Showing posts with label Dapur. Show all posts
Showing posts with label Dapur. Show all posts

Sunday, April 22, 2018

Crabstick Popia

Gini le gaya mak-mak kan ddk kat dapur. Kebanyakan masa la... teringin juga byk masa rehat-rehat ke tidur ke tgk tv ke... mmg tak mendapat lah le awok hahahahaaaa


Crabstick Popia
Kulit popia
Jejari ketam
Sedikit tepung gandum
Air masak

Cara-caranya;
1. Ambil sehelai kulit popia dan letakkan jejari ketam di bhgian tgh. Bab ni ikut kreativiti masing-masing nk lipat mcmn.
2. Lekatkan bhgian hujung kulit popia dgn bancuhan tepung gandum+air td.


Anak-anak bertuah ni klu suruh tlg kerja kt dapur mmg laju je menolong. Moga rajin sampai bsr ye anak-anak. Afne sediakan bahan-bahan dan segala hasil kejadian adalah air tgn diorg sendiri. Of course la dgn pemantauan kita. 

Ada balance kulit popia tu mintak diorg lerai-lerai potong ikut suka hati jd lah kerepek popia horlicks. Ibu tlg gorengkan dan kakak Hana yg sira sendiri guna serbuk horlicks. Hmmmm... blh jd salah satu kuih raya ni. Bahan dan caranya pun simple dan sng.




Monday, March 12, 2018

COSWAY 50% Birthday Discount (Label Harga Warna Biru)

Waduh waduh waduhhhh... igt SSF je yg bg birthday discount 50% rupa-rupanya Cosway pun hado!

Konon-kononnya dtg Cosway sbb nk beli sabun basuh pinggan je tup2 kedai tu check sistem bgtau semua brg label harga biru dpt 50% discount sempena bulan birthday. Apa lagi nk kata.... sekotak trs diangkutnya bhahahaaaa


Next year blh angkut lg buat stock ye dak? FYI, Afne mmg pengguna setia sabun basuh pinggan, sabun cuci tandas & sabun toilet cosway mcm gini haaaaaaaa


Friday, November 24, 2017

Claytan Ceramic Factory Store

Salam semua.

Kali ni Afne nk share tmpt barang seramik best hehe... rasa lama dh bloggers/kaki deko tahu atau dah pergi. Sbb Afne kata best? Sbb brg2 kat sini dijual dgn harga lbh murah dr harga pasaran di pasaraya.

Kt bp ni ada 3 tmpt claytan :
  1. Ayer hitam
  2. Parit raja
  3. Jln kluang
Afne dh pergi tiga2 tp plg best tentu lah yg kt ayer hitam. Google je lah... In shaa Allah sampai 😉



Btw, ada 2 ruang iaitu sblh kiri kedai yg jual full set & sblh kanan kedai yg jual loose item maybe dr set yg reject dan juga lebihan pengeluaran kilang. Off course lah kedai sblh kanan yg selalu jd bualan ramai sbb harganya sgt murah tp kena lah pandai pilih.




Ok, Afne tepek gmbr-gmbr yg sempat disnap kt kedai belah kanan yg kata murah tu kan... (kedai belah kiri tu sama je mcm jual kt pasaraya). Nahhhhh sila jamu mata...












Ok, ni je yg Afne beli dr situ kuikuikuiiii... dtg bkn semata-mata nk membeli tp alang-alang ikut boss tgk site so singgah le sekali ye dak?! 


Tgk pasu putih kt atas tu br teringat projek orkid yg tergendala sampai ke sdh. Dh brp kali dtg pasaraya cowboy asyik takde yg kenan je... ada tu ada, tp stok lama yg dh tak byk pilihan. Nmpk gaya kena pegi pisb ayer hitam juga lah mcm ni.


Tuesday, November 21, 2017

Pemegang Pelbagai Guna

Salam semua.

Punya lah lama zaman bila punya draf ni br perasan nk publish kahkahkahhh... entry ini adalah bukti ke-bz-ian yg melanda. Antara hasil yg dpt 'dicandat' waktu ikut bos outstation. Mcm lah jauh bebeno padahal ke KL blk hari je ekekekekkk


Tgk brg pn korg dh blh agak hehe... Ikea kan tmpt yg plg suka dtg even cuci mata saja. Terapi beb... terapi! Bos yg sbk beli brg2 utk office. Nsb baik muat bonet kereta ekekekkkk


Ok, cukup cerita psl Ikea.


Apa tu? Entah... sbb kertas yg lekat kt benda tu dh dibuat main anak2 so Afne namakan muti-purpose holder yakni pemegang pelbagai guna. Knp beli? Entah... sbb warna putih kot laju trs masuk 2 ketul dlm bakul 😁


Haahhh... itu kegunaannya. Idok le berlemuih table top dgn kuah/minyak/air dr sudip/penutup periuk. 


Sama juga fungsi dgn yg pnjg tu. Dua2 ni Afne beli kt Mr. DIY murah2 je dlm RM3-4 rasanya. Brg murah, cantik & ada fungsi harus lah share info dgn kengkawan.


