L.O.V.E

Friday, November 28, 2008

c u t i

Semalam bercuti sakan!!! my elder siblings datang KL sebab ada konvo hari Sabtu ni...so, apelagi melepak la ngan diorang...Pagi tu, lepas hantar mimi ke Uitm amek jubah, gi CIMB jap ambek Road tax keter eta, then kitaorang breakfast kat PakLi Kopitiam SS7..yummyyy



nasi ayam lemon saya :)


ini Mee Sup


Adek aku bakal konvo esok..congrats yer


Anis dgn nasi lemak Pak Li special



Sape ntah kat belakang?

Malam tu gi round2 kat Cineleisure, Damansara, konon2nyer nak tengok wayang..tapi tak plan lagi citer ape ;p tapi semalam kebetulan ada pelancaran filem CICAKMAN II, ramai giler orang..penuh kat situ...naseb bawak kamera leh jugak capture gambar2...and apa yg paling best dapat tiket free!!!! yebedabeduu


aku yang tinggi.

@ cineleisure



Cicakman II - Planet Hitam


yusry-apex-amani


ngan edry


hihi..


with my ex bf..hehe





nota kaki:

luper plak, saya ada new design of shawls, kalo free, sila2 la jengok ke http://www.crazeshawls.blogspot.com

Wednesday, November 26, 2008

Senarai Kesyukuran Noreen Farisa

inspired by Hanis Zalikha

99 senarai kesyukuran saya.




1. Saya bersyukur mempunyai blog ini untuk mengekspressikan kesyukuran saya dan berkongsi dengan kawan-kawan.

2. Saya bersyukur saya sihat walafiat dan tidak ditimpa penyakit yang kronik

3. Saya bersyukur masih mempunyai ayah dan ibu - papa dan mama yang selalu menjaga saya walaupun sekarang sudah besar

4. Saya bersyukur mempunyai kawan-kawan yang sudi berkawan dengan saya dan bersama saya dalam susah dan senang.

5. Saya bersyukur parents saya memberikan nama NOREEN FARISA. Ia sangat unik ;)

6. Saya bersyukur mempunyai adek beradik yang seramai lapan orang. Mereka menceriakan hidup saya

7. Saya bersyukur sekarang saya bekerja di Caidmark.

8. Saya bersyukur masih lagi menjadi seorang muslim dan berada dalam nikmat Islam dan Iman yang sangat indah!

9. Saya bersyukur ditemukan dengan Ahmad Azhamizi bin Othman

10. Saya bersyukur dapat masok ke KUSTEM dan bertemu kawan-kawan sejati saya sampai sekarang

11. Saya bersyukur period saya lancar dan datang on time sejak Ramadhan yang lepas

12. Saya bersyukur walaupun takder langsung duit dalam purse, tetapi saya masih lagi dapat menjamah makanan

13. Saya bersyukur kerana dapat tidor dengan nyenyak semalam

14. Saya bersyukur walaupun wajah saya tidak cantek tetapi sekurang-kurangnya sempurna dan tidak cacat.

15. Saya bersyukur dilahirkan di negeri serambi mekah, Kelantan

16. Saya bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita, boleh pakai lawa-lawa dan pakai make up tanpa segan.

17. Saya bersyukur dapat masok ke jurusan kejuruteraan perisian, walaupon dulu saya menangis tak nak amek kos ni.

18. Saya bersyukur masih mempunyai comey yang selalu membawa saya ke mana saja tanpa kebasahan

19. Saya bersyukur mempunyai kawan-kawan yang baik, prihatin dan kepala gile2 sama dengan saya.

20. Saya bersyukur saya seorang yang pemaaf dan banyak bersabar

21. Saya bersyukur kerana masih lagi mempunyai nikmat kelima-lima pancaindera

22. Saya bersyukur mempunyai adek yang bernama Zeti Eliza. Sangat cantik dan selalu membela saya kalau saya di marahi

23. Saya bersyukur masih menjadi warganegara Malaysia

24. Saya bersyukur kulit saya sawo matang dan tidak gelap

25. Saya bersyukur di saat ini umur saya baru 24

26. Saya bersyukur ramai orang membaca blog saya dan memberi komen

27. Saya bersyukur mempunyai 4 followers dan percaya akan ada lebih ramai

28.Saya bersyukur kerana masih dapat menghirup udara yang segar dan bernafas dengan baek

