Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Projek Landskap Laman tepi rumah

14.2.2014 hari tu genaplah 4 tahun kami duduk rumah ni. Alhamdulillah, di beri rezeki dan kenikmatan dariNya untuk dapat membeli dan punya rumah sendiri. Takdelah menyewa saja.

Dan dalam temph 4 tahun itu jugalah, bercita-cita dan berangan-angan nak buat landskap atau paling tidak pun tanam rumput je pada laman tepi kami ni. Kalau tengok rumah jiran-jiran, semua dah ada dinding batu bahagian tepi rumah, jadi bila mereka pasang rumput carpet ke, rumput mutiara ke memang nampak cantik. Kami ni masih lagi dengan pagar hijau pemaju beri. Cantik ke kalau tanam rumput carpet nanti???

Google sana sini, tetiba terjumpa satu blog ni dengan gambar ini.

Kredit to google. Gambar ni dah tersimpan lama dalam lappy ni, tak ingat ambil dari blog mana...huhu.

Berinspirasikan kepada contoh landskap dalam gambar di atas, maka aku pun pasang idea sendiri nak buat yang hampir serupa. Walau tepinya pagar hijau biasa je, cantik juga ada landskap macam tu kan.

Dan bila hasrat yang lama di hati tu di suarakan pada SRD, dan dia pun setuju, maka projek pun berjalan.

Ini tanah selepas di buang serba sedikit batu-batu kecil yang penuh di dalamnya. Pokok pandan kat tepi tu pun terpaksa di korbankan. Sebelum ni pokok pandan aku punyalah gemuk, kini tiada sudah...huhu.
Proses berjalan, dari meratakan tanah sehinggalah memasang rumput dan batu. Bermula 13.2.2014

Proses memasang pagar hijau tepi. Aku minta pagar warna putih, tapi tak cukup stok nak pasang sampai habis semua pagar tepi rumah kami tu. Makanya warna hijau pun hijau lah...huhu.

Dan bila sudah selesai inilah hasilnya.

Cendawan berlampu tu idea orang yang tolong buat semua ni. Pasu dan pokok2 di tepi tu memang dari koleksi simpanan aku selama ni.


Rumput masih belum cantik, al-maklum baru seminggu lebih kurang hari ini. Ini adalah bahagian yang paling aku suka
Sekarang ni tinggal proses menyiram rumput setiap pagi dan petang. Moga rumput2 tu tumbuhnya elok dah tidaklah mati. Tengah musim panas ni, kalau lupa siram, takut kering pula kan.

Hajat hati mulanya nak tanam rumput mutiara, tapi sebab adik tu kata rumput mutiara lagi mahal harganya, dan kalau panas, senang nampak kuning, makanya terus tukar ke rumput carpet.

Bagi mereka atau kawan-kawan area Parit Raja atau sekitar BP yang ada hajat nak buat landskap juga, bolehlah tanya saudara Rizal ni di facebooknya Tamu Tani.

Ok, puashati, akhirnya ada juga landskap simple di rumah sendiri. Sejuk mata memandang pagi2 dan petang.



***Berminat nak beli produk Shaklee??;

Hubungi Your Shaklee Independent Distributor
Yusmawati Paiman (Yus)
SID: 1094266
SMS/WhatsApp: 013-7308040
FBpage: Yus Vitamin Store
Email: yus76.maznaz@gmail.com

Ikhlas,

~ يوس ~

Monday, April 01, 2013

Pokok - pokok yang berguna bila di tanam

Pokok daun kari, pokok daun limau purut, pokok daun pandan dan daun kunyit. Bila hari petang, aku suka duduk di kerusi tu sambil memandang pokok2 yang ada di sekitar rumah. Rasa tenang dan damai, seronok pun ya juga sebab semua tumbuhan tu hidup subur, harap2 tak matilah semua pokok2 kesayangan aku ni.

Tuesday, March 12, 2013

Pokok-pokok di halaman rumahku

Asyik kongsi gambar bunga saja, kita kongsi gambar tumbuhan lain pula. Gambar kurang cantik dari gambar bunga haritu sebab snap guna hp saja. Kamera hp ni kalau ada fungsi macro dan close-up kan ke bagus...hihi.

Ok, ok, jamu mata je. Pokok-pokok menjadi kesayangan aku buat masa ini. Hari-hari nak belek pokok dan bunga, anak dalam perut ni nanti suka bunga dan pokok kot....:)

Pokok puding hijau kuning dan merah hijau. Suka2 aku je nak beri nama, tak tahu nama saintifik dia...hehe

Yang ni aku beri nama pokok puding merah bentuk kaki ayam, yang hijau kuning tu aku tak pasti spesis pokok puding juga atau tak, puding jenis halus je aku panggil...hihi.

