Followers

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

Tentera SIBER Do We Need Them ??


Kerajaan disaran mewujudkan pasukan tentera siber yang berperanan menjawab tohmahan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) yang disiarkan blog propembangkang melalui media sosial Internet di Malaysia.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, keperluan itu amat mendesak hari ini memandangkan trend generasi muda yang lebih cenderung mengikuti perkembangan politik negara melalui Internet.

Menurutnya, dalam kajian yang dilakukan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendapati, bilangan belia yang mendapatkan maklumat politik daripada akhbar arus perdana terlalu sedikit berbanding laman media sosial.

“Lebih membimbangkan ialah apabila mereka berpandangan apa yang ditulis blogger terutama dalam blog propembangkang itu sahih dan boleh diterima bulat-bulat tanpa perlu membuat analisis dan ketiadaan pihak ketiga yang cuba menjelaskan fakta sebenar memburukkan lagi keadaan.

“Jadi bermula daripada sekarang, kerajaan perlu mewujudkan tentera siber yang berfungsi 100 peratus sepanjang masa untuk menjawab segala tohmahan dengan fakta yang dapat mengubah tanggapan belia terhadap kerajaan sedia ada,” katanya.

Dr Mohd Fuad yang juga Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) UKM berkata demikian selepas membentangkan hasil kajian pada Seminar Antarabangsa Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13): Analisis dan Implikasinya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, semalam.agendadaily 

Dalam beberapa perkara MMI amat menyokong gesaan daripada banyak pihak untuk mewujudkan pasukan ini.Letaklah nama apa pun asalkan fungsinya tetap sama iaitu memastikan setiap dakyah dan tohmahan dari pembangkang dapat di patahkan.

Cuma MMI agak pelik sedikit kenapa agaknya UMNO mahupun kerajaan begitu lambat sekali untuk bertindak bagi menyelesaikan perkara ini ?

Jika melihat kepada pergerakan pembangkang rasanya sekali lagi UMNO dan kerajaan sudah jauh di tinggalkan , kewujudan RBA yang kemudiannya ejen impian sudah cukup untuk membuktikan betapa pembangkang bersungguh-sungguh untuk menguasai saluran ini.Baca Sini 

Kenapa agaknya ? Kerana mereka tahu saluran ini mampu menyumbang sesuatu !!

Percaya atau tidak fungsi Cybertroopers sama penting dengan jemaah menteri ? Klik Sini 

MMI

Tuesday, 18 June 2013

PANAZZZ Antara 7 Hari & 48 Jam , Apa Sebenarnya Yang Berlaku Di Selangor ?!!


Rasanya ramai yang dah sedar dan tahu tentang kemelut yang berlaku di Selangor melibatkan Ketua Pemuda UMNO Negeri dengan seorang blogger yang baru-baru ini membuat pendedahan tentang punca kekalahan UMNO dan BN di Selangor dalam PRU13 yang lalu.

Membacanya sahaja sudah cukup untuk MMI simpulkan pendedahan yang di buat oleh blog inigoblogpolitik bakal meletup kerana pendedahan itu bukan calang-calang pendedahan.Baca Sini 

Rentetan dari kenyataan tersebut telah mengakibatkan Ungku Salleh Ketua Pemuda Selangor membuat laporan polis bagi membersihkan namanya kerana dikaitkan dengan kenyataan beliau yang menyatakan Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamed menerima sejumlah wang dari Anwar Ibrahim untuk memastikan UMNO dan BN kalah di Selangor.

Satu tuduhan yang MMI anggap cukup serius kerana sudah pasti sekiranya ianya benar maka mereka yang terlibat itu adalah pengkianat yang harus kita hapuskan demi untuk memastikan UMNO tidak lagi menjadi mangsa kepada parasit-parasit liar ini.

Namun demikian setelah laporan polis di buat oleh Ungku Salleh dengan memberikan masa selama 7 hari kepada blog tersebut untuk membuat permohonan maaf , Selangor di kejutkan lagi dengan kenyataan terbaru daripada pemilik blog inigoblogpolitik apabila Ungku Salleh pula di berikan masa selama 48 jam bagi menarik balik laporan polis yang di buat serta memohon maaf secara terbuka kepada blog inigoblogpolitik. 

GAGAL berbuat demikian maka blog inigoblogpolitik akan menampilkan saksi serta melakukan pendedahan  tetang salah laku Ungku Salleh pula.

Apa yang pasti kini sudah berlaku sebaliknya selain dari cabar mencabar diantara keduanya , cabaran yang di lontarkan oleh blog inigoblogpolitik juga bukan calang-calang.Ianya mampu menjahanamkan karier politik Ungku Salleh itu sendiri.Baca Seterusnya 

MMI bukan mahu menyibuk urusan orang lain tetapi melihat isu ini jauh lebih berbahaya daripada isu-isu melibatkan pembangkang.

Sekiranya kedua-dua pihak masih dengan pendirian yang sama maka bersedialah dalam masa tak sampai 48 jam lagi pendedahan pertama pasti akan di buat oleh inigoblogpolitik dan sekiranya itu mula berlaku perkara paling utama yang harus segera di lakukan oleh pucuk pimpinan UMNO adalah KUARANTIN segera nama-nama pemimpin UMNO dan BN yang telah di sebut.

Buka soal salah atau tidak kerana itu bakal di tentukan kelak , tetapi sekurang-kurangnya kita bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Apa pun sama-sama kita nantikan kesudahannya.

MMI.

Monday, 17 June 2013

Mengapa UMB Di Serang ?? @Tun Faisal


Jika di ikutkan MMI seboleh-bolehnya mahu mengelak dari memberikan pandangan terhadap isu yang melibatkan UMB.MMI sekadar blog bertaraf penjaja dan tidak seperti mana otai-otai lain yang jauh lebih baik dan hebat-hebat belaka.Namun melihat kepada suasana terkini MMI terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku.

Rasanya tidak salah memberikan pandangan kerana kita berada di aliran yang sama iaitu dunia tanpa sempadan.Walaupun dunia tanpa sempadan ini yang sebenarnya membuka ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandangan atau apa sahaja tetapi sekurang-kurangnya kita beruntung kerana masih lagi di berikan kekuatan serta hidayah daripada Allah swt dan kekuatan itulah yang menjadikan kita berbeza dari sesetengah mereka di luar sana.

