Showing posts with label j-QAF. Show all posts
Showing posts with label j-QAF. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

:: Tak Sampai Sebulan Daah ::


Assalamualaikum wbt..

Adoi hai...busy memanjang je aku ni sampai dah lupa nk update blog..bnyak sungguh entry yang aku skip kan..dengan hari raya, open house semua bagai laa..ckp pasal open house..rasanya start sekolah aritu smpai la Khamis yg lepas...aku asyik mencekik kt rumah org...hahaha..al maklum cecikgu kt sekolah aku ada 104 orang...so, kalau sehari sebuah rumah...mcmana??..padahal raya sebulan jer...aku dgn member aku yg bebujang dan yg ada husband tapi PJJ ni...plan la hari ni ke rumah siapa...esok rumah siapa..lusa ke rumah siapa..smpai ada yg menjemput siap ckp "nnti kitaorg check jadual kitaorg dulu..." gituh!

Tapi yang paling aku nk share adalah persiapan aku menjelang 5 Oktober ni...arghh..

Tak sampai sebulan je lagi...barang hantaran dah hampir setel..tggl sesikit je lagi...bertambah ssh nk jumpa plk minggu depan ada sekolah ganti...next week lagi satu tu plk sekolah aku plk jadi tuan rumah perkhemahan peringkat daerah...aku siap sound awal-awal dekat Ketua Panatia aku..."Kak, saya dah dekat ni kalau minta bekerja setakat hari Jumaat je lah..Sabtu Ahad..saya nk uruskan perkahwinan saya.." cewahh..mengalahkan Guru Besar aku ni..

Goodies utk tetamu...ermm..dah serahkan pada pengilang..tempah dah..tinggal nak ambil je lagi...tapi goodies utk si kecil tu yg tabah tu...memandangkan masa aku beli kad kahwin tu ada free kotak goodies...so, aku guna tu jer..tapi nk memasang tu kotak tu sgt leceh..nasib baik la anak jiran aku tu sudi menolong..hehe

Khemah dah tempah..baju pengantin n pelamin dah tempah..cuma tak buat fitting lagi...aritu org tu call dia kata nnti dia akan bgtahu balik..pelamin pun tak decide nk guna mana..pelamin tu utk bergambar sahaja..hehe..

Perarakan masuk pengantin nnti aku gunakan khidmat pelajar2 tahfiz dkt tempat aku ni utk memukul gendang sambil berselawat...aritu aku tgk ada jiran aku buat mcm tu...sejuk pulak mata memandang..lagipun Uwan aku tak berapa prefer sgt kompang2 bagai ni since ayah aku meninggal..aku pun tak tahu kenapa..malas nk tanya..

Deejay...?! dah..! aku amik kawan aku masa sekolah menengah dulu...melihat kepakaran dia mengendalikan majlis..agak happening...cuma aku ada la demand beberapa syarat..no karaoke n no lagu2 yg tak kene dgn selera aku..aku lg prefer nasyid kot...sbb biar la org yg nak makan tu berselera ckit..muahahaha..

Cakap pasal karaoke...Sabtu lepas aku pergi kenduri kawen kawan aku yg deejay ni...kt kenduri dia ni ada karaoke..ada la sorang Mak Cik ni...dia nyanyi..super 'sedap' ... aku pun tak tahu la samada mak cik ni perasan ke tak...masalahnya org2 yg tgh makan tu ramai yg dok mengata..aku tersenyum smbil sepak2 kaki kawan aku yg dduk sebelah..hehehe..

Oh ya...last week pergi Matta Fair kat PWTC...kononnya nk survey tempat honeymoon..tp hmmm..bawa balik flyers jer...banyak sgt pilihan sampai tak tahu nk pilih mana satu...org ramai tanya.. "adik nak ke mana??" kitaorg jawab "Ntah...tak tahu nk g mana.."

Last! .... minggu lepas masa aku bertugas jaga exam UPSR...pejabat call aku..kerani tanya..."Ust nnti cuti kahwin sampai bila...?" "Ermm...saya rasa mcm nk ambil Khamis, Jumaat dan Isnin..." "Ooo..elok la tuh sebab ada surat sampai pasal kursus pendedahan KSSR B.Arab tahun 3..hari Selasa sampai Jumaat..lps Ustaz masuk sekolah balik..nnti masuk sekolah amik surat atas meja yer." "Ok..." dalam hati menyesal plk tak ambil cuti sampai Selasa...silibus tak abis lagi..dah kene pergi kursus...boring!

Ok...jadi utk rakan2 bloggers ni...saya dengan penuh rasa rendah diri dan berbangga utk menjemput kalian hadir ke Majlis Perkahwinan saya nanti pada 7 Oktober 2012 (Ahad)..pm sy utk dapatkan kad..nnti saya pos..k?!


