Showing posts with label Share. Show all posts
Showing posts with label Share. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Starbucks.. Halal Atau Haram?

Bebaru ni ramai betul dalam Facebook duk bubuh mende alah ni...

*****************************************************

JAKIM anouncement: STARBUCK HARAM

Starbucks HARAM,

ISO 9002 JABATAN IMEGRESAN HALIMAH BINTI HAMZAH
...
PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to
our muslim friends.

Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
Thank you

INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN...


******************************************************

Aku cam tak paham orang yg sebarkan benda ni, percaya bulat2 ke apa ke... Pada aku, kalau setakat baca untuk diri sendiri, lantak ko laaa ko nak percaya ataupun tak.. Tapi kalau ko nak sebarkan, lebih baik ko check dulu...

Ini hasil dari website JAKIM yang aku check sendiri..






Kalau tak puas hati, sila masuk website HALAL JAKIM, search sendiri ok... Better dari amik email ntah dari sapa2, yang ntah betul ntah tidak... Ntah tahun bila pun tak tahu...

Kalau kata tak nak minum sbb boikot Yahudi ke ape ke, aku tak kesah jugak... Sebab at least tidaklah ko mengharamkan yang halal..

KALAU TAK PASTI/ TAK TAHU, pastu MALAS pulak nak check... Jangan laaa sebarkan... Boleh tak?


p/s: Aku bukan fanatik Starbucks pun... Kengkadang jer minum... Tapi benda macam ni, patutnya orang kita yg pandai pakai Facebook, haruslah pandai jugak cari kesahihan fakta tu... Skrg ni semua pun boleh carik thru internet, tapi nak jugak sebarkan benda yang tidak pasti kesahihan...

Thursday, October 14, 2010

Sapa kata Kad Kredit Tak Bagus??


Haaaa... Sempena hari Jumaat yang mulia nih, meh nak bukak citer bab kad kredit.. (Ni dari pandangan seorang individu yang tak pernah belajar subjek Ekonomi dan Perdagangan yer...)

Kenapa saya suka pakai kad kredit?

Jawapannya: Terpulang kepada kad kredit apa yang dipakai.. Meh nak citer kad kredit yang kitorang (aku dan Encik Pejoi) ada...

1) Kad Kredit Maybank
2) CIMB
3) HSBC
4) Citibank
5) American Express (AMEX)

Wahhhh... Giler aper diorang ni pakai kad kredit banyak2... Ni mesti hutang keliling pinggang nih..

No...No...No...

Setiap kad kredit ada kelebihannya... Tapi yang penting skali... Banyak macam mana pun kad kredit anda.. Dan penggunaan kad kredit anda... Prinsip dia... Pakai bulan tu.. Bulan tu jugak bayar... Takde istilah bayaran minumum OK?

Habis tu, buat apa ada kad kredit banyak2? Baik bayar CASH jer camtu...

Haaaaa... Kat sini baru nak citer sebab apa wujudnya kad kredit kitorang yang banyak ini.. Hahahaha

1) Kad Kredit Maybank

Yang ni semua tau laaaa..Sangat glamer.. Sangat convenient.. Dari segi nak guna kat kedai memana pun senang, nak beli apa pun senang, nak bayar pun senang, rewards points dia pun best2 gak... So slalu ada dalam wallet spare kot2 nak beli apa2...

2) CIMB

Yang ni aku punya... In fact, nih laaa satu2 nya kad kredit aku.. Yang lelain tu Encik Pejoi punya.. Hahahaha.. Sebab buat yang ni sebab aku nak ada satu kad atas nama aku laaa.. In case aku pegi memana yang Encik Pejoi tak turut serta..

Yang bestnye?

Aku suka sebab points dia diconvert kepada cash money..

RM200 = RM1..

Maksudnya, kita belanja RM200, kita dapat 200 points.. 200 points = RM1..

Nampak cam skek kan? Apa barang beli RM200 baru dapat RM1..

Haaaa... Jangan tatau... Kad kredit ni aku guna untuk bayar duit hotel dgn duit flight saja... Skrg accumulate points aku dah 20000++.. Bersamaan dengan RM100++ dah rewards dia... Within 2 years... Duit nuffnang aku pun tak banyak camni tau.. Hahahaha..

So aku pikir, dari aku pi bayar kat hotel gitu saja.. At least aku dapat gak aaa sedikit rewards.. rewards plak cash money yang boleh ikut suka hati aku nak beli apa... Bukan laa amik cadar ke, alarm clock ke... Yang terhad kan...

Bagus pakai kad nih kalau kena plak korang ni mmg keja kena travel.. Duk hotel sana sini yg mahal2.. Pastu korang kena bayar dulu.. Pastu baru claim dengan company... Kat sini korang bleh nampak faedahnya... Katakan korang duk hotel tu RM2k... Korang claim kat company mmg laaa 2K kan... Lain laa kalau korang gi tipu amend that receipt plak kan..Huahuahua.. So dari korang tak dapat apa2, bayar guna kad kredit nih, korang free2 jer dapat RM10... Haaaa.. Terer tak? Hahahaha.. Tu yang aku suka tu... :p

3) Kad Kredit HSBC

Yang ni pun best gak sbb rewards dia ada macam2... Dan offer dia macam2.. Contoh cam hari tu kat Carrefour, diorang lawan rebate 25% on top of what ever offer yg Carrefour bagi... Contoh kalau Mami Poko dah offer RM44/paket, bayar guna kad nih, dapat tambahan 25%.. Dah jadik berapa? Dah tinggal RM33!! Pernah tengok Mami Poko yang jumbo pack tu RM33? Jangan harap aaaa... yang pack biasa tu pun duk main harga RM36++.. So boleh beli dan kemudian pi bukak kedai jual kat memana lak.. Hahahaha..

