Posts

Showing posts with the label Farha

Farha 1 tahun

Image
Alhamdulillah, pada 16 April 2022 Farha telah genap setahun usianya. Cepatnya Farha membesar. Rasa bagaikan baru sahaja melahirkan Farha, dah setahun berlalu. Selamat ulangtahun kelahiran Nur Farha Imani. Mama doakan agar Farha sihat walafiat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Amin. Perkembangan Farha di usianya setahun : - Berat 9.44 kg cantik ikut graf tumbesaran KKM. - Dah pandai berdiri sebelah tangan. - Merangkak satu rumah. Kalau turun dari tilam, turun kepala dulu, bukannya kaki. - Suka main suis, buka pintu kabinet dapur, main wayar depan tv, main remote control, panjat kaki kerusi, berdiri tepi sofa, main tudung saji, main bakul isi ubat. - Suka dan berselera bila makan. Semua nak dirasanya.  - Gigi dah banyak. Belah atas dah tumbuh dalam 4 batang dan bawah 4 batang. Ada yang dah tumbuh penuh, ada yang masih bayang-bayang di gusi. - Pandai tepuk tangan bila ada orang nyanyikan lagu tepuk amai-amai. - Rutin pagi- mandi, minum susu dan siap ke Taska pukul 7 pagi. Balik ...

Farha 10 & 11 bulan

Image
Alhamdulillah, syukur atas nikmat kurniaan Allah Farha telah genap berusia 11 bulan. Farha membesar dengan sihat, cergas, cerdik, aktif dan manja. Sepenuh perhatian dan kasih sayang dicurahkan oleh baba, mama dan akak-akak untuk Farha. Anak bongsu penyeri keluarga kecil kami.  Perkembangan Farha di usianya 10 dan 11 bulan  : - Dah laju merangkak satu rumah. - Berdiri sendiri sambil pegang tepi sofa atau kerusi. - Pandai lambai bila cakap bye..bye.. - Pandai tepuk tangan bila gembira. - Pandai memanjat tangga di rumah Semenyih. - Suka main air bila mandi. - Geli bila bagi dia main patung/bear mainan (soft toy). - Berselera bila makan. Akan bising bila tak bagi dia apa yang kita makan. - Dah tumbuh banyak gigi. Gigi gusi atas 2 batang dah keluar separuh. Lagi 2 batang dah nampak bayang-bayang. Gigi belah bawah 2 batang. - Pandai main sendiri dan memberikan respon bila berkomunikasi dengan Farha. - Akan menangis bila diambil oleh orang yang tidak dikenali. - Masih menyusu badan d...

Farha 9 bulan

Image
Kali pertama keluar shopping. Alhamdulillah. Farha telah berusia genap 9 bulan. Bulan ini ada berapa kali Farha kurang sihat, demam, selesema, batuk dan sakit gusi nak tumbuh gigi.  Tumbuh juga bintik-bintik kecil di kaki, lutut dan siku Farha. Bawa ke Klinik dan doktor cakap demam biasa sahaja. Walaupun tak sihat, selera makan dan minum susu tidak terjejas.  Perkembangan Farha 9 bulan : - Tumbuh gigi bawah 2 batang dan gigi atas sebatang. - Dah boleh merangkak satu rumah. - Suka berdiri tepi sofa. - Boleh duduk dan main dalam walker. - Suka main wayar bawak rak tv. - Tak boleh tengok orang lain makan, mesti merengek nak juga. - Pukul 8 malam nak Kakak Fina layan dia. - Tidur awal waktu malam. Pukul 9 malam dah tidurkan Farha. - Faham rutin jadual harian masa saya bekerja. Pukul 7.15 pagi hantar ke Taska.  Petang sebelum pukul 6 petang Farha dah balik dari Taska.  Ada akak angkat yang suka jaga Farha di Taska - Kak Nelly. - Suka waktu mandi, tak pernah menangis bila ...

