Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Pemulihan kaki merekah

Kebelakangan ini, kaki ku dah start merekah-rekah semula.
Bukan pertama kali, dah beberapa kali sebenarnya. Bila dah berumurselalu berdiri , bergerak dalam rumah tak pakai selipar memang senang nak jadi.
Tapi merekah takdelah seteruk macam gambar hiasan atas ni.Sikit2 je tapi nampak le jugak dan rasa kasar2. Bila berjalan kat lantai tak beralas rasa ngilu je.

Teringin gak nak pergi belai kaki kat spa macam gambar atas ni tapi bila masa pulak nak pergi kan. Dgn sarah tak sihat...nak tinggalkan kat siapa? Forget it lah.

So macam biasa buat sesi pemulihan kat rumah. Masih setia dengan produk kat atas ni "foot smooth shower scrub". Dah 2 tahun pakai, belum habis lagi. Pakai bila kaki merekah je, so bila dah ok, tak pakai lah, tu yg boleh bertahan lama. Masa mandi , aku scrub kaki aku tu pakai scholl ni, biar lama sikit.
Agak-agak dah lama sikit aku perap kaki dgn scrub scholl tu, aku tenyeh dengan stone exfoliater ni. Aku akan buat dalam 3, 4 hari je, lepas tu konfem rekahan tu dah hilang.

Tadi aku perasan buku lali aku sebelah kanan lagi hitam dari yg belah kiri. So aku gosok dengan stone exfoliater tu. Kat kulit yg hitam tu ,macam kulit mati tg tebal sangat, tak rasa apa2 pun aku dok tenyeh dgn batu tu.
Lepas mandi aku baru rasa pedih yg amat sangat. Rupanya terlebih tenyeh kat area yg tak hitam..melecet laaaa...adehhh
Lepas ni bila duduk nak elakkan dari tindih kaki kanan. Aku rasa sebab tu kulit bukulali tu mati dan menebal...kematu sbb terindih hari-hari. Aku ni suka duduk lipat kaki. Bad habit!



Friday, November 6, 2009

Tazkirah Jumaat

Pagi2 bukak blog nampak title tu kat blog cutemiut78 .
Simple je nasihat tu but I think bukan senang jugak nak jadi suami luar biasa. Apa2 pun mencuba lebih baik dari tak buat apa2.

Errr....berani ke korang nak cakap kat laki masing2?
Me? ....*cough*


\\





Thursday, November 5, 2009

AsPirin and CoLa


ASPIRIN
+
COLA



Caffeine dalam cola tu akan membantu ubat itu berkesan lebih cepat. Ia juga mungkin dapat bertindak menghilangkan sakit kepala terus dgn cara merelaxkan saluran darah yg tegang di kepala anda!

Percaya kah? Terpulang ye...Tips taken from this book

Apa ubat yg ada aspirin or paracetamol? Hehe I tanya uncle Gogel neh....banyak brand la ubat2 g ada kandungan aspirin nih..tp better amik doc prescribe ye....karang ngan tuan punya kepala 'hilang forever' tak dapek den nak nolong eh.
Yang kita selalu beli kat kedai....ubat segala penyakit...ko demam ke, sakit perut ke, pening ke, selsema ke tah apa2 sakit kronik lagi tah...ni yg cap P.a.n.a.d.o.l lah pun ada kandungan aspirin.
Yg lain2 boleh gi baca list kat medic8.com ni..banyak gilak...






Tuesday, November 3, 2009

I have time for this

Sekarang agak2 takde apa nak buat ngan komputer ni I baca buku.
Ni baru sampai semalam. Tadi baca pasal Appetite Loss. I need to eat plenty of fresh fruits and vegetables for Vit C. Then lean meats, seafood, nuts, seeds, and whole grain for zinc and B vitamins.
So I punye weekly menu:

1) Fruits - need to increase intakes. Skrg makan sikit pisang, epal and jambu batu je.

2) Vegetables - mmg I sorang makan vege. Kadang2 darwish n cekpen makan gak. Just menten jek current intake.

3) Lean meat, seafood - mmg weekly menu complete.

4) Nut, seeds, whole grain - errr jarang2..tak minat.

Byk lg info dlm ni. Sambil2 baca tu bila beli barang dapur bolehlah adjust accordingly.



Buku ni tak baca pun lagi. Cekpen kata ok gak citer2 dlm ni. Sbb cuma cerita aka novel kan....baca kemudian2 le.
Yg ni dah half way. Byk yg dah di praktiskan. Walaupun dah lebih setahun buku ni tapi sebelum ni takde masa nak baca....simple je instruction dlm ni but workable sgt2. Recommended to everyone.