Lelain merchant yang participate cam Guess, G2000 semua tu aku tak heran sangat... Sebab bagi aku tu bukan keperluan... Benda2 keperluan cam pampers, susu, beras tu semua.. Kalau dapat 25%, kire banyak aaa tu kan...

So slalu kena watch out HSBC punya offer apa... Menarik2 gak... Tapi slalu nak participate dalam offer tu, kena register melalui SMS dulu.. Itu yang kekadang maleh.. Hahaha

4) Kad Kredit Citibank

Haaaaa... Yang ni yang paling aku rasa bagus... Citibank ada macam2 jenis kad kan.. Giant laa.. AirAsia laaa... Shell laa.. So cam susah nak decide which one... Tapi yang aku nak citer ni, privilege untuk Platinum Card Holders...

Petrol - 5%
Pharmaceutical (Watsons & Guardians) - 2%
Groceries (Tesco, Giant, Carrefour, Cold Storage) - 2%
Phone Bills (Maxis, Celcom, Digi) - 2%
Others - 0.3%

Haaaaaaaaaaaaa........... Tak ke BEST??? Isi minyak kereta dapat rebate 5%... Cam makna kata lain, harga petrol turun 5% untuk pemegang kad nih... Lagi mau tanya pasaipa tak bayar cash jer? Hahahaha.. Kalau bayar cash, mana dapat discount 5% untuk petrol?

Lelain tu aku tak heran sangat... Petrol tu main thing.. 2nd main thing.. Groceries... Contoh kalau beli susu Eesya RM100, dah dapat discount RM2 kat situ.. Buta2 jer dapat jimat RM2 kan kan kan?

5) AMEX

Ini ahli terbaru dalam wallet Encik Pejoi... Ini tetiba jer Maybank call, cakap "Disebabkan tuan rajin bayar bil tiap2 bulan, tepat pada masanya, maka kami offer tuan dengan kad AMEX pulak.. Supaya lama2 tuan boleh kabur mata dan terlupa nak bayar bil.."

Hahahaha.. Takde ler... Ayat yang last tu aku tipu jer... Ayat yg awal2 tu yang betul..

AMEX ni sebab tak nampak lagi special kat mana kecuali bab worldwide di mana2 jua tu... So aku tatau nak komen apa.. Tunggu bila dah lama skek okies...

OK... Tu laaa kisah kad kredit hari ini... Yang tak best skek pulak, sbb sejak kena bayar RM50 setahun untuk satu kad tu laaa.. Memang laaa boleh tolak points untuk bayar RM50 tu.. Tapi cam susah2 org kumpul points, pastu nak kena tolak plak untuk cover yg RM50 tu.. Huhu.. Yang tu aku rasa KURANG BEST... Nak kena revise balik kad mana yang KURENG BEST.. nak pi potong jer depan pegawai bank dia...

So, yang mana satu korang rasa aku patut KASIK POTONG SAMA DIA??

Hahahahahahaha...

Friday, September 24, 2010

Berhati-hati membeli TOYS di TESCO...


Nih Pair Card yang beli kat Eesya pada hari Khamis, 23 Oktober 2010...
Nampak ok jer luaran kan?

Bila bukak... Terkejut nengok...


Banyak giler kulat... Bau pun sangat tidak sehat.. Huhu...



Eesya plak frust giler sebab biasa laa.. Beli toys baru... Bising aaa suh bukak.. Punya duk mengadap mama sementara nak bukak plastik apa semua... Bukak2, terus mama lari jauhkan benda ni pada dia.. Sebab bau dia awful giler.. Cam nak muntah...



So, hari Jumaat.. Pegi Tesco balik... Tunjuk kat Customer Service dia.. Dia tanya nak tukar lain ke nak duit balik.. Cakap tak nak tukar lain sbb nampak sangat laaa stok baper tahun punya dah kot.. Kalau baru apsal jadik camni.. Padahal kat luar siap balut dgn plastik apa bagai.. So amik duit balik... Tapi aku cakap kat org tu, lenkali toys kanak2 sila berhati-hati skek.. Budak dah inhale dah benda gitu.. Tu mujur aku yang bukak.. Kalau aku lepas jer bagi Eesya bukak sendiri?

Next time nak beli toys yg jenis kertas2 ni... Kena check bukak kat situ dulu ler kot.. Huhu...


Wednesday, September 22, 2010

Kesan TechinSights...

Tetibe blog aku sudah berubah menjadi warna hitam. Ini adalah kerana timbul kesedaran setelah menghadiri salah satu sesi dalam TechinSights hari ini. Encik Teh Wei King (speaker untuk talk yang bertajuk Turn it off!) kata, dengan menggunakan warna hitam sebagai display di webpage, kita dapat menjimatkan watt berbanding dengan warna putih dan warna-warna lain. Kalau tak percaya boleh baca kat website Blackle ni. Setakat yang saya tengok di website www.blackle.com ni, sudah 2,081,137.354 Watt dapat dijimatkan. Hebat kan?

So dengan itu, saya bukan takat menyokong Earth Hour, saya juga menukar blog saya menjadi hitam. Hahaha.. Tapi tak tau laa sampai bila kan... :p

Bagus gak attend TechinSights ni.. Dapat banyak knowledge dari pakar-pakar IT yang ada title MVP (Microsoft Value Professional) dan boleh tengok live demo.. Sejak semalam sampai pagi ni, session yang paling aku suka adalah oleh Mr. Sanjay Willie. Berkaitan dengan Security IT. Senang faham dan kelakar. Yang penting, tak mengantuk.