29. Saya bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan penuh keceriaan

30. Saya bersyukur kerana papa saya tidak kahwin lain dan hanya ada mama saya

31. Saya bersyukur mempunyai seorang abang dalam keluarga

32. Saya bersyukur kerana dapat menulis dengan tangan kanan

33. Saya bersyukur memiliki sebuah henpon motorola yang biasa-biasa saje. sekurang -kurangnya saya memiliki telefon untuk berhubung

34. Saya bersyukur mempunyai seorang bos yang memahami

35. Saya bersyukur kerana dapat menyambung Master di Uitm

36. Saya bersyukur maseh boleh tersenyum walau ketika itu saya sedang menahan marah

37. Saya bersyukur kerana saya memiliki 4 orang adek perempuan yang pandai memasak, suka mengemas, rajin membaca dan suka tido

38. Saya bersyukur tinggal di Kota Damansara yang dekat dengan office dan tempat shopping

39. Saya bersyukur dapat seorang adek yang bernama Mimi Azira yang selalu belanja saya makan dan belikan saya barang

40.Saya bersyukur memiliki seorang adek bongsu lelaki, Mohd Shafiq yang selalu mengajak saya bermain PS2 nya bila saya balek ke rumah

41. Saya bersyukur masih belum berkahwin, sekurang-kurangnya saya masih ada masa untuk melengkapkan diri saya dengan ilmu agama dan perkahwinan

42. Saya bersyukur mempunyai seorang ibu yang sangat penyanyang dan baek hati yang selalu tanya khabar saya dan menelefon saya dan menjadi tempat mengadu ketika di saat kesedihan.Terima Kaseh mama..

43. Saya juga bersyukur dianugerahi seorang ayah bernama Mohd Nuri Awanglah yang selalu memberikan semangat dan motivasi kepada saya dan tidak pernah jemu menjaga saya

44. Saya bersyukur dapat balek hari raya yang lepas sekurang-kurangnya kalo ape2 terjadi pada saya, saya sempat berjumpa dengan keluarga saya

45. Saya bersyukur dapat sekelas dengan Nor Diana Ahmad, dia banyak menolong saya membuat assignment

46.Saya bersyukur dapat merasa makan berger king dengan Zantinita untuk 1st time, walaupun ketika tu guna duit tabung

47.Saya bersyukur saya tidak pernah berjumpa hantu

48.Saya bersyukur rambut saya masih hitam dan panjang

49. Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga islam

50. Saya bersyukur mempunyai badan yang sihat dan tidak cacat

51. Saya bersyukur mempunyai kawan-kawan yang sangat hebat.

52. Saya bersyukur saya mempunyai banyak shawls yang cantek2 dan ready untuk dipakai

53. Saya bersyukur saya tidak hisap rokok atau ganja dan minum arak

54. Saya bersyukur kerana bertudung

55. Saya bersyukur saya selalu ingat pada Tuhan.

56. Saya bersyukur saya pernah selamat dalam kemalangan walaupun banyak kali eksiden

57. Saya bersyukur saya rajin belajar masak dan agak pandai masak walaupun mungkin tak berapa sedap

58. saya amat bersyukur kerana dapat masok matrikulasi yang banyak mengubah kehidupan saya kearah kebaikan

59. Saya bersyukur mengenali Mohd Bahari dan Mohd Zaki Hakimi

60. Saya bersyukur saya khatam Al-Quran

61.Saya bersyukur kerana saya maseh lagi meneruskan amalan-amalan selepas solat secara konsisten

