Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Pengalaman perit di kedai makan


Gambar diambil dari ghogaru

Minggu lepas sangat gembira sebab hubby balik, jadi cadang nak bawa family makan kat luar.. dalam fikiran ingat nak makan ikan bakar.. masa tu memang lapar sangat-sangat

Kami pun ke satu kedai ni, second time pergi kedai makan ni, sebelum ni layanan kira oklah walaupun lauk lambat sampai.. Jadi kami pun duduk satu meja, tunggu pelayan .. tapi hampir 5 minit tak ada pun pelayan yang menghampiri kami.

Tak apa saya sabar lagi, saya pun panggil seorang pelayan ni, dia datang tapi tukar siaran tv (sebab remote kat meja kami), dalam hati saya kata budak ni nak ambil order ke tak? Lepas tu, dia blah macam tu jer.. Saya tengok makin lama makin ramai orang, yang hairan pelayan ambil order ngan orang yang datang lambat dari kami, saya dah angin. tapi hubby cool lagi..

Hubby pun panggil budak pelayan yang tadi tu, dia datang dan duduk, ini perbualan kami..

Pelayan: Nak makan apa?
Saya: Ada menu tak? (sbb banyak sangat lauk, saya ingat nak tengok menu dulu, mana tahu ada yg special kan)
Pelayan: Punya lama duduk sini, tak tengok menu lagi?
Saya: Salah siapa, tak ada orang layan pun
Pelayan: Ini kalau order, lambat baru dapat, orang ramai ni, menu ada kat belakang (menunjukkan papan tanda menu)

Saya dah bengang sebab macam salah saya pula duduk lama tapi tak order, minta menu pun tak boleh, muka mmg dah merah padam, kalau tak ada hubby kat sebelah, mahu saya marah budak tu..

Situasi semua diam.. sampai budak pelayan tu bersuara balik

Pelayan: nak minum apa?
Abang saya: minum apa lagi, jom balik!!

Saya dengan pantasnya blah dari kedai tu sebab angin sangat2 dah.. Masa saya menoleh ke belakang baru perasan hubby tengah bercakap ngan budak tu. Abah saya pula sebab nampak hubby bercakap ngan budak pelayan tu, dia pun pergi tegur budak tu. Kira kecoh jugalah keadaan sampai hubby kena tenangkan abah saya.

Kami pun ke kedai lain untuk makan.

Malam tu tanya hubby, apa yang dia cakap ngan budak tu. Rupa-rupanya dia tegur, kalau penat macam mana pun, pelanggan datang nak makan jadi kenalah layan baik-baik. Orang tengah lapar dilayan sebegitu rupa, siapa yang tak bengang..

Nota kaki:
Hubby kata kalau dia makan ngan kawan-kawan dah lama budak tu kena belasah!! Dalam hati saya kata, kenapa tak ajak saya sekali... hahaha


Nak tanya pendapat! Perlu tak beli insurans untuk kad ??

Saya sebenarnya dalam dilema ni, saya rasa macam nak batalkan insurans untuk kad kredit dan ATM kad saya, setahun bayar RM98.. Saya dah ambil selama 2 tahun dan ini nak masuk tahun ketiga, tapi masalahnya perlu ke saya ambil insurans untuk kad kredit ni?

Kebaikan insurans kad kredit ini:
a) Sekali call, syarikat ini akan batalkan semua kad yang kita ada (berguna kalau kita hilang dompet)
b) Sekiranya kad hilang, dan berlaku pembelian melalui kad itu, saya tak perlu bayar sbb insurans ini akan cover
b) Sekiranya kad hilang di luar negara, hanya perlu hubungi syarikat insurans ini dan mereka akan bayarkan semua perbelamjaan kita seperti hotel, tiket kapal terbang.

Kenapa saya rasa macam tak nak memperbarui insurans:
a) Dulu saya ada banyak kad kredit, tapi sekarang semua dah batalkan
b) Bukan selalu ke luar negara
c) Insurans ni macam tak ada follow up ngan kita seperti call dan survey, hanya hantar surat sahaja senang kata not friendly dengan customer

Jadi, patut tak saya batalkan insuran ini?


Kenapa nak sembunyi-sembunyi??