Plus, kalau post something about TechinSights dalam blog, dapat 5 Knowlegde Points.. Points tu kutip2, nanti leh menang hadiah.. Muahahaha.. Rasa cam kanak-kanak plak duk kutip stiker pastu tampal kat kad.. Kekekeke...

Thursday, August 19, 2010

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (PENANG)

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM)
[SIJIL MASIH SAH]


Bil.Nama Hotel @ Resort
[ Nama Premis/Dapur ]
Tarikh Sah Sijil

1. CAHAYA UTARA SDN BHD (CITITEL HOTEL PENANG)
Sijil Telah Ditarik Balik
CAHAYA UTARA SDN BHD
T/A CITITEL PENANG
66 PENANG ROAD
10000 PULAU PINANG
MALAYSIA

Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN
CITITEL PENANG
LEVEL 3 BANQUET KITCHEN
66 PENANG ROAD
10000 PENANG

01/04/2009
-
31/03/2012


2. EVERGREEN LAUREL HOTEL (PENANG)
53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA

Nama Premis / Dapur :
WESTERN & CHINESE BANQUET
53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA


EVERGARDEN RESTAURANT
53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA


CAFE LAUREL
53, PERSIARAN GURNEY,
10250 PENANG,
MALAYSIA

01/11/2009
-
30/10/2011


3. HOTEL SERI MALAYSIA (PENANG)
PRISMA LAMUNI SDN BHD
NO 7, JALAN MAYANG PASIR 2
BANDAR BAYAN BARU,
11950. PULAU PINANG


Nama Premis / Dapur :
DAPUR HOTEL SERI MALAYSIA PULAU PINANG
01/08/2010
-
31/07/2012




SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL JAIN / MAIN / HDC
[BAGIBil. PULAU PINANG]
Bil.Nama Hotel @ Resort
[ Nama Premis/Dapur ]
Tarikh Sah Sijil

1. BAYVIEW BEACH RESORT PENANG
BATU FERRINGHI BEACH
11100 PULAU PINANG
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Restoran Marco Polo, Banquet, Coffee House, Mitral Western Restoran (Makanan dan Minuman)
Sah Sehingga
30/11/2011


Sijil Aktif


2. BAYVIEW HOTEL GEORGETOWN PENANG
25-A FARQUHAR STREET
10200 PENANG
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Kopitiam Restoran, Bakeri, Malay & Banquet Kitchen
Sah Sehingga
30/01/2011


Sijil Aktif


3. BERJAYA GEORGETOWN HOTEL (PENANG) SDN BHD
ONE STOP MIDLAND PARK
10350 JALAN BURMAH
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Restoran Hotel
Sah Sehingga
15/10/2010


Sijil Aktif


4. COPTHORNE ORCHID HOTEL
PENANG SDN. BHD.
11200 TANJUNG BUNGAH
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Terrace Bay Coffee House & Coffee House Kitchen
Sah Sehingga
28/02/2011


Sijil Aktif


5. EASTIN HOTEL PENANG
1, SOLOK BAYAN INDAH
QUEENSBAY
11900 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Banquet Ballroom, Coffee House, & Executive Lounge
Sah Sehingga
30/12/2011


Sijil Aktif


6. FLAMINGO BY THE BEACH
JALAN TANJUNG BUNGA
11200 PULAU PINANG
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Flamingo Cafe, Ballroom, Banquet Kitchen, Pastry & Coffee House Kitchen
Sah Sehingga
15/03/2012


Sijil Aktif


7. G HOTEL SDN. BHD.
168 A, PERSIARAN GURNEY
10250 PULAU PINANG
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Banquet Kitchen, Pastry Kitchen, G Caf� Kitchen
Sah Sehingga
30/12/2011


Sijil Aktif


8. HOLIDAY INN RESORT PENANG
72, BATU FERINGGHI
11100 PULAU PINANG
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Dapur & Restoran Hotel
Sah Sehingga
31/05/2011


Sijil Aktif


9. HOTEL EQUATORIAL PENANG
NO 1, JALAN BUKIT JAMBUL
BAYAN LEPAS
11900 PULAU PINANG
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Grand Ballroom, Matahari Ballroom & Coffee Garden (Coffee House)
Sah Sehingga
28/02/2011


Sijil Aktif


10. HOTEL GRAND CONTINENTAL
68, JALAN GUNDAWARA
(JALAN BRICK KLIN)
10300 PULAU PINANG
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Pinang Selera, Banquet Hall & Main Kitchen
Sah Sehingga
15/03/2012


Sijil Aktif


11. HOTEL SUNWAY GEORGETOWN PENANG
NO 33, NEW LANE
(OFF MACALISTER ROAD)
10400 PULAU PINANG
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Main Kitchen, Coffee House Kitchen,Caf� Tropics
Sah Sehingga
28/02/2011


Sijil Aktif


12. HYDRO HOTEL PENANG
JALAN LOW YAT
11100 BATU FERINGGHI
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Coffee House & Banquet
Sah Sehingga


Sijil Aktif


13. KAFE KASEH SAYANG
TRAVEL LODGE SDN BHD
NO. 1, LORONG BAGAN LUAR 1
12000 BUTTERWORTH
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Restoran Hotel (Kafe Kasih Sayang)
Sah Sehingga
15/10/2010


Sijil Aktif


14. MARINA COVE RESORT MANAGEMENT SDN BHD
JALAN TELUK BATIK
32200 LUMUT
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
01/09/2011


