Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

:: Minggu Sukan ::

Assalamualaikum wbt..

Weekend ni free..eh, lupa! pagi Sabtu tu still ada program kt sekolah..Kem Bestari Solat year two..so, kene gak dtg sekolah.takper..kejap je..

Korang tahu dah hampir 4 minggu aku tak dpt masuk kelas yg berada di hari Khamis..sbbnya penuh dgn aktiviti luar.dan ari Khamis juga kelas aku penuh..bg aku rugi..sbb tak dpt kejar silibus subjek.dah plk minggu ni student aku dah start final exam..aku mmg terkejar2 sgt minggu ni sbb nk abiskan silibus.penat!

Khamis lepas, aku hantar budak team ragbi sekolah aku utk MSSMNS under 11..bertempat di Jelebu..nk ke sini jalan dia lebih kurang mcm dekat jalan Bukit Putus yg lama..cuma besar ckit. tp corner2 tu still ada..pergi 3 buah kereta dan rata2 budak2 ni muntah dlm kete...nasib baik kereta aku takde yg muntah..kalau tak nayer jer..

As usual, sekolah aku tak pernah Johan..hahaha...paling tinggi pun Naib Johan Cup..kira Cup tu mcm division satu la..haritu mmg dah nk menang dah..leading 12-10..aku ni terhentak2 kaki aku supaya reff cpt bunyi wisel penamat..mana taknya..mmg dah nak abis dah..

Tapi nk buat mcmana..dah takdir..dkt2 last minit tu la diaorg ni dok main kt kwsan try team sekolah aku..dup dap jantung aku masa tuh.last minit team lawan dpt buat try 5 mata..reff terus bunyi wisel penamat..aku tgk reff pun geleng kepala masa tuh..mana taknya..5 mata try penamat..itu namanya tuah!..aku je tak bertuah..final result sekolah aku kalah 12-15..

Aku dikhabarkan utk pergi menghadiri Kursus Kejurulatihan Ragbi MSSMNS bulan depan..korang cayer tak??aku ni tak pernah pegang bola ragbi pun tak pernah..jgn ckp main..lontar bola ragbi pun tak pernah!..setakat ajar teori je boleh la...aku risau laaaaa...confirm lps ni aku kene buat team ragbi sendiri memandang cikgu merangkap coach ragbi sekolah aku tu dah nk pindah...huaaaa..

Ada gak cikgu2 nih ckp.."Kau pandai ke main ragbi Dam??.." aku yakin jer jawab "Ish, tengok tangan la..." hahaha...hmmm...bila sebut perkara nih terus otak aku blur nk tulis apa lagi...lagi2 plk Ragbi adalah sukan berwatak sekolah aku..bermaksud permainan yg diberi perhatian dgn serius oleh pihak sekolah...bayangkan bertanding mesti ada medal bawa balik..mcmana kalau aku handle jgn ckp tak masuk final, quarter final pun tak sempat..apa aku nk jawab?..tolongg...

-out of ideas-

Semangat tu..mcm main tangkap2 bola plk..

Ni nama dia scrump...aku pun baru tahun lepas tahu..hehe

Tumpang sekaki...terima kasih sbb bg sy medal~



Sunday, July 24, 2011

:: Tak Puas Hati..Dengarlah Rintihan Hati Ini ::

Assalamualaikum wbt..

Khamis yang sudah, baru je selesai Majlis Semaian Wahyu peringkat daerah Port Dickson..mcm yang aku perkatakan pada entry yg lepas apa yang ada kt dlm majlis ni adalah salah satunya pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab..

Secara konklusinya sekolah aku menang 3 acara dari 8 acara dipertandingkan..antaranya;

1. Johan Kalam Jamaie (Chorus Speaking B.Arab)
2. Naib Johan Kuiz Tahap 2
3. Tempat Ketiga Dikir Barat Bahasa Arab

Kat sini aku nk menyatakan ketidakpuasan hati aku pada jemaah hakim..mungkin ada orang kata aku tak puas hati sbb sekolah aku tak menang..BUKAN sama sekali.aku cuma hendak memperjuangkan hak budak2 yang selayaknya menang walaupun bukan dari sekolah aku.