Jemput datang semua...!!

Thursday, October 27, 2011

:: Tadaaaaa!!...Tukar Opsyen ::

(Entry ni panjang...tapi best utk dibaca..aku mengambil masa 3 hari utk menaip..tak caya..baca lah!)

Assalamualaikum wbt...

Semalam masa aku ke pejabat sekolah..untuk sign kedatangan, ada note yg kerani aku selitkan kat situ..bermakna ada surat utk perhatian cikgu2 nih..kat situ aku tengok ada 2 nama aku..selalu tak pernah lak ada smpai 2..kadang2 takde langsung.

Ada 2 surat utk perhatian aku...satu aku kene jadi guru pengiring utk Majlis Khatam al Quran Perdana peringkat negeri kt Seremban..Katanya nk buat yg terbesar..dianggarkan mencecah 12,000 orang..tak tahu la angka rasmi berapa..

Tapi setakat yg aku pergi aritu boleh tahan gak ramainya...

Surat kedua utk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh aku ni agak menakutkan aku..iaitu aku dipanggil utk menghadiri kursus..aku rasa sebelum ni aku dah citer kot. iaitu Kursus Kejurulatihan Ragbi Peringkat MSSMNS..

Hadoii...korang tahukan aku ni pegang ragbi pun jarang..amat jarang..haha..sejarahnya bermula begini..

Nama aku tercicir dalam senarai guru pembimbing aktiviti Sukan dan Permainan sekolah..so, aku diberi pilihan nk masuk mana..aku minta la Tenpin Bowling..dah itu je sukan aku minat (dan agak teror jgk laaa..)haha..selang beberapa lps tuh..aku diberitahu aku ditukarkan ke sukan Ragbi..tension gak aku masa tuh..yelah, aku mana reti main ragbi..aku masa tu aku ni cikgu baru..mana la berani nk lawan..taat je la..terima.

Tak lama lepas tu, aku diminta utk jadi guru pengiring merangkap pengurus pasukan (sebenarnya takde la hundred percent aku mengurus) utk MSSMNS 2010..masa tulah aku agak excited sbb benda ni tak pernah aku buat..

Dalam tahun yang sama, sekolah bgtahu Pjbt Pelajaran Daerah mewajibkan budak year 3 pun masuk Ko-Ku..so, nk tak nak aku kene la ajar bdk2 year 3 ni teori utk bermain ragbi..budak2 ni nmpak mcm aku ni pro..padahal sebelum tu puas la aku buat research kt internet n library..siap pinjam buku Ragbi kt library UIA..hahaha..dari situ la timbul minat..sebab dah tahu sikit kan..

Boleh kata aku ni jadi pemerhati utk sukan ragbi selama 2 tahun..dan 3 kali perlawanan MSSMNS..masa tu aku tengok jer...kadang2 ada gak tanya budak2 nih..apa maksud istilah itu..istilah ini..kenapa mcm tu..kenapa mcm ni...walaupun masa tanya aku buat macho dan ego ckit..hahaha...

So, jurulatih sebenar utk team sekolah aku tu..seorang cikgu pra sekolah..cikgu Hairul..dalam masa yg sama dia dah banyak kali ckp kt aku yg dia tgh apply utk pindah sekolah..rasa nya dah dpt dah..tinggal sekolah tu belum buka secara rasmi je lagi..sekolah baru..dia jgk banyak kali bg hint kt aku kalau dia pindah aku la kene jd coach utk buat satu lagi team lepas nih..hmmm..GPK Ko-Ku aku pun ada ckp bnda yg sama...Tahun ni aku dah diberitahu awal..pasal kursus tuh..mula2 aku suka giler..sebab aku mmg minat try benda pelik aku tak pernah buat..

Zaman sekolah rendah dulu mana la minat bersukan nih..aku still ingat masa zaman aku Prasekolah cikgu suh buat terbang mcm burung terbang..aku je yg agak segan nak buat..dah la taknak buat..siap kutuk budak lain "apa la..tak malu ke diaorang ni..ntah apa2 la diaorg buat.." bolehhh???..hahaha...ada je aku masuk utk selection bola baling...tp tak terpilih.

Zaman sekolah menengah..sekolah aku mana ada PJ!..sekolah agama la katakan..5 tahun tu aku tak bersenam..dok berpeluh sbb berjalan (dan kadang2 berlari) nk ke kelas...waktu petang time riadah aku bersidai kat tembok asrama skodeng orang mahupun bergossip..atau menggangu junior yg sedang bersiap utk ke dewan selera..mungkin juga aktiviti ni aku lakukan bersama Khairil~

Zaman univ plk..ada je sukan...tp bola je la memanjang nyer...aku bukan pandai sgt main bola..ada gak aku masuk pertandingan bola..dan team aku ni team underdog je la..kalau tak silap aku jadi goal keeper...bolos??..jangan cerita!..at least aku berani..haha


yer..goal keeper itu adalah aku!..jgn tak percaya..ada gaya kan??