62. Saya bersyukur Allah selalu memberikan saya petunjuk ke jalanNya

63. Saya bersyukur saya adalah anak kelantan yang suka merantau

64. Saya bersyukur bekerja di Selangor / Kuala Lumpur

65. Saya bersyukur saya ada wang simpanan sejak bekerja di Caidmark

66. Saya bersyukur kerana saya adalah melayu

67. Saya bersyukur adek2 saya suka makan masakan saya tanpa sebarang komplen ;p

68. Saya bersyukur badan saya tinggi.168 cm

69. Saya bersyukur mengenali kawan-kawan baru di blog saya

70. Saya bersyukur saya dapat melupakan semua peristiwa hitam dalam hidup saya suatu ketika dulu

71. Saya bersyukur saya masih dipanjangkan umur hingga saat ini

72.Saya bersyukur saya rajen membaca buku buku agama

73. Saya bersyukur saya tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus

74. Saya bersyukur saya dapat tengok cerita James Bond - Quantum of Solace

75. Saya bersyukur saya dapat makan roti canai pagi tadi

76. Saya bersyukur mempunyai adek Anis Hafiza yang selalu menelefon saya dan kadang-kadang memasukkan duit dalam akaun saya

77. Saya bersyukur walaupun gaji saya tak banyak tapi saya tak pernah miss bagi duit kat mama dan papa saya

78. Saya bersyukur masih mempunyai nenek yang sayang sangat kat saya dari kecik hingga saya dah kerja

79. Saya bersyukur Allah menganugerahkan ibu bapa saya sekarang

80. Saya bersyukur saya tidak tidor berdengkur

81. Saya bersyukur hingga saat ini kawan-kawan saya masih membaca senarai kesyukuran saya

82. Saya bersyukur negeri saya diperintah oleh PAS dan diterajui oleh Tuan Guru Nik Aziz

83. Saya bersyukur kerana sekarang adalah semester break, so saya ada banyak masa untuk tidoo pada hari sabtu

84. Saya bersyukur saya bersekolah kampung biasa dan tidak terdedah dengan gejala sosial seperti di bandar

85. Saya bersyukur saya boleh makan apa saja tanpa sebarang pantang

86.Saya bersyukur harga minyak turun semoga terus turun

87.Saya bersyukur tinggal serumah dengan zantinita

88. Saya bersyukur mempunyai sepasang mata berwarna coklat

89. Saya bersyukur saya mahir memandu kereta auto dan manual

90. Saya bersyukur mempunyai sifat kendiri yang positif

91. Saya beryukur saya dapat belajar Lotus Notes

92.Saya bersyukur saya mempunyai semangat yang kuat azam dan yang teguh untuk menghadapi segala cabaran hingga ke hari ini

93. Saya bersyukur saya mempunyai rasa berdosa

94. Saya bersyukur saya bukanlah orang yang menyimpan dendam

95. Saya bersyukur kerna Allah mengurniakan saya dengan perasaan mengingati mati dan hari akhirat

96. Saya bersyukur kawan saya, Amal memberikan saya hadiah hari jadi yang ke -24 sebuah Al-Quran kecil beserta maksud dan hingga sekarang saya masih membacanya

97. Saya bersyukur pernah bekerja di CIMB Wealth Advisors.

98. Saya bersyukur kerana pada hari ahad nanti, saya akan meraikan adek saya konvo di UiTM

99. Saya teramat bersyukur Allah tak pernah lupakan saya walaupun kadang-kadang saya melupakan-Nya!


So, kawan-kawan.marilah kita bersyukur, kerna inilah saatnya.




nota kaki:

kalo saya senaraikan 1001 pun senarai kesyukuran saya, nescaya tak dapat saya listkan, sungguh nikmat Allah itu terlalu banyak untuk disyukuri!

Tuesday, November 25, 2008

I've have been tagged!

Tagged by : S Y U D


Here are the rules:

1. Take a recent picture of yourself OR take a picture of yourself right now.
2. Don’t change your clothes, don’t fix your hair…just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instructions with your picture.
5. Tag people to do this.




tgh buat data testing kat lotus notes.


who to tag ?

1. azri
2. qamar
3. zaila
4. eimma
5. hazrina


nota kaki :

bukan seindah biasa :-)



This is me, now..




kenapa apa yang selalu dirancang gagal?






nota kaki :


adakah kerana diriku? atau dirimu? atau mungkin juga kerna orang laen? aku tidak tahu.....