Sijil Aktif


15. NAZA HOTEL PENANG
555, JALAN CM HASHIM
TANJUNG TOKONG
11200 PULAU PINANG
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Kafe Ria, Kafe Ria Kitchen & Banquet Kitchen
Sah Sehingga
29/04/2011


Sijil Aktif


16. PARADISE SANDY BEACH RESORT PENANG
527, JALAN TANJUNG BUNGAH
11200 PULAU PINANG
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Banquet Kitchen, Gaya Restaurant, Gaya Kitchen
Sah Sehingga
28/02/2011


Sijil Aktif


17. PEARL VIEW HOTEL
2933 JALAN BARU
SEBERANG PERAI
13700 BUTTERWORTH
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Restoran Hotel (Rooftop Cafe, Coffee Garden, Banquet Kitchen)
Sah Sehingga
30/09/2011


Sijil Aktif


18. SJ RECREATION CENTRE BERHAD
SAFIRA COUNTRY CLUB
2769 MK 1, JALAN TODAK
13700 BANDAR SEBERANG JAYA
SEBERANG PERAI TENGAH
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Kafeteria Safira Country Club
Sah Sehingga
15/08/2010


Sijil Aktif


19. SUNWAY HOTEL (SEBERANG JAYA)
FOR SUNWAY CARNIVAL CONVENTION CENTRE
4TH FLOOR, 3068 JALAN TODAK PUSAT BANDAR
13700 SEBERANG JAYA
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Sunway Carnival Convention Centre
Sah Sehingga
01/12/2010


Sijil Aktif


20. SUNWAY HOTEL (SEBERANG JAYA) SDN BHD
NO. 11, LEBUH TENGGIRI DUA
PUSAT BANDAR SEBERANG JAYA
SEBERANG JAYA
13700 PERAI
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Restoran Hotel
Sah Sehingga
01/12/2010


Sijil Aktif


21. TANJUNG BUNGAH BEACH HOTEL
NO. 505
JALAN TANJUNG BUNGAH
11200 TANJUNG BUNGAH
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Banquet Kitchen & Coffee House
Sah Sehingga
30/04/2012


Sijil Aktif


22. THE SUMMIT HOTEL BUKIT MERTAJAM
566, JALAN ARUMUGAM PILLAI
BUKIT MERTAJAM
SEBERANG PERAI TENGAH
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Banquet & Coffee House
Sah Sehingga
30/11/2011


Sijil Aktif


23. TRADERS HOTEL @ KOMTAR HOTEL SDN BHD
JALAN MAGAZINE,
11300 PULAU PINANG
PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
Muslim, Banquet, Cold, Hot, Asean Kitchen, Pastry, Islander Restaurant, Ballroom
Sah Sehingga
29/04/2011


Sijil Aktif


5. APAKAH PERBEZAAN LOGO HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH JAKIM DAN JAIN ?
Logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah berbentuk bulat terdapat perkataan Malaysia dalam huruf rumi dan jawi disekeliling bulatan manakala ditengah bulatan terdapat perkataan halal jawi dan rumi. Bagi logo halal yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Negeri, logo yang sama tetapi terdapat perbezaan dibawah perkataan halal tulisan rumi iaitu terdapat kolum bertulis H - diikuti oleh no. pendaftaran mengikut negeri sebagai contoh bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur H -14, bagi logo halal yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Selangor ( H-10), bagi logo halal yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Johor ( H- 01) dan begitulah seterusnya mengikut no. pendaftaran negeri-negeri.
sumber:
1) http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=faq
2) http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=maklumat_hotel

Wednesday, August 11, 2010

Fridge Magnet.. Boleh menyebabkan kanser?



Bebaru ni ada terbaca pasal ni:


Subject: Decorative Magnets on Refrigerators - DANGER !

A number of researchers at Princeton's University have discovered something scary!.

For several months, they were feeding two groups of mice: the first group with food kept in a refrigerator, and the second group with food kept in a refrigerator as well but with several decorative magnets on the door.

The objective of this experiment was to see how electromagnetic radiation (that coming out from the decorative magnets on the door) affect food items. Amazingly, rigorous clinical studies stated that the group of mice that consumed the “radiated” food had as much as 87% higher probability to get cancer than the other group of mice.

Inexplicably no Governments or health associations/institutions have given any statement on this regard. However and just in case, is recommendable to remove any decorative magnet from refrigerators, and put it far away from any food.

Kindly pass this information to your contacts.

Mengejutkan ok?
Rumah aku, rumah maktok, rumah Kak Ani semua lekat fridge magnet ni..
Aku rasa kebanyakan rumah pun ada letak fridge magnet nih..
Rumah Kak Ani aa paling banyak.. Hampir penuh dah peti ais 4 pintu dia..
So bila aku cakap aku ada terbaca pasal ni, Kak Ani aaa paling kecoh sekali nak pindah mana pulak fridge magnet dia..
But I promised her to read further..

So ni yang aku jumpa..
dari website ini...
Silalah baca sendiri..
Tapi bagi yang malas baca bebanyak, aku copy paste kesimpulan kat sini..

To confirm, we are not aware of any such research affiliated with anyone at Princeton and unfortunately we do not know where or why this e-mail chain started.

We appreciate you informing your readers that this e-mail is a hoax.

Lega okies?
So sesapa yang nak gi travelling lagi, jangan lupa Fridge Magnet untuk saya juga.. :p



Tuesday, July 27, 2010

Mari Mengaji.. :p

Currently, Eesya is in the mood of this video EVERYNIGHT... Adoi... Sebelum tido jer haruslah bukak Youtube kat handphone and kasik dia tengok.. Bukan sekali dua.. Mau dekat 7-8 kali duk ulang tayang pun satgi dia cakap "Eesya nak tengok kakak abang nyanyi2 solat2.." Kalau bab2 keagamaan camni semua dia kata SOLAT.. Hehe..