Sehari selepas pertandingan rupanya kawan2 aku dari sekolah lain juga masih bercakap pasal keputusan jemaah hakim..banyak kelemahan yang perlu penganjur dan jemaah hakim ni perbaiki..ya, mereka juga manusia tak lari dari membuat kesalahan tapi mereka boleh mengelak dan berusaha utk tidak membuat kesalahan dan berlaku adil.

Aku nak menyentuh pasal acara Dikir Barat B. Arab sebab aku yang melatih budak2 nih..secara jujur, aku ckp nak buat lirik dia aku ambil masa dekat 2 bulan..kalau ada latihan petang tu atau esoknya dah tentu pkul 1-2 pagi baru aku tdo sbb risau dgn latihan budak2 nih..sampai hari pertandingan, aku tawakkal jer..aku tak dapat join diaorg sbb aku hakim acara lain.

Yer, kalau diaorang Johan tahun lepas..mmg aku akui sebab persembahan mereka mantap, tukang karut pun ok..berbeza dgn sekolah aku dan tmpt ke-2..tapi bukan tahun nih.

Kenapa aku mempertikaikan sekolah yg Johan tu tahun ni??sebabnya..

1. Diaorang guna lirik yang lama..tak berubah langsung..aku siap dah hafal bentuk persembahan dia.gaya persembahan pun sama cuma berubah pergerakan diaorg tak serata, tak sama mcm yg thun 2009.(sedangkan aku gunakan lirik baru)

2. Tukang karut diaorng membosankan!..malah ada lagi tukang karut dari sekolah lain yg lebih baik..sekadar menggoyangkan tangan mcm 'Usop Wilcha' (tukang karut sekolah aku lagi happening)

3. Masa persembahan Juara, tukang karut lupa lirik, percussion leka lupa masuk muzik.berkali2 tukang bunyi gong pukul gong tu.nk bgtahu kt si pemukul gendang..itulah persembahan JOHAN!

Kesimpulan yg aku dapat buat, salah satu sebab kenapa daerah Port Dickson tak boleh menyerlah masa peringkat negeri adalah sebab keputusan jemaah hakim yang dah muktamad.

Malah masih ada acara dimana Ketua Hakim semasa menjemput peserta tampil dengan menyebut nama sekolah..ini boleh menimbulkan 'bias' a.k.a berat sebelah sbb terdapat hakim di kalangan sekolah tersebut...

Aku juga perhatikan kebanyakan peserta yang mengambil hadiah tempat pertama semuanya memakai baju sekolah yang mempunyai logo sekolah melambangkan sekolah masing2..aku ada pengalaman tahun lepas yang mana peserta lelaki bercerita sekolah aku pakai uniform sekolah masa pertandingan..hakim ulas, dia boleh dapat no.1 tapi disebabkan dia pakai baju sekolah so, markah banyak kene tolak kt situ..itu aku redha sbb itulah sebetulnya.

Dulu masa meeting dikatanya aku ni mcm first time jadi hakim...tp sekarang aku rasa mcm diaorg pulak yg first time jadi hakim!..masa acara nk bermula takde taklimat ringkas oleh ketua hakim.i mean, berapa minit loceng akan dibunyikan, peraturan lain dsb..aku pun layankan aje..malas dah!

Cadangan aku utk tahun depan.

1. Hakim utk acara yg berbentuk format seperti chorus speaking dan dikir barat seeloknya terdapat hakim yang pakar dalam bidang muzik dan bukannya hakim yang buat2 pandai..biarlah hakim tu seeloknya dari guru sekolah menengah atau daerah lain atau guru sekolah rendah yang betul2 opsyen mereka..