Selalu tertanya-tanya artis ni bila ditanya bercinta ker? Semuanya tak mahu mengaku, tapi bila putus, canang satu malaysia kata putus, bila masa bercinta tak ngaku, tapi bila putus mengaku pernah bercinta, pelik pelik..

Ini yang terbaru farid kamil ngan diana daniel (DD), sebelum ni rasanya tak pernah dengar diaorang ni bercinta kan, tapi bila farid dah gaduh-gaduh manja ngan ex-bf diana, shamsul yusof terus mengaku DD tu teman wanita dia..

Ini ayatnya, dipetik dari SINI..

‘Saya cemburu dengan Syamsul sebab Diana? Buat apa? Logik ke? Kenapa saya perlu cemburukan dia pula, tak ada sebab. Sepatutnya Syamsul yang perlu cemburu kepada saya sebab sekarang ni Diana sudah jadi teman wanita saya. 

Kan terang-terangan mengaku DD tu teman wanita dia.. So jangan gossipkan Lisa surihani dengan farid lagi, tak sesuai k..

Samalah dengan kes Fasha sandha, bila jejai dah kena ngorat, baru ngaku jejai tu teman lelaki dia.. Tahu takut kena rampas lak

Lepas ni, kita tengok artis mana yang tak mengaku bercinta, tapi bila dah putus baru dengar sebab-sebab putus, tapi selalunya alasan paling banyak didengar adalah "tiada persefahaman".. Yang saya tahu masa bercintalah kita mencari persefahaman itu, macam mana kita boleh jatuh cinta? Mula-mula mesti mengenal hati budi, kemudian perlahan-lahan baru lah fall in love kan, tapi dunia artis ni, saya tak pastilah.. Mungkin hanya berdasarkan kecantikkan atau ke'macho'an, dan terus bercinta.

Bagi saya, proses untuk mengenali seseorang itu memang makan masa, ada juga yang baru kenal dalam setahun terus nak kahwin, seperti kawan baik saya, wani.. Dan mereka akan bercinta lepas berkahwin.. ada seronoknya juga. Walaupun saya ini bercinta sangat lama tapi saya yakin onak dan duri dalam percintaan ini yang menguatkan kasih sayang kami. Jadi doakan kebahagiaan kami juga yer!!

saya dan peristiwa

Ini rentetan daripada kisah saya bengang!!

Situasi 1
Saya bersama sepupu di sebuah pasaraya terkemuka. Sepupu saya ni mmg jenis cerewet sedikit dalam bab membeli baju ni, so that day seperti biasa dia hampir mencuba semua baju yang ada kat satu jenama 'mahal' ni, jurujual pun dah buat muka, saya pula sekadar peneman setia yang melihat sepupu saya mencuba baju sehelai demi sehelai..


Jurujual 1 : ling, zou qu chi fan < Ling (bukan nama sebenar), jom pergi makan >
Jurujual 2: Deng yi xia, hai you qu ke <nanti dulu lah, ada customer ni>
Jurujual 1: Ze ke bu shi qang cai de qu ke ma? Hai mei you mai yi fu? ni bukan customer yg tadi ke, tak beli baju lagi>
Jurujual 2: Dui, bu zhi dao you mei you qian. huo je zhi yao shi yi fu < betullah tu, entah ada duit ke tak? mungkin diorang ni nak try baju jer kut>


Saya yang mendengar ni pun berapi dan terus memberitahu sepupu saya yang jurujual ini memperlekehkan kami, mentang-mentang cuba banyak baju kata kami ni nak try baju free. Apa lagi dengan ke'tension'nan sepupu saya ini, terus dia sambar 5 helai baju, mmg habis beratus2 jugalah hari itu.. Tapi sebelum dia bayar saya balas dengan kata-kata ini


Saya: Ru gua wo yao shi yi fu, wo men hui zai lai. < kalau kami nak cuba baju, nanti kami datang lagi yer!>


Melopong kedua-dua jurujual tu.. malulah tue


Situasi 2
Saya bersama abg N di sunway pyramid. Lalu di sebuah gerai yang menjual rantai-rantai yang sangat comel dan abg N bercadang nak belikan untuk saya. Setelah bertanya harga, kata bos jurujual itu ada diskaun 20%. Semasa kami membelek-belek, terdengar jurujual itu bersembang dengan boss nya


Jurujual : lau ban niang, na ke lian you 30% diskaun. <Boss, rantai tu diskaunnya 30%)
Bos: shi ma, bu yau jin la < ye ker, tak kisahlah>