Goaaaaalllll......No comment..aku tak sengaja..ada orang cbuk tngkap gambar aku..haha

Sejak dah masuk alam perguruan ni..macam2 sukan aku buat..dari melontar peluru hinggalah lompat jauh..bukan buat apa..nk suh budak buat cikgu kene la bg teori dulu..pastu buat contoh..biasanya masa nk dekat sukan sekolah..

Ok..berbalik kepada ragbi tadi..sebenarnya aku suka je dipilih utk pergi kursus tuh..tapi yg membuatkan aku risau n agak cuak banyak bila aku bc isi kandungan surat tu yg berbunyi..

"Guru yang dicalonkan ini adalah guru yang bakal menjadi jurulatih di peringkat sekolah, peringkat MSS Daerah, dan juga peringkat negeri (MSSNS)"

Tak ke aku risau!..aku harap kursus ni aku dpt la menimba ilmu sebanyak yang mungkin..eeeaiii..cuak lak aku.

Aritu diaorang (coach2 ragbi yg dah lama ni la) ckp "eh, bagus la..kito pun dah lamo takdo ustaz yg jd jurulatih ragbi ni kan.." yer lah tuh...lps ni boleh la aku tukar opsyen minor aku...PJK!

Terima kasih kerana membaca...salam hormat dari Coach Adam~ hehehe


Sunday, July 24, 2011

:: Tak Puas Hati..Dengarlah Rintihan Hati Ini ::

Assalamualaikum wbt..

Khamis yang sudah, baru je selesai Majlis Semaian Wahyu peringkat daerah Port Dickson..mcm yang aku perkatakan pada entry yg lepas apa yang ada kt dlm majlis ni adalah salah satunya pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab..

Secara konklusinya sekolah aku menang 3 acara dari 8 acara dipertandingkan..antaranya;

1. Johan Kalam Jamaie (Chorus Speaking B.Arab)
2. Naib Johan Kuiz Tahap 2
3. Tempat Ketiga Dikir Barat Bahasa Arab

Kat sini aku nk menyatakan ketidakpuasan hati aku pada jemaah hakim..mungkin ada orang kata aku tak puas hati sbb sekolah aku tak menang..BUKAN sama sekali.aku cuma hendak memperjuangkan hak budak2 yang selayaknya menang walaupun bukan dari sekolah aku.

Sehari selepas pertandingan rupanya kawan2 aku dari sekolah lain juga masih bercakap pasal keputusan jemaah hakim..banyak kelemahan yang perlu penganjur dan jemaah hakim ni perbaiki..ya, mereka juga manusia tak lari dari membuat kesalahan tapi mereka boleh mengelak dan berusaha utk tidak membuat kesalahan dan berlaku adil.

Aku nak menyentuh pasal acara Dikir Barat B. Arab sebab aku yang melatih budak2 nih..secara jujur, aku ckp nak buat lirik dia aku ambil masa dekat 2 bulan..kalau ada latihan petang tu atau esoknya dah tentu pkul 1-2 pagi baru aku tdo sbb risau dgn latihan budak2 nih..sampai hari pertandingan, aku tawakkal jer..aku tak dapat join diaorg sbb aku hakim acara lain.

Yer, kalau diaorang Johan tahun lepas..mmg aku akui sebab persembahan mereka mantap, tukang karut pun ok..berbeza dgn sekolah aku dan tmpt ke-2..tapi bukan tahun nih.

Kenapa aku mempertikaikan sekolah yg Johan tu tahun ni??sebabnya..

1. Diaorang guna lirik yang lama..tak berubah langsung..aku siap dah hafal bentuk persembahan dia.gaya persembahan pun sama cuma berubah pergerakan diaorg tak serata, tak sama mcm yg thun 2009.(sedangkan aku gunakan lirik baru)

2. Tukang karut diaorng membosankan!..malah ada lagi tukang karut dari sekolah lain yg lebih baik..sekadar menggoyangkan tangan mcm 'Usop Wilcha' (tukang karut sekolah aku lagi happening)

3. Masa persembahan Juara, tukang karut lupa lirik, percussion leka lupa masuk muzik.berkali2 tukang bunyi gong pukul gong tu.nk bgtahu kt si pemukul gendang..itulah persembahan JOHAN!

Kesimpulan yg aku dapat buat, salah satu sebab kenapa daerah Port Dickson tak boleh menyerlah masa peringkat negeri adalah sebab keputusan jemaah hakim yang dah muktamad.

Malah masih ada acara dimana Ketua Hakim semasa menjemput peserta tampil dengan menyebut nama sekolah..ini boleh menimbulkan 'bias' a.k.a berat sebelah sbb terdapat hakim di kalangan sekolah tersebut...