2. Segala peraturan dan perubahan peraturan yg dibincangkan oleh hakim mestilah ada hitam putih dan diedarkan kepada sekolah yang bertanding acara tersebut. supaya jelas, takde kekeliruan dan tiada timbul ketidakpuasan hati selepas itu.

3. Hakim mesti adil!..aku rasa terdapat hakim yang membocorkan soalan kepada sekolah mereka..aku perhatikan ada peserta yang dah siap2 tandakan muka surat pada al Quran..sebab senang nk mencari dan dah tahu soalan mana satu..semasa menggubal soalan, hanya hakim sahaja yang tahu..sedangkan masa mesyuarat mereka dah tanda tangan aku janji hakim.

Kadang2 aku agak malu sebab kebanyak orang yang berperangai mcm ni kebnyak ustaz dan ustazah yang belajar agama dengan mendalam..tidak dinafikan, bukan semua mcm tuh, tapi kerana nila setitik habis susu sebelanga..

Kalau PPD Port Dickson terbaca ni...saya berharap satu perubahan bakal dilaksanakan pada tahun depan..jika, tidak sia2 sahaja program tersebut dijalankan..

Sekian, wassalam.

Monday, February 21, 2011

:: Ilmu Hisab ::

Assalamualaikum wbt..

Korang tahu tak, adakalanya matematik dipanggil ilmu hisab..kenapa??..aku pun tak tahu apa yg dihisapnya..mungkin ilmu hisab ni diambil dari Bahasa Arab..iaitu ilmu kira-kira..sebab 'Hisab' jika diterjemahan ke bahasa Melayu adalah kira-kira atau hitung...jadi aku rasa ya, dari situ diambilnya perkataan Ilmu Hisab..

Sekarang, zaman dah berubah..ditukarnya plk kepada Subjek Matematik..dan lepas tuh pulak, sekarang dah tak panggil lagi subjek atau madah atau matapelajaran..sekarang dah ditukar iaitu Disiplin Ilmu...<-memetik kata-kata Guru Besar aku semasa mesyuarat yg lepas..

Aku sangat suka belajar matematik..sangat suka.mungkin sebab iainya menyelesaikan masalah..hehe..jangan tak percaya, dari UPSR, PMR dan SPM..Math aku 'A' ok...hahaha..astagfirullah..

Ada sebab kenapa aku agak terer ckit dlm Math..banyak sebab sebenarnya..tapi yang nak dikongsi kat sini satu jer..pengalaman kannn..

Dulu masa aku sekolah rendah, kebetulan pak busu aku masa tu cikgu praktikum..dan dia plk boleh dapat mengajar dan berpraktikum kt sekolah aku..dia ajar aku PS (sekarang PSV) n PJK..tapi kt rumah dia guru math aku...semalam mesti menghafal satu sifir n sebelum tidur tasmi' kt dia..atau pergi baca depan dia..tak hafal, hukuman dia dia akan tarik sideburn aku..sakit dowh~..melalak pun tak guna, mak aku wat pekak je masa tuh..mak mesti la nak aku jd pandai kan..

Lepas tu, setiap malam juga dia akan bekalkan aku dengan soalan2 Math..sangat banyak..kene buat tiap2 malam..kalau dia check salah..mampos aku kene....

Pernah sekali tuh..dia ni selalunya tiap2 petang akan kluar main tenis...aku pergi senyap2 menyelinap masuk bilik dia..dan carik soalan Math yang akan dia bagi kt aku malam nanti..puas aku carik..last2 jumpa gak..2 helai siot penuh dgn soalan Math..

Aku amik dan aku sorokkan..kalau tak silap aku buang rasanya...hahaha..malamnya aku dengan senang hati la study kt meja belajar aku...tup2..dia bagi jugak soalan Math kt aku...dia buat balik!!..aku pun rasa mcm sia2 je keje aku petang tadi..