Monday, November 24, 2008

b u s y

Harini masok office awal, ingat nak install la Adobe Illustrator CS2, tp crack files kosong, Chek Pak lupe nak burn kan sekali...Try search kat keygen.us tapi xdapat masok, huhu....rasa stress+ tension. Jap agi nak ke Kelana Jaya, print kan CD Label. Ptg ni dah kena buat installation and configuration kat Jabatan Perdana Menteri (JPM), tapi banyak benda lagi tak figure out.. mmm camne ni yien? sabar ok..rileks..naseb ada blog, boleh releasekan tension kejap...

Ok, hari ni saya tak nak fikir negatif, tak nak rasa stress, tak nak sebut pon...tak nak semua tu... I can do better!!

Kata-kata motivasi untuk hari ni, baca dengan penuh perasaan!


"TODAY, I CHOOSE to give MY LIFE the BEST EVER!!!!!!!!!"



ok.
sekarang dah rasa lega sikit..hehe...Chayok, yien!!! go! go! gurl!! jangan give up, k ;)






nota kaki:

Thank you Allah, for giving me the strength that I have today.

Friday, November 21, 2008

T A K L I M


Tengahari tadi, after lunch, kami ada sessi taklim di meeting room, harini giliran saudara Hakim membacakan tazkirah. Tajuknya sangat menarik perhatian saya, "Tanggungjawab majikan dan pekerja". Ia betul2 tepat pada masa sekarang memandangkan kami semua masih belum mendapat apa2 berita tentang gaji walaupun dah nak hampir 2 bulan...Sememangnya benar, apabila krisis sebegini terjadi, bukan hanya majikan yang patot dipersalahkan tetapi pekerja juga harus bekerja dengan jujur dan bersungguh-sungguh...tetapi pihak management patut tahu dan mempunyai back up supaya perkara sebegini tak terjadi..saya sangat kesian pada kawan-kawan yang dah bekeluarga, bila gaji lambat, mereka perlu mencari sumber income yang laen, yerla ada anak2,susu, makan pakai diorang plus keperluan rumah lagi...macam saya ni, sekurang2 nya single, so takder la terbeban sangat.... Itu lah, kadang-kadang kita rasa kita yang paling malang, tetapi sebenarnya masih ada insan lain yang lagi susah..banyak2 kan bersyukur...dan dalam keadaan sekaranglah, kita perlu lebih muhasabah diri, meningkatkan prestasi kejer dan bukan sekadar merungut dan berserah..

Allah juga mengingatkan kita

إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Yang bermaksud:

’Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri.’

(Surah Ar-Ra’d ayat 11)


Tetapi sayangnya, masa sessi taklim ni, MD (Managing Director) xder, kalo ader kan best, sekurang-kurang dia tahu yang tanggungjawab dan kewajipannya kepada majikan.Dalam satu hadis Rasul SAW pernah bersabda "Barang siapa menggaji seseorang, hendaklah dia memberitahukan gajinya dan jangan menggaji seseorang sebelum memberitahu gajinya. " Hadis Baihaqi dan Ibnu Hanbal. Jadi sudah menjadi suatu kemestian bahawa tidak boleh bagi majikan Muslim menahan bahkan mengurangi gaji pekerjanya.




nota kaki :



Majikan dan pekerja seharusnya mampu bekerja secara harmonis agar pekerjaan berlangsung efektif dan bernilai ibadah :-)


teringat satu English proverbs yang telah diterjemahkan;


"Bekerjalah lebih daripada apa yg kita di bayar, suatu hari nanti kita akan dibayar lebih daripada apa yg kita kerjakan."

Hidup mesti Ceria!!!

First of all, I want to express my thanks to all my readers. Thanks to all of you who commented for my previous entry! Lurve you dear!!! Your suggestions are really appreciated ;-) and then, insyaAllah, By next week, I will starting my own small business..yeay~~~ sandwich (sardin, mayo telor and chicken sandwich) plannya nak jual kat office separuh, dan letak kat kedai2 dekat rumah..ok kan?
InsyaAllah jugak saya akan ke rumah Zaila utk melihat proses pembuatan butter cake..nyum2! mesti sedap ni... cake pon boleh jual jugaks, anyone?