Yg ni nipis jek. Dah habis pun. Ni sapa2 yg pernah dengar kisah2 bisnes MLM or insuran mesti tau sikit sebanyak isi dia. Very good content . Its up to us how to apply in our life lah.
Not necessary for us to do MLM...apa2 pun boleh as long as bisnes tu akan give u the security bila u dah tak mampu bekerja. Contohnya mcm Microsoft, google, yahoo etc...kalau sesiapa ada idea yg bagus boleh je start to build your own pipeline. Dalam bahasa yg fancy skrg ni orang panggil "Franchise". McD, Big Apple, Krispy Creme...ayam penyet...mcm2 lagi.
Tapi lebih bagus kalau u yg startlah. Kot2 u ada idea camno nak buat goreng pisang aka banana fritters mcm 9001 hotdog kinda thing kan..
U work ur ass out, built a profitproof system..next things..bolehlah u franchisekan biz tu....not necessary food chain restaurant...Speedmart 99, Giant semua tu franchise. Same concept 'pipeline' ni. Cuma yg itu modal mmg besar lah..harap maklum. Keje kena kuat lah ye..mana ada goyang kaki beb...
Ok lahh...nak sambung baca buku food tu....nak tau camno nak gumuk!





Wednesday, October 28, 2009

CatchEYE - New Ads + Charity


Eh ada advertising cum charity nye portfolio lah.
Dah 7000++ member.

Lebih kurang je function dengan nuffnang cuma part charity tu je yg lain.
Nak tau lagi gi kat Catcheye.com.my


Bagus ke? Tak tau la makcik ye...makcik ni baru jek baper minit ni hah menerai.

Tapi kalau bab2 charity ni mmg i sokong jek. Sambil2 orang kata kan.

To some people baper sen sgt...kalau nak donate bior banyak.
Eh betul ke? sikit2 pun takpe kan ...lama2 byk jugak.

Daaa...selamat mencubaaa!




Tuesday, October 27, 2009

Aaahh....................zen-ning

Untuk kepantasan me-loading, I dah zass kan template lama.
Back to basic laaaaa.....lebih zen gitu.



Friday, October 23, 2009

Kegigihan

Gigiiihhhhh..gigih sungguh.
Mana tak gigih, baru pakai 2 kali dah rabak.

Rabak kat semua tempat lak tu.

Ni kat bawah baju ngan ujung tangan.


Tepi baju kiri kanan dengan joining antara tangan baju ngan bahu pun sama je tetas..cuma tak seteruk gambar ni lah. Tp regaaaaanng gila.
Kot rega $39.90 redho jek lah wat kain ,kemban basahan...


Sbb apa jadik gini? Sbb tadak lining so material ni by itself mmg fragile n senang terterik. Di tambah pulak ngan adanya anak yg melekat dan menarik baju ko mcm le ko pakai baju besi...hancus!


Sbb sayang baru pakai 2 kali kan, so ngan rajin aku pi beli lining.

Aku cerai-ceraikan balik baju ni....jadi 4 pieces. 2 tangan + 1 badan depan + 1 badan belakang. Yg belakang kat zip pun tetas gak tp sbb aku tak reti nak jahit zip..aku pejam mata jeklah.

Sebelum bercerai...

Kena tracing kat kertas dulu sbb senang herot berot

Lepas tu baru tracing balik atas lining.



Lepas tu aku kena jelujur utk cantumkan lining dgn bahagian2 baju yg dah dicerai-ceraikan tadi sebelum anto gi jahit tepi balik.

Kena gunting dan buang jugak yg dah menetas tetas tadi tu.

Dah jahit tepi bulehlah aku cantumkan balik sambil wat magic kat area zip belakang ..takdan aku nak amik gambor tu.

Lepas cantum tu aku tgk tangan baju ngan lobang kat badan baju (joining) tak sama ...keh keh keh...masaaakkk!

Sudahnye area yg berlebih tu aku ropolkan jadik cam gambor atas ni....heheh dah jadik pesen lain sikit.


Belasah lah janji ada rupa baju kan...bukan orang belek pun.

Bila dah siap...baju pun jadik keciiikkkkk..sbb aku dah buang kiri kanan yg rosak tetas tu kan...
Sib baik muat lagi....
Gigih tak? Baper kerat jek yg sanggup nak merepair kan...apatah lg repair sendiri...
Aku takde choice ok...dok umah tak bergaji skang kena lah pandai2 bawak diri.
Aku tak penah pun belajo jahit...semua ni aku ikut common sense jek.
*kagum kat diri sendiri ngeeee ^_________^*



Tuesday, October 20, 2009

Brisk Walking

Salam...n gud morning (wahhh mcm nak bg speech)...

Amacam pagi ni? Ada liat2 nak gi kerja ke? Jangan malas2 liat2 ye....sila kerja dgn tabah...everyday is a new day, new challenge orang kata. Appreciate today because Master Oogway kata "Today is a present"...haaaa get it?



For me, since last week I've been doing brisk walking dengan Sarah.


Dia suka bangun tgh malam aje n tak nak tido balik so selalunya I suh maid layan malam2 tu. So bila dah pukul 7 pg I bawak dia round2 taman perumahan ni dgn stroller.





