Tuesday, November 27, 2007

Berkhatan

25hb Nov 2007 (Ahad)

Bila dua orang anakku hendak berkhatan pada hari Ahad lepas, teringat akan satu iklan petronas tentang berkhatan ni.


Hari Ahad, Mu'adz (darjah 4) dan Zubair (darjah 2) telah menyertai acara berkhatan beramai-ramai di Sek Ren Islam Hira', Klang. Seramai 25 orang murid telah mengambil bahagian. Dengan berakhirnya acara berkhatan ini, maka selesailah sudah kelima-lima orang anak lelaki ku berkhatan... selepas ini... 5 orang bujang di rumah...

Update:
Selepas beberapa hari Mu'adz dan Zubair berkhatan, jenuh aku dan suami hendak menjawap berbagai pertanyaan dari Hana' (anak ku yg bongsu). Soalan-soalan yang ditanya:
"Sunat tu apa ummi?"

"Sakit tak ummi?"

"Ummi, nanti Hana' besar Hana pun kena sunat macam abang ke?"

(Selepas aku menerangkan bahawa Hana dah sunat masa kecil...)

"Hana' nangis tak ummi masa sunat tu?"

"Masa Hana' sunat dulu Hana pun tak boleh makan udang dan sotong ya ummi?"

(dia tanya ni bila dengar kami melarang Mu'adz dan Zubair makan seafood, takut gatal...hehehe...manalah pulak dia nak makan udang dan sotong...kan dia kecik lagi masa tu, minum susu aje lah...)

Yang bestnya bila dia tanya, "Abang sunat tu nanti dia tak boleh kencing lah ummi ya?"

Ha Ha Ha... gelak besar saya....terpaksa pula menerangkan kpd dia bagaimana...


Sunday, November 25, 2007

Happy Belated Birthday Zaid

19hb November 1988, anakku yg ke-2 selamat dilahirkan. Waktu itu musim sejuk sudah bermula di Athens, Ohio, USA. Daun-daun kekuningan dan kemerahan sudah gugur dari ranting-rantingnya. Angin sejuk menghembus lembut ke pipi tatkala suami membawaku ke hospital. Pengalaman melahirkan anak ke-2 di Hospital O'Blenes, Athens sungguh mengujakan. Walaupun ketika itu kami jauh dari ibu-bapa dan sanak saudara, namun kami beruntung kerana sahabat seperjuangan menuntut ilmu saling bantu-membantu melebihi saudara sendiri.
19 tahun dahulu............

Staf di hospital juga sangat baik dan melayani kami dengan baik walaupun kami tidak sebangsa dan tidak sama warna kulit dgn mereka. Ini dibuktikan dengan layanan yang tidak berbeza yang diberikan oleh mereka. Masih aku ingat ketika itu waktu hampir tengah malam. Suami sudah menalipon pihak hospital tentang kedatangan kami apabila contraction sudah mula sekerap setiap 3-5 minit. Sesampai di hospital, suami menurunkan aku dihadapan pintu masuk. Apabila aku turun sudah ada seorang nurse menunggu dengan sebuah kerusi roda. Aku berkata tidak apa aku masih boleh berjalan sendiri, tapi nurse tersebut insist juga aku menaiki kerusi roda tersebut. Aku pun duduk dan terus ditolaknya aku masuk.
Zaid bersama Mujahid 1989

Urusan mengisi borang dsb juga berjalan dengan lancar dan cepat. Tiada banyak kerenah. Nurse itu menyatakan aku bernasib baik kerana tatkala itu sebuah bilik khas untuk bersalin dengan suasana seperti di rumah masih kosong. Bilik ini dihias indah dengan wall paper yg cantik dan katil yang tidak kelihatan seperti di hospital. Ini bermakna aku tidak perlu ke labour room dan juga delivery room. Semua urusan di lakukan di bilik ini. Suamiku juga dibenarkan berada di bilik ini sepanjang masa sehingga saat-saat aku melahirkan.

Zaid bersama Asma' , Spring 1989

Jam sudah melepasi pukul 1 pagi. Sakit sudah semakin kerap, namun aku berjaya melepasinya dengan melakukan teknik-teknik pernafasan yang diajar semasa mengikuti kelas latihan untuk melahirkan, disamping tidak lupa mulutku berzikir dan beristighfar sepanjang masa. Apabila bukaan sudah mencapai 8 cm, nurse itu mula menukar katil tempat aku berbaring menjadi tempat delivery. Sebaik sahaja bukaan menjadi 10 cm, nurse pun memanggil doktor. ALhamdulillah, dengan hanya 3 kali 'push' sahaja anak ku sudah dilahirkan... Doktor pun mengumumkan..."it's a boy!" .... sungguh mudah sekali, sehingga aku sendiri pun tidak percaya ....
Hari Sabtu, 19 Nov 1988 bersamaan 10 Rabiul Akhir 1409H jam 2.51 pagi, Zaid dilahirkan seberat 7 lbs 11 oz .....................2004.....................2006..................2007.............

Sekarang seorang mahasiswa kejuruteraan mekanikal di UiTM, Shah Alam

Friday, November 9, 2007

Menerima kunjungan bloggers

Semalam sempena cuti Deepavali, aku menerima kunjungan rakan bloggers ke rumah. (bukan meraikan Deepavali... Syawal kan masih ada lagi..) . Memang seronok dapat berjumpa bloggers dalam alam realiti. Bloggers yang berkunjung kerumahku bersama gerombolan keluarga ialah Abang Long dan Pokcik Mersik.
Abang Long pernah menyiarkan gambar sekeluarga dalam blog nya pada minggu lepas, tetapi aku ter'miss' pulak...sebabnya masa siarannya yang paling pendek iaitu hanya 5 jam sahaja. Tak mengapa kerana pada hari ini dapat berjumpa secara berdepan...
Anak2 abang long hensem-hensem dan cantik (ada seorang puteri sahaja)...macam emaknya...(alahai...nanti marahlah pulak abang long...ok lah...hensem macam ayahnya jugak!)