IMAN yang merupakan teras kepada setiap insan yang menjadikan kalimah syahadah sebagai pembuka bicara sebenarnya memberikan kita berjuta mukjizat khususnya dalam kita berdepan dengan cabaran serta serangan dari pihak pembangkang mahupun musuh agama.

Bertitik tolak dari sinilah maka usaha kita untuk menunaikan amanah serta tanggungjawab bukan sahaja kepada agama tetapi juga kepada bangsa dan negara mampu kita laksanakan.

Seperti semua sedia maklum PRU13 sudah pun berlalu dan keputusanya BN mendapat 133 kerusi di parlimen bagi membolehkan YAB Datuk Seri Najib menubuhkan kerajaan.Pelbagai pihak tampil dengan pandangan masing-masing dan ada juga yang melihat ianya merupakan kegagalan BN mempertahankan kerusi sebelumnya iaitu 140 kerusi.

Namun hakikatnya BN masih berjaya menubuhkan kerajaan dan semua pihak tahu bahawa peratusan pengundi kaum Cina dan tindakan mereka memberikan laluan kepada pembangkang antara faktor penyumbang mengapa BN hanya memperolehi 133 kerusi.

MMI percaya semua pihak telah pun melakukan tugasan masing-masing dan begitu juga dengan jentera siber khususnya UMB.Sejak dari itu kita mula mendengar pelbagai perkara serta rungutan dari pihak-pihak tertentu tentang itu dan ini.

Ya !! MMI percaya ianya sedikit sebanyak kerana keputusan PRU13 yang tidak memberikan kelebihan kepada Barisna Nasional untuk mendapat majoriti kerusi 2/3 di parlimen. 

Persoalannya apakah kita mahu menghancurkan segala yang telah kita bina sejak 2008 yang lalu (mungkin lebih lama) lebur hanya kerana beberapa masalah yang mungkin timbul setelah perjuangan penuh ranjau yang kita lalui itu tidak memberikan hasil seperti mana yang kita mahukan ?

Jangan lupa rancanglah semacam mana pun penentuannya tetap di tentukan oleh Allah swt.Jangan kita jadi umat yang tidak bersyukur dengan nikmat yang telah di berikan olehNYA kerana jika itu yang menjadi pokok dan asasnya , kita sedang meletakkan bukan sahaja UMNO dan Barisan Nasional di kedudukan yang cukup bahaya tetapi juga bangsa, agama dan negara.

MMI melihat dan memerhati sejak PRU13 pelbagai pihak tampil menyerang sesama sendiri bahkan sudah ada yang mengherdik sesama sendiri.Untuk apa tindakan sedemikian di lakukan ? Bukankah kita lupa bahawa perjuangan kita jauh lebih berat dari itu kerana sejak awal kita selalu mendengdangkan bahawa perjuangan ini perjuangan keramat dan perjuangan ini untuk bangsa,agama dan negara.

Apakah di saat ini kita mahu memperlihatkan segala ikrar dulunya menjadi omongan kosong yang sebenarnya akan menampilkan wajah kita yang sebenar ? Ayuh sahabat-sahabat semua , misi kita jauh lebih penting dari bertikam sesama sendiri.

Matinya JEBAT di tangan TUAH bukan sekadar kemenangan tetapi ianya jauh lebih pedih dari itu kerana pertelingkahan itu menyaksikan 2 sahabat yang mengaku bersaudara bertikam sesama sendiri sehingga salah seorang darinya GUGUR menyembah bumi.   

Apakah kita mahu mengulangi sejarah orang Melayu ini semula ? Sudah-sudahlah perjuangan kita masih jauh , Apatah lagi jika diikutkan waktu yang ada sekarang ini sebaiknya di fokuskan kepada usaha untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus cemerlang.

Kita sebenarnya tidak punya masa dengan hanya berbaki beberapa tahun sahaja selepas ini untuk Malaysia sekali lagi mengharungi PRU14 seluruh jentera sepatutnya memberikan sepenuh perhatian kepada matlamat yang paling utama untuk memastikan Putrajaya di pertahankan.

Sekiranya kita berdiri atas nama perjuangan untuk UMNO dan Barisan Nasional maka sudah pasti fokus dan tumpuan kita semestinya ke arah memperkasakannya bukan dengan merosak atau membunuh sesama sendiri.Pembangkang seawal hari pertama keputusan PRU13 di umumkan segala gerak kerja mereka untuk melakukan doktrin awal terhadap rakyat sudah pun di gerakkan.

"Black505" sebenarnya merupakan perkara paling utama yang harus kita lihat dan belajar.Bagaimana pembangkang boleh melakukannya dalam masa sesingkat dengan keputusan PRU13.

UMB Di Serang

Apa yang MMI lihat ada pihak-pihak tertentu sudah pun menyerang UMB pimpinan Tun Faisal.Malah pelbagai cerita dan kejadian sebelumnya dan terkini seolah-olah menjadi rencah dalam UMB.Namun MMI akui bahawa UMB tetap terbaik khususnya dalam membantu UMNO dan Barisan Nasional menghadapi PRU13.Malah sebelum itu pun UMB sudah pun terlibat dalam banyak PRK sama ada di semenanjung mahupun di Sarawak.

Seperkara yang menarik perhatian MMI adalah UMB tidak pernah menafikan hak mana-mana pihak untuk sama-sama berjuang mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional.Tun Faisal sendiri mengakui bahawa terdapat kumpulan-kumpulan lain yang turut bekerja dan menyumbang kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Maka kita sebenarnya sudah membuktikan bahawa sikap bekerjasama itu mampu di pupuk dan kita seharusnya bersyukur kerana semua pihak memainkan peranan masing-masing.TERUSKAN !! Jangan lagi menoleh kebelakang kerana matlamat kita sama.

Percaya bahawa manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan kerana fitrah manusia sebegitu maka mustahil UMB itu maksum.Namun seperkara yang harus kita ingat UMB juga antara penyumbang kepada gerak kerja jentera media maya menentang doktrin dan dakyah dari pembangkang sama seperti mana rakan dan sahabat-sahabat lain berjuang.