(Kiri)Pokok Ong@ Pokok Duit kata orang Cina, tapi kata pakcik dekat nursery tu nama saintifiknya Zamia. (Kanan) Pokok pinang kuning dan pokok bunga ros merah di tengah.
Ok. Salam buat semua....

~ يوس ~

Friday, February 22, 2013

Bunga-bunga di halaman rumahku siri (II)

Kembali suka melihat bunga. Dulu pernah kongsi gambar  bunga pada entri ini Bunga-bunga di halaman rumahku.  Hari ini kira siri yang ke 2 lah ya. Bunga-bunga dah makin bertambah. Ada bunga warna lain pula...hehe.

Kalau suka bunga, ada kaitan tak dengan baby dalam perut ni memang girl?....ekekek. Ok, tak nak melalut, kita jamu mata dengan gambar bunga di laman rumah aku ni ya. Lama dah tak main-main dengan kamera Nikon E5200 aku ni. Bila dah main-main dengannya inilah hasil yang tak seberapa.

Bunga raya di dalamnya merah, luarnya kuning. Beli di CH. Dah dua kuntum yang mekar begini, tapi hanya 2 hari je dia bertahan mekar, lepas tu layu dan terus jatuh rupa-rupanya ya.

Bunga kertas kacuk putih dan pink, tapi lebih kepada putih aku rasa.

Bunga ros merah ni tak pernah lagi tidak berbunga, sentiasa ada bunganya silih berganti

Bunga kertas kuning tirus kecil je kelopaknya.
Bunga ros pink


Bunga tapak dara @ kamunting cina. Inilah satu-satunya bunga yang sentiasa ada, tak pernah terlepas dari berbunga...ekekek.

Bunga ros oren muda.....AKu paling suka tengok gambar ini.

Bunga ros peach berbelang oren, ini juga salah satu feveret pic aku.
Oklah kawan-kawan. Selamat Hari Jumaat, dan selamat menjamu mata....

~ يوس ~

Wednesday, July 04, 2012

Bunga-bunga di halaman rumahku

Semalam cerita pasal jambangan bunga pertama di ruangan tamu rumah. Hari ni sambung cerita bunga-bunga yang aku tanam di halaman rumah pula.

Serius inilah baru berjinak-jinak nak tanam pokok bunga. Sejak duduk rumah sendiri ni. Kalau tidak, tak pernah pun aku kisah pasal pokok-pokok bunga ni. Duduk rumah sewa dulu, satu pasu bunga pun takde...hihi.

Sebenarnya sangat jeles juga bila lihat halaman rumah jiran sebelah menyebelah, jiran setaman semua ada pokok bunga. Tapi halaman rumah aku kosong je. Mula-mula duduk sini, ada berjinak-jinak menanam beberapa pokok bunga kertas. Tapi kan korang, mati...hihi.

Ni baru bersemangat semula. Setiap pagi selepas SRD dan anak-anak keluar bekerja dan ke sekolah, mulalah aku menyiram pokok-pokok yang ada. Semalam rasa teruja bila tengok bunga-bunga sudah mula berkembang mekar. Cantik pula rasanya.

Inilah nikmat bila pokok yang di tanam mengeluarkan bunga kan. Rasa seronok sangat! Mereka yang memang penggemar bunga dan dah lama menanam pokok bunga ni mesti tahu. Aku je baru nak merasai pengalaman itu.

pokok bunga mawar/ros ku kian mekar bunganya

Seronok tengok kuntuman bunga mawar merah yang cantik ni.

Ini aku tak tahu pokok bunga apa sebenarnya. Aku panggil bunga merah kecik. Ingat dulu masa kecik-kecik suka sangat cabut batang kecik di tengah bunga tu dan jilat rasa madunya. Manis. Bunga apa ni ya kawan-kawan...huhu

Satu-satunya pokok bunga kertas ku yang berbunga. Ada 3 jenis pokok bunga kertas yang aku tanam, dua lagi warna merah dan kuning, tapi bunga yang warna pink ni saja yang mengeluarkan bunga yang banyak. Cantik!! Lain-lain kenapa tak berbunga ya....huhu.

