Teringat beberapa hari lalu dalam akhbar, salah seorang pemimpin CEUPACS ada menyatakan (kpd pegawai kerajaan) "Jangan terlalu mengharapkan kerajaan akan memberi bonus pada tahun ini". Ini mungkin kerana kerana kerajaan baharu sahaja memberi kenaikan gaji bermula pada bulan Julai yang lalu. Wbgmn pun untuk memujuk hati ini jangan kecewa (begitu juga kpd semua pegawai kerajaan muslim yg lain), marilah kita merebut BONUS dari Allah swt yg akan tetap diberikan kepada kita setiap tahun tanpa perlu kita meminta-minta dariNya.
Apakah Bonus dari Allah swt itu?
Salah satu BONUS terbesar ialah Lailatul Qadr (malam Al-Qadr). Ini sudah termaktub dalam surah Al-Qadr iaitu surah ke-97 dalamAl-Quran (terdapat 5 ayat dlm surah ini) (terjemahannya:)
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada malam Al-Qadr.
2. Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Al-Qadr itu?
3. Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu, para malaikat dan jibril turun dengan izin Tuhan mereka, untuk mengtur segala urusan.
5. Sejahteralah malam (yg berkat) itu hingga terbit fajar!
MasyaAllah! SERIBU bulan!!! itu bersamaan dgn (lebih kurang) 83 tahun! dan kita pun tidak tahu samada kita boleh hidup hingga umur 83 tahun...ini jika dikira kita beribadah sejak kita umur setahun.... katalah tolak zaman kanak2 kita, zaman kejahilan kita, katalah kita mula "sedar" semasa berumur 20 tahun. bermakna kita kena tambah lagi 20 tahun... sehingga kita berumur 103 tahun.... baru nak sama dengan SATU malam Al-Qadr!!!
MasyaAllah...sungguh Pemurah Allah swt utk hambaNya.... namun terpulanglah kepada hambaNya utk merebut peluang mendapatkan BONUS dari Allah ini...
Saya sertakan sedikit petikan dari blog Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (bukan adik beradik saya ya...nama bapa saja sama...;-)
Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .
Maksimakan Perolehan Bonus Ramadhan
Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-
1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka
6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.
9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.
10) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi)
11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :
Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).
Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)