Pokcik Mersik pulak, saya rasa agak2 pemalu gitu, samalah bila baca n3 di blog beliau... malu-malu kucing gitu ya pokcik? hehehe....Pokcik rupa2 ada seorang puteri... ingatkan pokcik ni bujang lagi...hehehe.... Haa...jangan lupa membeli dan membaca buku terbaru pokcik mersik nanti, akan diterbitkan tidak lama lagi...Dol Leman: Misteri Kebun Pisang ..
Pokcik, kalau keluar semasa musim cuti sekolah ni mesti laku macam goreng pisang panas, sekurang-kurangnya anak2 dpt membacanya masa cuti nih...

Tolong promo utk Pokcik Mersik!!! Kalau buku ni dah keluar kan best, masa Pokcik datang boleh mintak autograf kat buku tu kan....

Keluarga Abang Long dan Pokcik Mersik sedang menjamu selera.
(Maaf lah tak boleh siarkan gambar abang long dan pokcik mersik dari depan, atas permintaan mereka. Tengok dari belakang aje lah ye... Abang Long berbaju merah, Pokcik Mersik berbaju biru. )

Wednesday, November 7, 2007

Nuh's Ark Graduation Day

Ahad lepas 4hb Nov 2007, tadika Nuh's Ark telah mengadakan "Graduation Day" utk anak2 6 tahun. Anak2 yg lain (3,4,5 tahun) juga terlibat sama mengadakan persembahan pada hari tersebut...
Kali ini , tema nya adalah "The Garden"

Saturday, November 3, 2007

Ummi .... Hana nak adik baby!


Satu pagi, tiba-tiba anak bongsu ku Hana' bersuara,

"Ummi...Hana' nak adik baby...!"

Aku yg mendengarnya terkejut.... "Ya??? Hana' nak adik baby???"
"Kan Hana' dah jadi adik baby..."

"Alaaa...Hana kan dah besar...dah 5 years old... " kata Hana'.

" Kenapa Hana' nak adik baby?" tanya ku.

"Semua kawan-kawan Hana' kat sekolah ada adik baby," Hana' menyambung.

Dia pun bercerita, kawan A ada adik baby boy, kawan B ada adik baby girl, kawan C ada DUA (2) orang adik baby girl and boy. Hana' aje yang takde adik baby....

Hahaha... rupa-rupanya dia membandingkan dirinya dgn kawan2 disekolah tadika.... memang kawan2 ramai yang anak sulung atau kedua, parents masih muda belia lagi...mmg lah akan ada ramai adik baby... sedangkan Hana' ku adalah anak ke-8!!!!

"Ummi letaklah baby dalam perut ummi tuh, macam mama kawan Hana' !"

kah kah kah...lagi besar tawa ku.... agaknya dia ingat senang2 je nak mengandung ada baby dalam perut...hehehe...

Aduish...bgmn ya nak slow talk dgn si Hana' nih....pikir...pikir....

"OK...kalau Hana' nak adik baby...Hana' kena tolong ummi nanti kalau ada baby."
"Hana' kena tolong salin pampers kalau baby kencing atau b**ak"
"Hana' kena tolong mandikan baby tiap2 hari"

"Kalau baby nangis Hana' kena jaga sampai baby tak nangis"

"Kalau baby nangis nak susu malam-malam, Hana' kena bangun tolong bancuh susu dan susukan baby"
"Kalau baby nangis nak makan Hana kena tolong suapkan baby"


Termenung panjang dia........ agaknya tgh berfikir.... (hehehee)

Akhirnya dia berkata, "HANA TAK NAK ADIK BABY LAH UMMI !!!!"

SELAMAT....... ;-))

Thursday, November 1, 2007

pb - 35

pB - 35
29 Oktober 2007

Pada pagi hari Isnin yang lalu, saya sms pB.
"pB hari ni kerja ke? jom akak belanja di restoran Azira Beriyani"
pB pun balas, "yae, yae, nak, nak. Nasib baik tak pose ari ni.."

kami pun berjanji akan jumpa di sana pukul 12:30 thr nanti.

Sebelum pergi, singgah di rumah ambil anak kecil ku Hana untuk temankan berjumpa pB. Sebenarnya saja nak belanja pB makan sempena hari lahirnya yang ke-35.
hurm...mudanya lagi...hehehe..

Kami sampai terlebih dahulu, tapi alamak.... restoren Azira Beriyani tutup! hurm... nampak gayanya makan kat restoren Azira aje lah.... sambil tunggu pB, aku pun mengambil makanan utk Hana. Hana nak makan ayam tom yam. Sambil suapkan Hana, tetiba dpt msg, dari pB... rupa2 nya dia dah sampai... so, terus lambai dia dan suruh duduk sama dan order apa saja makanan yg dia nak makan. pB order Nasi Ayam, aku pula teringin nak makan pecal, Jadi ambil nasi sikit + pecal + tempe goreng.

Sambil tu berborak lah kami, tapi si Hana ni yang terlebih peramah betul2 jealous dgn ummi dia nak berborak dgn pb. Setiap kali ummi nak cakap, dia pun nak cakap jugak! kalau tak layan dia, marah pulak... hurm... takpe lah pB ya...nanti lain kali kita jumpa lagi.....

SELAMAT HARI LAHIR KE - 35!
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....