Tapi Alhamdulillah... So far dia dah kenal dah "Alif di atas AA, Ba di ata BAA" tu.. Siap boleh tunjuk2 lagi "Alif banyak2.. Ba banyak2" kat part ada 3 AA dan 3 BAA tu.. Yang lain tu dia boleh ikut gak cuma ada part yang cam konpius skek AA ke BAA ke sebab lagu tu cam laju.. :p


Wednesday, July 21, 2010

Upin & Ipin kat Heboh Buku...

Kitorang pegi booth Upin & Ipin jer.. sbb pukul 12.30pm dengan 3pm baru Upin & Ipin keluar.. Rasa cam tak berkesempatan jer nak bawak budak Eesya pegi, so mama dia pun pegi jer time lunch tadi nih.. hehe.. susah laaa nak plan2 suh maktok bawak Eesya datang tetengah opis hour.. Nanti petang maktok ada kelas agama pulak kat rumah.. mesti maktok tak nak punya...


Booth Upin&Ipin.. gambar tak clear sbb amik dari jauh.. masa pi dedekat lupa lak nak amik gambarnya.. hahaha.. ada macam2.. T-shirt Upin&Ipin, stationary, colouring book, bantal, towel, anak patung.. Tapi last2 mama beli nih jer...


Buku panduan solat bersama Upin&Ipin.. Nanti boleh ajar Eesya slow2.. camne nak amik wuduk, camne nak baca doa, camne nak solat.. hehe..


Kat Heboh Buku kali ni, ada macam2 aktiviti jugak selain jualan buku..

Adik ni tengah buat colour2 nih... tatau nama benda ni apa.. tapi bila bukak, jadi cam kat bawah ni...


Haaa... jadik cam kain kaler rainbow tu laaa..


Selain tu yang menarik minat haku dan partner in crime haku nih adalah di bawah..

Yang tudung putih itu adalah Kak Zaiyana.. haha.. dia ler driver dan peneman pi makan dan pi tengok Heboh Buku ni tadi.. yang lagi 2 orang jejaka tu pulak bukan laa sedare mare Kak Ana tu.. Mereka adalah pelukis potrait yang ala-ala komik tu.. Aku tatau laa nama benda tu apa.. Tapi aku dan Kak Ana memasing telah menyerahkan gambar anak memasing utk dilukis oleh jejaka-jejaka itu dengan harga RM10 (hitam putih) dan RM20 (berwarna).. hasilnya belum ada dalam tangan.. kalau ada dan lawa dan jadik muka Eesya, baru aku buh dalam blog ni okies.. hahaha..



Ni pulak ada 'Talk' Bicara Ilmu.. tapi kami pi nyibuk2 ja kat situ.. tak masuk dengar pun.. hehe



Kak Ana yang dipaksa bergambar oleh haku kat gambar yang haku rasa tak logik nak lekat kat dinding rumah sendiri... hahaha.. Gambar tu pun untuk dijual.. Sapa2 yang berminat bolehlah pi beli.. harga dia RM400.. :p



Ni pulak adalah antara orang kuat Heboh Buku nih... Beliau sedang mempromote supaya aku dan Kak Ana join sukaneka petang satgi.. Ada macam2 game katanya.. Tak bleh laa Meow... Aku pakai baju kurung hari nih.. Hahaha.. Alasan tuh.. Eh, betul.. Nama dia Meow.. Bukan saya buat2 panggil dia Meow.. Memang semua kawan2 dia panggil dia Meow.. kan Meow kan?


Ni pulak Kak Ana tengah berusaha nak mengepow kerepek pisang Kak Jannah.. hahaha.. suka hati hang ja tau Kak Ana.. Pi beli sendiri laaa... :p

So sapa2 yang belum pergi lagi.. Boleh laaa pergi dan dapatkan buku-buku yang menarik.. kalau takmo beli buku, boleh beli t-shirt Upin&Ipin.. hahaha.. Kalau tak nak beli t-shirt Upin& Ipin, korang pergi jer laaa main sukaneka ke ape ker.. suka hati korang lah.. :p


Tuesday, July 20, 2010

Upcoming Events...


Wahhh... banyak yer event yang sedang dilooking forward oleh tuan punya blog..
(ayat cam ape jer.. hahahaha)


Heboh buku start hari ni sampai Jumaat... Plan macam nak bawak Eesya jumpa Upin & Ipin.. Boleh gak tengok buku2 apa yang menarik.. mintak2 jadi laa.. yang payah tu bukan apa.. time petang camtu time Eesya tido.. so susah skek nak plan...



Next adalah PCFair.. lagiiiii.... 30 Julai - 1 Ogos.. Aim kali ni nak cari external hdd.. kalau dapat nak buh semua gambar2, video2 yang selama ni duk terperuk merata-rata tu..



Then, Pesta Konvo USM.. 4-8 Ogos.. Walaupun pesta konvo dulu2 lagi best, ada jual macam2.. sekarang cam dah kureng skek.. mintak2 tahun ni best balik.. hehe.. kot2 ler ada orang nak murah hati blanjer beli baju raya siap dah ke pulak.. *wink wink*

Yang penting, duit mau ada... apa mau, semua boleh beli.. asalkan ada duit.. hahaha..

DUIT DUIT.. Di mana kau DUIT?!~~

Wednesday, July 14, 2010

Ada Apa Dengan Orient Rewards?