Korang nak tahu, sejak aku masuk form 4..aku tak pernah lulus subjek Math..entah kenapa bengap sangat aku masa tuh..hatta ke form 5 sekali pun...tapi kalau dah suka, aku akan buat apa shj..so, b4 trial aku study sungguh..dan masa result trial aku dpt la B4..n masa exam betul2..aku sgt yakin..masa tu terdetik..kenapa la aku tak study betul2 dulu..menyesal kemudian tiada gunanya..hehehe

Mungkin itu salah satu sebab dari banyak lagi sebab2...smpai skrg aku masih lagi minat dgn subjek Math..hatta kalau budak dtg study kt rumah aku, aku ajar diaorg Math dulu dr subjek2 yg lain..

Al Kisahhh...~ sekian...


Wednesday, December 1, 2010

:: Jangan Pertikaikan , Berkat Kesabaran ::

Assalamualaikum wbt..

Entah kenapa la malam ni rajen sgt mengupdate blog..hahaha..

Btw, saya cuma nk berkongsi kisah hidup saya..hehe..ntah kenapa tadi tiba2 terpkir kan lepas solat td..

Ketahuilah bahawasanya, saya memiliki semua barang yang sy idamkan dengan berkat kesabaran..melihat saudara mara sy yg masih muda skrg yg lebih advance dan kadang2 mereka juga terlalu demand! ...

Orang yg terdahulu makan garam dari sy pun tentu terfikir benda yg sama..ye lah, zaman kan dah berubah..sape yg boleh nafikan..

Saya dilahirkan dalam keadaan hidup yang boleh dikata ckup sederhana, tak kaya dan tak berapa susah sangat..cuma selepas 3 bulan sy dilahirkan ayah saya telah pergi meninggalkan sy selama-lamanya..al fatihah~

Saya bersyukur sangat bila kehidupan sy sebegini..dulu ya, mmg sy tertanya kenapa tak mcm ini..kenapa tak mcm itu..tp semua tu bila difiki2kan balik ada hikmah..

Setelah berhempas pulas dan bersabar selama di alam persekolahan, universiti, maktab..saya tahan dan sabar je bila melihat org lain mampu memiliki bnda yg diidamkan sedang sy tidak mampu lgi..tp sy percaya semua itu berkat usaha kesabaran mereka..dan kini setelah saya masuk ke alam pekerjaan sy juga bebas melakukan apa shj yg sy tak boleh buat dulu..

Ini fakta mengenai hidup saya..

1. Saya mula pakai handset ketika kursus persediaan sebelum saya terbang belajar di Jordan..saya tak kisah je kawan2 sy masih kt sekolah dlu da pakai handset Nokia Butterfly..skrg sy da mampu beli Sony Ericsson..anak murid sy kt sek rendah tu pun da ada yg pakai handset skrg..haha..

2. Tali pinggan yg saya pakai skrg tidak pernah sy tukar2 sejak saya selepas SPM..sampai sekarang yer tuan2 dan puan2..dah hampir 6 tahun da tali pinggang tuh..sebenarnya tali pinggang tu kepunyaan kawan sy..nama dia Iylia Syairazi..disebabkan di rembat seluar sekolah sy..sy rembat tali pinggang dia..tp masing2 da redha da...sy bukan tak nak tukar baru, tp sy selesa pakai yg tu..hahaha

3. Saya mula mengecapi nikmat mempunyai lap top sendiri ketika sy di tahun akhir pengajian di univ...malah sy lebih dulu memiliki iPod Shuffle (pemberian org) sebelum memiliki laptop tersebut..dan kini iPod tu da kene curi dek pencurik yg sgt jahanam~

4. Saya mula mengenal seta mahir komputer dan internet sejak sy di Jordan..masa di sekolah menengah, nama je s/u..nk masukkan disket haram sy tak reti..apatah lagi nk shut down komputer..skrg sy tak masuk kelas komputer pun sy ada basic menggunakan Adobe Photoshop..setakat name tag budak2 ni..da berpuluh sy buat..hahaha..Astagfirullah al azeem..