Ini pun aku tak pasti pokok bunga apa. Aku panggil bunga seroja pagi. Suka-suka aku je beri nama. Tapi tadi cuba google nama buga ni ialah bunga tapak dara @ kemunting cina. Benih pokok ni aku ambil dari rumah mil. Suka nampak bunga ni banyak di rumah mil, jadi aku ambil benih dia dan cuba tanam. Tanam 3  tempat, yang dalam pasu ni satu je yang hidup dan berbunga...alhamdulillah. 2 lagi, mati pokoknya....huhu

Akhir sekali pembantu aku Arif nak enter frame.Aku sibuk membelek bunga, dia pun belek sama, Sikit lagi nak di petik bunga mawar tu. Menjerit sekejap aku. Janganlah Arif, berilah bunga tu mekar lama sikit. Ni muka orang baru bangun tidur, mandi belum, basuh muka pun tak....huhu
Ada hati juga nak bela dan tanam bunga orkid. Senang ke susah ya nak jaga. Takut tak menjadi je....huhu.

p/s: gambar-gambar bunga ni semua aku ambil guna kamera Nikon lama aku. Nikon E5200. Nikon yang paling banyak berjasa pada aku, dari duduk di Sheffield sampai sekarang masih boleh gunalah....huhu. Dulu aku beli yang purple yang lens nya baru rosak tu, sebab kamera yang lama ni tempat tutup baterinya dah longgar. Asyik terbuka saja. Jadi setiap kali nak ambil gambar, aku kena pegang dan tekan sekali tempat penutup bateri tu, kalau tidak dia tak nak berfungsi. Kali ni, sebab kamera baru dah rosak, keluar semula kamera ni dari dalam simpanan, terpaksa aku selotape tempat penutup bateri tu,supaya boleh ianya berfungsi dengan baik. Nasib boleh guna....alhamdulillah. 

Tetiba teringa pepatah lama, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Tapi kini tanduk itu juga yang aku cari. Jadi ingat ya, kalau dah dapat yang baru, yang lama jangan di buang, mana tahu satu hari dia akan berjasa kembali kepada kita. Peringatan untuk diri aku sendiri ni....:)

~ يوس ~

Tuesday, July 03, 2012

Jambangan bunga pertama

Rumah aku memang tak pernah ada jambangan bunga. Nak letak bunga takut anak-anak cabut dan main aje. Tapi kan aku pernah sebut di sini, konon-konon nak cuba letak-letak bunga dalam rumah kan.

Ahad lepas, selepas dari pertandingan ko-kurikulum Abid tu, pergi Air Hitam rumah kawan. Ada majlis kenduri kesyukuran. Jadi ambil peluang lah singgah di pekan Air Hitam yang memang terkenal dengan koleksi pasu, bunga-bungaan, bantal-bantal kartun semua tu kan.

Rasa aku memang tak pandai nak pilih pasu (vase) yang menarik. Nak yang besar, takut anak tendang jatuh pecah. Jadi ambil keputusan ambil yang comel untuk letak atas meja saja.

Kemudian beli bunga plastik dan cuba-cuba buat gubahan bunga sendiri. Sah! Memang tangan keras tak pernah suka nak pegang bunga. Baru belajar-belajar....huhu. Hasilnya.....

Malunya nak tunjuk, tapi ni jambangan bunga pertama aku kan. Untuk kenang-kenangan ni...hahahaha.

dua kali snap gambar, guna hp cokia aku aje. Tak tahu kenapa cahaya di kedua gambar ni nampak berbeza kan. Mungkin kedudukan aku masa ambil gambar tu lain. Inilah jambangan bunga pertama hasil keras tangan aku. Beli vase ala kristal, lepas tu main letak-letak je bunga tu....huhu.  Cam buruk je kan...oklah untuk amatur macam aku kan....hihi.

Jug berisi replika buah-buahan dalam air ni berkenan pula aku tengok. Saja buat hiasan di meja kopi, ambil yang kecil comel sebab besar, kalau pecah berderai sedih aje kan. Ini pun dah beberapa kali Arif angkat . Risau je aku rasa.

Rumah ada anak-anak 4 orang, lepas tu ada budak ligat macam Arif memang susah kot nak letak hias-hiasan macam ni. Ada pun baik letak dalam almari. Tapi takpe, kita lihat sampai bila boleh bertahan. Moga mereka semua mendengar kata, jangan di usik-usik jambangan bunga pertama ibu dan jug comel buah-buahan ni ya!