Aku juga perhatikan kebanyakan peserta yang mengambil hadiah tempat pertama semuanya memakai baju sekolah yang mempunyai logo sekolah melambangkan sekolah masing2..aku ada pengalaman tahun lepas yang mana peserta lelaki bercerita sekolah aku pakai uniform sekolah masa pertandingan..hakim ulas, dia boleh dapat no.1 tapi disebabkan dia pakai baju sekolah so, markah banyak kene tolak kt situ..itu aku redha sbb itulah sebetulnya.

Dulu masa meeting dikatanya aku ni mcm first time jadi hakim...tp sekarang aku rasa mcm diaorg pulak yg first time jadi hakim!..masa acara nk bermula takde taklimat ringkas oleh ketua hakim.i mean, berapa minit loceng akan dibunyikan, peraturan lain dsb..aku pun layankan aje..malas dah!

Cadangan aku utk tahun depan.

1. Hakim utk acara yg berbentuk format seperti chorus speaking dan dikir barat seeloknya terdapat hakim yang pakar dalam bidang muzik dan bukannya hakim yang buat2 pandai..biarlah hakim tu seeloknya dari guru sekolah menengah atau daerah lain atau guru sekolah rendah yang betul2 opsyen mereka..

2. Segala peraturan dan perubahan peraturan yg dibincangkan oleh hakim mestilah ada hitam putih dan diedarkan kepada sekolah yang bertanding acara tersebut. supaya jelas, takde kekeliruan dan tiada timbul ketidakpuasan hati selepas itu.

3. Hakim mesti adil!..aku rasa terdapat hakim yang membocorkan soalan kepada sekolah mereka..aku perhatikan ada peserta yang dah siap2 tandakan muka surat pada al Quran..sebab senang nk mencari dan dah tahu soalan mana satu..semasa menggubal soalan, hanya hakim sahaja yang tahu..sedangkan masa mesyuarat mereka dah tanda tangan aku janji hakim.

Kadang2 aku agak malu sebab kebanyak orang yang berperangai mcm ni kebnyak ustaz dan ustazah yang belajar agama dengan mendalam..tidak dinafikan, bukan semua mcm tuh, tapi kerana nila setitik habis susu sebelanga..

Kalau PPD Port Dickson terbaca ni...saya berharap satu perubahan bakal dilaksanakan pada tahun depan..jika, tidak sia2 sahaja program tersebut dijalankan..

Sekian, wassalam.

Friday, July 8, 2011

:: Passing Out ::

Assalamualaikum wbt..

Semalam aku ada mesyuarat Jemaah Hakim untuk Majlis Semaian Wahyu Peringkat Daerah..majlis ni menghimpunan pertandingan mcm Tilawah al Quran, Kuiz, Kalam Jamaie (Chorus Speaking B.Arab) dengan Dikir Barat Bahasa Arab..

Oh ya!..kitaorg sesat nk ke meeting tu sebab asyik leka pandang eksiden tepi jalan...rupanya simpang masuk sekolah tuh betul2 berhadapan dengan tempat eksiden tuh...huahuahua..

Aku hakim Tilawah al Quran Tahap Satu Lelaki..dalam team hakim aku tuh..overall semuanya ok..tetiba masa bengkel menggubal item soalan, team hakim digabungkan!..masalahnya ada la sorang hakim tuh yg semua nk senang jer..aku pun nk senang tapi bukan keje yg senang tapi takde kualiti..pastu dia budget aku ni mcm first time jadi hakim..yer! aku mengaku aku first time jadi hakim tilawah!..sebelum ni PPD bnyk bg aku jd hakim bhgn Hafazan...dia plk sibuk nk balik awal...saket jiwa aku dpt team mcm tuh...pastu semua benda nk emo dan berkira2..menyampah la aku..aku rasa nk tarik diri je aritu..last2, aku senyap sepatah haram tak bercakap..senyum pun tak..tanda protes!

Lepas habis semua tuh aku ke Pekan Port Dickson...makan KFC dan kluarkan duit..kebetulan ada sorang lagi cikgu tu tumpang kereta aku..lepas habis semua tuh aku balik rumah..memandangkan masa banyak lagi..aku amik keputusan utk ke Pejabat Pos..sebab nak bayar bil elektrik yg tertunggak sebulan dgn poskan barang..

Selesai buat kerja tu semua, aku ingat nk balik ikut highway sebab jalan biasa tuh mcm harem!..tak rata!..masa otw nk ke highway tuh, lalu la depan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA)..kebetulan masa tuh askar2 pelatih ni tgh buat rehearsal kawad passing out..mcm tamat latihan la gitu..giler ar!..teruja aku..mmg dari dulu lagi aku nk tengok askar ni berkawad..terus aku buat u turn n berhenti kt tepi tu tgk diaorg latihan...