5. Kad ATM pertama saya adalah HSBC Bank...tu pun sbb nk belajar kt overseas..dan dr situ sy belajar mcmana nk gunakan ATM machine..ingat dulu masa kt asrama Iylia kawan sy suh kluarkan duit dia kt bank guna ATM kad..sumpah! sy buat2 reti disebabkan tak nak kalah dgn Iylia..haha..puas sy ingat mcmana instruction yg dia bg sebelum tu..skrg, jangankan sy da pandai guna debit kad malah saya bayar bil sekarang online jer..maybank2u.com..haha..

6. Saya mengidamkan MP3 player..mungkin sy ni ketinggalan..tp lantak la..bnda tu sy da idamkan dari dlu lagi..anda tahu, selepas 24 tahun baru sy mampu membeli MP3 player sy sendiri berjenama Sony di Sony Centre Jusco Bandaraya Melaka..andai kata iPod Shuffle sy tidak dicuri pencuri yg jahanam itu, mungkin sy tidak terfikir untuk membeli yg baru..

7. Kasut kerja saya yang pertama adalah sumbangan pak busu sy..hahaha..kasut tu sy pakai sampai sekarang..al maklum, dlu masa tgh2 elaun tidak bergaji nk beli kasut ni mmg payah..kalau beli juga alamatnya kene puasa 2 minggu..hahaha..skrg kasut tu da jahanam dan saya plk da bergaji..sy mampu nk beli baru..ha, ckp je brand apa..Bonia?Crocodile?Hush Puppies?..tp sy tak berkira, asalkan kasut tu ringan..haha

8. Kali terakhir aku pakai baju raya baru adalah pada tahun 2007..sejak tu pakai baju raya yg lepas2 jer..lagi2 masa tgh belajar kt maktab..apa yg ada tu, pakai jer..sbb tak mampu nk beli yg baru n i never ask my mom to buy the new one..aku tak kisah..tp tunggu la tahun depan..tahun ni, aku tak sempat nk merasa bonus raya gov bagi..sbb bonus aku masuk lps raya..tunggu la tahun depan jika dipanjangkan umur in sya Allah..hehe

9. The best things is...bila kau da puas bersabar dan bekorban akhirnya kau berjaya..itu paling indah! ... ya, bila kita berjaya dalam hidup..aku yakin sumer org akan gembira nanti..yang paling penting berjaya dunia akhirat..ngeeee..

Buat kesekian kalinya, sy letak gambar sy semasa konvo di Jordan dlu..hahaha..

poyo nyer aku time nih..ngeee~


Dan sekarang bila aku da mampu buat keputusan sendiri tanpa menyusahkan orang lain aku rasa berbaloi sangat..segala pernantian..aku bebas nak pergi ke sana..ke sini..cuma yg penting info pada mak aku jer..aku rasa mak aku pun takde nk kata "NO!..tak boleh pergi!" sebab dia tahu aku tak minta duit n menyusahkan dia dan mungkin juga mak rasa saya da besar skrg..da boleh kawen da pun..kan mak kan??..hehehe

Ok lah..if korang ada bnda nk share atas segala pengorbanan dan kesabaran korang selama ini..why not..luahkan ajer..no need to pay..hehehe..

p.s: Baru aku perasan..kejap aku bahasakan aku..kejap saya..da tak larat nk edit..haha

Wednesday, November 24, 2010

:: Konvokesyen IPG KPM 2010 ::

Assalamualaikum wbt..

AWAS!! : entry ini sangat panjang!

Alhamdulillah~

Sangat berpuas hati dan sangat gembira pada hari ni bila sekali lagi dapat naik atas pentas untuk menerima scroll sijil..kali ni adalah Diploma Pendidikan..