~ يوس ~

Monday, June 18, 2012

Projek Mengecat Pagar Rumah

Hari ni letihnya badan!!!! Kedua-dua belah tapak tangan pula sakit, melecet teruk juga sebab semalam jatuh tersungkur semasa seronok bermain untuk acara ibu-ibu di hari keluarga staf FKMP. Petangnya pula menyambung projek mengecat pagar rumah yang belum selesai.

Makanya, banyaknya cerita konon nak update di blog, tapi satu pun tak jadi kenyataan ni. Aduh! Satu-satu jelah.

Tahun ini bersemangat nak mengecat pagar rumah yang dah berlumut. Aku ni tak pernah mengecat pagar ke, dinding ke, atau apa-apalah yang berkaitan rumah. Sabtu dan Ahad, projek berdua dengan suami. Penat juga mengecat ya walau sikit je pun rasa...huhu.

Sabtu, cat warna pagar berbatu dulu. Ahad sambung cat lining tepi batu tu pula.Projek bermula selepas 5.30 petang. Tu yang tak siap-siap juga ni. Ada seorang jiran ni (lelaki ya!) memang perihatin sungguh kalau kami buat sesuatu yang baru. Bila dia tengok pagar batu sudah bertukar kuning, "Wah! Cat baru nak rayalah orang tu! Ni tepi yang coklat ni, tukar warna apa pulak ni?"

Aku jawab sambil tersengih-sengih, "Rahsia!"

"Main rahsia-rahsia pulak dia!"

Ahad, bila lining sudah bercat sedikit, dari jauh dia dah bersuara. " Pinklah! Ni mesti si Yus yang pilih ni!"

Hahahah........nasib baik suami aku SRD menyampuk, "Dare to be different!"

Projek masih belum selesai. Baru separuh pagar batu yang bercat baru. Pagar besi belum berusik. Bila nak sambung ni?....huhu

Siapa cakap tak lawa, aku nangis nanti! Hihihihi...Ok,ok korang boleh komen ikhlas. Tak lawa pun cakap je tak lawa ya...kehkehkeh. Belum siap sepenuhnya, tu hujung tu lining tepi batu masih warna yang lama, pagar pun masih belum tukar warna.

Pandangan dari sudut lain pula. Pagar besi tu plannya nak cat warna merah hati, merah gelap tu. Lawa tak lawa, kata suami aku SRD, Dare to be different kan! Hihi, ya, ya mengaku warna adalah pilihan aku.

SRD memang ikut je, dia dah kata dah, lawa ke pink campur kuning cair ni. Mata aku kata lawa, oklah tu, sebab niatnya memang nak lain dari yang lain, tak mahu sama dengan warna pagar orang lain kat taman ni kan. Aku pun pernah nampak orang guna gabungan warna ni. Kita hentam sajalah...hehe.

Sila beri komen ikhlas anda ya....ekekek.

p/s: kawan2 semua, minta maaf aku belum dapat balas kunjungan semua, pelan-pelan aku kayuh nanti ya!

~ يوس ~

Tuesday, May 22, 2012

Tukar langsir baru

Dari raya tahun lepas sibuk nak tukar langsir baru, tapi tak bertukar juga. Dari mula masuk rumah ni Feb 2010, itulah langsir yang aku pakai untuk rumah ni. Rasa tiada perubahan.

Aku memang tak pandai nak menghias rumah sangat. Ada masa tengok langsir kat rumah orang, cantiknya!!! Serba lengkap, tapi aku suka yang simple  dan ringkas saja. Mulut aku selalu bisik-bisik manja dengan SRD, "Bang, 2012 kita buat langsir baru tau!". SRD seperti biasa senyum je dia dengan jawapan acuh tak acuhnya, " Yalah!". 

2012 dah muncul, tapi rayanya lambat lagi. Eh! Hari ini baru 1 Rejab lah Yus!! Hehe...... Pagi Jumaat lepas, sewaktu langsir baru sudah berada di tangan aku, sebelum SRD bertolak ke tempat kerja, aku cakap dengan dia, " Bang, kalau nak tukar langsir, tak perlu tunggu raya boleh kan bang?"......hahahha. "Tak sabar nak tukar lah tu! Sukahati ibu!", jawab SRD

Semua tiada di rumah, gigih aku mulakan usaha naik turun tangga seorang diri, turunkan langsir lama sapu sawang2 yang melekat sikit, habuk-habuk mana yang ada, lepas tu seorang diri juga menukar langsir baru untuk satu rumah.Kalau dah menukar langsir tu, seperti biasa mulalah ubah kedudukan perabot sana sini. Kemudian tu, Sabtu Ahad, terus tak sedap badan, pening kepala, sakit sana sini. Apa lagi kena perli dengan SRD le....

