October 8, 2009

Kongsi info

Moga kita dapat amalkan doa ini dan mendapat manfaat daripadaNya...

Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek yang saya dapat daripada Darussyifa' ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah

July 3, 2009

Sentuhan kreatif

Sebenarnye nak buat special entry lepas Wajihah sambut birthday yang kedua 1 May tempohari cuma akibat kekangan masa dan penyakit 'M' yang sering menyerang, niat tu terkubur begitu sahaja. Jadi gabung sini je ler
Masa sambut besday, Wajihah sakit mata masa tu. Tapi kami buat la majlis sikit di kampung sebab ramai sedara mara tanya, maklum le birthday dia hari cuti umum. So macam takde sebab untuk tak celebrate. Saja berkumpul sedara-mara dan jiran tetangga. Tempahkan satu kek daripada sepupu yang ada kedai kek di Uitm, Seri Iskandar, cup cakes daripada Dill Cakes, Shah Alam dan masak2 makanan lain sikit.
Yang buat teringat nak tulis pasal besday Wajihah sebab hari ni saja tengok blog Dill-cakes, nak tengok pilihan/design kek yang ada sebab terfikir nak tempah satu untuk satu majlis yang terdekat. Dah lama tak tengok sebenarnye blog ni, rupanya ada juga update yang masukkan cup cake untuk Wajihah. Saja nak share dengan kawan2, En Fadzil ni memang kreatif & rajin ambik gambar kek/cupcakes yang dia sediakan. Ada la beberapa kali yang saya tempah beliau masukkan di blognya. Kepada sesiapa yang berminat nak tempah kek atau nak tgk hasil tgn En. Fadzil yang merupakan suami kawan saya blh layari http://www.dill-cakes.com. Antara kek/cup cakes yang pernah saya tempah pada beliau, kalau tak silap ada dalam entry Jun 2009 dan November 2008. Saya suka kebanyakan kek mereka terutamanya cheese cake. Apa yang paling penting, saya tak perlu was-was dengan bahan kek beliau yang pastinya halal.. (kena ada komisen ni K.Gie..hehe). Tu sentuhan kreatif yang pertama..

Sentuhan kreatif yang kedua, wife cousin ni lps dia resign dia buat produk sabun di rumah. Makin maju nampaknye, kalau ada sesapa tengok rancangan 'Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina' dua minggu lepas, ada la dia jadi tetamu jemputan, promote produk dia.. Kalau sesapa berminat nak buat tempahan boleh la tengok web dia http://www.mysabun.com/ (Tolong promo la..hehe). Antara produk beliauActually, saja tumpang seronok dengan family & kekawan yang mencari rezeki dengan hasil kreativiti mereka..bukan semua ada bakat macam tu..selamat maju jaya..

Meminta-minta...

Sekarang ni dalam perjalanan balik dari kerja selalu terserempak dengan 'uncle' ni
Dia akan tunggu di traffic light ni..buat apa dia kat situ? Tunggu aku? Termasuk senarai jugak la..agaknye... Dulu pernah nampak, lepas tu lama juga takde, sekarang ada semula.


Aktiviti dia setiap petang ialah bila traffic light merah je, bila semua kenderaan dah berhenti dia akan pegi ke setiap kereta untuk minta sedekah, dia buat la gaya suap ke mulut dia, tepuk perut dia..
Bila dah lampu hijau dia akan bergerak ke depan semua supaya bila lampu merah, dia akan mula untuk mintak dari depan ke belakang atau pun dia ke lane yang sebelah lak. kalau dia penat, dia stop jap tepi jalan


Ada ke hasilnya? Pada pemerhatian aku, majoriti tak akan layan dia. Mungkin ada satu dua kereta yang bagi..Aku? memang x pernah! Kesian, mmg kesian tapi takut lar.. Nanti kalau aku turunkan tingkap, dia buat hal lain lak..macam2 la aku pikir..seram..ngeri jugak la
Lagi pun aku tengok dia sihat je, boleh je buat kerja lain sebenarnya untuk cari makan

Ntahlah..bila aku tengok macam tu, macam x percaya je kat Malaysia ni ada juga yg meminta-minta macam ni. Setahu aku di sesetengah negara-negara seperti India, Indonesia & Pakistan (yang aku pernah tengok sendiri) ada la macam ni. Aku rasa macam nak report je pada pihak berkuasa tempatan..tapi apa tindakan diorang? Sian lak...tak tau la..
Mana la anak-anak orang-orang yang hidup terbiar ni? Sanggup diorang biarkan? Sama la kalau tengok dalam rancangan bersamamu Tv3 tu..sian kan. Cuma kadang-kadang x paham kenapa yang sihat tubuh badan tak berusaha pun nak sara hidup. Kalau dah uzur sangat tu lain citer la tapi banyak kes ditinggal dek anak-anak. Bab rezeki, rasanye Malaysia ni banyak sangat peluang. Kita bagi lagi kerja pada 'orang luar' yang kadang2 sakit mata kita tengok sebab ramai sangat! Betoi-betoi aku tak paham dengan keadaan ni....