*Updated

Hi all,

Ramai pulak yang still duk search and found this posting.. And sorry to say, my post here is my personal experience sepanjang bersama OR... Tapi I didn't renew my membership after 1 year with them..

So sebarang komplen yang dibuat di sini tak sampai kepada mereka bcoz this is my blog and i didn't think they will read about compains here pun.. so better buat complains kat FB diorang.. https://www.facebook.com/#!/pages/Orient-Rewards/236740046294?fref=ts

At least someone will know about all your frustrations kan... Daa~

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hari ni kita citer pasal Orient Rewards... apa kejadahnya Orient Rewards nih?

Sebenarnya, satu hari yang hening... ada sorang makhluk Tuhan ni call aku... duk promote ler Orient Rewards nih... Disebabkan orang yang call itu sangat friendly, aku pun layan laa.. layan punya layan, tetiba rasa cam menarik laa pulak offer dia ni kan... hehe.. so aku pun decide laa nak join membership...

"As an Orient Rewards member you will receive a member pack with your very own membership card and a Supplementary card which is valid for your spouse or family member who you nominate and over 60 privileged vouchers entitling you benefits at Spas, Golf Courses, Theme Parks, restaurants, hotels and resorts in Malaysia, Thailand, Indonesia and Singapore. Included are 2 Free Night Vouchers which can be utilized during your next summer holiday or any other time, all you got to do is become a member for a nominal fee of USD 200 per year. Your membership is valid for 1 year and is a yearly renewable membership."

*Ni aku ciluk dari website diorang.. hahaha.. tapi RM498 = 200USD ke?

Antara voucher2 yang dapat bila assign sebagai member:

Buy 1st night free 2nd night kat hotel2 yang tertera kat voucher tu... yang paling atas tu adalah yang paling aku nak pi.. NEXUS KARAMBUNAI.. hehehe


Special Getaway, Special Promotion Price on hotel rooms, masuk Bukit Merah and Free Upgrade Room.. gambar ni tak mewakili semua.. haha.. tak muat duh..




Voucher 50% discount for buffet at selected hotels.. min 2 pax max 10 pax.. yang ni yang banyak skali... tu pasal gambar sampai 2.. tu pun aku susun ikut hotel.. satu hotel tu ada 2-3 voucher.. hehehe.. ada jugak yg untuk birthday celebration, leh bawak 10 pax, dapat 50% discount + 1 free birthday cake.. suka suka.. :p

Yang lain2 adalah voucher slimming, facial, heart scan, spa, etc.. aku dah tak larat nak susun amik gambar.. hahaha..

So, dengan bayaran RM498, dapat semua2 tu.. bagi aku, berbaloi laa kan.. sebab kalau kata tak pakai voucher2 tu pun, RM498 tu dah cover dah untuk yang 2 FREE nights kat hotel yang ada dalam list dia, contoh cam hari tu aku pi duk IMPIANA KLCC satu malam... Lagi satu malam boleh pi duk hotel lain lak.. Boleh pilih mana2 antara 27 hotels yang listed dalam Malaysia.. Kat Thailand ada 36, Indonesia ada 13 and Vietnam ada 1.. Tetibe rasa cam nak guna pi PANGKOR ISLAND laa pulak lepas ni.. Sapa setuju, angkat tangan! Hahahaha

Selain tu jugak, card membership yang dia bagi boleh pakai untuk dining kat listed restaurant dan dapat discount 10%-50%..hehe.. Bukan restaurant jer, kalau nak masuk SUNWAY LAGOON, dapat discount 25% untuk maximum 6 entrance ticket.. Aquaria pulak dapat 10% discount..

Jadi sapa2 yang berminat, boleh contact Kak Maznah 0177562499.. cakap Mashithah yang ayu tu bgtau nama akak.. so korang leh kawtim dapat what so ever extra apa bagai lagi okies.. hahahaha

Boleh gak tgk kat FB.. search jer Orient Rewards.. atau pun website diorang .. Sekian, mekasih..

Sunday, June 27, 2010

The Cabin Langkawi

*Ini adalah entry bukan iklan.. so takkan sticky mode sampai bila2.. hahaha..

Sudah balik dari Langkawi yer tuan2 dan puan2... Sakit2 kaki, sakit2 tangan, sakit2 poket juga... hahahaha.. adeh ler.. so kita start dengan citer sampai2 kat airport Langkawi, telah menyewa sebuah kereta Nissan Latio untuk kegunaan 3 hari 2 malam.. dengan harga RM180.. ok laaa kot kan...


Ni gambar turun dari flight... adik aku excited sbb dia kata tak pernah naik kapal terbang yg kene turun tangga pastu jalan kat tetengah jalan airport.. slalu naik terus masuk dalam bangunan airport.. haihhh... budak2 laa katakan.. hahahaha


Ni gambar kete yang kitorang sewa tu... asyik2 Nissan jer... lenkali sewa laaa BMW ke, Ferrari ke... Lenkali tu bila dah kaya cam Dato K ok laaa kot.. :p

Lepas dapat kete sewa, terus drive pakai Garmin pegi isi minyak... sbb banyak sangat baca kat forum kata tuan kete slalu tinggal minyak skek jer dalam kete.. satgi tak pepasal kene tolak kete plak.. huhu..

Pastu terus carik The Cabin Langkawi...


Ni haaa muka depan The Cabin... memang duduk dalam KONTENA ok.. bukan nama dia saja CABIN.. mak aku masa sampai2 terus buat muka... sbb terkejut kene duk dalam cabin.. "Tak panas ke nanti?" kata beliau...

Tapi bila masuk2 jer.. terus sengih2 suka hati...Sebab?