Setelah mendengar perbualan ini, saya pun saja bertanya balik harga rantai itu dan bos jurujual itu tetap berkata diskaun 20% sahaja. Saya dah beri peluang untuk dia berkata benar. Jadi saya pun pujuk abg N jangan beli rantai itu sebab rasa tertipu, tetapi malangnya Abg N sangat berkenan dan nak beli juga, jadi saya pun pilih juga. Tapi Abg N rasa pelik juga sebab saya menolak pemberian dia. Kemudian dia bertanya, dan saya berbisik kepadanya mengenai perbualan bos dan jurujualnya tadi.


Sebelum beredar, 
Abg N : Percaya tak awek saya ini boleh bercakap mandarin?
Bos: ye ke (dengan muka dah lain)
Abg N: ye, awek saya ini half chinese tau
Boss: Ooo patutlah muka ada macam cina sikit.
Saya: Zhu ni seng yi hing long <semoga bisness makin maju> (dengan sindiran k)
Boss: xie xie <terima kasih> (dengan muka kelat)


Buat apa nak menipu, tak lama lepas tu saya tengok kedai tu dah tutup.Padan muka.. menipu lagi


Sebab tu bila jadi kes membeli crosstich tu saya bengang dan tak nak beli terus sebab rasa tertipu. Buat apa nak menguntungkan depa semua ini kalau mereka tak jujur dalam perniagaan. Tapi bukan semua macam tu k, tengok nasib kita juga...

Saya amat bengang!!

Saya amat bengang kerana kedai yang selalu saya beli crosstich tu menaikkan harga barangnya dengan alasan supplier naikkan harga tapi nyonya (ya, penjual itu berbangsa cina) stok yang u jual tu stok lama, saya tahulah sebab plastik pun dah lunyai nampak sangat dah kena belek berkali-kali.. Saya pun tengok gambar tu bertahun-tahun tak ada orang beli pun..sebab apa? Sebab tak lawa lah!!

Saya cuba minta harga lama (saya kan regular customer), tiap2 kali beli crosstich mesti kat situ tapi tak boleh, katanya bagi diskaun jer.. eh eleh naik harga sampai RM2.50 bukannya RM0.50 tau! tapi bagi diskaun RM1 jer.. pastu nak speaking chinese lak ngan pekerja dia.. ini yang saya menyampah!! Ingat saya tak faham bahasa cina ker?? Last-last tak beli pun takpe.. kat rumah pun ada stok lagi, tujuan ke sana cuma nak tengok ada gambar baru jer..Saya ada macam2 peristiwa dengan penjual berbangsa cina, saya cite kat next entry lah.. tak ada mood nak cite yang itu lagi

Nanti saya pergi beli kat supplier terus, bukannya jauh kat teluk intan jer, takat drive sejam dah sampai, nnt saya borong satu kereta jual sendiri, lagi bagus.. ada sesiapa nak beli ngan saya?... hahaha ( ini fikiran masa tengah marah tadi)

Lelaki jambu Vs lelaki macho

Sekarang ni ramai gadis-gadis di luar sana yang minat dengan pelakon korea yang berkulit putih dan gebu yang mana lebih jambu, sehingga adik saya pun nak kulit putih dan gebu macam itu.. tapi kenapa?? Saya rasa bengang juga sebab pengaruh drama telah mempengaruh adik saya ini.. (adik saya macho ok, suara garau bukannya 'adik-adik')

Lee min ho, mmg jambu dengan baju pink dan kitten itu

Rain.. kalau dia datang malaysia mmg 'raining'

Tetiba teringat kisah masa saya sekolah menengah dahulu, sanggup tukar sekolah sebab admire dengan seorang lelaki yang chinese look. Masa itu saya mmg minat dengan lelaki chinese look sebab terpengaruh dengan minat saya terhadap aaron kwok, jadi dipendekkan cerita saya mmg minat dengan lelaki jambu masa zaman tu.

Tetapi tetiba juga saya beralih arah, bila dah semakin dewasa saya jadi kurang minat pula dengan lelaki jambu ini, saya minat pula dengan lelaki-lelaki melayu yang boleh bersilat, di mana terserlah kelakian mereka, bukan yang bercerita mengenai kosmetik apa yang boleh melicinkan kulit atau baju apa yang paling 'in' sekarang ini. Saya rasa lelaki macho ini boleh melindungi kita semasa kita dalam kesusahan, nnt kalau kena samun takkan saya pula yang nak selamatkan lelaki jambu ini, oh tak kuasa I!!