Dalam keadaan ini , bak kata orang tua-tua marilah kita sama-sama ambil yang jernih dan buang yang keruh agar segala perancangan dan tindakan kita selepas ini mampu memberikan hasil yang jauh lebih baik dari sebelumnya.

Sebagai contoh terkini , pembangkang melalui saluran media mereka hari ini sudah pun menyerang UMB dan Tun Faisal sendiri apabila mereka-reka cerita yang sebenarnya tidak wujud Baca Sini 

Maka dengan kenyataan itu percayalah serangan khususnya daripada pembangkang terhadap UMB sebenarnya membuktikan bahawa gerak kerja , peranan dan kehadiran jentera UMB sebenarnya memberikan impak kepada pembangkang khususnya dalam peranan di media sosial.

Kepada Tun Faisal , teruskan usaha dan gerak kerja ini kerana anda sebenarnya sudah pun berjaya membawa UMB sebagai pasukan mahupun jentera yang kini di perakui keberkesanannya oleh mereka-mereka di kem pembangkang.

Memetik kenyataan daripada Tun Faisal ""Hari ini kedudukan jentera siber Pro-BN jauh lebih baik dari tahun 2008.Kehadiran kita semakin di rasai.Walaupun sedikit ketinggalan,keadaan jauh lebih baik.Pembangkang tidak lagi mendominasi ruang siber dan bebas melakukan pembohongan seperti dahulu".

SYABAS Tun Faisal !!

MMI.

Tuesday, 28 May 2013

Jentera Media Baru IKTIRAF MEREKA !!!!


PRU 2008 yang lalu merupakan medan peperangan politik yang cukup tidak seimbang malah kebanyakkan pihak mengakui bahawa antara faktor kelemahan jentera Barisan Nasional pada ketika itu adalah kerana masih mengamalkan kempen secara ortodoks tanpa melihat kepada keperluan dan perkembangan khususnya dalam bidang IT dan teknologi yang sebenarnya di bawakan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional sendiri.

Kerana itu Barisan Nasional menerima tamparan paling hebat apabila kehilangan 2/3 majoriti malah hilang 5 buah negeri kepada pembangkang.

Apa yang berlaku sebenarnya ? pasti ramai yang telah mengetahuinya selain daripada isu-isu yang melibatkan kepimpinan , pihak pembangkang menguasai sepenuhnya saluran media sosial yang menjadi pilihan anak muda dan golongan pengundi kali pertama untuk mendapatkan maklumat.

Dengan segala kecaman dan fitnah terhadap kerajaan tanpa kekuatan di pihak UNMO dan Barisan Nasional  untuk pertahankan maka 2008 Barisan Nasional kecundang dengan keputusan terburuk.

Bangun dan belajar dari kelemahan itu maka seluruh jentera di gembleng tanpa menidakkan sama sekali jentera media baru yang juga mempunyai peranannya.

Maka keputusan PRU 2013 menyaksikan Barisan Nasional kembali merampas Kedah dari tangan pembangkang dan masih mengekalkan kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

Walaupun masih ada negeri seperti Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan tetap dimenangi oleh pembangkang namun kita harus menerima hakikat yang usaha berterusan serta sokongan semua pihak amat-amat di perlukan bagi menggerakkan satu jentera perang yang tersusun.

MMI percaya bahawa dengan seluruh kekuatan jentera di peringkat bahagian-bahagian dengan sokongan dan pengiktirafan terhadap jentera media baru , dengan tempoh masa berbaki 5 ke 10 tahun lagi kita mampu melakukan sesuatu.

Iktiraf jentera ini di semua peringkat insyallah kita mampu sama-sama melakukannya.

Ketua Bahagian

Setiap bahagian Umno perlu mempertingkat keberkesanan penggunaaan media sosial bagi menolak tohmahan yang dilempar pihak lawan meskipun bahang pilihan raya umum ke-13 sudah berakhir.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana perkembangan media sosial mempunyai pengaruh besar serta berupaya mengubah minda dan persepsi rakyat.

Beliau berkata, tumpuan atau gerak kerja konvensional harus berubah seiring persekitaran politik pada masa ini.

“Pemimpin parti perlu bergerak seiring dengan perubahan tersebut bagi memastikan kita berupaya menyelami denyut nadi rakyat, termasuk memahami aspirasi golongan muda,” katanya dalam blog Umnobahagiancheras.blogspot.com pada Isnin.

Syed Ali berkata, sudah tiba masanya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional(BN) melakukan tranformasi lebih komprehensif sejajar perubahan sikap danpemikiran rakyat negara ini sebelum rakyat mencari pilihan yang sesuai dengan kehendak, cita rasa dan keperluan mereka.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad dilapor berkata, BN perlu melakukan perubahan dari segi strategi, pendekatan, pembaharuan program dan lebih pragmatik untuk terus kekal relevan pada pilihan raya umum ke-14.

Najib, yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN, berkata landskap politiknegara terus berubah dengan pantas menerusi proses urbanisasi, pendidikan, taraf hidup dan perkembangan teknologi maklumat, memperlihat formula yang diguna pakaiBN selama ini mungkin sudah tidak relevan lagi.

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, yang menyokong kenyataan Najib,berkata perkara itu harus diteliti dan dibincang secara mendalam selari denganasas penubuhan BN yang memberi manfaat besar kepada negara.

“Apa yang ada ketika ini sangat baik, cumanya dari segi pendekatan kita perlu tambah baik. BN sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, perlu terus membuat kerja berbanding pembangkang yang sibuk bermain politik,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.sumber 

MMI.

Saturday, 25 May 2013

Red Bean Army ~ Lakukan Sesuatu Jangan Bercakap Saja !!!!


Kerajaan digesa lebih tegas memerangi anasir-anasir jahat di laman siber terutama berhubung kewujudan Red Bean Army yang mengugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mendesak pihak berwajib untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan berkaitan DAP itu terhadap rakyat.


Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kewujudan Red Bean Army itu dikesan oleh pihaknya pada tahun 2011 apabila jentera propaganda bersifat cauvinis tersebut cuba melahirkan simpati terhadap Tan Sri Robert Kuok yang tidak lagi memonopoli perniagaan gula di negara ini.

