Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, September 2, 2013

Jamuan Hari Raya PPSK 2013

 Khamis 29hb Ogos 2013 bersamaan 22 Syawal 1434 Hijrah, Pusat Pengajian Sains Komputer telah mengadakan Jamuan Hari Raya untuk mengeratkan silaturrahim di antara staf tidak kira staf baru atau lama atau yang senior dan juga staf yang junior.  Di samping itu kami mengambil kesempatan juga untuk menyambut tarikh kelahiran @ birthday bagi mereka yang dilahirkan pada bulan Apr - Ogos 2013.  Sambutan ini sepatutnya kami adakan setiap bulan, tetapi dek kesuntukan masa, kami gabungkan sekali.  Tidak lupa juga untuk meraikan staf/pensyarah kontrak seramai 5 orang  yang akan tamat kontrak mereka pada bulan Oktober ini, seorang pensyarah yang akan berpindah pusat pengajian, dan dua orang pensyarah yang akan bersara tidak lama lagi.

Kiranya ini adalah jamuan yang tertunda, yang sepatutnya diadakan pada awal tahun semasa bermulanya semester baru, tetapi masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing dan jadual saya yang sangat ketat penuh dengan pelbagai mesyuarat yang perlu dihadiri.
Akhirnya Alhamdulillah , dengan izin Allah jua, dapatlah kiranya jamuan ini diadakan..
  Para pensyarah PPSk bersama Ketua Pusat Pengajian dan Dekan

Posing yang berlainan

Saya sangat-sangat bersyukur kerana diizinkan oleh Allah menerajui sebuah Pusat Pengajian yang diwakili oleh para barisan pensyarah yang terdiri dari pelbagai lapisan umur, berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas masing-masing yang diamanahkan.  Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Tidak pasti samada pada tahun hadapan kami dapat berkumpul lagi sebegini kerana sebahagian dari kami ini ada yang akan bersara, berhenti, dan juga dipindahkan ke kampus cawangan/PFI kelak.

Namun apa yang dapat saya katakan di sini, SYUKUR Alhamdulillah... ALL of You are the BEST!!!

Ketibaan Dekan Fakulti
Sebagai KPP dimestikan berucap juga, MC kata "sepatah-dua kata"
Doa dibaca oleh "Ustaz" Normaly
Akhirnya acara yang ditunggu-tunggu oleh semua orang - Makan-makan!
Macam-macam Ada.... ini bahagian Nasi Arab, Lemang dan rendang
 Ini bahagian Italian - ada spagetti, macaroni, lasagna, pizza
Bhgn pencuci mulut- puding, buah manggis pun ada!
Serius bersama Dekan - PM Azizi akan bersara tidak lama lagi
 Adik-adik yang akan tamat kontrak tidak lama lagi... Sedih .. :-(

   Aksi-aksi sekitar jamuan Raya

 Jamuan tamat lebih kurang jam 1:30 tghr..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Amin

Tuesday, August 13, 2013

Hari Raya Aidil Fitri 1434Hijrah

Assalamu'alaikum wrt, 
Sungguh-sungguh ku merindu hendak menulis di sini... 
Sudah terlalu lama blog ini dibiarkan "bersawang" 
Tidak punya masa untuk mencoretkan sesuatu
ataupun masa terlalu mencemburui ku?
Ataupun kerja yang tidak habis-habis sentiasa menemani ku?

Oleh itu, biarlah peluang kelapangan sedikit malam ini
kuambil untuk menceriakan kembali blog ini
Hari Raya Aidil Fitri 2013M / 1434 H
mencatat kenangan

 Alhamdulillah tahun ini kesemua anak-anak ada bersama ,
malah bertambah seorang lagi anakku - seorang menantu ...

emak dan abah - abah masih tersenyum riang 
walaupun sudah berumur 91 tahun dan mata juga sudah kurang jelas ..

27 tahun bersama mengharungi suka-duka
Semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya
Memohon ampun dan maaf ... simbolik sahaja, 
kerana sebenarnya kami sentiasa memohon maaf setiap hari
bukannya setahun sekali


 SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN


Thursday, September 6, 2012

Jamuan Raya + Hari Lahir Jabatan

Alhamdulillah...rezeki memang murah sangat pada bulan Syawal ini.  Ada sahaja jemputan samada jamuan Hari Raya, kenduri Kahwin atau sekarang sudah mula mendapat jemputan kenduri doa selamat untuk pergi haji.
Hari ini pula jamuan Hari Raya + sambutan Hari Lahir bagi staf yang birthday mereka jatuh pada bulan Ogos dan September. 
Sebahagian dari staf yang hadir. Ada yang tidak dapat hadir kerana menghadiri kursus atau meeting dll.
Kek sempena Hari Lahir beberapa orang staf (ramai juga yang lahir pada bulan July, Ogos dan September ini)

Kami juga menjemput beberapa orang pensyarah yang sudah bersara. Rindu kepada mereka!
Kak Rohani Zaid (kanan sekali)

Encik Aminuddin

ALhamdulillah, Allah izinkan kami berkumpul pada hari ini untuk mengeratkan silaturrahim sesama sendiri.  Disamping tugas hakiki yang kami perlu lakukan, hubungan sesama pekerja juga perlu dijaga, hubungan dengan para pelajar, dan juga hubungan dengan boss kita....mudah-mudahan jamuan ini berjaya mengeratkan pautan tali silaturrahim antara kami...Ameen.