Berkata mengenai lelaki chinese look, ada seorang pelakon hong kong yang berkulit gelap iaitu louis koo. Dia sanggup menghitamkan lagi kulitnya supaya nampak berbeza dengan pelakon yang lain dan tidak sia-sia usahanya itu kerana dia mmg antara pelakon yang terkenal di hong kong.



Nota kaki:
Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja.. kerana Abg N adalah lelaki macho saya. ^_^ !!

Saya nak pergi bintulu, apa yang saya boleh cari di sana?


Next week saya akan ke Bintulu sarawak untuk keje, tak lama dalam 2 hari sahaja so saya perlukan bantuan kengkawan yang pernah ke BINTULU atau sememangnya kampungnya di bintulu untuk menolong saya.

Nak minta tolong apa? Biasalah kalau kita dah pergi ke tempat orang mestilah nak beli sebanyak mana cenderamata yang boleh, jadi saya perlukan bantuan di mana patut saya pergi untuk shopping, maksud saya in one place kita boleh dapat macam-macam barang..

Tolong yer!! Masa suntuk tapi nak beli banyak barang ni...

PJJ amatlah menrunsingkan

Semalam sembang panjang dengan abg N, kami merancang lepas kahwin akan duduk jauh-jauh juga (Perkahwinan jarak jauh-PJJ) sebab saya ada tuntutan kerja di sini dan juga menjaga mama yang sakit (mama saya dialisis di sini) sementara abg N pula bawa teksi di KL. Masing-masing ada masalah yang membuatkan kami tak boleh membuat keputusan di mana perlu kami tinggal selepas kahwin.

Sebelum bertunang saya rasa idea ini ok sebab kami 10 tahun kami bercinta elok je jauh-jauh, so saya rasa lepas kahwin perasaan akan jadi sama, maknanya kalau jumpa sekali sekala perhubungan makin erat.. tapi rupanya sangkaan saya sangat-sangat meleset, lepas tunang saya jadi makin rindu dengan abg N.. Then, baca pula cerita princess N yang juga PJJ, tiap-tiap minggu rindukan hubbynya. Saya dah dapat gambarkan perasaan selepas kami kahwin kelak.

Ok, saya jadi amatlah serba salah sekarang, dalam masa yang sama ingin bersama dengan abg N tambahan pula mak abg N baru sahaja meninggal, saya ingin menjadi seorang isteri yang boleh menemaninya suka dan duka.. Nasib baik Abg N pun sangat memahami keadaan saya disini..

Nota kaki:
Bercinta lain perasaannya, bertunang lain perasaanya, berkahwin tak tahu lagi perasaannya!!

Dugaan lagi...

Hari ini saya diduga lagi... Ingat tak cerita Lama ini? Tapi ini tak ada kena mengena dengan cerite itu, yang ada kena mengena adalah saya diganggu lagi..


Kalau saya di pihak yg benar, kenapa awak nak kacau hubungan saya dengan tunang saya?
Kenapa awak tak nak angkat telefon bila saya call kerana mahukan penjelasan?
Kenapa awak nak jadi pengecut, hanya berani sms sahaja?


Sebab awak cuba nak memporak-perandakan hubungan kami..
Sebab awak cemburu dia menyintai saya dan bukannya awak...
Sebab hubungan kami tak akan goyah walaupun diganggu...


Jadi kepada awak yang pengecut dan penganggu ini... sila hilangkan diri sebelum saya jumpa awak... saya bukan dalam keadaan emosi yang baik hari ini....

Seksi menjadi pengemis??






Adakah selepas ini semua orang berebut-rebut menjadi pengemis selepas terjadinya peristiwa Ini..

Dia menjadi rebutan dan digelar simbol seks kerana dia kacak dan bergaya semasa menjadi pengemis, iya semua tak silap baca mmg kacak dan bergaya sehingga fesyennya semasa megemis menjadi ikutan.. Sekarang ni bukan artis yang jadi ikutan tapi pengemis ini..Cheng Guo Rong

Apa pengajarannya disini? Kehidupan boleh bertukar dengan sekelip mata, rezeki kadang2 ada di depan mata juga boleh hilang apatah lagi yang lain.. Bersyukur dengan apa yang kita ada, usaha dan usaha dan usaha seterusnya tawakal supaya apa yang kita rancangkan menjadi.. 


