Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Friday, August 20, 2010

::: Mengimarahkan Ramadhan :) :::

Alhamdulillah... plan nak bebuka sama2 ngan Geng Merayap sudahpun telaksana. Mmg mcm2 plan, at last plan last minute yg menjadik hehe. Sehari jek plan esok terus jadik, mmg superbbb. Kami da sepakat memilih Toh Puan Ieta sebagai TUAN NGUMAH :). So kami pakat bawak menu memasing, masa bincang asikla pk tak cukop. Maklumla bincang time posa kan napsu makan besor. Skali bila tiba hari kejadian hamik kau!! sampai tak larat nak makan. Antara ahlil majlis n menu yg dibawa :
1) Tuan umah ita = Nasik Ayam, agar2 cendol n ayaq bandung, cincau + teh o panas
2) Tini = Cucor kodok pisang dekat 20 ketoi masuk perot mak sbb comei2 jek saiznya
3) Siti = Mee kari
4) Zura = Meehoon Singapore
5) Mak Hayam = sardin roll yg ni jek hasil keras tgn mak ye u ols, buah2an, sosej utk bebudak + lauk pauk beli by Tok Laki
- cik ti n malek kensel las menet sbb tak sihat

Tema : Gaya muslimah utk mak2 budak, pak2 n anak2 pakai baju raya taun lepas je

Aturcara :
1) Bebuka reramai smbl rebut2 fuddos
2) Solat Maghrib n Isya bejemaah
3) Solat Teraweh bejemaah
4) Moreh - cuba sumbat abehkan makanan yg ada
5) Tapau timeee - lagik byk menapau dr makan :)

InsyaAllah acara baik mcm neh leh jdkan acara tahunan. Tq ita n poji for having us ya! jgn serikkk kami kuat makan hehehe. Abeh umah ko anak2 kami tunggang langgangkan. Tq all to!! Meh tgk gamba lak (mak salah setting kamera gambo tak bape lawo, huhu). Ni antara fuddos yg ado, masa ni mee kari n meehoon lom smpi.

ngupe sardin roll mak yg da tepenyek, takpe janji licinn :)
ready for bejemaah ngan muka penuh cahaya minyak keimanan hihi sempat lg posing2 lam bilik sementara tgu iman muda ready
bkn senang u olss nak jemaah sama2 mcm neh, teharu mak tau
menung apa tatau budak be 2 nihantara tok2 laki, yg lain ada yg tgh makan n ada yg tgh berasap kat luo
anak2 mak pakai baju raya taun lepas. yg si kecit tu da singkat tetappp nak ikot tema :)
gaya tuan umah di dapor
bibik pun dibawa ye
ahlil jemaah pompuan + kiddos
ct ngan simlyctnya, melepakk u olss
Gaya kene kontrol taleh lompat2 brla kn ngan konsep muslimah. dah dah jom balik tuan ngumah mak mengemas

Thursday, August 12, 2010

::: Slamat Berpuasa U Olss!! :::

Mak tau mak sokmo tetinggal ketapi, tapi takpe kann baru second day puasa hehe. Mak bz u ols.. smpi nak bukak blog pun bechenta huhu. Papepun sempena kedatangan bulan mulia nih mak nak ucapkan slamat berpuasa, slamat berteraweh, slamat pi PARAM, slamat pi soping raya dan slamat membanyakkan ibadah. Semoga segala amalan kita diberkatiNya... amin... Jgn puasa yang yok okeh!


Baru start posa tapi tetapp semangat raya da membuak2, so mak tempek gak gambo raya taun lepas hihi.. Theme biru mata itamku, taun neh punya seperaisss :)
kredit to kc, taun ni kc da nak deliver so taleh la begambo kat studio kc huhu
si kecit baru 9 bulan ++
wif big bro
abaikan bibik dibelakang :)

TAK SABONYA NAK RAYA!!! :)

Friday, September 4, 2009

::: Masak Kah?? :::