Pada tahun 2008 bulan Jun adalah kali pertama masuk ke konvokesyen untuk amik scroll Ijazah Sarjana Muda di Universiti Mu'tah, Jordan. untuk menyingkap kisah silam itu sila la rajin2 kan jari tu klik di sini..eh, sini..

Terasa bertuah sangat bila dapat rasa majlis konvokesyen di Malaysia..dulu kt Jordan..tersangat berbeza..di Jordan ni dia buat ala2 mcm kt US sana..open..tengah2 padang...tapi kt Malaysia penuh dengan protokol..

Sidang untuk kampus aku adalah sidang yang terakhir iaitu sidang ke-4..start pukul 2ptg dan abis dalam pukul 5 ptg..pheww...letih duduk~

Memandangkan kampus aku adalah kampus pertama yg akan dipanggil naik, maka aku adalah org ke-7 yang akan naik pentas dan aku dduk betul2 di barisan hadapan..dan berhadapan dengan kamera!..tak senang dduk aku dan member yg lain..camera tu asyik focus kt kitaorg jer..da la ada screen besar kt depan dewan..dduk tegak je la tadi..hahaha..

ok..layan kan aje gambar2 yg sempat di tangkap ni..hehe..khas untuk Bro. Deaf Angel~ :D


Tersenyum lebar aku...hahaha..puas simpan setahun setengah senyuman mcm nih..

Sijil Diploma Pendidikan aku..

Ingatkan dapat 1 jer...sekali dapat 2 daa...terima kasih~

Ni dia Hafiz, kawan sehati sejiwa masa di kampus..susah senang sesama..dia sgt cerdik~

Aus, kalau dia ckp dlm dewan atau auditorium..tak pakai mic pun tak per..

My big family to-be ...


P.S : i would like to thanks :

1. My mother, Puan Mariah bte Ibrahim..atas sokongan dan keprihatinan beliau sepanjang setahun setengah ni..dan ni lah hasilnya! love u mom~

2. Para pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban..tak kira dari jabatan mana sekalipun..terima kasih di atas kesudian mereka yg sanggup mencurahkan ilmu..khas buat pensyarah di Jabatan Pengajian Islam dan Moral..

3. Kawan sekuliah selama setahun setengah ni..susah senang bersama dengan elaun yang cukup2 makan ni..tapi bila tarikh kene masuk kuliah kene gak dtg..tak mengenal erti cuti panjang..now we are free right?..hehe..harapnya kita berkawan sehingga jasad di kandung badan insyaAllah..khas untuk rakan2 di Unit Bahasa Arab..

4. Rakan-rakan guru di SK Telok Kemang..di ats keprihatinan anda selama setahun setengah saya menjadi guru pelatih..terutama rakan2 cikgu j-QAF, GPI dan guru-guru tahun 1 yang teramat baik hati dan sangat memahami..

5. Ahnaf Hilmi bin Mohd Arif..di atas kesanggupan dia datang ke Putrajaya dari Port Dickson semata2 untuk meraikan majlis kami ni dan untuk bersuka ria dengan camera dia yg sangat canggih itu...thanks nap~

6. dan semua yang banyak membantu secara langsung dan tidak..rakan2 bloggers yg banyak memberi nasihat..jazakaAllahu khairan kathira~

P.S.S : asalnya nk wish thanks kt anap jer..tetiba lak teringat kt yg lenlain..hehe


Wednesday, November 10, 2010

:: Mubarak 'alaikum ::

Assalamualaikum wbt..

Rasanya dah lama tak update blog ni..kesibukan dengan aktiviti lain serta kesuntukan masa...a maklum da nak penghujung tahun ni makin banyak aktiviti yang kene buat dekat sekolah..dengan kursus, kem itu..kem ini..hari anugerah lagi..exam dsb..

Hari ni result UPSR keluar, da tentu la masing2 nervous yang amat..tp kat sekolah aku arini result diumumkan agak lewat ckit..al maklum murid darjah 6 sekolah aku hampir mencecah 200 orang yer tuan2 dan puan2..