Resepi makanan Farha (6-9 bulan)

Image
Farha diperkenalkan makanan pejal pada usianya 6 bulan.  Farha mudah menyesuaikan diri dengan menu baru dan tidak memilih makanan. Senang sangat ajar dia makan. Cuma ada pengalaman saya beri Farha bubur nasi campur dengan serbuk ikan bilis, Farha jadi muntah-muntah. Selepas itu saya tidak berani letakkan ikan bilis dalam makanan Farha.  Setiap pagi saya akan menyediakan bekalan Farha di Taska. Selalunya 2 menu iaitu buah dan bubur. Untuk menjimatkan masa, saya sediakan dahulu stok buah dan sayur dijadikan puri simpan dalam peti sejuk beku.  Stok beras juga saya bekukan dalam bentuk kiub dan cara ini menjadikan bubur cepat kembang bila dimasak.  Tempoh penyediaan 15 minit sahaja bubur dah siap. Berikut cara saya buat stok makanan pejal Farha, banyak saya rujuk dalam group RESEPI MAKANAN BAYI di FB. i) Beras sejukbeku Saya guna beras Sumo. Basuh beras hingga bersih dan masukkan 3/4 dalam bekas kiub dan selebihnya masukkan air. Simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak mas...

Farha 8 bulan

Image
Kali pertama tengok laut. Kali pertama perjalanan jauh balik kampung baba Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan kehadiran Farha kepada keluarga kami. Penghibur dan penduga hati kami sekeluarga. Setiap pagi meninggalkan Farha di taska untuk  bekerja memerlukan hati yang kental. Hanya ibu yang melalui pengalaman ini sahaja yang mengetahui perasaan tersebut. Tiada apa yang saya minta, moga Allah melindungi semua anak-anak saya ketika mereka tiada di depan mata saya. Amin. Kongsi perkembangan Farha di usianya memasuki 8 bulan. - Masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Sekarang bekalan susu ke taska sebanyak 4 botol sehari. Bekalan bubur dan buah saya akan sediakan setiap hari. - Waktu saya cuti dan habis waktu bekerja, Farha akan menyusu terus. Tak guna botol susu. - Makan 3 kali sehari, pagi, tengahari dan petang. - Sembelit bila makan bubur nasi. Saya selang seli dengan puri labu/keledek/jagung. Puri buah pula saya campur dengan oat. Farha tak suka minum air kosong. Itu yang ...

Pengalaman mengandung

Image
Pengalaman mengandungkan Farha puteri keempat: Tak minat pakai barang kemas. Rantai, gelang dan cincin tak suka pakai masa mengandung. Hati mudah sensitif, bila tak dapat sesuatu akan menangis. Dah menangis baru lega, lepas tu ok dah. Suka bersenam dan zumba yang ringan. Buat senaman penafasan semasa dalam kereta ke pejabat dan sebelum tidur malam. Setiap malam Fina, Fiqah dan Fittriah akan cakap dengan Farha sebelum saya tidur. Farha pun akan bergerak-gerak dalam perut, pusing, tendang-tendang. Macam faham akak-akak dia berbual dengan dia. Sapu minyak angin setiap malam untuk elakkan sakit kaki/simpul biawak. Saya amalkan minum kurma kisar dengan susu beberapa minggu sebelum tempoh kelahiran. Petua untuk mudah bersalin. Suka makan sagu gula melaka. Makan banyak kali pun tak apa. Minggu ke 33 kena tahan wad Hospital Kajang. Bacaan graf jantung tak normal. MC dekat 2 minggu dan kena rujuk ke Pakar Kardiologi Hospital Serdang. Alhamdulilllah, lepas periksa jantung kat Hospital Serdang, t...