Aku ni mmg sume sedia maklum taraf hampeh sket bab masak memasak nih, tapi minat nak masak tu tetap membara-bara ahaqs. Tiap kali masuk bulan Ramadhan ni aku akan masak gak la satu dua lauk utk berbuka bersama somi n anak techenta + bibik. Tapi sejak 2 menjak berguru ngan Mak Riniy kita yg hobinya memasak tu, aku jd exited telebey lak nak try resepi2 yg aku tak penah masak hehe. Walaupun tiap kali dia kasik resepi ada jek menatang yg aku tak penah denga/kenal wakaka bapok keji namun aku tetap tak patah semangat. Takpe riniy ko gelakkan aku tu la aku jadik lagik terbakar nak buktikan. Yang penting Semangat!! poyos. Antara yg aku da try = Telor bungkus + Paprik Campo (maaf tiada gambarajah sbgi bukti). Walaupun korang senyum2 sinis jek sbb senang jek kan nak masak 2 lauk tu, tapi bagiku ia satu penemuan baru haha. Kalau tak aku pusing2 lauk yg aku berangan aku terer jek. N smlm aku berjaya try satu lagik resepi = Ikan 3 rasa ahaqs. Kalau korang tanya rasa sume mende yg aku try tu jawapannya = Buleh arrr kan utk first timer, masih boleh diperbaiki :). Yang penting licinnnnnnnnn tu pun tah2 sbb sume kebulur. Takpe practice make perfecto!! caiyokk !! Inila ngupe ikan 3 rasaku


Dimakan bersama kobis goreng black pepper (ni resepi campak2 aku)
+ lauk lain yg aku lupa nak amik gamba. Sekian

Monday, August 24, 2009

::: Selamat Berpuasa!!! :::

Alhamdulillah... kita dipanjangkan umur untuk menyambut kedatangan Bulan Ramadhan lg tahun nih. Pejam celik da masuk hari ke-3 hehe. Kang kejap jek da 10, 20 pastu raya. Beshnyaaa... Tak sabo nak pakai baju sedundun 4 beranak ahaqs. So sempena bulan yang mulia nih aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA awas jgn yang yok ye pada sume2 la yg membaca. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat menjalani ibadah puasa dan memperbanyakkan amalan aminnn.....
Iklan sat no, pada sesapa yg nak menambah koleksi kueh raya :) leh la order bisekut nih. Aku panggil bisekut GEBU sbb mmg nampak bulattt jek tau kueh ni. Luar dia sgt rangup n kat dalam ada melt cekelat. Wallahhh... mmg terangkat. Taun ni aku jual satu jenis nih jek sbb ke'bz'an melanda hehe. Mmg kueh ni yg paling gelemer pun. Aku lom kuar iklan da ada yg tanya. InsyaAllah kelazatannya dijamin :). Rege = RM 22 utk 50 kefeng. Tapi utk makluman aku tak pos ye. So bg yg jauh tu mintak maap la bebanyak. Kawasan2 yg di konsider utk dihantar = Putrajaya, KLCC, Keramat n Cyberjaya :). Inilah ngupe kueh gebusku itew. Yummmehh...!

Ni yg aku buat utk rasa, hari ke-2 tgl seketol jek :).

Friday, September 19, 2008

::: Sleepy Meepy Huarghhhhhhhhhh :::

Lately ni aku sokmo sgt ngantok kat opish. Esp bila masuk pukul 11 ke atas huhu. May be bulan puasa ni kene bangun sahur kan, n aku ni jenis tdo lambat. Kadang dekat kul 1 br leh tdo. Pastu kul 4.30-5 am da nak kene bangun sahur. Sehari paling lama aku rasa aku tdo 4 jam ++ jek :(. Pastu aku ni lak pas solat subuh akan baring sat. So sokmo la payahhhhhhhhh sgt nak bangun mandi pi keje. Aduhla mmg dugaan tol la. Rasa malas gile. Sudahnya smpi opish telambat la sket 10-15 minit. Skang da seminggu Tokma mai tdo umah. Ada dia syiok + semangat la sket nak bangun sahur. Bila tgh mandi siap leh pk smpi opish nak tdo sat tak kire. Tapi bila da smpi opish bulat jek bijik mata tgk pc hehe. Pastu kul 11 start nantok balik. Kdg tgh nak solat pun aku leh telelap jap. Hmmm arap2 abih bulan Ramadhan nanti ilang la simptom ngantok aku nih. Kalau tak asik pi keje ngan muka mandom tak cukop tdo.

