Followers

Showing posts with label karystos. Show all posts
Showing posts with label karystos. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

HARGA KOMBO

Belian kombo dapat harga murah
3 buah novel RM50

HARGA RUNTUH

WASILAH KASIH
RM18 harga termasuk pos

"Cuba teka siapa yang call tadi?"

Aku hanya menggelengkan kepala tanda langsung tidak tahu.

"Abah Zahra la..."

"So?" Masih kehairanan, sementara Zahra senyum terlebih gula sehingga lesung pipitnya sangat jelas lekuknya. Kalau macam ni, boleh kencing manis aku dengan dua beradik ni. Mereka punya senyuman yang sangat manis dan menawan. Cuma abang Naz agak jarang tersenyum, dia hanya tersenyum apabila perlu. Kalaulah Abang Naz rajin senyum dan bersikap peramah macam Zahra, sudah lama aku jatuh cinta tergolek - golek kepadanya.

"Zahra nak ikut Lat balik bercuti di kampung Lat."

Zahra memecahkan kebuntuanku. Sebenarnya aku bukan lega mengetahuinya, sebaliknya sesak dada. Boleh ke Zahra menerima segala kekurangan di kampungku? Mampu ke dia bermalam di pondok usang berdindingkan kelarai daripada buluh? Waktu malamnya sangat dingin dan hening. Aku mula membayangkan kemungkinan - kemungkinan yang ada. Macamlah rumah aku begitu... aku propa sahaja.

"Weh... Lat tak suka ke?"

Zahra seakan - akan memahami isi hatiku. Aku sekadar menggelengkan kepala.

Apa yang menjadi persoalannya, adakah Zahra diundang untuk menghabiskan cuti di kampung Latifa? Bagaimana penerimaan ayah Latifa dengan kunjungan tetamu yang tiba - tiba? Menghabiskan cuti semester pulak tu? Adoi, macam - macam si Zahra ni. Adakah Latifa akan membawa Zahra pulang bercuti, ataupun menolak kehendak Zahra? Mari kita selusuri novel Wasilah Kasih untuk cerita yang selanjutnya.

HARGA OFFER

BODYGUAR FROM TAIPING & PLASTER CINTA UNTUK BOS
mini novel 2 dalam 1
RM18 harga termasuk pos

"Awak piano? Errr... sorry! Sorry ya!" Umran tersasul menyebut sepatah nama itu.
Kelihatan Fiona seakan - akan tersentak seketika.
Laili pula sudah tersenyum - senyum sambil mengetap bibir. Namun senyumannya mati apabila jelingan maut Umran terpanah ke anak matanya!
"I mean Fiona..." Umran hela nafas panjang sebelum menyambung semula bicaranya.
"Ya, encik!" sahut bibir mungil itu dan membuatkan Umran jatuhkan semula pandangannya.
Suara itu seperti suara Rose Fannan.
'Ah tak perlu ungkit dan diingati perkara lama! Buat apa kalau setakat menambah luka di hati sendiri!' getus hati kecil memujuk diri.
"Awak ikut saya, kita ke rumah klien," aju Umran lalu bangkit dari duduknya.
Wajah Fiona dipandang sekilas, manakala Laili yang setia di sisi masih lagi tersenyum - senyum.