Farha 7 bulan

Image
  Alhamdulillah, bulan ini Farha telah genap berusia 7 bulan. Kongsi perkembangan Farha untuk tatapan memori di masa hadapan. 💟 Farha dah boleh duduk dengan bantuan.  💟 Meniarap bergerak kebelakang. 💟 Menangis bila ditinggalkan seorang. Nampak mama bangun, merengek nak ikut. 💟 Manja dan suka didukung. 💟 Terkulat-kulat tengok orang makan. Suka masuk benda atau mainan dalam mulut. 💟 Suka makan puri buah. 💟 Suka tidur celah ketiak mama. 💟 Makan 3 kali sehari, pagi tengahari dan petang. Minum susu ibu mengikut permintaan.  💟 Bekalan susu di taska sebanyak 6 botol EBM, 1 bekas kecil bubur nasi dan puri buah. Resepi yang mama dah cuba sejak Farha mula makan - bubur carot, bubur labu, oat campur buah naga , puri mangga, puri epal, puri pir, puri keledek, bubur sup ayam campur kentang. 💟 Bubur campur dengan ikan bilis, Farha akan muntah bila makan. Mungkin alahan kepada ikan bilis. Jadi mama tak berani nak bagi Farha serbuk ikan bilis lagi.  💟 Tak suka minum air k...

Farha 6 bulan

Image
Masa berlalu begitu pantas. Tanpa disedari anak-anak makin membesar dan bertambah usia kita menghampiri kematian. Semoga saya sentiasa istiqamah dalam membuat kebaikan dan beroleh pengakhiran yang baik. Amin.  Bulan Oktober 2021 Farha telah berusia 6 bulan. Saya tidak sempat berkongsi pengalaman Farha sewaktu berusia 1-5 bulan, diam tak diam dah masuk 6 bulan sudah usianya. Simpan dahulu memori dan perkembangan Farha di usianya sekarang supaya tidak lupa. Berat sekarang 7.77 kg. Boleh meniarap sambil berguling. Pandai dan suka makan. Terkulat-kulat tengok orang makan.  Bekalan susu di taska masih kekal 6 botol sehari, tidak berubah walaupun Farha dah mula makan. Selalunya akan habis 5 botol.  Saya juga bekalkan 2 bekas bubur campur sayur karot/labu, 1 bekas kecil puri buah pir/epal/mangga dan bijiran bayi. Suka gelak bila diagah. Suka bila Kakak Fittriah nyanyikan lagu:   Farha Si Comel..la..la..la...kakak sayang-sayang dia...#Farha comel. Rapat dengan Kakak Fina. Fa...

Penyusuan Susu Ibu

Image
Minggu ini genap usia Farha 6 bulan. Farha akan memulakan makanan pejal selain daripada bergantung dengan susu ibu. Perjalanan penyusuan kali ini berlangsung dengan baik. Stok susu beku saya simpan mulai Farha berusia 2 bulan dan Farha diajar minum susu menggunakan botol. Alhamdulillah, Farha pandai minum dan tidak memilih puting susu. Saya gunakan botol pigeon dan puting saiz s. Ini sebagai langkah persediaan sebelum saya mula bekerja dan Farha akan tinggal di Taska. Farha dilatih menggunakan botol susu pada usianya 1 bulan setengah Jadual latihan ini saya gunakan sebagai panduan saya pada awal minggu saya melatih Farha gunakan botol susu. Ia amat membantu.  Stok susu beku saya mula simpan pada usia Farha sebulan setengah. Saya gunakan peti sejukbeku agar susu tahan selama 6 bulan. Stok susu beku bermula daripada bulan Mei, Jun dan Julai. Seterusnya setelah saya mula bekerja, saya akan simpan stok susu beku sekiranya ada lebihan. Sepanjang tempoh naik bekerja, jadual kerja sa...

Pengalaman berpantang

Image
Bersalin anak keempat saya mohon kemudahan cuti bersalin selama 3 bulan (90 hari).  Pengalaman berpantang kali ini saya dijaga oleh abang selama 2 minggu. Kebetulan saya bersalin semasa bulan Ramadhan, jadi abanglah yang menguruskan waktu sahur dan berbuka untuk anak-anak. Saya mengurut satu badan pada hari ketiga berpantang. Badan makin pulih dan rasa segar pada seminggu selepas melahirkan.  Kali ini saya tidak bercadang untuk mengambil apa-apa set berpantang. Hanya amalkan makanan berkhasiat, makan buah setiap hari dan pengambilan air kosong yang cukup. Saya juga makan ubat yang dibekalkan oleh Hospital Az Zahrah semasa keluar hospital. Selainnya, saya amalkan mandi air rebusan daun dan diselang seli dengan mandian selepas bersalin keluaran TYT. Bertungku dan berbengkung hingga habis tempoh pantang. Aktiviti harian lain saya lakukan secara berperingkat mengikut kemampuan fizikal saya. Saya juga meminta bantuan daripada Fina dan Fiqah yang banyak membantu meringankan kerja-ke...