Wednesday, September 10, 2008

::: Wahhh masak ke hehe :::

Macam tak caya ngan diri sendiri. Aku yg pemalas masak ni jd rajin lak nak memasak bila masuk Ramadhan kali ni. Pembawakan budak kot ahaqs. Tapi lauk yg simple mimple jek la. Boleh dikatakan hari2 jugakla aku masak. Macam tak selera jek nak beli kat param. lebih2 lg skang ni asal petang je ujan. Kang beli lauk yg da campo ngan air ujan huhu. So walaupun aku masak ala kadar n ikut tekak sendiri n tekak hubby techenta, rasa lagik puas ati. Sedap tak sedap tu lain cite la kan leh gunakan alasan puasa taleh nak rasa :). So far Dato Medy approve la lagik masakan aqaq :).

Ini antara menu yg aku masak last week. Tadela sume aku amik gamba. Kang Dato Medy ingat aku meroyan lak kan. Nak amik gamba pun curik2 segan punya pasal wakakka. Yelakan sekadar tempe goreng sambal pun nak amik gamba. Lain la masak masakan Perancis ke :). Tu yg curik2 amik gamba lauk yg still lam kuali hehe. Balik ni plan nak masak lagik. Arap2 si kenit tu tdo la huhu kalau tak kang ngan dia2 nak tlg masak la basuh pinggan la, melambatkan aku yg sememangnya lbt ni je. Aku ni kalau masak kene ready lu brg2 siap hiris bahan2 susun cun2 atas pinggan, pastu clearkan sink br boleh start huhu. Tak reti nak main katuk2 terus baling mcm kat kedai tu.Tu yg kelempap. Kalau dulu ada gak bibik tlg apa yg patut. Tapela bia lambat asal selamat :)

Menu bodo jek - sayur kcg buncis, tempe n kentang sambal, kari ikan + sotong sambal

Tuesday, September 2, 2008

::: Happy Ramadhan 08 :::

Pejam celik pejam celik dah sampai pun bulan Ramadhan. Buat pertama kalinya dalam idop aku selama 29 taun ni, AKU TAK ABIH GANTI POSA!!!! huhuhu. Mmg rasa pelik sgt. Inila padahnya kalau suka ganti last menet. Skali aritu 3 bulan aku duk uwek2 taleh nak makan. Try sehari puasa asik rasa nak pitam, so doc advice tayah gatai nak posa huhu. Buat pertama kalinya jugak aku kene baya fidyah utk posa aku yg 6 hari tak berganti tu. Mmg blur la cara nak bayar sebab aku mmg tak pena kan. Akhirnya tanya MIL utk pengesahan hehe. Untuk Ramadhan kali ni aku ada beberapa angan2 yang aku nak capai, InsyaAllah....
1) Nak cuba puasa penuh, harap2 diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik. Doc kt ok asalkan aku sahur yg berat2 esp nasik.
2) Nak abiskan at least 10 juz baca Quran sepanjang Ramadhan ni. Peknen kali ni aku berazam nak khatam 30 juz huhu. Skang br nak cecah setengah sbb byk tol gangguan dr si kenit ni. Bulan puasa ni waktu lunch leh sbg kat opish ye dak.
3) Nak cuba buat solat terawih sebanyak yg mungkin even solo kat umah. Nak pi mesjid payah da tade maid ni.
4) Nak tingkatkan tahap kesabaran esp melayan Adam yang semakinnnnn la nakalnya aduhla. mmg mcm2 peel. Sejak dia tau mamy ada adik lam perot mmg pangai lain mcm. Bila da termarah aku gak yg nanis balik sbb sian. Kdg nak tahan marah punya pasal aku yg tesedu2 hehe.
Semuga dipermudahkan dan Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr yg sebelumnya aminnn....Selamat berpuasa!!!