" Nak juga tukar langsir, tak boleh tunggu esok lusa, lepas tu buat sorang-sorang. Selalu kan tunggu abang! Kan dan sakit!" (Lebih kuranglah maksud ayat dia, mungkin lain sikit yang dia sebut)

Hehe......semangat nak menukar, tak nak minta tolong suami macam selalu, terima akibatnya sendiri lah kan.

Bila dah tergantung tu, puas hati! Memang ada kelainan, tapi kenapa nampak suram je rumah aku ni....huhu. Langsir lama lagi lawa ke? Oh! Tidak!!!! Aku kata nak rumah lagi cerah, ada sikit-sikit english design, terima jelah. SRD kata, "cantik lah tu, nak cantik macam mana lagi?" Ada je yang kurang di mata perempuan aku ni. Takpe, nanti boleh tambah mana-mana yang patut. Korang rasa macam mana?

Langsir ala english design kononnya..huhu

Bila siang hari nampak cerah, suram je rumah ni rasa...huhu

Malam lebih ceria, tambah-tambah ada Arif di situ
Ini pula hiasan rumah dan langsir  lama, gambar sewaktu mula-mula kami pindah duduk rumah ni.

gambar di ambil dari entri ini.

Aku suka lihat hiasan dalaman rumah Zefa di blognya. Boleh beri inspirasi pada aku untuk mengemas dan menghias rumah. Tapi tak juga pandai-pandai ni......tangan keras kot...hihihi.Nak tambah hiasan bunga-bungaan, tapi tak pandai nak gubah bunga, dan tak tahu juga nak pilih bunga macam mana. Lemah bab-bab bunga ni, kosong je takde bunga pun rumah aku kan...huhu.

Kalau ada yang sudi beri pandangan bab-bab menghias rumah ni amat-amat di alukan. Terima kasih.

Sekian.


~ يوس ~

Monday, January 09, 2012

Sedikit kecewa tapi takpelah yang penting buku-buku itu kemas sudah!!

Salam bahagia....

Apa khabar kawan-kawan?
Hujung minggu kali ini aku cuti dari berblog.
Ada yang cari?
Tidak kot, masing-masing pastinya ada agenda tersendiri.

Apa aku nak cerita sebenarnya ni ya?
Hujung minggu kali ini aktiviti aku yang utama adalah mengemas.
Lepas itu menerima tetamu ayah dan emak ku yang buat lawatan mengejut...hehe
Jalan-jalan Carefour.
Makan durian, dan mengemas dan kemas lagi.

Paling utama kemas buku-buku yang dah semakin banyak di rumah ni,
tapi tiada rak yang sesuai untuk menyimpannya.
Makanya aku dah SRD sepakat cari rak buku yang sesuai.
Rak buku sekarang jenis besi gitu je, macam rak pinggan tu...haha.

Pergilah dua tiga kedai perabot.
Tiada yang betul-betul berkenan,
sebab kebanyakkan rak bukunya tiada cermin atau penutup.
Aku tak suka, takut hero kecik aku panjat nanti,
dan senang buku nak berterabur.
Tiba di satu kedai di Sri Gading, aku berkenan sangat dengan rak buku itu.
Maka kami pun sepakat beli.

Malam, baru dia hantar ke rumah.
Tak kisahlah tu, tapi yang buat aku sedikit kecewa, rak buku itu dah cacat sedikit.
Di bahagian belakangnya, papannya tu tersompek.
Macam terlanggar sesuatu, dan nampak sedikit lubang.

Bila aku tanya kenapa ada lubang sedikit ni, dia pun tak tahu.
Mungkin masa dalam lori, terlanggar sesuatu.
Aku terdiam, dia pun diam.
Dalam hati tak nak terima rak buku itu.
Nak minta dia tukar yang lain.
Tapi dalam masa yang sama, kesian juga, sebab rumah aku dengan kedainya jauh.
Kemudian dia bersuara;
"Takpelah, bahagian belakang je. Tampal plaster ok, tak nampak. sikit saja!"

Eh! Mana boleh!!!
Aku tak puashati.
Nasib baik SRD pula menyampuk,
" Ganti papan lainlah!" 

Dan aku pun menambah,
"Betul ganti papan lain. Saya tak mahu bayar penuh dulu selagi tak ganti papan"
(nasib baik baru bayar deposit separuh)

Makanya dari harga sebenar almari itu,
kami pegang dulu RM100 sehingga dia ganti papan baru.
Janjinya malam tadi dia nak sampai, tapi tak juga muncul.
Dah agak dah!...huhu.