Menurut beliau, sentimen perkauman yang mulanya disasarkan kepada usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kemudian diperluaskan kepada pemimpin UMNO terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PPIM sudah lama menyiasat ancaman Red Bean Army terhadap permuafakatan masyarakat di negara ini yang mana pelbagai fitnah dan lakonan dilakukan mereka untuk mengelirukan rakyat terutama masyarakat Cina.

"Mereka bukan sahaja digerakkan oleh sentimen perkauman yang tebal tetapi dilihat seperti sebuah gerakan terancang untuk menggulingkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjang oleh orang Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nadzim menegaskan, pasukan serangan siber dipercayai ditaja DAP itu perlu dihalang daripada terus menghasut pemikiran rakyat melalui penguatkuasaan lebih tegas oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kita kena tegas kerana fitnah kumpulan ini boleh menyebabkan masyarakat negara ini yang tidak matang terkeliru dengan fakta-fakta yang salah dan yang lebih buruk lagi, ancaman puak ini dapat menganggu-gugat kemakmuran," tegasnya.


Sementara itu, Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, sekiranya fitnah Red Bean Army dibiarkan berleluasa, dikhuatiri perpaduan rakyat sejak 55 tahun akan musnah.

"Tidak pernah lagi perpaduan kaum di negara ini menjadi seburuk ini apabila orang Cina sudah berani memainkan sentimen perkauman yang sempit, semua ini berikutan kebebasan kumpulan pro-DAP ini di medan siber.

"Keberanian mereka ini sangat menakutkan sehingga sanggup mempermain dan memperlekehkan isu melibatkan agama Islam, hak istimewa orang Melayu serta bahasa Melayu," katanya.


Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa mahu pembuat fitnah tersebut dipantau secara progresif melalui peruntukan undang-undang.

Meskipun kebebasan internet tiada batasannya, beliau menjelaskan, masih ada ruang untuk menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.

"Seperti di China, kerajaan republik itu menyekat Facebook, perkara ini walaupun mereka hanya terdiri daripada satu kaum, mungkin kita perlu ke arah itu agar tidak timbul suasana yang tidak sihat dalam aspek perpaduan rakyat di Malaysia," katanya.sumber 

Apa pun yang berlaku MMI percaya sesuatu harus segera di lakukan supaya isu ini dapat di seimbangkan.Perjuangan di teruskan selagi mana negara masih dalam bahaya kerana perbuatan puak-puak yang hanya melihat kepada keuntungan dan kepentingan peribadi bagi mencapai cita-cita politik masih berterusan.

Apakah kita masih boleh berdiam sekiranya mereka yang kita percaya dan terbukti melakukan politik hasutan menumbangkan sebuah negara merdeka seperti Malaysia dibebaskan oleh mahkamah kerana isu-isu teknikal ? Hati-hati jangan sampai kita terduduk kerana sewaktu kuasa masih berbaki di tangan kita lalai dan lembut dengan petualang yang saban hari berusaha meruntuhkan institusi uang telah kita bina sejak 60 tahun yang lalu.

Baca juga di SINI 

MMI.

Friday, 24 May 2013

Fungsi Cybertroopers Sama Penting Dengan Jemaah Menteri ?!!


MMI amat tertarik dengan tulisan serta kupasan daripada Dr Ridhuan Tee Abdullah melalui blog milik beliau berkenaan senario politik terkini melibatkan negara Malaysia.Rasanya amat perlu untuk MMI kongsikan dengan semua kerana pengisiannya itu penting di kala isu rasis dan penentangan yang tidak ada hala tuju sedang mengambil tempat.

Tahniah saya ucapkan kepada barisan kabinet yang telah dilantik. Jalankanlah amanah yang amat berat itu. Ingat! jawatan pemimpin ada perkiraan dunia dan akhirat. Pemimpin akan dihisab dahulu berbanding rakyat.

Beberapa muka baharu yang dilantik, menunjukkan bahawa PM mahukan kabinet kali ini lebih berintegriti daripada dahulu. Kita amat mengharapkan ia akan disambut oleh ahli kabinet lama yang dilantik semula. Ini peluang terakhir untuk UMNO BN membaiki diri. Jika gagal, saya tidak pasti apakah nasib UMNO BN pada PRU14.

Kepimpinan baharu perlu ingat, hari ini tentera-tentera siber ultra kiasu (cyber trooper) yang juga dikenali sebagai atau red bean army dan berbagai nama lagi, berkeliaran di merata tempat. Kerja mereka mencapai ‘kelemahan, ketirisan dan semua perkara negatif. Berhati-hati jugalah bila tinggal di hotel.

Bila dapat bukti, kerja mereka melancarkan serangan habis-habisan bagi memastikan niat mereka tercapai. Mereka telah diupah oleh ultra kiasu untuk mematikan watak seseorang (character assassination), termasuk menumbangkan kerajaan. Ia bermula dengan serangan individu.

Terbaharu, bekas hakim mahkamah rayuan yang mengeluarkan kenyataan yang kononnya ‘berbau perkauman’, diserang habis-habisan. Wal hal bekas hakim tersebut hanya mengingatkan, jangan terlalu menekan orang Melayu. Dibimbangi orang Melayu akan bertindak balas. Jika kita mengkaji psikologi orang Melayu, kenyataan ini ada benarnya. Persoalannya, kenapa beliau menjadi sasaran sedangkan ramai lagi yang berucap lebih teruk daripada beliau?

Adakah menghina Islam dan undang-undangnya, bangsa Melayu dan bahasanya dan raja Melayu tidak sensitif? Nasib baiklah,  bekas hakim ini, tidak ada skandal atau kenyataan-kenyataan yang sensitif sebelum ini, jika tidak nasibnya mungkin sama seperti Zulkifli Nordin dalam PRU13 baharu ini.

Dalam kempen PRU13 lalu, Zulkilfi Nordin diserang habis-habisan. Ucapannya pada tahun 2003, dimanipulasikan dan diekspoitasikan, hanya kerana beliau bertanding atas tiket UMNO BN. Kenapa dan mengapa, video tersebut tidak dimainkan ketika beliau bertanding di bawah PR pada tahun PRU11 2004 dan PRU12 2008?

Ringkasnya, sesiapa sahaja ‘public figure’ yang ‘pro’ UMNO BN akan ‘ditelanjangkan’ habis-habisan oleh tentera siber laknat ini. Niat mereka hanya satu, mahu menakut-nakut rakyat terhadap UMNO BN, menggunakan psychological  war far dan menaikkan PR.

