Showing posts with label Gain5. Show all posts
Showing posts with label Gain5. Show all posts

Monday, January 18, 2010

I will stop at 45kg

Hahaha..last year kemain lagik nak gemuk kan.
Tahun ni...takmo dah.

Nak menten current weight cos dah kat borderline bmi yg ok iaitu 18.
Sebabnya mmg perit nak naik kan..jadik takmo stress.

Yang penting saya dah keluar dari zone underweight.

Kalau mimpi nak body macam segala artis tu mmg tak dapek nak nolong eh.

Tapi ada sedikit lagi harapan utk sekilo dua heheh...tanpa sebarang bantuan supplement apa2.
Hanya mengharap faktor penuaan yg akan merendahkan kadar metabolisme supaya pembakaran lemak2 akan menjadi sedikit perlahan dan tersimpan di lokasi yang sepatutnya.

PS:// saya ada seorang customer yg sangat cun-kalah-anak-dara, dan beliau mempunyai anak perempuan yg bersekolah menengah... x_x. Cun macam mana? ok la..susah nak imagine kan..takkan nak amik gambor dia pulak kan....ok..sila bayangkan cun macam errr....macam RCW...tapi 'saiz' kecik sikit...haaa boleh bayangkan tak???
Mulut saya adalah sangat gedik-tak-tau-malu nak bertanya umur dia.....tapi lupakanlah...nasib baik otak saya waras lagi..huhuhu.

Apa relevannya ngan citer berat badan saya?
Macam tersedar mustahil saya akan jadik macam dia bila darwish dah sekolah menengah disebabkan faktor2 genetik...maka saya ingin berhenti verangan dah berpijak di bumi nyata..
=P





Friday, July 3, 2009

Kebab hilang

Sungguh2 semalam pergi ke segala mak nenek kedai utk memenuhi pesanan putere puteri raja. Keluar opis kol 6.15 terus:
1) Gi kedai DIY bandar puteri - carik yoyo ngan bubble. Dapat bubble jek.
2) Gi kedai runcit kat wawasan pulak - beli sirap, beli crysantimum tea. Yoyo takde gak. Pehtu adalah pulak mat black beli liquor, prong, pang kat situ ngan ada yg dah high.Seram sejuk aku nak kuar kedai.
3)Gi Pasar Tani - beli nasik ayam, daging, belimbing gulai, kebab n laksa. Ni pesanan anak2 dan juga menu lewat mlm saya dlm usaha untuk gumuks. Makanan tambahan sebelum tido.
4) Speedmarket 99 pulak - tadi lupa beli roti..aisey.

Mlm tadi kol 10 Mina sound kata dia lapar. Hidangle laksa sambil I buat gain5 shake sambil carik kebab. Carik punye carik tak jumpa. Kempunan le aku... kongsi le makan laksa tu ngan Mina. Tah cicir kat mana le kebab aku tuh.

Monday, May 4, 2009

44.3kg!

.
.
Hampir tertifu... 44.3kg adalah berat saya sebelum tido.

Berat saya selepas bangun tido (mmg check my weight in the morning for more precise n accurate reading)masih 43.6kg...bilakah nak melangkau angka 44 nih?

Sudah memulakan kotak ke2 Gain5. Nampaknye badan saya mampu menghadamkan segala mak nenek nutrition dalam ni. Saya sedang mengadjust diet saya utk melawan tindakbalas metabolisme badan saya ini. Berkira2 utk memasukkan Enfamama di dalam diet...perlukah?
Tidak..saya tidak mengandung. Cuma enfamama adalah susu yg saya minum ketika mengandung dan terbukti berjaya menghasilkan bayi2 sihat yg mempunyai berat badan 3.26kg, 3.45kg dan 3.49kg.

Saya berkira2 sekiranya saya menambah enfamama di dalam diet mungkin akan membantu menambahkan berat badan saya kepada paras yg munasabah......iaitu lingkungan 46 - 48kg.

Nafsu makan saya masih teruk...kenapa tak bertambah?
Apakah yg sedap di makan setiap hari tanpa perlu memasak? Bukak peti ais jek leh ngap.
Kek saya kureng minat...coklat pun tak brape ..setakat sekeping jek mana mau naik..

Monday, April 20, 2009

Calibrate the Scale

.
.
Sambungan entry siang td. Setelah Sarah n Mina tido dapatlah ai menge-check timbang digital baru yg ai beli siang tadi.

Untuk mempastikan ketepatan alat timbang ini, maka perlulah ai calibrate dulu ye dan bandingkan dgn timbang analog yg lama tu.

Disebabkan ketiadaan standard piawai berat utk dijadikan alat menentukan ketepatan atau kejituan timbang, maka ai terpaksa berfikir kreatip sikit. Pengganti standard piawai adalah Darwish...ye my son.

Ai timbang dia guna timbang baru dan lama.
Hasilnye.....

18.7kg = digital scale result


18.Xkg = analog scale result

Mcm tepat kan? Ai letak X tu sbb mana tau kan..agak2 mmg for sure dekat ngan 19kg kan? Ke mata ai kero (tau kero?).