Mula-mula dia kata, "saya tak lari punya, nanti saya datanglah ganti papan belakang tu"
Kami pun cakap, "kami pun tak lari punya, awak datang ganti papan, kami bayar habislah!"
Budget nak suruh kami bayar penuh hari tu jugalah tu!
Kita tunggu dan lihat, janji semalam takde pun???
Bila mahu sampai tauke kedai??

Dalam pada kecewa, aku dan SRD kemas juga buku-buku yang ada.
Paling banyak buku anak-anak, dan tentunya SRD punyalah.
Sana sini penuh barang dia.
Assigment pelajar yang menimbun pun ada..huhu.
Kalau dari depan takdelah nampak pun,
tapi tak bestlah kan, beli barang baru, ada cacat pula.

Mungkin taukeh dan pekerja kedai tu sibuk.
Kita tunggu dan lihat sampai hujung minggu ini pula.
Kalau dia tak datang, selamat RM100 aku,
cuma sedih sebab cacat sedikit almari buku tu.

Inilah almari buku itu. Dari depan nampak cantik aje. Tapi belakang dia  ada sedikit sompek dan lubang..huhu. Apa pun alhamdulillah, yang penting buku-buku itu ada tempat untuk di letakkan.
Kalau korang puashati tak?
Beli barang baru, sampai rumah nampak sompek dan lubang macam tu?
Mesti sedikit kecewa kan.

p/s: tak dapat nak tunjuk bahagian sompek dan lubang tu, sebab tak larat nak alih sendiri almari yang dah penuh buku tu untuk ambil gambar...huhu. 
~ يوس ~

Tuesday, November 15, 2011

Mengemas: Rasa macam nak pindah rumah pulak....huhu

Bukan aku nak pindah rumah ya..
Tapi, aku sibuk mengemas dua tiga hari ni.

Bermula dari hari Jumaat tu, bila vacum cleaner aku rosak.
Semuanya Arif Zakwan punya angkara.
Terus dah tak boleh menyedut lagi.

SRD baik hati belikan aku vacuum cleaner baru.
Dengan gadget baru, semangat mengemas aku bercambah.
Habis bilik anak bujang aku yang aku rasa tak serupa bilik sebelum ni aku rombak.

Sebelum ni penuh dengan mainan saja.
Almari baju pun takde.
Guna rak biasa aje Aqil dan Abid tu.
Jadi semua nampak serabut.

Paling aku geram kain baju mereka.
Semua dah tak bersusun.
Dan banyak pula baju yang mengecik....hahaha.
Mereka yang dah makin membesar sebenarnya.

Bila dah mula, susah nak habis kan.
Baju-baju yang rasa tak boleh pakai tu semua aku humban ke plastik hitam dan kotak.
Ada yang rasa tak rupa baju tu, masuk tong sampah le.
Mainan yang dah pecah-pecah tak serupa mainan semua aku buang.
Mana-mana yang kecik2 sangat semua aku sorokkan.

Geram pula budak2 ni takde almari baju,
hasilnya mereka dapat set tidur baru terus.
Alia pula yang merajuk, sebab dia tak dapat katil baru.
Aiseh!! Awak punya set tidur dah cantik dah, nak apa lagi sayang??

Sabtu dan Ahad tu rasanya rumah aku memang macam orang nak berpindah aje.
Penuh kotak dan plastik hitam sana sini.
Sampah aku pun banyak tersusun di depan tu.
Nasib semalam lori sampah dah datang angkut.

Bila semua dah tersusun, baru puashati...
Set tidur baru Aqil dan Abid

Tapi tulah, baju-baju yang masih elok tu tak tahu nak campak mana.
Nak buang sayang,
Ada adik dia Arif boleh pakai nanti.
Sekarang longgar lagi, simpan dululah di dalam kotak kan.
Sudahnya, susun dulu atas katil lama mereka.

Semalam pula  pagi ke klinik.
Check-up Arif untuk 1 tahun 3 bulan.
Berat naik cantik...
Masa check-up 1 tahun hari tu 7.9kg, semalam naik ke 9.1kg.
Risau bab berat ni, sebab misi asyik tegur je.

Badan dia pula naik merah-merah satu badan.
Kenalah jumpa doktor juga.
Dia alergic habuk rupanya.
Bila aku mengemas aje, tu yang badan dia pun merah-merah.

Petang pula ke bank di Parit Raja.
Tu yang sibuk sikit.