Respect ar..tengah panas, pakai uniform lagi...pastu kene marah2 bagai sbb salah step, tak sama la..itu la..ini la...aku tgk jer...hehehe...dengan live music band diaorg..pergh!!..berbaloi sangat..sempat gak la aku solat Zohor kt masjid ATM tepi tuh..

Lepas habis diaorg wat latihan, aku pun beredar...lalu pulak dkt Muzium Tentera Darat...berhenti lagi..dengan baju batik berselipar jepun..aku redah je masuk muzium tuh..mana taknya selama aku dduk PD ni..itu la first time aku pergi sana...hahaha..satu lagi muzium tu masuk percuma!..

Lama gak aku kt muzium tuh...belek sana..belek sini...cikgu yg tumpang kete aku tu pun mengekor je aku berjalan...dia tanya kenapa aku minat tgk2 macam nih...aku kata..aku nk tahu mcmana dgn life diaorg..yelah diaorg ada protokol, life diaorg yg tersendiri..tak mcm org biasa2 nih..tu yg aku suka n nak tahu tuh...

Selepas bergambar bagai...aku pun cabut pulang..sempat la membeli keropok lekor n pisang goreng...smpai rumah solat asar terus aku tido...sedar2 housemate aku baru balik mengajar..hehe

Ni sebahagian je nih...ada lagi kt tepi nun..pakai kamera henset je..

tu diaaa...sekali dia serentak hentak kaki...pergh!..meremang bulu roma..

Kapsul Masa di dalam muzium yang mengandungi aspirasi Aangkatan Tentera Darat yang akan dibuka pada tahun 2033


Muzium dari arah luar..ni sebahagian bangunan dia..kalau nk merasa masuk terowong bawag tanah semasa pemerintahan Jepun..boleh la datang ke muzium nih...aku dah cuba, anda bila lagi??

hehehehe...


Wednesday, February 2, 2011

:: Nak Buat Itu, Nak Buat Ini ::

Assalamualaikum wbt..

Bagi yang menyambut perayaan tahun baru cina, sy ucapkan Selamat Tahun Baru!..

Malam ni saya rasa bersemangat plk nak buat kerja..ntah la, da masuk cuti baru sibuk nak buat kerja..bukan apa, kt sekolah pun ada gak kerja..smpai nk buat kerja lain tu pun susah ckit..lagi2 plk awal tahun ni sangat dan super busy..

Dengan latihan sukan, sambutan program maulidur Rasul, meeting panatia dsb..

Cakap pasal sekolah nih, selain aku ditugaskan untuk membantu melatih budak Ragbi, aku jugak kene latih team Dikir Barat Arab sekolah..masalah skrg lirik tak siap lagi, budak pun takde lagi..padahal budak2 ni super excited dok tnya aku bila nak buat dikir barat..

Skrg plk aku tgh excited nak tubuhkan team nasyid sekolah...tp kali ni nak cuba buat perubahan dgn melatih team nasyid versi English...dah dpt respond baik dr guru English sekolah..skrg nk tggu green light dr Ketua Panatia plk..hehehe..

Tak cukup dgn tuh, aku tgh bersemangat nk buat kertas kerja utk buat penjenamaan semula surau sekolah..memandangkan sekolah aku ada 2 surau, satu surau baru dan satu lagi surau lama yang baru direnovate..so, bnyak kelengkapan tak de..so, CC sekolah dah bg green light suh buat kertas kerja utk mohon peruntukan, tinggal jari aku ni je nk buat ke tak..

Kalau ikutkan aku ni mcm dah merampas kuasa s/u panatia plk..tp aku bkn mcm tuh..sekadar membantu jer...bak kata GPK KoKu aku, guru agama ni bukan shj kene jd aktif, malah proakftif...hehehe..

Aku takde masalah utk membantu selagi mana aku mampu~

Oh yer, baru2 ni aku jgk mula berazam utk menghidupkan balik perpustakaan tu atau dgn kata lebih tepat, lebih menggalakkan murid membaca..so, now aku da mula buat kelas dalam library..lebih kurang 10-15 minit diperuntukan untuk membaca...alah lagipun bukan setiap kelas aku kene buat mcm tu..kene bijak lah, kalau aku rasa kelas tu dah abis silibus diaorg, so no need nk kejar2...kene la jgk bg diaorg rileks b4 masuk new topik kan..

Lagipun budak2 ni masuk library tu mcm masuk taman tema plk happynya..al maklum, jarang masuk~

hah, betapa banyak kerja nk buat...tu lah, bila semangat dtg sumer nak buat..hahaha..yg penting kene pandai uruskan diri sendiri..