Saya difahamkan tentera siber ini telah diupah oleh ultra kiasu untuk melaksanakan agenda jahat mereka. Kumpulan ini telah didoktrinkan untuk menentang kerajaan. Kita harapkan KDN dan kementerian komunikasi akan melihat perkara ini dengan serius.

Sama ada mereka dibayar atau tidak, saya tidak dapat pastikan tetapi pengdoktrinisasi telah berlaku. Otak mereka telah dicuci. Ini paling bahaya. Kerja mereka hanya satu, lancarkan serangan siber. Misalnya, dahulu isu pekerja KFC Melayu ‘memukul’ pelanggannya berbangsa Cina. Isu ini hanya isu kecil, mereka perbesarkan jadi isu perkauman. Mereka ajak pelanggan bukan Melayu boikot KFC, hanya kerana pemegang francais adalah orang Melayu. Begitu juga kempen memboikot jenama roti terkenal kepunyaan orang Melayu. Apakah ini tidak rasis?

Justeru, saya amat mengharapkan kabinet baharu berhati-hati dengan serangan tentera siber ini. Cara tidak lain, jaga diri, ahli keluarga dan berhemah dalam berbelanja. Utamakan rakyat sebagaimana tagline gagasan 1Malaysia.  Bukan kita takut dengan mereka. Jangan beri peluang mereka mencari atau mendapatkan kelemahan kita.

Siapa sahaja yang mempertahankan atau membela UMNO BN akan dilabelkan sebagai anjing, babi, pengkhianat bangsa dan sebagainya. Saya telah melalui semua serangan ini. Saya tidak kata semua UMNO BN lakukan itu betul.

Terbaharu, seorang warga emas Cina di negeri Pahang, berusia 72 tahun, sehingga ke hari ini sudah 20 hari tidak makan, hanya minum sahaja, mogok lapar membantah projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman. Beliau mahukan projek ini dihentikan. Sedangkan bukti-bukti saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membahayakan. Bagaimana pula jika projek ini berada di kawasan orang Melayu? Adakah protes yang sama akan dilakukan?

Harapan saya agar kabinet baharu ini benar-benar dapat melaksanakan amanah berat ini. Bertindaklah dengan tegas. Utamakan agenda negara daripada agenda bangsa berpaksikan perlembagaan. Jika dalam perlembagaan, terpancar perlindungan terhadap Islam, Melayu (bumiputera), bahasa Melayu dan Raja Melayu, jangan takut untuk mempertahankannya.

Kadangkala saya amat sedih apabila kita terlampau melayan agenda bangsa, sehingga agenda negara tidak tentu haluan. Misalnya, isu sekolah kebangsaan. Memang paling ideal, kita hanya memerlukan sekolah satu aliran. Pergilah ke mana ceruk dunia sekali.

Justeru, bila kerajaan membenarkan sekolah pelbagai aliran (sekolah vernacular), bersyukurlah. Jangan jadi kaduk naik junjung. Ini tidak, apa jua agenda kerajaan untuk memperkasakan agenda negara ditentang! Misalnya, pemerkasaan bahasa Melayu di sekolah vernacular, ditentang habis-habisan, hatta sampai ke peringkat mensyaratkan kepada kerajaan supaya guru BM dan BI mesti mendapat kredit dalam mandarin peringkat SPM. Bermakna, guru BM dan BI mesti datang daripada SMJKC, walaupun mereka berbangsa Melayu atau India.

Persoalannya, kenapa siber trooper tidak melihat isu ini sebagai rasis. Begitu juga tuntutan untuk menghalalkan sijil UEC dan semua universiti di China dan Taiwan. Sedangkan pelajar-pelajar yang dihantar ke sana, begitu kurang ajar, sanggup menterbalikkan jalur gemilang apabila UMNO BN memenangi PRU13 baru-baru ini. Kenapa tentera siber tidak serang pelajar kurang ajar ini? Kenapa ultra kiasu diam sahaja akan tindakan mereka. Kita gagal dalam melahirkan warga yang patriotik. Yang ada hanya warga yang rasis. Melayu dituduh rasis, mereka tidak. Apakah ini adil?..ridhuantee.blogspot.com 

Harapan MMI pihak kerajaan melalui semua saluran harus segera membuat penambaikan kepada unit-unit media pro UMNO sedia ada dan perkasakan mereka.Jangan menidakkan usaha dan gerak kerja mereka kerana ianya sama penting seperti mana cybertroopers memerlukan jemaah menteri bagi menentukan kestabilan politik negara.

Semoga Malaysia terus makmur dan maju Insyaallah..

MMI.

Wednesday, 22 May 2013

Anwar SAMAN PapaGomo , Azri Bakal Jadi Milionare ??!!


Nampaknya Anwar makin tak keruan kerana tindakan saman beliau ke atas Wan Muhammad Azri Wan Deris yang di tuduh sebagai pemilik blog Papagomo menjadi sebaliknya.Malah nama Wan Muhammad Azri sendiri  yang kini menafikan beliau adalah pemilik blog Papagomo pasti menjadi igauan ngeri buat Anwar kerana tuduhan tersebut pasti akan menjejaskan nama baik yang dituduh dan apabila menjejaskan nama baik   seseorang maka sudah tentu tindakan saman balas akan di buat bagi membersihkan nama yang sudah tercemar dengan permainan bodoh Anwar Ibrahim.

Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan kelmarin di Mahkamah Tinggi di sini berkata, alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar seperti mana didakwanya.

Peguam Mohd. Afiq Mohd. Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding semalam, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun ini untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - Bernama

Anwar mengamuk sakan bila dapat tau bahwa Muhamad Azri sebenarnya bukan pemilik blog papagomo huhuhu..Sebenarnya Anwar buntu kerana cubaan dia nak memerangkap (serkap jarang) pemilik sebenar blog tersebut tak mengena!...Anwar bagai mengejar bayang2!!