Nota kaki:
Mengharapkan perkara yang indah akan terjadi... Amin




Wanita pembuli jalanraya


Terkejut juga bila baca utusan hari ini bila Penganalisis jenayah yang popular ini, Kamal Affandi Hashim mengatakan wanita makin agresif di jalan raya dan secara tidak langsung menjadi punca kemalangan jalan raya.

 En kamal Affandi

Saya tak nafikan yang wanita bila memandu adalah lebih terlalu berhemah sehingga merimaskan kaum adam yang memandu di luar sana tetapi kadangkala kaum adam ada juga yang membawa perlahan terutama sekali bila ada pasangan di sebelah.. sehingga merimaskan saya..

Mengenai pandu perlahan tetapi masih lagi memandu di lorong kanan juga amatlah menyakitkan hati saya, saya mengakui saya bukanlah seorang yg penyabar dalam pemanduan dan teknik pemanduan saya bukannya tip top sangat tetapi sekurang-kurangnya saya tahu lorong kanan untuk yg laju dan lorong paling kiri untuk org yg nak bercinta..

Lagi satu perkara mengenai memberi signal. Saya pun tak tahu mengapa sesetengah pemandu dan penunggang motosikal berat sangat nak memberi signal apabila hendak membelok, jadi apa gunanya lampu singal itu, buat cantik dipandang sahaja? Jadi ringankan lah tangan untuk memberi signal..

Pesanan ini untuk pemandu kaum adam dan juga hawa..

Nota kaki:
Maaf kerana emo, tersentak bila baca artikel utusan itu!!

Tentangan keluarga: Adakah akan membawa bahagia?

 Baru- baru ini ada kisah artis 80-an Shidee yang berkahwin tetapi mendapat tentangan keluarga mertuanya.. Tetapi alhamdullilah, semuanya sudah selesai..

Aziz M Osman dan putri lily juga selamat melangsungkan perkahwinan mereka serta mendapat restu keluarga walaupun jarak umur yg begitu jauh..


Gambar sumber kosmo

Tetapi saya lebih tertarik dengan Isu kahwin Harith dan Jezamine Lim...  mereka mendapat tentangan keluarga kerana berbeza fahaman.. Walaupun keluarga perempuan tidak menghadiri majlis pernikahan mereka, mereka teruskan juga kerana saya percaya rasa cinta yg mendalam yg menyatukan mereka..

Apa yg menarik mengenai kisah ini kerana Ibu saya juga berbangsa cina sebelum memeluk islam dan berkahwin dengan ayah saya.. sebelum ini keluarga ibu saya mmg tak menerima ayah saya, jadi terpaksalah ibu hanya menumpang kasih dengan mertuanya..

Tapi peribahasa ada mengatakan, air yg dicincang takkan putus begitu juga ikatan kekeluargaan ibu dengan keluarganya.. Pada usia saya 10 tahun, adalah pertama kali bertentang mata dengan datuk dan aunty saya (nenek meninggal sebelum saya dilahirkan).. Rasa takut mmg ada, sebab tak pernah mengetahui bahawa saya ada datuk yg lain.. Tapi rupa-rupanya mereka menerima kehadiran saya dengan penuh kasih sayang..

Semenjak itu, saya rapat dengan mereka sehingga ke hari ini. Tapi yang paling gembira semestinya ibu dan ayah kerana perkahwinan mereka direstui walaupun selepas 10 tahun..Penantian mereka berakhir dengan kegembiraan.

Apa yg penting adalah setiap pasangan yg ingin mendirikan rumahtangga tahu yg mereka sanggup mempertahankan rumahtangga walaupun dilanda apa jua masalah, kesetiaan pd pasangan masing-masing dan kesefahaman, sama seperti masa bercinta... Itu yang cuba saya sematkan dalam hati ini..


Nota kaki:
Tanpa restu keluarga adalah menyeksakan.. sekiranya dapat menyakinkan keluarga, insya allah mereka akan faham..