Prof. Dr Izi Hj Ali kata (aku dgr dlm radio) sbnarnya bukan tugas kita menguruskan masa, sbb masa tu Allah yg uruskan..kita kene pandai uruskan diri kita dengan masa..hehehe..lebih kurang mcm tu la maksud dia..

Selamat Beramallll...


Tuesday, January 11, 2011

:: 3 Tekun ::

Assalamualaikum wbt..

Kaifa hal lukum???

3 Tekun adalah kelas paling hujung sekali dlm aliran diaorang..3 Tekun kelas ke 8 dari 8 buah kelas..so, kau boleh expect mcmana budaknya..itu tak penting, yg penting semangat diaorg nk belajar..tapi kadang2 hangen jugak bila diaorg tak bw buku..

Dipendekkan cerita..ni kisah baru berlaku semalam..seorang murid aku ni kecik2 jer, nama dia Fadhley Ikmal..gigi kt depan takde..tak berapa hyper active sgt..cuma kelakar tu ada lah jugak..hahaha..tengah syok2 series mengajar nih..aku guide diaorg buat latihan..

Aku : ok, tgk dkt gambar tu..dia tgk bersihkan apa?? (leher)

Murid : leher...

Aku : mcamana nk sebut leher dlm bahasa arab?? (aku bg klu..)

Murid : 'unuqun ...

Aku : pandai~ ..ok skrg tulis dkt tempat kosong tuh..mcmana nak tulis??..ok PERGI BALIK dekat muka surat 3 ... tgk mcmana dia tulis..

Fadhley Ikmal : PERGI BALIK?? ...

Aku : (speechless) dong!


Glosari :

Pergi balik versi aku : refer, rujuk semula

Pergi balik versi dia : balik rumah!


Saturday, January 8, 2011

:: Saya Terpaksa dan Belum Perfect Lagi ::

Assalamualaikum wbt..

Persoalan selama ini (lebih kurang seminggu) akhirnya terjawab juga dalam Mesyuarat Panatia semalam..mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Panatia dan disaksikan oleh Guru Besar..sebelum GB beredar ke mesyuarat yg lain, aku sempat bertanya mengenai kedudukan Subjek Bahasa Arab..akhirnya saya terpaksa melepaskan beberapa murid sy demi kebaikan mereka..

---saya tak nak ulas lanjut..sedih beb!---

Oh..dlm meeting dlm, kami (guru-guru jqaf) ni dihentam baekk punya oleh ada hamba Allah sorang tu...how dare u!

Telinga aku ni merah je menahan sakit dek kata2 dia..padahal, fakta yang diberikan sangat tidak tepat!...

Biar aku jelaskan kat sini...murid2 yang diambil oleh guru2 jqaf ni adalah dikalangan murid2 yang lemah..diulangi sekali lagi..murid2 yang lemah!..so, apa kau expect dr diaorg..nk bc jawi??..bc pun tak boleh lagi..inikan nk tulis..bc Quran??..Iqra' pun ada lagi yg baru bc iqra' 2, 3..nk terus bc Quran??..

Yang baki dr yg lemah ni dah tentu la budak2 yg ada harapan..so, tak le selemah bdk2 yg lemah nih..ish..saketnya hati aku..! apa masalah dia ea??..

Aku tak kisah dia nk kritik,masalahnya kritikan dia tak membina...dah tu kritikan dia mengangkat diri dia jer...dialah terbaik, cara pengajaran dialah terbaik dan paling cemerlang..dia tak tahu ke, guru2 jqaf ni kalau dilihat dr segi lain, membantu dia dlm kelas..bermakna, dia amik n ajar budak2 pandai dan kitaorg ni ajar budak2 lemah!..

Aku ni kalau nk bongkarkan rahsia dia anytime je dpn GB aritu..biar GB tahu mcmana perangai dia sbnarnya...tp aku pkir aku senyap dulu..tgk dlu mcmana dengan tahun nih..

Satu fakta lagi aku nk betulkan, budak2 kt kuaters tu majoriti mengaji dengan aku, dan ada juga yg sesetengahnya mengaji dgn Ustzh Hasni...i am wondering, dia kata 'budak2 berderet mengaji dgn dia' sumer dia ajr cara tu..siapakah gerangan budak2 tu??...

Sabar je lah aku dgn perangai dia...InsyaAllah kebenaran akan terbukti nnti..kau tunggu!


p.s : dalam mengenang aku seorang guru yang agak baru juga...tp dlm meeting mana aku rasa aku tak puas hati..aku tanya jer~ hahaha




Wednesday, December 1, 2010

:: Jangan Pertikaikan , Berkat Kesabaran ::

Assalamualaikum wbt..

Entah kenapa la malam ni rajen sgt mengupdate blog..hahaha..

Btw, saya cuma nk berkongsi kisah hidup saya..hehe..ntah kenapa tadi tiba2 terpkir kan lepas solat td..