Dalam dia lawaaaaaaaaaaaa.... hahaha.. lihatlah sendiri untuk percaya... ni bilik yg twin double...


Ni plak bilik yang King Bed.. abaikan ler budak happy yg nampak spender tu yer.. hahahaha.. Dalam memang superb aaa... korang takkan percaya sedang berada dalam kontena...pintu bilik pun sangat canggih pakai smartcard.. bila pintu bilik tutup tak rapat, akan ada bunyi cam anak kucing mengiau... hahahaha.. si eesya duk saspens kata ada kitten lapar nak mai makan roti dia.. hehehehe...


Siap ada TV LCD 32" lekat dinding okeh... hahahaha... budak eesya duk melangut tgk Mickey Mouse... Astro pun ada.. tapi seperti biasa, hanya channel2 tertentu jer ada.. Encik Pejoi tension sebab channel sport takde.. hahahaha.. so melepas ler World Cup dia sekejap...


Budak eesya tgh berusaha nak turun... kan dah cakap dia ni gayat sangat orangnye... takat tinggi tu pun tak berani nak turun sendiri.. haihhhh...Ni kat luar cabin... satu cabin, 2 bilik... tetengah ada connecting door... luar ada balkoni kecik...


Ni kat taman tetengah kawasan cabin... cabin dia ada dalam 10 bilik jer.. so takde ler penuh crowd ke ape... depan tu ada mart, ada kedai2 yg jual baju2 segala macam tu.. so sangat easy access ke mana2 jua.. Pantai Chenang blakang pada cabin ni.. kene jalan lalu satu motel lain kat blakang tu.. tapi tak jauh pun.. dalam 2 minit saja..


Budak eesya tgh main lampu kaler2 tu... sibuk nak kejar lampu tu... hahaha..



Room still available folks... hahahaha.. cam rupa iklan apa dah rupa.. kalau mintak komisyen pun bagus camni... :p


Entry ni diakhiri dengan muka senyuman lebar oleh maktok sbb happy duk kat The Cabin walaupun masa sampai muka beliau amat perit dan kerut seribu melihat kena duk dalam kontena... hahahaha...

Kesimpulannya, The Cabin sangat sesuai untuk orang yang nak merasai kelainan dah selalu duk dalam bangunan batu bata.. hahahaha.. facilities dia ok walaupun limited macam wardrobe pun takde, tapi dia sediakan tempat sidai baju yg IKEA yang jimat space tu.. so untuk aku dah ok laaa.. sbb duk pun satu malam jer... bukan nak berumahtangga kat sini nak perlukan almari apa bagai kan.. pastu breakfast tak included, so pepandai ler cari makan.. tapi pantai chenang tpt makan banyak so no hal laaaa...

Monday, June 21, 2010

Feed The Hunger!!

FreeRice is a non-profit website run by the United Nations World Food Program partner with Berkman Center for Internet & Society at Harvard University.



FreeRice has two goals:

1.Provide education to everyone for free.
2.Help end world hunger by providing rice to hungry people for free.

It is not cash donation! By just playing game, you earn rice for the hungers. So, why not?

Related URL : http://www.freerice.com/index.php

Sunday, May 30, 2010

31hb adalah hari Baskin Robbins.. yeay!



Jangan lupa hari ni 31hb yer kawan2... 31hb = 31% discount @ Baskin Robbins..

Akak telah berjaya membeli 2 pints seperti di atas.. 2 pint jer sbb nak beli 2 flavour tapi sbb takmo bercampur rasa, so amik ler 2 pint.. bayar ler lebih skek dalam RM3-4 camtu kalau banding amik 1 quart tapi buh 2 flavour.. ok ler dari bercampur rasa satgi aku tatau rasa ape yang jadik dalam tu... hahahaha..ok ler jugak dari segi harga kalau tak RM25.50 dah jadik RM17.90 camtu.. kan?

Ramai manusia tadi nih.. mau dekat 30 minit gak beratur nunggu budak2 Baskin Robbins tu berhempas pulas siapkan order.. slalu pegi senyap sunyi jer kan.. hari ni siap kena amik no giliran... tadi dapat no giliran 71... hahaha.. tu lunch hour tu.. dah 71 customer dia.. memang menjadik aa gaya promosi 31 ni..

Oh, kalau hari Rabu pulak, tunjuk jer apa2 kaler pink, purse ke, hairband ke, akan dapat 1 free scoop untuk yang beli single scoop tu... best tak? muahahaha..

Wednesday, May 19, 2010

Kereta pun kena FOGGING?

Kenapa saya suka fogging kereta saya? hmmm...hmmm... hahahaha... cam membuka pekung di dada sebenarnya... sebabnya dulu kereta saya cam zoo.. ada pelbagai binatang peliharaan.. kadang2 ada anak lipas... kadang2 ada spider.. waahahahaha... nampak sangat kete terlalu bersih yer dak?

So that day, pegi cuci kete kat Giant.. tetibe adik yg cuci kete ni cakap "akak, ni ada pakej baru.. murah jer.." pastu stated kat situ Fog Sterilize System... wahhh... ada 2 bende yg wahhhh kat situ...

1) Kereta pun ada Fogging?

2) Kereta pun boleh Sterilize? Ingat botol susu dak eesya jer kena sterelize.. hahaha

Pastu aku pun baca2 laaa apa faedahnya buat bende nih...


Yang aku paham, boleh hilangkan dust mite, bakteria, germs n mold.. pastu insect2 tak mai dah sbb bau sudah semerbak.. di samping bagus untuk mereka yang asma.. So, aku pun try laa.. masa promotion, skali dgn basuh n vacuum adalah RM18.. ok laa kan..