Saya mahu mencontohi Elyana

Hai kawan-kawan, nama saya aarin dan ini adik saya elyana.. eh eh suka-suka nak mengaku elyana tu adik awak yer!!! Tak ada, tak ada, saya nak jadikan elyana sebagai contoh positif dalam hidup saya..

Kalau awak dari kecil mmg kurus, tetiba di usia 20-an berat badan meningkat dengan mendadak, memang tekanan perasaan, tambah-tambah dah bertunang, patutnya masa bertunang tu, kita cuba nak menguruskan badan bukan menambahkan berat badan kan... Tapi nasib baik tunang elyana ni memahami yer...

Saya suka lakonan elyana.. terutama sekali drama Dunia baru, lagipun dalam drama tu banyak karektor-karektor yang mencuit perasaan.. pada peminat-peminat dunia baru, jangan lupa saksikan sambungan drama ini di GUA..

Saya juga berazam nak mengurangkan berat badan (bukan kurus, cuma kurang) bukan kerana orang lain, tetapi kerana diri sendiri, siapa tak nak nampak anggun menawan di majlis raja sehari kan... kawan-kawan, saya kini berazam..sangat-sangat mahu!!

Tapi saya tak nak makan pil-pil kurus yang boleh memudaratkan kesihatan macam pernah jadi pada Andrea De cruz, saya mahu kurangkan berat cara sihat, bersenam dan megurangkan kuantiti makanan...Moga berjaya!!


 Gambar ini diambil semasa rancak tour SURIA tahun 2008, lihat elyana sungguh ramping kan


Nota kaki:
Segala nasihat atau pengalaman menguruskan badan amat di alu-alu kan..

10 tanda sudah tiba seru menamatkan zaman bujang....

Sempena cuti sekolah merangkap musim orang kahwin nie.. saya nak berkongsi sesuatu dengan anda (khas untuk yg bujang jer)..


10 tanda sudah tiba seru menamatkan zaman bujang..


1. Berulang kali menonton filem 'the wedding planner' sehingga boleh hafal kesemua dialognya daripada awal hingga akhir.. dan kerana preparation wedding yg sungguh menawan..

Lakonan jenifer lopez, saya juga suka movie ini

2. Sejak akhir-akhir ini, kamu asyik terpikat dengan pakaian lace dan bermanik-manik




3. Ketika berjalan-jalan dengan si dia di mall, kamu mesti singgah di kedai barangan kemas
Cantiknya cincin nie...

4. Macam tak percaya, kamu hadiri semua jemputan perkahwinan rakan-rakan, saudara-mara jauh dan juga jiran-jiran tetangga

5. Kamu membela rambut panjang kerana niat 'senang nak buat sanggul nanti'

'Grand'nya sanggul

6. Set pewangi yang dibeli semasa YES tahun lepas masih belum diusik kerana berpendapat boleh digunakan sebagai hantaran

7. Kamu asyik memikirkan tarikh-tarikh yang sesuai di kalendar

8. Kamu sangat-sangat teruja melihat baby lalu berangan-angan untuk memakaikan baby kamu dengan pakaian yang cantik-cantik.. siap dah ada nama sekali




9. kamu asyik 'ternyanyi' lagu 'selamat pengantin baru' semasa tersekat dalam kesesakan lalu lintas

10. Kamu asyik menyelak majalah pengantin dan berkata 'hmmm. ini baju pengantin yang paling sesuai'



Nota kaki:

Hahahaha..macam semua tanda ada di diri.. nasib baik dah tunang, kira boleh cover lagi!!

Warna kegemaranku (Contest khazisboutique)

 Gambar dari en google

Warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan dan dalam masa yang sama warna juga mencerminkan sifat peribadi seseorang... Tanpa warna dunia hitam putih mesti hidup jadi hambar dan suram...

Masa saya kecik-kecik dulu, tak tahu kenapa saya minat sangat dengan warna biru.. Satu almari kalau selak-selak jumpa baju kurung biru, T-shirt biru, kasut sport biru, basikal biru..pendek kata semua biru daa... Obses sungguh aarin nie yer... Tapi biasalah kanak-kanak riang.. Tapi saya perasan masa tu kebanyakkan kawan-kawan suka warna merah jambu, konon2 nampak cute kan.. dengan ikat reben tocang, cute sesangat nie..