Ketahuilah bahawasanya, saya memiliki semua barang yang sy idamkan dengan berkat kesabaran..melihat saudara mara sy yg masih muda skrg yg lebih advance dan kadang2 mereka juga terlalu demand! ...

Orang yg terdahulu makan garam dari sy pun tentu terfikir benda yg sama..ye lah, zaman kan dah berubah..sape yg boleh nafikan..

Saya dilahirkan dalam keadaan hidup yang boleh dikata ckup sederhana, tak kaya dan tak berapa susah sangat..cuma selepas 3 bulan sy dilahirkan ayah saya telah pergi meninggalkan sy selama-lamanya..al fatihah~

Saya bersyukur sangat bila kehidupan sy sebegini..dulu ya, mmg sy tertanya kenapa tak mcm ini..kenapa tak mcm itu..tp semua tu bila difiki2kan balik ada hikmah..

Setelah berhempas pulas dan bersabar selama di alam persekolahan, universiti, maktab..saya tahan dan sabar je bila melihat org lain mampu memiliki bnda yg diidamkan sedang sy tidak mampu lgi..tp sy percaya semua itu berkat usaha kesabaran mereka..dan kini setelah saya masuk ke alam pekerjaan sy juga bebas melakukan apa shj yg sy tak boleh buat dulu..

Ini fakta mengenai hidup saya..

1. Saya mula pakai handset ketika kursus persediaan sebelum saya terbang belajar di Jordan..saya tak kisah je kawan2 sy masih kt sekolah dlu da pakai handset Nokia Butterfly..skrg sy da mampu beli Sony Ericsson..anak murid sy kt sek rendah tu pun da ada yg pakai handset skrg..haha..

2. Tali pinggan yg saya pakai skrg tidak pernah sy tukar2 sejak saya selepas SPM..sampai sekarang yer tuan2 dan puan2..dah hampir 6 tahun da tali pinggang tuh..sebenarnya tali pinggang tu kepunyaan kawan sy..nama dia Iylia Syairazi..disebabkan di rembat seluar sekolah sy..sy rembat tali pinggang dia..tp masing2 da redha da...sy bukan tak nak tukar baru, tp sy selesa pakai yg tu..hahaha

3. Saya mula mengecapi nikmat mempunyai lap top sendiri ketika sy di tahun akhir pengajian di univ...malah sy lebih dulu memiliki iPod Shuffle (pemberian org) sebelum memiliki laptop tersebut..dan kini iPod tu da kene curi dek pencurik yg sgt jahanam~

4. Saya mula mengenal seta mahir komputer dan internet sejak sy di Jordan..masa di sekolah menengah, nama je s/u..nk masukkan disket haram sy tak reti..apatah lagi nk shut down komputer..skrg sy tak masuk kelas komputer pun sy ada basic menggunakan Adobe Photoshop..setakat name tag budak2 ni..da berpuluh sy buat..hahaha..Astagfirullah al azeem..

5. Kad ATM pertama saya adalah HSBC Bank...tu pun sbb nk belajar kt overseas..dan dr situ sy belajar mcmana nk gunakan ATM machine..ingat dulu masa kt asrama Iylia kawan sy suh kluarkan duit dia kt bank guna ATM kad..sumpah! sy buat2 reti disebabkan tak nak kalah dgn Iylia..haha..puas sy ingat mcmana instruction yg dia bg sebelum tu..skrg, jangankan sy da pandai guna debit kad malah saya bayar bil sekarang online jer..maybank2u.com..haha..

6. Saya mengidamkan MP3 player..mungkin sy ni ketinggalan..tp lantak la..bnda tu sy da idamkan dari dlu lagi..anda tahu, selepas 24 tahun baru sy mampu membeli MP3 player sy sendiri berjenama Sony di Sony Centre Jusco Bandaraya Melaka..andai kata iPod Shuffle sy tidak dicuri pencuri yg jahanam itu, mungkin sy tidak terfikir untuk membeli yg baru..

7. Kasut kerja saya yang pertama adalah sumbangan pak busu sy..hahaha..kasut tu sy pakai sampai sekarang..al maklum, dlu masa tgh2 elaun tidak bergaji nk beli kasut ni mmg payah..kalau beli juga alamatnya kene puasa 2 minggu..hahaha..skrg kasut tu da jahanam dan saya plk da bergaji..sy mampu nk beli baru..ha, ckp je brand apa..Bonia?Crocodile?Hush Puppies?..tp sy tak berkira, asalkan kasut tu ringan..haha

8. Kali terakhir aku pakai baju raya baru adalah pada tahun 2007..sejak tu pakai baju raya yg lepas2 jer..lagi2 masa tgh belajar kt maktab..apa yg ada tu, pakai jer..sbb tak mampu nk beli yg baru n i never ask my mom to buy the new one..aku tak kisah..tp tunggu la tahun depan..tahun ni, aku tak sempat nk merasa bonus raya gov bagi..sbb bonus aku masuk lps raya..tunggu la tahun depan jika dipanjangkan umur in sya Allah..hehe

9. The best things is...bila kau da puas bersabar dan bekorban akhirnya kau berjaya..itu paling indah! ... ya, bila kita berjaya dalam hidup..aku yakin sumer org akan gembira nanti..yang paling penting berjaya dunia akhirat..ngeeee..