Semalam tak sempat nak update blog, bizi sket.. I have a new task, 5th December ni, ada presentation BI (Business Intelligence Reporting) di Penang. USM request us to demonstrate this application to them. Minggu ni pulak sibuk prepare data dan documentation utk di deliver ke JPM minggu depan..





nota kaki :





Rasa macam nak makan Donut Big Apple la hari ni... yummmyyy

Wednesday, November 19, 2008

Dia sembunyikan Matahari ...


Kedudukan kewangan saya makin meruncing sekarang, hutang kad kredit makin bertambah, gaji bulan lepas pulak sampai ke hari ni tak masok lagi then semalam pk punyer pk saya nak meniaga part time dgn eta..jual nasi lemak dan bihun goreng..dia pulak buat kueh...

Lepas balek kerja bermula lah aktiviti kami, solat jap pastu terus gi TESCO beli barang2..ikan bilis, lada kering, tauge, bawang, udang kering, telor dan banyak lagi la...malam tu sambil tengok semanis kurma @TV9, saya rebus lada kering, eta plak tolong koyok (koyok maknanya kupas dalam bahasa kelantan ;p) bawang putih..pastu prepare yg mane ada...sebelom tido semalam kunci jam kol 5.30, konon2nya nak bangun la..last2..kol6 br bukak mata..pastu terus start menumis untuk masak bihun...1 kilo bihun tuu, penat mengacau..and a big applause to eta; she's is a great assistant..hehe...penat + ngantok...tapi alhamdulilah..tepat kol7 bihun yang digoreng masak..yummy!!!

meehoon goreng tu tak dapat nak upload gmbrnyer...tp masa bawa kat opis, dak2 ni kata sedaaapppppp ;p hehe..puji diri sendiri pulak..harini saya bawa food tester..habes laku...tapi untuk masak lagi esok, sungguh! saya tak larat...saya memang salute pada ketabahan dan kesabaran penjual2 nasi dan gerai...memasak memang menyeronokkan tetapi untuk satu jumlah yang banyak sekali gus, saya belom menpunyai capabalities yang cukup....
so, kawan2 ada cadangan untuk meniaga part time? maybe sandwich satu cadangan yang bagos kan?



ni gambar arini kat opis, kenyang lepas makan mihun goreng, slurrppp ;)

with Eta @ Ikano (jalan-jalan sambil celebrate anniversary kitaorang)

p/s : ini gambar semalam

kat tgh tu, miss Hidayah Baha :)

~~ I live my life to maintain my own happiness while trying my best to not cause unhappiness to anyone else... Be happy (",)







nota kaki:


saya tak mahu mengeluh lagi...Setiap peristiwa yang berlaku PASTI ada hikmah dan sesuatu yang sengaja Allah sembunyikan. Bak kata Prof. Laila, Life is not straight forward. Ujian ini PASTI ada penghujungnya.....

Tuesday, November 18, 2008

...

@ opis





Farah and I


nota kaki :

xder keje ke yien?

Monday, November 17, 2008

Eppi Anniversary to us ~~


Sedar tak sedar, hari ni dah genap 2 tahun saya dan Zantinita merantau dari sebuah bandar kecil Kota Bharu ke sebuah metropolis Kuala Lumpur... Masya Allah, Agungnya Allah...maknanya dah 2 tahun saya di tempat orang, belajar hidup sendiri kenal erti persahabatan dan faham makna kerinduan.


Dan, sungguh itu tidak mudah...Saya maseh ingat lagi, after kami grad dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian then, kami berpakat tidak mahu berhijrah..konon2nya sayangkan negeri Kelantan tercinta...so, sempatla merasa jadi Perunding Kewangan dengan sebuah syarikat Insurans (MCIS Zurich Insurance) dengan erti kata laen agen insurans la..dalam sebulan lebih pergi traning, mama marah, kerja ni takder masa depan katanya...then dia tolong cari kan sekolah yang nak pakai guru ganti...1st school saya mengajar ialah SMK(A) Tangok, sebuah sekolah agama berasrama penuh di Kelantan..Form 1 and 5. Subject English and EST..Sekolah ni sangat best, sebab student nyer dah pandai2 dan dapatla beberapa adek angkat..