Hari ini alhamdulillah dah ok dah.
Baru rasa dapat rehat sikit.
Tu yang tak sempat nak BW ke apa ya.
Bukan sibuk apa pun...
Sibuk mengemas je....hihi.
Satu lagi, bila dah kemas satu bilik, yang lain pun harus terkena tempiasnya.
Mana aci satu aje kan...ekekek.

~ يوس ~

Monday, February 14, 2011

14 Februari 2011 - 1 TAHUN SUDAH

Ada apa pada tarikh ini? Ramai yang tahu hari ini Valentine's Day, dan semua pun tahu kita sama sekali di larang menyambutnya. Aku pun sebenarnya terlupa hari ini 14 Februari, tapi bila pagi ini buka blog terbaca beberapa entri mengenai hal ini, terus teringat satu perkara.

Sebelum tu, KATAKAN TIDAK pada Hari Kekasih ni ye. Tertarik dengan entri pakngah di sini, dan aku juga turut menyokongnya.




bighandesign
Dapatkannya disini

Oh! Ya. Perkara apa yang aku ingat berlaku pada tarikh ini tu ye?

Sebenarnya pada tarikh inilah, kami sekeluarga berpindah ke rumah yang kami duduki sekarang. Maknanya dah setahun kami menetap di rumah sendiri, alhamdulillah.

Pejam celik, pejam celik, sekejap saja masa berlalu. Aku semakin suka tinggal di sini. Suka dengan pekan Senggarang yang kecil ini. Walaupun serba kurang, kalau nak barang2 tertentu masih perlu ke Parit Raja atau bandar BP, tapi aku puashati. Jauh dari kebisingan kota, suasana kampung masih ada.

Sedar tak sedar, dah setahun rupanya. Aku tak sempat buat entri pun masa tarikh kami pindah tu, tapi sebagai bukti, betul kami pindah pada tarikh ini, aku ada catat pada entri Akhirnya...rumah dah siap. Boleh terjah ke sana kalau nak lihat.

Semoga hari-hari yang mendatang akan terus menceriakan hidup kami sekeluarga di rumah ini....Amin.

~ يوس ~

Wednesday, December 01, 2010

Bunyi-bunyian pelik....

Sudah pukul 12 tengah malam. Masa untuk tidur. Masing-masing bersiap sedia untuk zzzzzz atas katil. Tiba-tiba dengar bunyi seperti ada orang tarik kerusi. Kami diam....

Selang beberapa minit, bunyi lagi seperti ada orang sedang mengemas. Lagaknya macam sedang mengalihkan benda berat. Almari mungkin. 

**************************************

Waktu tengahari. Matahari terpacak atas kepala. Kiranya panas terik lah. Tiba-tiba dengar macam ada sesuatu di atas bumbung. Seperti ada benda sedang bergerak. Kuat pulak tu. Apa agaknya?

*************************************

Suatu malam lagi. Kami sedang menonton cerita P Ramlee. Malam dah hampir ke pagi. Yelah, dah hampir lepas pukul 12. Tiba-tiba dengar bunyi dari sebelah. Kali ini seperti ada orang main guli. Main guli apa tengah-tengah malam? Diam seketika. Bunyi seperti orang mengetuk dinding pulak. Aku pun membalas ketukan. Dia balas juga. Aduh pelik ni! Selang beberapa ketika, terdengar pula bunyi kerusi di tarik. Kuat bunyinya.

************************************

SRD terserempak dengan jiran sebelah satu hari. Dia bertanya, "Ada mengemas malam-malam ke?" Jiran sebelah jawab, " Takde. Bukan korang ke yang mengemas malam-malam? " :::Hah!!!:::

***********************************
Jiran ingat kami yang buat bunyi. Kami pulak ingat dia yang buat bunyi. Dapat email dari jiran, ( dengan jiran sebelah pun beremail ni...hihi, nampak sangat susah nak jumpa)
Subject: Salam
Yus, nak mintak no phone... senang sket nak contact2... semalam ada dgr bunyi pelik dpn umah tak?
Aku balas :
Salam,

Semalam tak dengar sebab dah flat. Tidur awal. Tapi mmg selalu ada dengar bunyi pelik, kadang dari atas bumbung, kadang2 dari sebelah. ..huhu.
No yus 013-xxxxxxx atau rumah 07-4xxxxxx
Jiran balas lagi :
Erm... serupa ler... Bunyi org tarik kerusi kt ruang makan, selalu gak dgr... bunyi benda bergerak atas bumbung... Malam kemarin dgr cam bunyi org mengetuk kt depan umah betul2 kt garaj kete, nak gi jenguk, takut plak... huhu...