Dah alang2 menolak dia, I pun exercise le terus. Kawasan ni pulak berbukit (tempat duduk dewa dewi, kata x-bos cekpen) memang berjaya keluarkan sikiiiiitttt peluh. I cakap sikit sbb I ni mmg jenis tak berapa berpeluh. Lama weh I round, half an hour jugakle. Kalau drive dah leh sampai KL (ikut MEXX lah). Kalau ikut LDP still stuck kat Tol Sunway le ye harap maklum.






Pagi ni rajin pulak nak google benefit of brisk walking ni and how to do it right.

This articles taken from here:





The Numerous Benefits of Walking
If a daily fitness walk could be put in a pill, it would be one of the most popular prescriptions in the world. It has so many health benefits. Walking can reduce the risk of many diseases — from heart attack and stroke to hip fracture and glaucoma. These may sound like claims on a bottle of snake oil, but they're backed by major research. Walking requires no prescription, the risk of side effects is very low, and the benefits are numerous:



Managing your weight. Combined with healthy eating, physical activity is key to any plan for long-lasting weight control. Keeping your weight within healthy limits can lower your risks of type 2 diabetes, heart disease, stroke, cancer, sleep apnea, and osteoarthritis.



Controlling your blood pressure. Physical activity strengthens the heart so it can pump more blood with less effort and with less pressure on the arteries. Staying fit is just as effective as some medications in keeping down blood pressure levels.



Decreasing your risk of heart attack. Exercise such as brisk walking for three hours a week — or just half an hour a day — is associated with a 30% to 40% lower risk of heart disease in women. (Based on the 20-year Nurses' Health Study of 72,000 female nurses.)



Boosting "good" cholesterol – the level of high-density lipoproteins (HDL). Physical activity helps reduce low-density lipoproteins (LDL or "bad" cholesterol) in the blood, which can cause plaque buildup along the artery walls — a major cause of heart attacks.



Lowering your risk of stroke. Regular, moderate exercise equivalent to brisk walking for an hour a day, five days a week, can cut the risk of stroke in half, according to a Harvard study of more than 11,000 men.



Reducing your risk of breast cancer and type 2 diabetes. The Nurses' Health Study also links regular activity to risk reductions for both these diseases. In another study, people at high risk of diabetes cut their risk in half by combining consistent exercise like walking with lower fat intake and a 5% to 7% weight loss.



Avoiding your need for gallstone surgery. Regular walking or other physical activity lowers the risk of needing gallstone surgery by 20% to 31%, found a Harvard study of more than 60,000 women ages 40 to 65.



Protecting against hip fracture. Consistent activity diminishes the risk of hip fracture, concludes a study of more than 30,000 men and women ages 20 to 93.



The list goes on and on. Many other studies indicate a daily brisk walk also can help:




  • Prevent depression, colon cancer, constipation, osteoporosis, and impotence

  • Lengthen lifespan

  • Lower stress levels

  • Relieve arthritis and back pain

  • Strengthen muscles, bones, and joints

  • Improve sleep

  • Elevate overall mood and sense of well-being.


Keep it Steady



A steady routine is the most important factor in getting the most out of your exercise program. Walking for at least 30 minutes a day, 5 or more days a week is recommended.



Use these tips to keep you on track:




  • During your walks, you should be able to maintain a conversation. If you're breathing too lightly, increase your pace. If you can't catch your breath, slow it down.

  • Walk around the local area after lunch or dedicate 15 minutes to walking up and down stairs. Climbing is an excellent way to strengthen your heart.

  • At night, trade a half hour of TV for a brisk stroll around the block. Take a friend with you for company or get the whole family involved.


The Best Medicine
Any amount of walking is good, but for the best health results, set a brisk pace and walk for 30 minutes at least 5 times a week. Be sure to check with your doctor on the level of exercise that's best for you.







Monday, September 28, 2009

Thursday, August 6, 2009

Entry of Appreciation to Ms Lola

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ms Lola.

Atas tunjuk ajar beliau, saya berjaya membuat 3 column layout.

Saya juga dengan gigih menukar kod2 HTML (yg sebelum ini mcm tak boleh nak paham langsung), utk membetulkan title2 yg tidak kelihatan, berlainan warna dan tiada keseragaman kepada keadaan yg lebih selesa di mata saya.

Sekali lagi setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan.

^_______________^

Tuesday, August 4, 2009

Bersama blogspot

Selamat tinggal JS-kit...saya berbalik kepada asal usul.
pakai komen blogspot udah le...canggih2 sgt sampai tak reti guna ....

Tuesday, June 9, 2009

Nak tips nak?

.
.
50 Tips rangsang anak bijak…pulak..

Kot le ada yg leh dpt ilmu…bior le den kongsi email ni kt blog..
I notice that some of the tips was used during darwish speech therapy session…

Here goes ##
Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermenfaat!

Pheww…habis dah baca? Ke uols skip2??