Posts

Showing posts with the label MBFPC

MBFPC :(

Image
Mood sedih dari minggu lepas sehingga ke hari ini. Kalau mengikut perancangan, saya nak jadi salah seorang peserta di program latihan MBFPC yang diadakan di Melaka . Memang saya berhajat sangat nak pergi. Semua borang dan yuran permohonan telah saya hantar awal-awal. Tapi tak da rezeki, atas sebab-sebab tertentu saya tidak berpeluang menyertainya. Menurut pihak MBFPC, program kali ini adalah kali terakhir untuk Semenanjung Malaysia tahun 2010. Program latihan seterusnya akan diadakan di Sabah. Untuk tahun depan, pihak penganjur tidak pasti lagi samaada program latihan ini akan diteruskan atau tidak. Saya :( redha je lah..Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang kita hajati tapi tak dapat ditunaikan.

Jemputan MBFPC

Saya telah menerima jemputan ke Program Latihan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC) Kawasan Selatan bertempat di Kak Long Chalet Resort, Melaka pada awal Julai 2010.Hari ini saya melengkapkan dan menghantar borang-borang permohonan dan sedikit soal selidik yang telah diberikan melalui email. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Latihan MBFPC ini masih belum telewat untuk berbuat demikian. Sila dapatkan maklumat lanjut di blog YATIE yang merupakan salah seorang admin team. Saya amat berminat dengan penyusuan susu ibu sejak saya BF Fina. Dengan menyertai program latihan MBFPC ini, saya ingin menambahkan pengetahuan dan ilmu saya dengan lebih mendalam tentang penyusuan susu ibu daripada mereka yang terlatih dan profesional. Mungkin dengan cara ini saya dapat membantu rakan-rakan saya yang berminat untuk meneruskan penyusuan susu ibu sama ada bekerja ataupun tidak. Fina pula, akan dijaga sepenuhnya oleh babanya sementara saya menjadi peserta (pagi hingga petang). ...

MBFPC

Image
Pertemuan saya dengan MBFPC membuatkan saya jatuh hati untuk turut serta dan menyertai bengkel yang dianjurkan. Saya telah terlepas peluang untuk menyertai MBFPC di Klang (Kawasan Tengah) tempoh hari, namun saya telah menghantar permohonan untuk menyertai MBFPC di Kawasan Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) pada 2-4 Julai 2010 yang berkemungkinan besar akan diadakan di Melaka. Harap-harap saya berjaya dipilih sebagai peserta. Pada yang berminat untuk menyertai program ini masih belum terlewat untuk berbuat demikian. Sila kemukakan maklumat diri kepada email ini : admin@malaysianbfpc.org Ini adalah Jadual Bengkel yang telah diadakan dan bakal berlangsung: Nationwide Training Program Schedule 2010: Region Dates Status North --> 5th, 6th & 7th March -- Completed (Penang) West --> 2nd, 3rd & 4th April -- Completed (Klang) East --> 30th, 1st & 2nd May (Kuantan) Sabah & Sarawak --> 5th, 6th & 7th June South --> 2nd, 3rd & 4th July (Melaka) ...