Awal bulan pertama

Image
  Farha usia 7 hari Farha mudah untuk diuruskan waktu awal minggu kelahirannya. Malam Farha akan bangun menyusu  kemudian tidur nyenyak hingga ke pagi. Ada satu malam, Farha tidur lewat pada jam 1 pagi. Yang selainnya, Farha jarang berjaga dan meragam. Hari keempat, tali pusatnya tanggal. Paling cepat antara keempat-empat adik beradiknya yang lain.  Hari kelima, Jururawat Klinik Kesihatan datang untuk memeriksa kesihatan kami. Farha diminta buat ujian darah di Klinik Kesihatan kerana terdapat tanda awal sakit kuning. Bacaan ujian pertama ialah 15.2. Agak tinggi dan esoknya Doktor minta hadir semula untuk ulang ujian. Bacaan ujian darah seterusnya, naik ke 15.7 dan Doktor minta rujuk ke Hospital Kajang untuk tahan wad. Saya dan abang mengambil keputusan untuk buat ujian sebelah petangnya di Hospital Az-Zahrah dan jika tinggi kami ingin dapatkan rawatan dari sana. Kami tak sampai hati untuk letakkan Farha di wad Hospital Kajang memandangkan musim pendemik Covid-19, agak suk...

16 April 2021 (Jumaat) Part II

Sambungan kedua: 16 April 2021 (Jumaat) Perjalanan dari Kajang ke Bangi petang itu agak sibuk. Kereta banyak memandangkan waktu pulang dari kerja dan mengejar waktu berbuka puasa. Sakit perut tidak kerap. Pukul 6 petang saya dan abang sampai di Hospital Islam Az Zarah, Bandar Baru Bangi. Setelah mendaftar, saya ke tingkat tiga untuk pemeriksaan awal saringan CTG dan bukaan jalan.  Lebih kurang 10 minit pemeriksaan, bukaan jalan telah mencapai 5 cm. Jururawat memaklumkan saya dijangka bersalin hari ini dan boleh masuk ke Dewan Bersalin. Usai tukar pakaian, saya dibawa naik menaiki kerusi roda dan ditolak ke Dewan Bersalin di tingkat 1. Saya diminta untuk ke tandas dan mengambil wuduk untuk persediaan solat Maghrib. Pukul 7 malam saya berada di Dewan Bersalin ditemani oleh abang. Jururawat memantau keadaan saya. Dalam bilik dipasangkan ayat al-Quran. Saya hanya menjamah beberapa biji kurma dan air kosong untuk tenaga semasa bersalin nanti. Azan Maghrib berkumandang jam 7.20 malam. Ab...

16 April 2021 (Jumaat)

Alhamdulillah, tanggal 16 April 2021 hari Jumaat, jam 10.43 malam saya telah selamat melahirkan puteri keempat di usia kandungan saya 37 minggu 5 hari. Jarak antara anak ketiga dan keempat adalah 7 tahun. Agak lama berehat tetapi saya yakin Allah sebaik-baik pemberi rezeki pada masa yang telah Dia tentukan. Mengimbas semula hari kelahiran Farha pada 16 April 2021(Jumaat). Pagi itu saya kerja di pejabat seperti biasa. Rasa memulas perut sedikit dan beberapa kali ke tandas. Rehat yang panjang di hari Jumaat saya tidur dan berehat sahaja di pejabat. Balik kerja hujan renyai. Sampai di selekoh sebelum Hospital Serdang, kereta saya berpusing melanggar pembahagi jalan. Tayar terasa tidak jejak ke jalan raya. Mujur ada pemandu lori yang berada di belakang kereta saya membantu mengalihkan kereta. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya dan bayi dalam kandungan ketika itu berada dalam keadaan selamat. Enjin kereta boleh dihidupkan semula, cuma bahagian belakang kereta sahaja yang kemek s...