Monday, September 21, 2015

Set Hidangan & Set Cawan Jenama Claytan

mana2 yg biasa tgk afne tayang mknn dlm fb tu perasan lah kot balik2 pinggan tu je?!


haaaa.. skt je kan?! mmg itu je yg ada pun. sbnrnya set pinggan mangkuk dulu byk tp bg semua kat mak kebetulan sama warna/design buat ada2 menambah time tahlil/kenduri.

kelmarin afne sempat2kn ke kedai Claytan kt Parit Raja beli set yg sama utk cukupkn pinggan tu 1 dozen :)


ikut nafsu mcm2 lg nk angkut hahahaaa dasar org pompuan! semua kt atas tu dpt harga x sampai pun RM200 slps 20% diskaun & 6% gst. msh dikira murah berbanding harga di pasaraya. loose item 2 pinggan bujur (nmpk bulat plak dlm gambo) & 1 dozen mangkuk bubur tu mmg x sama corak tp jd le msh range warna hitam/putih/kelabu kihkihkihhh


dh basuh.. dh kering.. simpan le masuk kc :)


Monday, September 14, 2015

Shelf Insert VARIERA Ikea

bila join group sana group sini psl deko2 rmh ni mcm2 lah idea yg kita blh gunapakai utk rmh sendiri. cthnya shelf insert variera dari ikea blh dkira sbg multipurpose rack. afne fikir2 molek juga utk letak balang2 rempah memasak. test dulu 2 pcs yg kecik & 2 pcs yg bsr.


bkn ssh pun... cuma perlu sediakan screw driver. instruction berserta screw pn disediakan dlm packaging so ikut je step by step...


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

taraaaaaaaaaaaaaaaa.... setelah disusun atur dgn balang2 berisi rempah memasak :)


gmbr famous amous kt group sana sbb ada seller lain curi gmbr ni & claimed gmbr customer dia hohoooiiii! 


balang kecik atas sekali tu sekali pandang pn korg tau ikea punya kannnnn... balang yg di tgh & bwh tu afne beli kt kedai RM2. masa tu beli 6 biji je... pastu igt nk menambah lg bubuh rempah2 lain, dh brp kali pegi kedai tu asik takde stok je. saiz dia pn sdg elok kan x terlalu bsr & tak terlalu kecil.


material insert ni besi so mmg kukuh. dtg pulak idea nk guna insert saiz bsr utk susun atur pinggan mangkuk dlm kc. sblm ni susun2 mcm x fully utilise byk ruang kosong. apa ssh..... personal shopper ikea/kaison ada ramai kt fb nun pandai2 le order hehe. ni afne share personal shopper dr group shopping KAISON dan IKEA. trusted seller & afne dh 5 kali repeat order mcm2 brg :)


dh dpt tu apa lg.... psg trs lah kasi susun brg2 dlm kc yg tak teratur tu! hasilnya....


hat ni dlm kc bwh. sng anak2 nk amik cawan/pinggan/mangkuk ikea tu. pinggan mangkuk kaca mmg x byk (blm berkesempatan nk ke kedai claytan tu lg) & mmg ni lah yg buat basahan mkn hari2.


kat atas ni bhgian cawan, mug, gelas, teko & balang kuih raya kt wall cabinet. yg mana jarang guna afne bubuh atas2 skt. 

bkn lah semua bhgian kc afne bubuh shelf insert ni. walaupun harganya agak murah (klik sini) tp nk beli byk2 sekaligus agak costing juga.


Monday, August 17, 2015

Dapur

salam semua :)


tmpt afne 'bersilat' setiap hari. walaupun kecik saja tp syukurlah dpt sediakan hidangan utk suami & anak2.





korg jgn tertipu.... ni lps kemas2 kasi bersih sapu-mop-lap trs teringat snap nk update blog hehe. bbrp jam lps tu takde lah sekemas ini. memandangkan semua adalah setempat (takde asing dapur kering & dapur basah), maka agak sukar nk pastikan counter top & area sinki kosong selalu (spt dlm gmbr) tp afne mmg clearkan meja mkn tanpa sebarang mknn/mnmn. x suka semak2 rasa sakit mata ni memandang hahahahaa! maklum lah yg tukang sepahnya ramai tp yg tukang kemasnya kita seorg ;)

ada member kt group deko sana mntak gmbr full kc tp maaf le ni je yg termampu snap full. maklum le dapur kita kecik je. cuba cr apa perbezaan dr gmbr2 di atas hehe... iye, ada periuk nasi sbb masa tu dh nk msk lauk dinner.


mula2 pindah aritu mmg guna pinggan mangkuk plastik ikea je kikikiiii.. alasan sbb x sempat beli tp sbnrnya cerewet nk cr set warna hitam putih. survey aeon big pn x jmpa yg berkenan tp bila terjah kedai claytan kt Parit Raja mcm2 corak/warna/koleksi ada! harga pn lbh murah sbb direct kilang. loose item pn byk.


gajet penting di dapur... sapa suka mkn sambal wajib ada kot?! ni pun mak yg belikan. siap ukir berbunga2 lg... kau hado?


meh nk tayang hasil keluaran dapur yg secoet ni :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...