Thursday, October 9, 2008

Cerita Raya 2008

Cerita Raya 2008

1) Malas
Entah kenapa aku diserang angin malas untuk meng'update' blog. Hanya sesekali jenguk utk lihat samada ada orang tinggalkan komen dan bloghopping beberapa blog yang selalu aku kunjungi. Rasa macam semua orang tulis cerita sama, Ramadhan ...... Syawal....... Raya .............
Dalam kepala satu senarai panjang 'to do list...'

2) Abah @ Wan @ Pak Chaq
Minggu terakhir Ramadhan, kami dikhabarkan abahku tiada selera makan dan kurang sihat.
Jumaat malam Sabtu, 26 September 2008, kami diberitahu oleh anak saudaraku bahawa abahku dibawa ke hospital besar Pontian oleh Ayah Ngah(abangku yang duduk di JB). ... dan malamnya dikhabarkan lagi bahawa abahku di tahan di wad, dehydrated dan lemah2....
hatiku tidak keruan mengenangkan abahku yang sudah tua dan uzur (abahku sudah berumur 86 tahun)... apatah lagi hanya tinggal beberapa hari lagi hendak menyambut Syawal..... hati melonjak-lonjak ingin balik saat itu juga , tapi esok pagi Sabtu aku kena mengajar, ada kelas Master dan suami pula bekerja. Malam itu kupanjatkan doa ke hadrat Ilahi semasa solat tahajjud agar abah kembali sihat ....

Berbincang dgn suami bgmn plan terkini.... suami tidak ada cuti, kalau ikutkan kena kerja hari Isnin dan Selasa sebelum 1 Syawal pada hari Rabu, sedangkan aku sudah pun mengambil cuti seminggu. Aku meminta izin dgn suami agar membenarkan aku dan anak2 pulang terlebih dahulu menjenguk bapaku di hospital, lagi pun anak ke-2 ku Zaid sudah boleh memandu, kalau aku penat boleh gilir-gilir suruh dia drive sepanjang perjalanan pulang ke Johor.
Akhirnya, pagi Ahad kami semua sudah bertolak balik ke kampung termasuk suamiku (dia ambil cuti juga - unpaid leave- hari Isnin dan Selasa) ..

Alhamdulillah highway ke selatan tidak jam sepanjang perjalanan balik...sampai di Pontian lebih kurang jam 4 ptg, terus ke hospital utk menjenguk abah. Alhamdulillah keadaan abah sudah semakin stabil. Faizah anak saudaraku ada menjaga abah pada waktu itu. Khabarnya Firdaus, anak kak long ku menjaga abah semasa waktu malam kerana wad itu wad lelaki, kurang elok sekiranya Faizah yang menjaga pada waktu malam. Alhamdulillah cucu-cucu abah sudah besar utk menjaga abah di hospital.

Isnin pagi aku sudah menalipon ke pejabat di Shah Alam utk memohon mereka mengeluarkan GL utk diberikan kpd pihak hospital, ALHAMDULILLAH staff di pejabat pendaftar memberikan kerjasama yg baik apabila diminta utk faks GL terus ke hospital...

Ptg Isnin abah dibenarkan balik kerana keadaan sudah kelihatan stabil.

Selasa abah cuba utk berpuasa walaupun ditegah oleh kami semua... menjelang tghr keadaan abah sudah semakin lemah, lalu kami menyuruh abah buka puasa dgn meminum air kerana bimbang dehydration. Dgn perasaan terpaksa abah buka puasa. Kami faham perasaan abah yg hendak berpuasa walaupun keadaan dirinya yg tidak sihat. (ini mengingatkan ku kpd satu rancangan TV yg aku tonton menunjukkan betapa orang2 yg muda belia sihat gagah perkasa ditangkap tidak berpuasa kerana makan di warung2...alasan tak tahan, gastrik dan sebagainya... itulah bahananya jika iman tidak di dada, wallahualam)

Selasa (30 Ramadhan) - Riuh rumah atok dan Wan dengan 17 - 1(Asma' di Jordan) orang cucu dan anak2 (4 orang). menjelang berbuka puasa, sudah penuh meja dengan juadah ketupat, rendang, lodeh etc pemberian jiran sekeliling (semua jiran adalah saudara-mara ku juga...)
Dalam hati terasa sedih juga mengenangkan anak sulung ku Asma' yg beraya di Jordan bersama sahabat demi perjuangan menuntut ilmu. Berita diterima sebenarnya Asma' sudah pun menyambut Eid Fitri pada hari ini (kebanyakan negara di Timur Tengah menyambut Syawal awal sehari dari Malaysia) Msg dan panggilan telefon pengganti diri, hendak skype atau YM tapi line internet TERSANGATLAH Lembabnya....