Kete tgh difogging... penuh asap dalam kete.. sampai tak nampak dalam kete... itu bukan tinted putih yer.. huahuahua...


Lepas dah settle, bukak pintu kasik habis itu asap semua keluar.. masa 1st time buat, masa tu eesya ada.. dia jerit " API!!! API!!!" hahahaha.. adeh ler.. pastu ngamuk takmo masuk kete sbb takut... kakakaka.. tak moden ler kamu nih eesya...


Adik ni duk mengapi-apikan laki aku suh Polish n WAX plak... hahaha.. dah ler dia promote bagus punya.. haha..

Lepas buat masa 1st time dulu, tiada lagi makhluk2 zoo dalam kete haku nih... kecuali makhluk2 zoo kepunyaan eesya aaaa.. hahaha.. segala toys laa apa laaa.. so sbb tu aku suka nak pi buat fogging ni lagi.. lagipun lepas fogging tu, kereta aku bau cam kete baru.. muahahaha

So, kalau korang nak gak try, boleh ler carik cawangan ECO Wash nih.. sabun yang digunakan mudah untuk diuraikan alam sekitar.. hahaha.. selain membersihkan kenderaan, anda juga menyumbang kepada kehijauan alam.. wahahahaha.. cam rupa promoter apa dah aku nih...

Kreatif..... dan... .Inovatif?



Komputer bergerak... siap dengan printer ok...

Pernah terfikir nak buat camni?

Tabik spring kat tuan punya idea...

Kalau nak pakai laptop, satgi hilang plak kan..

:D

Tuesday, April 27, 2010

My Handy Amani...

Weekend lepas adalah weekend sangap sebab duk umah jer.. buat keje rumah.. masak.. Keluar pun just hari sabtu pagi sbb bawak eesya gi tumble tots.. camni ler weekend bila si suami kene keje.. hehe..

So balik dari Tumble Tots, aku lipat kain depan TV.. sambil si eesya tengok channel 613 tu.. tetibe jer si anak rajinku ini, ambik wet tissue dan memulakan projek...


Dirty sangat laa rak tv nih.. meh kita lap...


Lap laa tu konon.. tapi sat2 tgk tv.. sambil menyelam minum air yer eesya...


Tempat remote ni pun dirty nih... meh kita bersihkan...


Hmmm... sempat lak dia tengok tv...


OK.. sambung2... Belah sini pulakkkk... oh.. skrg eesya sangat suka menggunakan perkataan 'pulak' dan 'kot'.. :p


Tisu dah dirty.. pegi buang dalam tong sampah.. ambik yang baru.. tapi mata still kat TV lagi..


DVD ni pun dirty gak nih..haihhh.. duk umah atas camni laaa..habuk banyak..


Haaa... ini mmg sudah lebih... dalam DVD takkan masuk habuk gak eesya ooi? abih aaa lingkup mamanye DVD hindustan ni.. efisien sangatlah konon nih... huhu


Lap bahagian bawah pulak yer puan-puan.. kita haruslah lap secara menyeluruh dan sama rata.. hahaha


Alamak... Next adalah Mickey Mouse.. tapi masa ni mama sudah warning "Eesya, kalau nak tgk TV duk blakang skek!!"

Tetibe dia jawab.. "I can do it mama!"

Sambil 2-2 belah tangan cepat2 lap rak TV tu.. hahaha.. kecah yer kamu...


"All done!" kata eesya... oklah tu kan.. kire bersih dah aa tu.. :p


Patutlah tetibe jer "All done!".. rupanya nak layan Mickey Mouse yer.. pandai kamu yer.. tapi takpe ler.. sbb rajin punya pasal.. mama kasik chance.. hehe

Rupanya bukan takat tu jer.. Esok hari ahad pagi tu.. eesya terbangun tido sebab mama tengah vacuum hall.. dia mmg takut skek dengar bunyi vacuum cleaner tu.. so mamai2 tu, duduk statik jer atas katil.. sampai mama habis vacuum.. alih-alih, masuk bilik dia..ambik vacuum toy dia tu..


"My turn!!!" dia plak nak vacuum.. hahaha.. suka hati ko ler labu...~


"Cleaning time..cleaning time" ikut vacuum tu nyanyi..

Rugi plak vacuum mainan tu tak leh sedut habuk betul2.. kalau tak, senang dah keje mama lagi satu kan eesya.. hehehe.. dah sudah tu, bawak dia gi mandi swimming pool.. ajar berenang skek.. dah umur 2 tahun lebih pun tak reti berenang lagi.. apa daaa.. mama dulu darjah 5 baru pandai tau.. haha.. tetibe jer..

Pas naik dari pool, ngamuk nak pakai baju kurung.. dalam banyak2 baju, apa kes plak nak pakai baju kurung? ingat ada kenduri kawen ke hari ni? tapi sbb maleh nak layan, aku pakaikan jer baju kurung kat dak eesya ni without the kain.. cam serabut beno nampak dengan kain meleret2 duk kat umah.. hahaha

Alih2, pegi amik tissue lagi.. lap meja makan..wahhhhhh.. ini sudah bagus!!~


Beriya kan mengelap.. hahaha.. masa ni mmg haku suka2 hati dah gelak besar.. tak yah susah2 dah ok pasni nak lap mengelap.. i dah ada anak dara yang rajin dan berkaliber.. muahahahaha


Serius kemain muka dia duk mengelap.. hahaha.. I love u lah eesya.. muahhhhhhh.. Next week plak kita cuci-mencuci rumah yer sbb weekend ni kita outstation... daaaa~
Related Posts with Thumbnails