So ai timbang myself lak....

43.1kg


43kg..kan?Siap amik makro lagik..

So since ai tak tangkap gambar masa timbang sebelom start minum gain 5 so ai anggap I start at 43kg lah ye..senang kira (happy dah ni sebenornye..mcm dah naik few hundred gram jek..hihik)

Ai target habis satu kotak Gain5 ni ...berat ai dah jadik emmmm 44kg or 45 kg.

Lets Grow Up!

.
.
Ingat entry minggu lepas?
Orang len (termasuk le cekpen kite) sibuk nak kuruih kan.
Ai lak sibuk nak gumuks.

So bbrp bulan lepas ada tercome-across ngan satu forum dok citer pasal produk utk gumuks ni. Tp masa tu mcm baru sgt n takde testimonial yg gempak2 le.

Last week bukak forum tgk ada sorang ni kira dah berjaya jugaklah utk menambah berat badan yg kuruih tegar tu. Ada gambar ok...itu eviden paling penting.

Ai pun apa lagi teruja le nak menerai kan...sapa takmo gumuks kan? (ai tau tak ramai).

So i pun sms-ing le kat dia le...utk tanya2 rega. Since dlm wallet ada luit..ai pun terus oder le. Ptg tu jugak barang sampai...efisien sungguh.

Mlm ai terus belasah...org kata pakai air sejuk...ai pakai air kosong.
Err..sbb i tot air sejuk=air kosong.

Rasa sgt tak sedap ....uweks!

Pehtu try air suam .... still uweks!

Pehtu try air panas... emm ok gak...tp rupanya tokleh pakai air panas..nnt itu gumuks punye ingredient akan damage ...no function gitu.

Master Sifu kata no-no....sabar..minum guna air sejukkk!

Ok..ok...kali ke-4 ai pakai air sejuk fr fridge tu..emm...ok gak..not so bad.
Takpun idung ai dah get use to it...(idung pasal itu bau masa minum - rasa ai ok jek lagi).

So in total dah masuk 6 hari ai minum ini.

Gain5...

Utk memudahkan dan menaikkan semangat ai ... ari ni beli digital weighing scale.
Pakai analog manalah nak nampak kalu naik 100g ..hihik.

Anyway..scale ni mcm setting out sikit. Macam lah.
Masa sblm minum Gain5, ai timbang guna timbang lama kat umah tu ..my weight is 42kg ++ (++ ni tak tau le baper yek sbb timbang analog).

Pehtu ari ni test timbang digital ni my weight 43.6kg...biar betik? Ada 6 ketul timbang digital..2 ketul bg result my weight at 43.6 n 43.5kg. Yg lagi 4 ketul ..result 44++kg. emm tak logik kan?

Hmmmm..mustahil kan?

Pehtu I bukak (yg kotak dah rosak, k) semua analog nye scale yg ada kat rak Giant tu (giant mana takleh bgtau hihik...nnt kena tangkap). Then timbang....ada satu jek yg result shows 42.XX kg...yg lain between 43 n 44 kg....biar betik? Yg mana satu betul yek? Takpe balik karang ai timbang lg skali pakai timbang kat umah..see got different or not.

Takpelah...I takmo pikir byk..I beli jek digital weighing scale yg bg result 43.6kg tu.
I anggap ralat 1 kg le.
So bila timbang nnt tolak 1 kg..that will be my actual weight.

Cekpen tokleh pakai ok ini weighing scale...nnt takde semangat lak nak kuruih sbb bila timbang naik balik..hihik.


beli kat Giant RM69.90 sajok...exactly sama cam dlm gambor tu...glass giteww ..mcm kat hotel lak.

Ok..semangat utk gumuks! Mari..mari mariiiii!

Wednesday, April 15, 2009

Adakah transformasi boleh berlaku?

.
.
Bukan AF ye...tetapi saya.
Sedang bersemangat utk membeli satu produk makanan kesihatan atau makanan tambahan utk menaikkan berat badan.
Testimoni mengatakan pertambahan boleh berlaku sepantas 3 minggu.

1. Adakah transformasi ini juga boleh berlaku ke atas diri saya?
2. Adakah saya akan memecahkan rekod gemuk yg sebelum ini tercatat sebanyak 52kg (itupon time pegnan..dehhh).? Ini tak leh kira lahhhh.
3. Adakah saya akan memecahkan rekod paling berat setakat ini 44kg (Protein90)?
4. Adakah saya akan ..tidak kurus lagi?
5. Adakah saya akan mula membeli pakaian saiz M dengan konsisten (bukan kerana S sgt pendek/jinjang etc)?
6. Adakah saya akan dapat membeli seluar saiz S yang tak perlu di alter? (ya tuan2 dan puan2, seluar saiz S pun longgar)...
7. Adakah saya akan boleh memenuhi jeans levi's saya yg sangat rompong bila dipakai...?
8. Adakah yg lain akan disambung setelah saya benar2 mencuba ye.....


Apakah produk itu..?Tungguuuuuuuu.............