3) 1 Syawal

Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap sedia utk sembahyang sunat Raya...
balik dari solat, semua anak cucu beratur mengikut giliran bersalaman dgn atok dan wan, ibu bapa, mak dan pak saudara dan sesama sepupu ... sesi mengambil gambar pun bermula...

selepas itu kami memulakan trip mengunjungi sanak-saudara di kampung.... sehingga jam 2 ptg kami semua sudah kembali ke rumah atok dan wan keletihan yang teramat sangat...apataknya dikira dicongak 10 buah rumah saudara telah kami kunjungi....

dapat sms dari Ida dan keluarga hendak datang jam 3 ptg... ku kira ada lebih kurang 1 jam utk berehat, solat dan bersiap sedia menanti Ida dan keluarga berkunjung.

4) 2 dan 3 Syawal
selepas bersiap2 kami bertolak ke JB utk menziarahi sepupu abi, kemudian terus ke Mersing. Lamanya kami tidak ke Mersing... kali terakhir pada tahun 2003 semasa melawat arwah bapa mertua ku di sana. sampai di Mersing lebih kurang pukul 3 ptg...terus ke Suara's Chalet.

Rancangan kami sejak awal tahun ialah hendak berkumpul adik-beradik suami semenjak ibu mertua ku tiada, supaya hubungan silaturahim antara adik-beradik terus kukuh. Namun perancangan Allah lebih mengetahui. 2 orang abng dan adik suami serta keluarga tidak dapat hadir kerana mereka perlu bekerja dan menjalankan tugas masing-masing pada Raya kedua dan ketiga. Seorang di Melaka dan seorang lagi perlu ke offshore...di Terangganu.

4 Syawal
Bertolak balik semula ke Pontian. Singgah di Parit Raja dan Broleh di Batu Pahat menziarahi kakak dan makcik pakcik suami. Sekembali ke Pontian, hatiku lega melihat abah sudah stabil..ada selera makan dan kelihatan ceria bersama-sama anak cucu. Tidak boleh bayangkan anti selepas kami semua kembali ke kota, abah dan mak akan tinggal berdua kembali. Ya Allah, semoga Engkau pelihara kebajikan ibu bapaku sepanjang masa. Amin.

5 Syawal
bertolak balik ke Shah ALam. On d way singgah di Melaka rumah Ida dan Angah (kawan kami semasa menuntut di USA dahulu). Sampai di Shah ALam sudah maghrib. Hurm.... hati mengucapkan syukur kerana keadaan rumah kami selamat sepanjang masa kami di kampung. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku... Alhamdulillah ikan2 di akuarium juga telah diberi makan oleh anak2 jiranku yg tidak pulang ke kampung sehingg ahari raya pertama.

Friday, November 9, 2007

Menerima kunjungan bloggers

Semalam sempena cuti Deepavali, aku menerima kunjungan rakan bloggers ke rumah. (bukan meraikan Deepavali... Syawal kan masih ada lagi..) . Memang seronok dapat berjumpa bloggers dalam alam realiti. Bloggers yang berkunjung kerumahku bersama gerombolan keluarga ialah Abang Long dan Pokcik Mersik.
Abang Long pernah menyiarkan gambar sekeluarga dalam blog nya pada minggu lepas, tetapi aku ter'miss' pulak...sebabnya masa siarannya yang paling pendek iaitu hanya 5 jam sahaja. Tak mengapa kerana pada hari ini dapat berjumpa secara berdepan...
Anak2 abang long hensem-hensem dan cantik (ada seorang puteri sahaja)...macam emaknya...(alahai...nanti marahlah pulak abang long...ok lah...hensem macam ayahnya jugak!)

Pokcik Mersik pulak, saya rasa agak2 pemalu gitu, samalah bila baca n3 di blog beliau... malu-malu kucing gitu ya pokcik? hehehe....Pokcik rupa2 ada seorang puteri... ingatkan pokcik ni bujang lagi...hehehe.... Haa...jangan lupa membeli dan membaca buku terbaru pokcik mersik nanti, akan diterbitkan tidak lama lagi...Dol Leman: Misteri Kebun Pisang ..
Pokcik, kalau keluar semasa musim cuti sekolah ni mesti laku macam goreng pisang panas, sekurang-kurangnya anak2 dpt membacanya masa cuti nih...

Tolong promo utk Pokcik Mersik!!! Kalau buku ni dah keluar kan best, masa Pokcik datang boleh mintak autograf kat buku tu kan....

Keluarga Abang Long dan Pokcik Mersik sedang menjamu selera.
(Maaf lah tak boleh siarkan gambar abang long dan pokcik mersik dari depan, atas permintaan mereka. Tengok dari belakang aje lah ye... Abang Long berbaju merah, Pokcik Mersik berbaju biru. )
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....