Sebaliknya Anwar bakal menghadapi tuntutan saman dari Muhamad Azri dengan jumlah yang besar! Tapi ape nak di herankan sangat , Anwar banyak fulus weiii...bukak laci sana berkepuk2 duit...bukak laci sini pun duit..pendek kata Anwar tak pernah kering duit!...alahai setakat gaji parlimen tu celah gigi dia jek

Tapi perkara pokoknya Anwar dah silap langkah apabila senang2 serkap jarang dengan menuduh Muhamad Azri sebagai Papagomo! Natijahnya kita tunggu ja keputusan mahkamah adakah serkap jarang tu benar2 telah memerangkap papagomo atau bakal di saman berjuta2 oleh sdr Muhamad Azri kehkehkeh

Oh ya sebelum terlupa cuba ampa semua pusing kebelakang sikit , boleh jadi Papagomo ni Anwar sendiri yang bikin tak ? Hihihi macam-macam boleh jadi gang !!

MMI.

Wednesday, 8 May 2013

Salahkah Kita Bersuara ?? Jangan Sampai MELAYU Bangkit !!!


Hairan MMI apabila di maklumkan PapaGomo blogger pro UMNO di tangkap Polis.Apa kes pula ni ? Macam-macam hal kalau kena orang sendiri sekejap saja angkut tapi kalau kena puak musibat sebelah sana tindakan macam haram.

Agak-agaklah nak ambik tindakan pun bagi adil lah sikit yang puak sebelah sana asyik meroyan dan fitnah sana sini tak pula nak ambik tindakan.PANTAU !! kalau setakat pantau lebih baik kita bayar gaji separuh bulan sudah.

Kadang-kadang puak-puak ni musibat juga , bila di suruh berjuang macam-macam perkara minta sampaikan tak menang jari tapi bila berlaku sesuatu semua pihak diam buat bodoh jaa..Agak-agaklah..

Sebut saja siapa pun dari pembangkang bila kena apa-apa saja pasti jentera untuk membantu akan segera di gerakkan bukan macam kita lengai itu pun kira bagus sebab lengai ada yang langsung tak di bantu.

MMI nak ambil kesempatan ni nak ucap tahniah kepada Utusan kerana berani mengeluarkan artikel bertajuk   Apa Lagi Cina Mahu ? 


Kepada musibat-musibat bangsat kat luar sana ampa jangan dok buat bingai sebab selama ni kita diam dan bagi laluan untuk ampa buat macam-macam.Jangan ingat orang Melayu tak sedar dan tahu tentang kenyataan-kenyataan rasis ampa dalam akhbar-akhbar Cina !

MMI dah pernah kata apa pun yang ampa nak buat jangan sampai MELAYU BANGKIT !! Tapi nampaknya ampa makin biadap dan kurang ajaq.

Senang cita kita tunggu tengoklah...

MMI.

Thursday, 25 April 2013

UPDATE Kemalangan Ngeri Melibatkan Blogger Dr MiM !!


Pagi tadi berlaku satu kemalangan ngeri melibatkan blogger Dr MiM sewaktu beliau bersama seorang rakan dalam perjalanan ke Selatan.Baca Sini 

Laporan terkini dari rakan-rakan di sana menyatakan rakan Dr MiM kini berada dalam keadaan stabil dan mengalami beberapa kecederaan manakala Dr MiM yang kini berada di Hospital Pantai menjalani rawatan susulan.

Kepada semua marilah kita sama-sama doakan semoga Dr MiM segera pulih dari kecederaan yang dialami beliau.

Perjuangan Harus Di Teruskan !!

MMI.

TERKINI Kemalangan Melibatkan Blogger Dr MiM Ada Unsur Kianat ?!!!


Pagi tadi MMI dikejutkan dengan satu berita blogger Dr MiM terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 381.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Slim River.Beliau bersama seorang rakan yang dalam perjalanan daripada Pulau Pinang ke arah Selatan terbabit dalam kemalangan tersebut seawal jam 6.30 pagi tadi.Baca Sini 

Setakat entri ini ditulis dimaklumkan beliau yang sebelumnya di masukkan ke Hospital Slim River kini di pindahkan ke Hospital Pantai pada tengahari tadi.Manakala rakannya dilaporkan stabil dan kini sedang di rawat.



Menurut sumber dikatakan 2 tayar depan kenderaan yang dinaiki oleh Dr MiM dan rakannya tercabut sebelum melanggar pembahagi jalan.Di syaki berlaku unsur kianat dalam insiden tersebut kerana sebelum ini blogger tersebut khususnya pengamal media siber sering saja menerima ancaman dari pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan gerak kerja mereka.

Apa pun satu siasatan masih dan sedang dijalankan oleh pihak Polis bagi mencari punca sebenar kejadian tersebut.

2 tayar tercabut secara serentak ? Apa mungkin ada dalang disebalik apa yang berlaku ? Apa yang pasti sebelum ini blogger Dr MiM ada menyatakan akan memberikan satu penerangan tentang satu perkembangan terbaru berikutan satu penemuan berita melibatkan individu sensasi di Pulau Pinang.


Apa mungkin ianya ada kaitan ??  MMI bukan menuduh tetapi sedikit rasa sangsi dengan apa yang berlaku.Apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.

MMI mendoakan semoga Dr MiM berada dalam keadaan selamat dan segera sembuh !!

Lagi maklumat dan berita terkini klik SINI 

MMI.

Friday, 19 April 2013

Gomo Tarik Diri Anwar Serabut , Mazlan Dapat Sokongan Padu Seluruh Jentera BN !!! #PRU13 #PG13 #TolakPR


Pengumuman blogger papagomo menarik diri dari bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Permatang Pauh telah menyebabkan kem Anwar tersentak.

Sebelum ini melalui cakap-cakap orang-orang Permatang Pauh , jentera Anwar sudah berkira-kira dengan pertandingan 3 penjuru bakal memberikan kelebihan kepada Anwar namun kini segalanya bagai direntap-rentap kerana pertandingan kerusi parlimen Permatang Pauh bagi PRU13 nanti bakal menyaksikan calon PKR Anwar Ibrahim berentap satu lawan satu dengan calon BN Dr Mazlan Ismail.

Dari pengamatan MMI , pengumuman blogger papagomo memang kena dengan masanya malah kenyataan papagomo untuk memberikan sokongan penuh kepada Dr Mazlan Ismail bakal menyaksikan Anwar umpama cacing kepanasan.