Aku awal2 lagi da smpai sekolah..mcm aku plk yg excited..hehe..this year aku nmpak sangat excited sebab ramai murid2 yg aku kenal amik UPSR tahun ni even aku tak mengajar year 6..tp saje je bg moral support..mcm dekat si Aswad, Syahir, Nani, Faezah, Aqil mereka yg bukan dikalangan anak cikgu mcm Hanif..

Macam2 ragam boleh tgk ada yg nangis gembira, ada yg nangis sedih tak dpt 5A..tp apa yg penting bagi aku itu hasil selepas 6 tahun belajar di sekolah rendah..tp itu bukan kayu ukuran dlm kehidupan kita..life must go on..ada lagi exam yg lebih mencabar menunggu iaitu SPM..

Apa yang aku perhatikan..dlm banyak2 50 murid yang dipanggil naik ke atas pentas sebab dpt 5A dan 4A tadi...excited bukan main smpai lupa nk salam cecikgu..tak kisah lah..bukan sekadar cikgu year 6 aje..cikgu2 yg lain pun mesti kene salam tanda terima kasih..

Btw, tahniah utk semua murid yang berjaya dan yg kurang berjaya tingkatkan prestasi di masa akan datang..dan tidak lupa kepada semua cikgu2 yang telah berhempas pulas mengajar murid-murid ni dari year 1 sehingga year 6 ...

Akhir kalam, bersyukurlah dengan apa yg dah ada di depan mata tuh..seperti firman Allah;

"La in syakartum la azindannakum, wa la in kafartum inna 'azaabi la syadeed"

maksud yang lebih kurang; bersyukurlah maka Allah akan tambah nikmat kesyukuran tu dan bagi mereka yang kufur nikmat sesungguhnya balasan azab yang pedih menanti mereka..

renung-renungkan dan selamat beramal..


FAKTA NOMBOR;

21 orang - 5A
26 orang - 4A 1B
3 orang - 4A 1C


Thursday, July 15, 2010

:: Syukran ya Dinie ::


Assalamualaikum wbt..

Kelmarin dapat award dari sorang kawan kt Mesir..giler jauhkan??..award dari Mesir.haha..tp award ni bersyarat plk..nampak tak kt situ?..nk bagi tapi bersyarat..hahaha..but it's ok..kerana award ni dari mesir..so, aku redha la..

Hampir terlupa..award ni diberi oleh member saya seorang al Hafiz ye tuan2 dan puan2 yg dirahmati Allah sekalian..nama dia Dinie.

seperti syarat utk menerima award ni tak susah sbnrnya..antara nya:-

1) Award ini harus diberi kepada 15 blogger yang sering dilawati dan dirasakan menarik.
(oleh kerana award ni diselesaikan lebih dari tarikh sepatutnya..maka, diskuan diberikan.aku hanya beri lagi kepada 5 org jer)








Tahniah la diucapkan kepada mereka2 kat berkenaan kat atas diatas pemberian award ini dari sy plk..

2) Semua nama-nama ni perlulah dimaklumkan bahawa mereka telah tersenarai dalam senarai 15 ni.
ok!
3) Syarat terakhir, senaraikan 7 perkara tentang tuan empunya blog.

1. Skrg saya tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan.

2. Saya selalu didesak oleh manusia lain spya saya cpt berkahwin, padahal yg nak kawen sy..bkn mereka.

3. Saya ni kalau da start bercakap payah utk berhenti..lagi2 perkara2 yg sy minat.

4. Oh yer..saya terer main bowling..juga badminton..

5. Saya ckup sukakan budak2..that's why i love teaching in primary school.

6. Saya seorang yang garang bila di dalam kelas..series!..

7. Saya seorang yang tak boleh dduk diam kt umah..saya kaki jalan..nk melancong? jom!



Nah, terima la award ini..terima kasih..lawa kan??