 Gambar alya dari mama alya. sungguh cute alya bertocang


Tapi eh eh.. Selepas memasuki alam pekerjaan ni,secara tiba-tiba warna kesukaan boleh bertukar...Adakah personaliti saya juga dah berubah?? Sebenarnya bukan personaliti tetapi akibat teguran.. Siapa yang menegur? Kenapa nak tegur-tugur saya..eh eh jangan tegur.. eh eh tetiba lak promote filem pieere andre ni apsal??


Ok, balik ke cerita asal, jauh merapu nie... hehehe sebenarnya ayah saya, En Yusuf yang menegur katanya
Cubalah pakai baju yang terang-terang skit, ini abah tengok asyik warna biru.. kalau biru, biru gelap jer, cuba pakai warna terang-terang, nampak ceria sikit

Oooo..inilah pencetus era perubahan aarin rupa-rupanya (sambil memegang dagu...)

Saya pun cuba pakai baju warna terang-terang nie... kuning, hijau, oren, merah.... Tapi dalam banyak-banyak warna masa tu, saya asyik beli warna merah jer (masa nie belum timbul rasa minat lagi)... Lama-lama sampai masa nak beli kereta, nampak jer dalam katalog terus cakap dengan ayah, Aarin nak MyVi Merah.. Masa tue baru baru sedar dari mimpi.. Saya dah jadi peminat TEGAR warna MERAH...

Jadi dengan ini saya mengistiharkan saya adalah peminat warna  

MERAH

Oh, MyVi merahku..(gambar en google)

Dah bercerita warna kegemaranku ini.. Apa kata kita join contest anjuran khazisboutique



 Hadiah yang menarik sangat-sangat.. Rugi kalau tak cuba contest ini...

Nota kaki:
Semasa menulis entri ini saya berbaju merah (ini fakta bkn Auta)

hotlink.. kamu dimana yer?

Sesape yang guna prepaid hotlink di sini? Angkat tangan, kalau guna 2 handphone dan dua-dua guna no hotlink juga, sila angkat kedua-dua tangan.. ok ok saya bukan nak mengira undi nak semua orang angkat2 tangan ni, cuma nak lahirkan rasa pelik dan hairan...

Saya rasa saya boleh dikategorikan sebagai kaki tv juga..tiap2 malam mesti melayan macam2 cerita, tak kiralah tv berapa pun, semua saya layan.. tapi sejak akhir-akhir ini (rasa dah berbulan-bulan juga) saya tak nampak iklan hotlink di tv lagi, yang nampak hanya iklan DIGI (terbaru mengenai durian bola) dan juga Celcom blue (yg patung bear biru comel)

Semua rangkaian sedang berperang iklan, tapi hotlink buat bodoh jer.... Saya rindu nak tengok iklan-iklan kelakar dari hotlink nie..  tak ada idea nak buat iklan best-best ker?

Di sini nak imbas kembali Iklan hotlink yg paling saya suka




Ada satu lagi iklan yang saya suka, nora danish pelakonnya, masa tue nak memperkenalkan ringtone (kalau tak silap saya), yang nora danish pakai kostum bear tu.. ada sesiapa ingat tak?


Nota kaki:
Kalau ada sesiapa perasan iklan terbaru hotlink, beritahu saya yer!! Mmg terasa pelik yang amat sangat nie, ker saya yang terlepas pandang??

KFC.. tak payah lah tukar resepi lagi...


Masa kecil-kecil dulu, saya tak tahan makan pedas, saya hanya makan KFC perisa original jer.. Then dah besar skit, barulah makan KFC hot & spicy dan sejak itu saya memang peminat KFC hot & spicy.. walaupun KFC ada macam-macam jenis makanan yang muncul seperti burger, twister dam mcm2 lagi yg saya pun tak ingat namanya.. Tapi saya tetap setia dgn hot & spicy saya..

Baru-baru ini, KFC ada resepi baru diberi nama


Tak silap saya sebelum ini pun ada bermacam-macam jenis resepi yang diperkenalkan seperti tom yam. kari.. tapi semua tak memenuhi citarasa saya, hanya hot & spicy sahaja yang dapat melekatkan hati saya dengan KFC..