My 2nd School is SMK Putri Saadong, my ex school..tapi ada cikgu2 yg saya sayang dah berpindah ke sekolah laen. Saya mengajar student Form 1 and 5 tetapi kelas yang paling hujung (akhir). Ada sesuatu yang paling menyedihkan ialah student form 5 tak tahu langsung mengira even simple tambah dan tolak..saya terpaksa mengejar pelajar yang lari ikot pintu belakang semata-mata tak nak belajar matematik... Student form 1 plak, hyperactive...saya pernah mengajar math kat satu kelas form 1, dan pernah mengalirkan air mata sebab diorang xnak dengar cakap...malu rasanya bila ingatkan balek..tetapi lepas peristiwa tu, semua semangat nak belajar, belom sampai waktu lagi, dah panggil saya kat bilik guru..kelakar plak diorang ni..masa nak berpisah saya dapat macam2 hadiah..brooch, buku, kain tudung, frame, sabun and ada lagi..xingat...brooch tu sampai sekarang saya pakai..thanks ye adek2 ku =)


Last school ialah SMK Long Yunus. Kena ajar Student Form 6. cikgu2 and student2 sangat nice...

Lepas cuti sekolah, saya n Xen migrated to KL...Bermula lah perjalan hidup kami. Menumpang di rumah baha (Thanks ye syg.) semalamam di rumah Zaila (bestnyer mandi kat umah awak + tido) dan mcm tu la, sementara dapat keje dan interview sana sini.... Kami jadi typist di sebuah sytkt penerbitan buku di Sri Petaling, dapatla gaji rm700, cukuplah buat makan dan minum...then kami pernah jadi pekerja 7Eleven di Kelana Jaya...tetapi semalaman jerk sebab 7E ada jual arak..




Eta tgh mengemop lantai..masa ni kol 2 pagi rasanya...


Dia ngantok...

Saya..in front of Carlsberg Chill..Eta amek gambar, so kena senyum lar.. and sebab tu jugakla kami berenti kerje di sini


3.1.07 saya dapat keje kat Cedar Broadcast & Communications. Eta pulak di CTi Resources . Eta sambong master tetapi saya hold dulu...Mungkin itu bukan masanya lagi untuk saya...Dalam bulan 8 saya quit and join CIMB Wealth Advisor dengan harapan ingin mengubah hidup tetapi rupa2 nya ia bukan untuk saya...Dalam bulan 5 saya join Caidmark Sdn Bhd (Sykt saya sekarang) sama ngan Eta...After she left Cti 1 year ago..

Kena banyak muhasabah ni..betapa selama ini Allah banyak menberikan nikmat dan rahmat nya...Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Thank you Allah. For all of your blessings, for the things You teach and For everything!!!



ini eta..laen kan? she's chubby ;p








nota kaki :

17.11.06 - 17.11.08

Achievement :

Eta dah berjaya completekan her Master..cuma aku baru habes Sem 2...takpe ade masa lagi..hehe

Satu lagi ialah pengalaman hidup yang akan tetap tersimpul dan akan menjadi lesson yang berguna. InsyaAllah..

Dan setiap orang punya cerita yang berbeza~~~

**The Holiday**

Tentatif Program:

After maghrib bertolak dari rumah, baha datang amek, then amek Syud kat LRT. Pastu baru amek Yan kat Kajang. Makan sate kajang dulu sebab semua orang dah lapar....Sedapnye satay kajang Hj.Samuri tu..




2 model sedang memegang kotak tisu.Yan, awak perasan ke ape yang awk sedang pegang tu?
Macam tak sedar jerk ;p


Sampai umah dalam kol berapa 12..lepas solat Isyak, terus tidooo...Pagi and tghari makan kat rumah, ikan bilis tempoyak tu, sangat menyelerakan!!! saya, syud dan yan tambah nasik!! bukan macam budak tu, makan sikit jerk dah kenyang..mm camne nak gemok ni xen?


berkemas nak balek =)

++triplets++


Gambar baha & Eta xder sebab masa tu, baha tgh makeup kan eta..hihi..tu lah mandi lambat sangat...Petang tu, kitaorang bertolak balek dan singgah kat Bagan Lalang untuk makan seafood. Perjalanan kami banyak dibantu oleh GPS dr HTC baha...saya tension betol, masa nak speed jerk, GPS berbunyi "Please slow down, please slow down..." tapi akhirnya kami selamat sampai ke tempat tu..Ramai sangat orang..suasana nyer tepi pantai..tapi xdapat nak capture gambar sebab gelap..depan pantai tu takder lampu...