Memetik kenyataan daripada blog papagomo beliau berkata "Saya berjanji sepanjang kempen PRU13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti,saya akan bersama-sama dengan rakyat Permatang Pauh unttuk berkempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional dan untuk kali ini,saya yakin Anwar boleh ditumbangkan dalam PRU13 ini."Baca Selanjutnya 

Dalam masa yang sama Dr Mazlan Ismail yang kini telah bersedia bagi menentang Anwar Ibrahim juga berkeyakinan untuk menumbangkan Anwar Ibrahim.


Untuk makluman semua , Dr Mazlan merupakan bekas pengarah strategik PAS dalam dua pilihanraya umum sebelum ini dan hampir pasti beliau tahu selok-belok gerak kerja jentera serta strategi pembangkang dalam menghadapi PRU13.

Anwar sudah pasti akan terus bertahan dan percayalah pertahanan Anwar kali ini bakal dirobek oleh seluruh jentera serangan paling padu pernah diturunkan di Permatang Pauh.

Apa pun semuanya terletak di tangan pengundi Permatang Pauh , buatlah pilihan yang terbaik kerana peluang kini terhidang di depan mata.

MMI.

Tuesday, 9 April 2013

HOT GOMO Kini Di Permatang Pauh ?!!! #PRU13


Berita yang mengatakan blogger PapaGomo akan bertanding menentang Anwar Ibrahim merupakan satu sejarah bila mana bekas banduan bakal bertarung dengan bekas banduan.Hahaha Gomo jangan marah MMI aa ini hakikatnya dan apa yang perlu ampa semua faham inilah bukti bahawa Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional telus dan terbuka waima dalam soal pilihanraya sekalipun.

Walaupun kedua-duanya adalah bekas banduan tetapi apabila syarat dan undang-undang SPR menyatakan seseorang itu layak maka bertandinglah.Serahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang mahu mereka pilih kerana itulah yang dimahukan oleh semua pihak khususnya pembangkang yang saban hari melalak menuntut demokrasi sedangkan hakikat sebenar mereka sendiri pun tidak demokrasi.

Jangan lupa bagaimana mesyuarat ranting dan cabang PKR sebelum ini sampaikan bangku meja semua boleh terbang.Anwar Ibrahim pun sebagai ketua pembangkang langsung tidak menghormati demokrasi apabila sering melalak kononnya beliau membawa suara rakyat sedangkan jutaan rakyat diluar sana tidak pun bersetuju dengan setiap tindakan beliau.

Malah dalam soal kebebasan media sekalipun Anwar lebih suka menyalahkan kerajaan dan UMNO walaupun pada realitinya beliau sendiri pernah menghalang tugasan para media dengan langsung tidak memberi kerjasama mahupun menjawab soalan yang diajukan.


Pilihanraya kali ini pasti lebih menarik khususnya di Pulau Pinang kerana kehadiran Gomo sudah pasti akan membawa sejuta pendedahan tentang siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

MMI amat bersetuju sekiranya segala pendedahan Anwar sama ada rakaman video dan sebagainya didedahkan di kawasan atau kubu beliau sendiri.

Biar rakyat khususnya di Permatang Pauh tahu bahawa manusia yang selama ini mereka agung-agungkan itu adalah penipu dan tidak layak menjadi pemimpin kepada rakyat Malaysia.

Seperkara yang mungkin lebih menarik rakyat Malaysia juga ingin melihat dan tahu siapa sebenarnya PapaGomo , jadi sama-sama kita nantikan tarikh keramat hari penamaan calon yang sudah pasti menyesakkan nafas Anwar serta juak-juaknya.



Kepada Gomo , selamat datang ke Permatang Pauh dan kepada seluruh pasukan Anwar Ibrahim nantikan bala tentera ini tiba bersama seluruh kekuatannya.

Anwar Perlu Di Tolak !!

Psst dengar-dengar cite si Nuar tu nak pi tang lain pula ?? betul ker ??

Baca juga di SINI 

MMI.

Saturday, 23 March 2013

Putar Belit , Milo Kini Tidak Suam Lagi !!


Nak kata bangang nanti marah pula ! nak kata bodoh takut nanti menangis pula ! Tapi itulah hakikatnya blogger lembut pakatan haprak ternyata serkap jarang ada ka gambar kat atas tu dia kata makmal cybertroopers UMB ? Hahahaha budak tadika pun tau beza dik oi ...

MMI tertarik dengan tulisan blogger Kinta Menjerit yang memang sempoi habis , ampa baca kat bawah tu...

Apa ler ke bodoh nyer blogger Milosuam ni ada ke makmal komputer pelajar universiti dikatanyer tempat UMB melatih cybertroopers. Dah la, lu ni memang penfitnah no 1 dari pakatan pembangkang dalam dunia blog.

Hahaha...tak payah la lu nak gertak. Macam budak kecik!!!...kalor betoi la lu ada semua maklumat tentang para cybertroopers tu kasi kuar la sekarang, hahaha lu kencing banyak kuat la Milosuam. Daripada foto yang lu siarkan kitaorang dah tau tu tipu punya gambar.

Suruh Nuar tu saman dulu Gomo...kan gambor ponggong dah keluor. Jangan marah yea...kalor marah boleh hantar kakipukul kasi hantam sama gua....hahaha kintamenjerit 

MMI rasa blogger milasuam ni patut tukat nama lah letak ja milomasam baru betul !!

Beliau bukan saja main hentam kromo tapi turut menggugut para blogger lain yang kononnya akan didedahkan selepas ini.Dedah ja lah kenapa nak simpan-simpan lagi ? Lagi satu kononnya entri dia tu di kirim oleh seseorang yang kini tidak lagi bersama UMB hihihi kasi bukti la bro !! Auwwww Klik Sini 

MMI.

Thursday, 21 March 2013

SAMAN PAPA - ANWAR Semakin GANJIL !!


Anwar Ibrahim raja saman dan kaki putar belit kini semakin aneh ! Sejak jumaat lalu sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim semakin ganjil malah sikap dan perangainya juga berubah-rubah.Apa kena dengan raja saman ni ???

Semenjak Anwar memfailkan saman ke atas blogger papagomo dengan tuntutan RM100 juta , beliau tiba-tiba berubah nada malah langsung tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya tentang ugutan mahupun arahan dari papagomo yang mahukan beliau supaya menarik balik saman atau berdepan dengan lagi pendedahan video melibatkan perlakuan seks songsangnya.