Ingat lagi masa tu mmg teringin sgt nak makan KFC, tapi cuma ada perisa tom yam je, so cuba juga tapi mmg tak sedap ar kan, tak masuk ngan tekak saya ni (berterus-terang nie), 2 minggu lepas tu pergi KFC tapi masih lagi perisa tom yam sampai saya tanya manager KFC tu bila nak tukar Hot & spicy balik sbb perisa tom yam tak sedap!!


Nota kaki:
Tak boleh ker buat 2 perisa sekali??

Tele-marketing konon...


Tertarik dengan entry abang gula-gula mengenai tele-marketing yg makin berleluasa ini, teringat semasa saya yang hampir-hampir nak terkena juga...

Saya dah memakai kad kredit maybank ini agak lama juga, bertahun-tahun tapi tetiba ada satu company insurans (tak ingat langsung nama company tue, sbb tak pay attention pun) call dan tawarkan insurans, mula-mula saya ingat percuma (biasalah siapa tak nak kalau percuma), dia dah terangkan benefit2 yang akan saya terima dan tetiba kata nak charge kad saya, aik kata free tetiba nak charge pelik juga nie..

Then dia kata cik, saya ada beritahu mula-mula tadi yang kami akan kenakan bayaran RM299 untuk setahun, saya fikir eh eh eh, bila masa plak, saya rasa saya dengar dengan jelas tadi... oooo nasib baik saya tak setuju (untuk makluman, mereka ada buat rakaman, in case kalau kena saman mereka terlepas)

Tapi tak seteruk kes bother abang gula-gula, sebab wife dia dipaksa untuk terima.. Tapi pengajaran juga buat saya.. sebab saya selalu gak accept nak dengar apa yg mereka nak cakap melalui tele-marketing ni, sbb saya tahu mereka pun cari makan jua...

Apa yg perlu kita lakukan apabila menerima panggilan begini:
  1. Catat nama org yg call kita tue, make sure nama company dan no tel pun ada
  2. Kalau private number, baik ignore sahaja, nampak sangat mereka nak menyembunyikan diri..
  3. kalau mereka memperkenalkan nama company yg kita rasa baru first time in life kita dengar nama company tue, dan mereka perlu repeat banyak kali sbb tak jelas, baik lupakan sahaja
  4. Kalau ada rakaman, make sure jangan jawab ya untuk semua soalan, nnt kita tak boleh nak tarik diri dari program merapu  mereka ini
  5. Ini penting, buat apa kita terima scheme vacation kalau kita nak melancong setahun sekali pun payah.. (that's me, but lucky saya tak terima scheme ini, my friends did accept)
  6. Cara paling senang, Just say NO pada sesiapa yg call untuk tawarkan apa sahaja, kalau kita nak any insurans kita boleh pergi direct ke companynya terus, kan lebih terjamin....

Nota kaki:
Thanks abang gula-gula for the good info

Saya Kembali..



Wah wah wah... seronoknya bekerja sambil bercuti..ahakssss

Ok ok, banyak cerita saya nak kongsi ngan kengkawan semua.. So tunggu yer....

Saya mahu pergi konsert Double Trouble!!

Kalau saya di KL sekarang ni, memang saya akan pergi ke konsert double trouble pada 1 Mei ini di Arena tertutup Bukit Kiara Equestrian & Country Resor.. Tengok konsert rock tak sama mcm tengok bola sepak sebab teruja hanya masa menjaringkan gol jer..

Kalau tengok konsert, sepanjang masa teruja, nyanyi sampai serak suara, enjoy the moment sangat.. Harga tiket pun bagi saya bukannya mahal sangat, RM70 jer... Nak dibandingkan dengan penyatuan 2 lagenda rock tanah air yg masih lagi gah di persada seni..Iaitu Search dan Wings

Ok, ok saya tahu saya seorang wanita dan tak patut mengunjungi konsert rock, tapi kalau ditemani oleh org yg sepatutnya boleh k.. walaupun tunang jer, insya allah kami akan menjaga tatasusila sebab motif utama kami, dua-dua minat rock.nak pergi dengar lagu sebab kami  membesar dengan lagu rock, tak kira lah rock jiwang @ hard rock.. Tapi saya tak dapat nak pergi sebab hal2 yg tak dapat dielakkan... Harap2 lain kali ada lagi kondert macam ni

So, Mari layan lagu ini dulu, my favourite song from them, Klik SINI



Nota kaki:
Baca dengan lebih melanjut mengenai double trouble di SINI

Related Posts with Thumbnails