Restoran senandung kat Bagan Lalang..seafoodnyer sangat sedap..


Baha & Syud tgh pilih ikan..


Yankumi ;p sempat lagi possing sementara tunggu air sampai..


Zentegel ;)



YienJR.. ada ke diorang kata muka saya macam muka cikgu?
tapi kalo dapat jadi cikgu betol2 kan best? amin..
pesanan abang : jaga tatasusila :-)

Baha =)
Gambar awak kabur sket kan...

ini Syusyu (",)

A.B.C

Antara lauk yang baru sampai (Sebelum)


Pinggan sape la ni? (Selepas)





dan banyak lagi gambar yang akan diupload...soon..



Nota kaki :-



I would like to express my thanks to :-
Baha - For the great hospitality!!

A special credits to :-
Syud - Belanja kitaorang makan, congrats yer, novel dah dicetak untuk edition ke tiga..Woww..Semoga terus berkarya...syud, nanti buku baru ni, saya tolong promote lagi erk ;)
and a great happiness with Yan and Xen - erm, asyik bergambar jerk dua orang ni...
****True friendship never dies

Friday, November 14, 2008

We're going to Pilah

Malam ni after keje, yan, baha, eta, syud and I will going to Pilah just to fill up our weekend!!



Yeay~~ dah lame tak pergi bercuti....









nota kaki :

~~happy~~

Thursday, November 13, 2008

Ia Bukan Untukku............

Harini keje agak banyak juga, tapi rasa malas jerk..boleh tak macam 2? Rasa takder semangat, yerla ni dah brape haribulan, dah masok ke minggu ke-2, tapi gaji untuk bulan lepas tak dapat lagi..huhu..sedey..xleh shoppiiinggggg...
So, salah satu caranya untuk mereleasekan tension ialah dengan memblogging..yeah, harini nak post gambar2 saya dengan kawan2....We are twins!!!!



++ Nordiana Ahmad.
Lawa kan? seorang yang sangat peramah dan baek hati =)
tapi opps, dah berpunya ;p



++ Shakirah Hasim.
Seorang pendebat KUSTEM yang terkemuka dan penuh karisma
ini juga sudah diambil orang :-)


++ Hazrina Che Hassan
Cool, Sempoi and Nice Person
Bakal menjadi my Uni's mate soooonnnn :-)


++ Nurhidayah Bahar.
Juru meka-up artis yang sangat versatile
"Beauty with Brains!"


++ Ini Nurhanim Ariffin
CIMB Weath Advisor
High Motivational and Attractive, ada sape2 nak invest? see her ;)



++ Syuhada Sharif.
Novelist yang telah mencipta nama dengan novelnya " Tentang Dhiya"
Hangat di pasaran! Opps, lupe nak tambah, She's still SINGLE!!!



++Zantinita Mohamed
Classmate, Coursemate,Opismate, Housemate and we are Kelantanase!
She's such a very niceeeeeeeeee gurl, still single and availabe..anyone?



++ ini aku..sedang makan kat umah sey..sebelah tu sedara sey..



ini kami
suatu ketika dulu..





nota kaki:



kadang-kala benda yang cantek itu mmg bukan untuk kita..walau bertapa indahnya ia, walau dah dicuba bermacam-macam cara untuk mendapatkannya, then once dah dapat, hanya menyusahkan dan membuatkan kita uncomfortable..better xpayah...pengajaran untuk diriku yang baru sahaja membeli sehelai tudung silk tetapi end up nye, i can't wear it...to hard to handle (susah nak pakai), high maintenance (takleh basuh biasa, kena dry cleaning) and lots of such a radiculous thing.....waaaaaaaaaaaaaaaa

Cantek kan?