Aloo pencacai-pencacai pembangkang ! Apa punya ketua yang ampa ada ni ??? Malu lah weiii....

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan 'cabaran' Papa Gomo yang memberi beliau tempoh 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini, hari ini.

Papa Gomo membuat kenyataan beliau enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Anwar.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu dan menegaskan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin.sinar

Adoi Anwar !! Apa pasal la lu tak berani kata "Saya akan teruskan saman keatas blogger papagomo" kan mudah tapi masih lagi nak berbelit-belit.Kalau ampa semua perasan taktik atau tindakan si Anwar yang dah mungkin rasa nak demam tu sama saja dengan isu pertanyaan dari seorang wartawan terhadap Anwar sama ada beliau homoseksual atau biseksual.Baca Sini 

MMI tak nak ulas panjang-panjang kita sama-sama tunggu tengok kelaku Anwar lepas ni...

Psstt rasa-rasa MUNGKIN lepas ni peguam Anwar akan tarik balik saman tersebut dengan alasan teknikal , kenal sangat dah puak-puak ni cukup pandai main game..Anwar pula boleh lepas sebab bukan dia yang tarik tapi atas nasihat peguam.BANGSAT !!!!!!

Tapi kalau diteruskan kita pakat-pakat tengok aksi macam mana pula nak mai...

MMI.

Tuesday, 19 March 2013

Anwar SAMAN Papa , Gambar & Video Baru Bakal Muncul Dalam 48 Jam ?!!


Panas sungguh hari ni , MMI yang kebetulan ke sana ke mari berpayungkan cahaya matahari benar-benar terasa kehangatannya.Namun dalam panas-panas tu pun tiba-tiba kita di kejutkan dengan berita PapaGomo bertindak memberikan tempoh selama 48 jam kepada Anwar Ibrahim supaya segera menarik balik saman beliau terhadap PapaGomo.

Pada awalnya tadi berita berkenaan Anwar Ibrahim bertindak menyaman seorang individu kerana didakwa menyebarkan gambar serta video lucah didalam ruang siber yang dikatakan mirip dirinya. Saman berjumlah RM 100juta tersebut telah difailkan di Mahkamah hari ini.

Menurut N.Surendran yang membuat kenyataan media bagi pihak anak guamnya, beliau memaklumkan bahawa Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah memulakan prosiding undang-undang terhadap satu Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang merupakan pemilik / pengendali laman web berkaitan Umno yang dikenali sebagai "Papa Gomo".

Pada 16 Mac 2013, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan tidak berasas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka.Baca Seterusnya 

Selang beberapa jam selepas tu PapaGomo mula beraksi dan berikut adalah kenyataan beliau ,

Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.

Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.

Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat.

Dato Sri Anwar Ibrahim, 6 hb Febuari 2013 berlokasi di Hotel Hilton KL Central pada jam 1 pagi rakaman aksi Dato Sri membelasah Jubor Mahasiswa dari Sabah juga berada di tangan saya. Saya merasakan bahawa Dato Sri tahu apa yang akan berlaku jika Video tersebut tersebar kerana rakyat perlukan bukti nyata dalam pekara ini.

Apa yang dilakukan saya adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin dengan moral yang begitu jijik apatahlagi dengan ketagihan homoseksual yang saya lihat tidak dapat lagi dibendung. Wan Azizah, Nurul Izzah dan juga suami Nurul tahu kegiatan Dato Sri dan saya rasa Dato Sri pasti terkejut jika saya nyatakan bahawa Menantu Dato Sri yang akan membawa Dato Sri keluar setiap malam bagi mencari Jubor untuk dikoyakkan.

Pendedahan mengenai moral Dato Sri saya lakukan demi rakyat Malaysia. Seharusnya Dato Sri berundur dari pentas politik dengan kadar segera demi menjaga maruah keluarga Dato Sri terutama Wan Azizah yang sudah begitu lama menahan azab dengan kegiatan tak bermoral Dato Sri.Baca Seterusnya

Anwar saman Papagomo lepas tu Papagomo bagi amaran tarik balik dalam masa 48 jam kalau tidak video terbaru keluar.Hemmm kita tunggu tengoklah....

MMI.

Monday, 11 March 2013

HOT Blogger Pembangkang Naik Minyak Sebab Kena Liwat ??!!


Tu dia ! Blogger pembangkang ni dikatakan naik minyak selepas kena sontot dengan Anwar hahahaha...Dok la dekat-dekat lagi..Ampa jangan kecoh dulu mamat ni bukan kena liwat tapi naik minyak sebab pertahankan kaki liwat..Hihihi apa punya samdol !!

Blogger PR,Tulang Besi atau nama sebenar Rahman Talib mempertikaikan soalan sumpah laknat yang diajukan dari wartawan kepada Bapa Saiful Bukhari , Azlan Lazim.

Sidang media diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Merchant Square,Petaling Jaya,Selangor!

Ampa tengok bahasa yang dia pakai kepada wartawan, nampak cerdik kan?Yang dia marah sangat tu kenapa? dia ker yang kena liwat?


Hahahaha bahalol lah dia ni , eh ampa rasa dia ni orang Melayu Islam ke tak ? Kalau bab minta sumpah untuk sahkan yang kita ni di pihak yang betul apa masalahnya ? Kita bukan istihar keluar Islam beb..

Nak cari publisiti ke bro ???

kredit to daengselili

MMI.

Tuesday, 26 February 2013

Siapa Blogger BN Yang Masuk PR Tu ???

Gambar Hiasan
Dalam kesibukan juak-juak pembangkang mencanangkan penipuan demi penipuan melalui janji manifesto mereka dunia maya di kejutkan dengan berita blogger pro BN bertindak mengumumkan penyertaannya ke kem Pakatan Haprak.

Apa hilang akal ka si blogger ni ? Apa yang MMI boleh katakan si blogger ni taklah menyertai DAPigs tapi memilih salah satu diantara PKR dan PAS.Huhhhh macam-macam hal kejap sana kejap sini..Kalau ampa semua nak tau blogger mana , ampa kena pi sendiri ke blog dia malas MMI nak "copy" entri dia...Klik Sini 

MMI.

Labels