SAYA SAYANG MEREKA

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

2 December 2013

First Birthday Party Amzar Iffatt

Assalamulaikum..

Semalam, 1 Disember, kami buat birthday party untuk Iffat. Kami buat kecil-kecil sahaja kat rumah tokwan Iffat kat Felda Tersang, Raub. Iza pilih tema Lego untuk 1st Birthday party Iffat ni.


Semuanya Iza diy. Mainan lego tu amik mainan Iffat je untuk buat props. Jimat! Haha.



Kek lego tu kami tempah kat Sugar Bakery Villa, Raub. Sedap! Pastu kedai dia pun best. Semua ada, belon, topi, topeng hari jadi, lilin yg nombor tu pun ada. Highly recommended kalu cari kedai kek dekat Raub. Sebab owner dia Melayu.


Iffat dengan makcik pakcik sedara dan sepupu.


Menu petang tu nasi ayam, makngah Iffat yang buat. Pun sedap.


Alhamdulillah dah selesai birthday party Iffat yang pertama. Sekarang duk hitung jam nak pergi bercuti Sabah pulak,hihi.

Tata..

9 October 2013

Hadiah Hari Jadi ke-27



Abi: umi, jom pergi secret recepi, makan kek..sok abi takde, jomla kita sambut besday umi hari ni..
Umi: (tengah menyusukan iffat). Oke, tapi tunggu umi siap dulu..

Sambil umi bersiap..
Abi: jom iffat, kita jalan-jalan kat luar..

Umi pun bersiap, tengah-tengah pasang brooch tudung, tiba-tiba..
Abi: Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to umi.. Happy birthday to you..

Abi nyanyi sambil dukung iffat sebelah kanan dan tangan kiri pegang hadiah.


Umi ingatkan handbag..

Tgok dalam beg..

Kotak kecil
Ooo..purse kot..

Sekali bukak..

I
I
I
I
I
I
I
I


La..jamla! Sukanya umi. Sebab sejak jam umi hilang beberapa bulan lepas, memang umi xde pakai jam dah.. Kalu nak tengok masa, tgok henset je.

Terima kasih abi.. Sayang abi sangat-sangat !

Alhamdulillah..syukur pada ALLAH.. Di usia ku 27 tahun, Dia pinjamkan umi hambanya yang sangat memahami jiwa umi. Dia kurniakn kami cahaya mata yang sangat comel. Dia murahkan rezeki kami. Harapan umi cuma satu agar.semoga kebahagiaan yang kami kecapi sekarang ni berkekalan ke akhirat kelak..Aminnn..

25 June 2013

Happy 7 month iffat!

Assalamualaikum..

Sebenarnya umi lupa hari ni iffat dah genap 7 bulan..abi yang ingatkan pagi tadi. Yang umi ingat kalau 25 hb ni hari gaji, hoho..lupa tarikh ni ulang bulan iffat jugak.. Iffat takde tunjukkan apa2 perkembangan yang ketara dalam masa sebulan ni.. Antara yang umi perasan..

1. Iffat semakin bambam..tp xtau plak berat dia berapa, mayb dalam 7 to 8 kg.
2. Makanan fevret iffat setakat ni.. Bubur keledek, bubur avocado campur pisang.
3. Dia suka minum air masak..tp sayang, iffat tak pandai minum botol, so umi dia ni la gigih menyuapkan dia pakai sudu..
4. Semakin kuat ketawa..sibuk kalau kita ketawa, dia pun nk ketawa..haha..
5. Iffat semakin murah dengan senyuman..orang yang 1 st time dia jumpa pun dia boleh senyum..alhamdulillah..

Tu je kot yang umi noticed..


Wajah kesayangan umi an abi..
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Wedding tickers