanya kecuali salji. Tapi, dengan Snowalk, kita boleh kata salji pun ada di Malaysia," katanya.

Dipetik dari myMetro.


Sedikit info tentang Taman Tema Salji i-City:



Snowalk dibuka 
   * Isnin - Jumaat bermula pukul 10 pagi hingga 1 pagi 
   * Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula dari 10 pagi hingga 2 pagi


Setiap pengunjung akan dikenakan bayaran RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. - Bayaran termasuk baju sejuk sementara kasut pula dikenakan bayaran sewa sebanyak RM10.


Apapun, untuk tujuan pelancongan bagi menaikkan ekonomi negara, mummy rasa okaylah... tapi yang pasti kita tetap tak boleh mengubah cipataan Allah Yang Maha Esa...


p/s: sebelum nie mummy dah rasa salji tiruan kat Genting Highland, nanti ada masa, nak pergi i-City la pulak..jom... nak pergi 'oversea', tak tahu bila.. huhuhu..

luv,



Bestnyer.... try disss..


Wednesday, April 6, 2011

Apa ada pada 11111??

Kali nie mummy nak kongsi satu benda...
Rasanya belum terlambat lagi nak berkongsi informasi menarik nie...


Mari sama-sama kita baca....

Tahun nie kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, 11/11/11 serta bukan itu saja. cuba korang ambil tahun kita dilahirkan ( hanya dua nombor akhir) dan tambah dengan umur kita pada tahun nie, keputusannya ialah 111 buat semua orang ( except yang lahir tahun millenium jadi 11 jer).. cuba buat kalau tak percaya... betul kan??


Kalau ada informasi lain, bolehlah kongsi ngan mummy yer..

p/s: Mirza Hazim lahir 11.1.11  ;p



Hana Maisara Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mirza Hazim Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Happy Forever

Banner Kengkawan

'Create
Create your own banner at mybannermaker.com!

Take a look... Juz a Moment

Free SpongeBob Blink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

#

Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1mymummyluv.blogspot.com/138.01 KB0.98 seconds0.01 seconds