May 26, 2009

PHD

Arini hari Selasa, masih awal minggu, mesti produktif ye Azah!!
Cuma, sejak semalam hati ni sakit sangat.
Sebenarnye perkara ni dah lama tapi semalam aku betul2 teliti dokumen tu dan pikirkan dengan mendalam. Kenapa la aku nak pikir yek? Ntah..Bila dipikir, aku ni bukannye jenis yang nak bising tak tentu hala, tak kisah sangat tapi mungkin sebab sikap tu jugak orang pijak kepala.
Kalau bukan orang sains pun tahu prosedur rasanye, kalau kita nak buat penulisan jurnal, atau apa saja publication, biasanye kita akan masukkan nama semua orang yang terlibat terutama insan yang bagi sumber kewangan dan sumber bahan kajian kita. Semalam aku dapat tengok sendiri nama aku takde pun walaupun aku yang bagi bahan kajian tu. Kalau aku tak dapatkan, dia pun x boleh buat keje-keje tu. Yang aku hairan, orang yang tak terlibat secara langsung, mungkin tolong sikit-sikit (walaupun bagai aku x payah pun), ada lak nama mereka. Walaupun dia publish tu bukan yang ada impak tinggi pun tapi hak tetap hak!
Jadi aku buat kesimpulan, semua ni angkara PHD (perasaan hasad dengki). Mungkin orang-orang ni tak tahu atau tak ingat, kalau bukan aku yang mula, sebut nama dia, peluang dia mungkin bukan seperti sekarang. Tapi yelah sebab aku buat diam-diam, orang mana nak hargai. Lagipun bukan besar pun sumbangan aku atau mungkin mereka rasa tak layak. Tapi terpulang la..Sepatutnya apa yang aku dapat takde sapa boleh pertikaikan sebab itu memang hak aku pun. Kalau tak clear atau ada kemusykilan sepatutnya dibincangkan. Tak perlu cakap-cakap belakang rasanye.
Walau apa pun aku tetap maafkan. Memang tu pun yang aku buat setiap kali sebelum tidur supaya hati kita tenang (nasihat Dr Fadzilah Kamsah). Mana tahu mungkin orang yang teraniaya lebih banyak peluang yang aku akan dapat. Amin..
Ni hanya sebagai luahan sebab dok teringat je hal ni, selagi tak diluah asyik teringat dan ganggu fikiran dan sebab hairan kenapa sanggup dia buat macam ni. Agak sedih dan terkilan bila kawan aniaya kawan.
Cuma, sebagai ingatan buat kita semua, ingat lah selagi kita ada PHD yang negatif ni, selagi itulah kita susah nak berjaya. Cukuplah apa yang dah terjadi kepada bangsa kita. Moga kita orang cerdik pandai, terpelajar menjadi contoh buat perkara-perkara yang baik, penggerak untuk lahirkan insan-insan yang lebih cemerlang.

Alhamdulillah dah lega sikit perasaan ni...bagus juga ada blog ni

May 21, 2009

Serupa tapi tak sama...

A same pose
The same person or different generation? ;-)

May 5, 2009

SERATA 1990-1994

Near 15 years not seen each other, we organize a small reunion for Serataian who registered in 1990 and left the school in 1992 (after SRP) or 1994 (after SPM). Although only a few members came but it was really a sweet moment

TQ to KYun (purple scaft) for being the organizer and gave permissioon to use her house as the vanue

Although everybody have to care the children but 'sembang tetap sembang!!'

A group photo of us...
Next year, we plan to gather at Ipoh.. ;-)

April 11, 2009

Ramai lagi belum sedar...