*************************************
Kalau bukan dari rumah kami, dan bukan juga dari rumah dia, siapa???? Aku dah kecut perut. Aku cerita dengan SRD tentang email jiran kami tu. SRD jawab, ::: Ada ruang lain kot antara rumah kita dan rumah dia. Orang dalam ruang tu lah yang buat bunyi :::

:::gulp:::. Dinding dah melekat antara rumah aku dan dia. Mana ada ruang lain bang oii. Korang rasa bunyi dari mana ekk??

~ يوس ~

Wednesday, April 28, 2010

Kenduri/housewarming 17/4

Huhu..ni memang cerita dah basi. Tp aku nak letak gak dlm blog ni. Walaupun dah letak dlm fb, tapi itu cuma gambar jer. Ceritera ceriteri di sebalik nak buat housewarming ni. Memang excited aku, jemput semua sedara mara, kawan2 terdekat, sampai seminggu sebelum majlis tu, aku demam. 3 hari berturut kena jumpa misi buat check-up. Perut aku sakit yang amat sangat memula tu. Lepas tu bila buat check-up BP pulak rendah sikit...apa lagi, kenalah lepas tu jumpa misi lagi kan.

Wednesday, March 31, 2010

Akhirnya...rumah dah siap..

Salam buat blogku yang lama ku tinggalkan.

Alhamdulillah..akhirnya rumah yang kami beli serta projek renovation yang di buat telah selesai. Kami berpindah ke rumah sendiri pada 14/2 yang lalu. Seronok rasanya dapat duduk rumah sendiri setelah lama menyewa. Banyak juga suka duka sebelum dapat duduk rumah ni. Kerenah dengan kontraktor, adalah sikit2 masalah..rasa tak puashati, tapi alhamdulillah akhirnya semua berjaya di siapkan.

Lama menyepi kerana proses perpindahan, mengemas rumah lama, pindah, mengemas rumah baru. Huhu..macam, macam, dengan diri yang tidaklah berapa sihat sejak berbadan dua ni. Kejap ok, kejap tidak..ada angin pasang surut gitu..pembawakan baby agaknya.

Oklah, macam biasa tengok gambar ...hehe

ruang tamu pertama

atas: Alia di biliknya dan wajah baru aku sejak peknen kali ini
bawah: ruang tamu kedua tempat kami menonton tv

ruang dapur dan ruang makan (huhu..sepah atas meja)



gambar akhir ni campur-campur dari gambar pertama ikut pusingan jam
1. awning luar belakang, tempat aku basuh baju dan sidai baju
2. gambar pelangi di hadapan rumah
3. kabinet dapur
4. dari awning ke kawasan hadapan...tepi2 tu baru belajar tanam pokok-pokok.

Rasanya cukuplah update pasal rumah ni. Dah puashati dah, tinggal ada sikit2 lagi lom habis kemas.

Aqil dan Alia pun dah masuk sekolah baru. Mereka nampak enjoy di sekolah baru. Alhamdulillah tiada masalah untuk mereka sesuaikan diri. Aqil paling seronok sebab sekolah yang ni sessi pagi, takdelah dia sampai rumah hampir pukul 7 petang setiap hari macam dulu....apa lagi main sakan tiap petang..huhu.

Sehingga di lain waktu....



~ يوس ~

Friday, December 11, 2009

Perkembangan rumah as at 9 Dis



Tak banyak yang berubah. Bumbung belum naik sepenuhnya sebab genting yang di order tak sampai2..huhu. Cornish ruang tengah dah siap di pasang..tinggal ruang depan pula. Aku rasa lambat pulak progress nya. Tapi, tak salahkan mereka juga, cuaca pun tak menentu. Harap semua berjalan lancar..

This week ke Melaka lagi...badan tak sihat sepenuhnya. Malazz nak buat apa pun...hukhukhuk.

~ يوس ~

Monday, December 07, 2009

Perkembangan rumah as at 6 Dis


  Projek bermula 14 November
 

 
 Dah mula naik tiang
 
 Batu bata dah  naik
 
 Operasi naik batu bata di bilik Aqil
 
 Pandangan dari luar
 
Ni dah nak mula plaster, so operasi pembersihan sembelum bermula

 
Pandangan dari luar...pekerja sedang menjalankan kerja2 masing. Gambar di ambil sehingga semalam 6 Disember.

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...