Selamat Hari Guru Tahun 2017
Ucapan ini datang sedikit lewat, tapi aku masih tetap hendak menulis satu entri mengenainya. Sememangnya disengajakan kerana pada hari tersebut bertubi-tubi mendapat message mengenai Hari Guru ini ... Terimakasih kepada semua rakan taulan, sahabat-handai dan anak-anak murid samada yang masih lagi menjadi anak murid ku atau pun yang sudah lama tamat belajar, bekerja tetapi mereka masih mengingati ku...terharu..tiada yang lebih bererti bagi seorang guru/pendidik/pensyarah apabila mendapat message daripada anak murid yang masih mengingati kami... tidak perlu hadiah mahal, cukup sekadar ucapan terimakasih...
Selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru dan pendidik di tanah air. Tema Hari Guru 2017 - Guru Pembina Negara Bangsa adalah amat bertepatan dengan cabaran dunia pendidikan masa kini dalam rangka melahirkan murid yang berakhlak dan bersahsiah mulia. Segala-galanya bermula daripada inspirasi murni seorang guru.
Guru adalah insan yang mendidik, mendorong dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik pelajar amat besar nilainya.
Maka, disebabkan itulah guru ibarat pengganti kepada ibu bapa ketika di sekolah. Justeru, segala nasihat dan tunjuk ajar guru hendaklah dipatuhi.