Actually nak komen pasal Earth Hour aritu tp x sempat jer
Apa yang saya boleh buat kesimpulan, kepentingan kempen tu mungkin dapat dirasa oleh pihak-pihak berwajib & syarikat2 yang besar tapi belum sampai sepenuhnya pada orang ramai..
Kenapa saya cakap macam tu sebab malam tu saya ni punya la semangat padamkan lampu bukan setakat sejam tapi lebih daripada tu sebab sejuk sikit..;-) walaupun pada mulanya si kenit sorang di rumah tu nangis, marah suruh on lampu sebab dia baru bercadang nak punggah almari..adoi! tapi rumah-rumah lain di keliling rumah saya terang benderang, bukan setakat lampu dalam rumah, luar pun menyala dengan meriahnye. Nak kata bukan orang educated, kebanyakanya educated, nak kata ketinggalan zaman, dalam hal lain up to date jugak nampaknye. Takpe la kot, baru tahun pertama Malaysia ikut kempen ni. Moga rakyat kita makin sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Harap2 menteri2 baru bawah PM baru boleh lakukan sesuatu...

March 28, 2009

EARTH HOUR

Let's fight againts climate change
Remember...
"Kita bukan mewarisi alam ini daripada ibu bapa kita, tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita"

February 22, 2009

TQ Mr and Mrs Microbes


As a microbiologist, although i'm believe that microbes are very useful in our daily life but the pathogenic microbes can make us suffer.. last month i was infected with food poisoning and this month with the communicable diasease until i had an off-key voice.. ;-( because of fever, bad caugh and painful sore throat.

A communicable disease such as a cold is a disease that spreads from person to person. Communicable diseases are diseases that you can "catch" from someone or something else. When a person becomes sick with a communicable disease it means a germ has invaded their body.

Germs are tiny organisms (living things) that may cause disease. Germs are so small and sneaky that they creep into our body without being noticed. In fact, germs are so tiny that you need to use a microscope to see them. We don't know what hit us until we have symptoms (runny nose, cough, sore throat, fever, etc.) that let us know we've been attacked!

Germs are microbes. A microbe is a tiny living organism that can only be seen with a microscope. Microbes are the smallest form of life on Earth. Microbes have existed for millions, and possibly even billions of years. Although some microbes can make you sick or may even kill you. most are harmless, and some are extremely helpful.

Let's me just talk about bacteria. Bacteria are EVERYWHERE! They live in sub freezing cold temperatures and boiling hot temperatures. They live up high in the sky and down deep below the ocean. In fact scientists have found colonies of bacteria thriving 1,600 feet below sea level without oxygen or sunlight. Scientists also think there are signs of microbial life on Mars!

Have you ever heard of people becoming sick after eating undercooked hamburger? The bacteria that can invade your body if hamburger is tainted with bacteria and not cooked thoroughly is E. Coli. E. Coli is a bacteria that can cause people to become very sick and possibly even kill them. Another common bacteria associated with food poisoning is Salmonella. When this bacteria is eaten it causes nausea, vomiting, abdominal pain and diarrhea.Did you ever become sick with sore throat? Sore throat is caused by a common type of bacteria called Streptococcus. Strains of streptococcus that cause throat and skin infections lurk worldwide and spread by touch or through the air. Streptococcus is usually not fatal and can be treated with antibiotics. I went to a clinic yesterday, so now i have to take a lot of medicine including the antibiotics.

Remember that ALL Bacteria are not bad. Some bacteria are good for our bodies, they help keep things in balance. TQ to these tiny warrior because make me realize the important of healthy body!

February 11, 2009

Masih mood Perak

Saja nak share satu lagu yang menceritakan semua tarikan yang ada di Perak

Masa balik ke Kuala Kangsar masa cuti CNY, kami sempat jalan2 tepi sungai dan tengok pemandangan kat situ.. Moh la datang ke Kuala kangsar.. ;-)

Penat nyanyi lagu ni dulu..sebab panjang sangat. Semua daerah di Perak nak dimasukkan dalam lagu. Kalau nyanyi di kala suara teman macam sekarang ni, memang takde suara terus agaknya
Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri



Bukit Larut Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan
Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria
tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang
Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan

Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Indahnya tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maha Raja Lela
Gugur pertahankan bangsa
SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku Perak… Perak… oh negeriku

February 10, 2009

My favaourite Sultan di hina

Cuti hujung minggu yang panjang sempena Thaipusam menjadikan isu politik di Perak, isu yang penting untuk diperkatakan. Kebetulan setiap hari ada saja sedara mara dan handai taulan datang berkunjung. Kami, sebagai anak melayu dan anak jati Perak, isu nilah yang kami bincangkan..
Malam Sabtu lps kejadian di Kualan Kangsar aritu, macam tak lena tido rasanye bila kenang dan fikirkan apa yang berlaku. Mana mungkin seorang Sultan yang bijak pandai, punyai keturunan yang juga bijak pandai dan dihormati di mata dunia dihina begitu rupa?? Pasti tuanku sedih..mana tak nya tahun ini kami menyambut jubli Perak pemerintahannya tetapi kejadian seumpama ini yang menjadi hadiah buat tuanku..
Bagi mereka yang bersekolah di Perak pasti lagu ini pernah kita nyanyikan tapi bagaimana kejadian minggu lalu boleh berlaku? Mungkin hanya menyanyi dibibir tetapi tidak dihanyati maksudnya menjadi salah satu sebabnya..

Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Dita'ati rakyat kiri dan kanan
Iman yang saleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan

February 6, 2009

Tag Peti Sejuk

Apa la Josh ni..segan nak tunjuk peti sejuk saya yang comel dan antik
Tapi dah orang tag, kena la tunaikan kan? So dengan ringkasnya..ni la arahannya

1. Ambil gambar peti sejuk

Ni pandangan depan, ada 'fridge magnet', ada gambar kami

2. Explain apa yang ada di peti sejuk

Ada haiwan-haiwan ternakan, pet si Wawa..Tiap2 kali lalu depan peti sejuk ni dia sebut "fish" sebab tu je haiwan yang kat sini yang dia tau sebut :-)

Ada juga bunga-bungaan, ada sayur-sayuran, buah-buahan yang mengelilingi carta mood kami setiap hari. Bunga dari Bangkok, sayur dan buah dari Cameron Highlands

Ni fridge magnet dari tempat-tempat menarik di Malaysia.."Zoom Malaysia!"

Ni lak dari luar negara, antaranya dari Bali, Brunei, Cambridge, London, Paris
Yang cantik simpan dulu, maklum le peti sejuk saya kontot, kalau sampai bawah nanti abis la cik Wawa main. Kalau pecah, nangis la saya

3. Brand peti sejuk


4. Tag orang lain

Sapa la yang nak saya tag yer..sapa yang sudi. Mungkin mereka-mereka ni kot

1. K.Gie
2. Miss J
3. Moshee
4. Puan Tod (sbb blum jwb Josh)
5. Pn. Lala (Pn. ni pun sama)

Ok la yer...

January 30, 2009

Proton Malaysia Open 2009

Our Sunday was spend at Stadium Putra Bukit Jalil during the finals of Malaysia Open 2009. On that day, World No.1, Malaysia's shuttler, Datuk Lee Chong Wei announced as the winners. Lee remained true to the formbook as he wrapped up his fifth men's singles crown in the Proton Malaysia Open with a straight set win over Park Sung Hwan of South Korea 21-14, 21-13


"Datuk Lee Chong Wei still no. 1" said Wajihah..

This man is the leader on that day to support the players

Before the game start, she slept for a while, then join the croud to support the players. Beside Datuk Lee Chong we also watch the match for women's single and mix double

January 15, 2009

Picnic at a beautiful beach...;-)

Weekend after Aidiladha, my family spend our time with my sister and cousins for a picnic at Teluk Batik. Its more than 10 years i didn't come here. A lot of changes; the facilities, parking lot, chalet etc

The children was so happy including my girl..

First, they play on beach, built a sand castle, then near the water, after that..'berendam' le!


Teringat lak lagu zaman kecik2 dulu..lebih kurang macam ni liriknya..
"Berkelah di pantai yang indahBerkelah di pantai yg indah,Bermacam acara di gubah,Bermain dan berkawan-kawan,Bermandi dan bersuka,Ada yg melompat-lompat, ada yg cari tempat.... bla bla bla...."
Tak ingat laa...sapa ingat?? sambung yek
Penat daa..

Kasih sesama makhluk

Kini dunia gempar dengan pertempuran di Gaza
Ke mana hilangnya peri kemanusiaan, kasih sesama manusia, tolenrasi sesama makhluk tuhan
Ya Allah, musnahkan mereka yang melaksanakan kekejaman ini. Agar dunia terus aman dan dilimpahi rahmat Mu Ya Allah...

Buat anak ummi, jadilah dikau insan yang mulia, yang kasih kepada semua makhluk tuhan..
Buat masa ni nampak ok la..mungkin ini sebagai petanda permulaan. Moga sifat ini terpelihara dan berpanjangan..Amin..tengok saja aksi dia dengan si Mellow ni. .
Salam..saya Wajihah
Kemudian, tenung - menenung
Kenyit-mengenyit le pulak
Aik..jeling-menjeling
Kami serupa tak? hehe