Buat kesekian kalinya, sy letak gambar sy semasa konvo di Jordan dlu..hahaha..

poyo nyer aku time nih..ngeee~


Dan sekarang bila aku da mampu buat keputusan sendiri tanpa menyusahkan orang lain aku rasa berbaloi sangat..segala pernantian..aku bebas nak pergi ke sana..ke sini..cuma yg penting info pada mak aku jer..aku rasa mak aku pun takde nk kata "NO!..tak boleh pergi!" sebab dia tahu aku tak minta duit n menyusahkan dia dan mungkin juga mak rasa saya da besar skrg..da boleh kawen da pun..kan mak kan??..hehehe

Ok lah..if korang ada bnda nk share atas segala pengorbanan dan kesabaran korang selama ini..why not..luahkan ajer..no need to pay..hehehe..

p.s: Baru aku perasan..kejap aku bahasakan aku..kejap saya..da tak larat nk edit..haha

Wednesday, November 24, 2010

:: Konvokesyen IPG KPM 2010 ::

Assalamualaikum wbt..

AWAS!! : entry ini sangat panjang!

Alhamdulillah~

Sangat berpuas hati dan sangat gembira pada hari ni bila sekali lagi dapat naik atas pentas untuk menerima scroll sijil..kali ni adalah Diploma Pendidikan..

Pada tahun 2008 bulan Jun adalah kali pertama masuk ke konvokesyen untuk amik scroll Ijazah Sarjana Muda di Universiti Mu'tah, Jordan. untuk menyingkap kisah silam itu sila la rajin2 kan jari tu klik di sini..eh, sini..

Terasa bertuah sangat bila dapat rasa majlis konvokesyen di Malaysia..dulu kt Jordan..tersangat berbeza..di Jordan ni dia buat ala2 mcm kt US sana..open..tengah2 padang...tapi kt Malaysia penuh dengan protokol..

Sidang untuk kampus aku adalah sidang yang terakhir iaitu sidang ke-4..start pukul 2ptg dan abis dalam pukul 5 ptg..pheww...letih duduk~

Memandangkan kampus aku adalah kampus pertama yg akan dipanggil naik, maka aku adalah org ke-7 yang akan naik pentas dan aku dduk betul2 di barisan hadapan..dan berhadapan dengan kamera!..tak senang dduk aku dan member yg lain..camera tu asyik focus kt kitaorg jer..da la ada screen besar kt depan dewan..dduk tegak je la tadi..hahaha..

ok..layan kan aje gambar2 yg sempat di tangkap ni..hehe..khas untuk Bro. Deaf Angel~ :D


Tersenyum lebar aku...hahaha..puas simpan setahun setengah senyuman mcm nih..

Sijil Diploma Pendidikan aku..

Ingatkan dapat 1 jer...sekali dapat 2 daa...terima kasih~

Ni dia Hafiz, kawan sehati sejiwa masa di kampus..susah senang sesama..dia sgt cerdik~

Aus, kalau dia ckp dlm dewan atau auditorium..tak pakai mic pun tak per..

My big family to-be ...


P.S : i would like to thanks :

1. My mother, Puan Mariah bte Ibrahim..atas sokongan dan keprihatinan beliau sepanjang setahun setengah ni..dan ni lah hasilnya! love u mom~

2. Para pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban..tak kira dari jabatan mana sekalipun..terima kasih di atas kesudian mereka yg sanggup mencurahkan ilmu..khas buat pensyarah di Jabatan Pengajian Islam dan Moral..

3. Kawan sekuliah selama setahun setengah ni..susah senang bersama dengan elaun yang cukup2 makan ni..tapi bila tarikh kene masuk kuliah kene gak dtg..tak mengenal erti cuti panjang..now we are free right?..hehe..harapnya kita berkawan sehingga jasad di kandung badan insyaAllah..khas untuk rakan2 di Unit Bahasa Arab..

4. Rakan-rakan guru di SK Telok Kemang..di ats keprihatinan anda selama setahun setengah saya menjadi guru pelatih..terutama rakan2 cikgu j-QAF, GPI dan guru-guru tahun 1 yang teramat baik hati dan sangat memahami..

5. Ahnaf Hilmi bin Mohd Arif..di atas kesanggupan dia datang ke Putrajaya dari Port Dickson semata2 untuk meraikan majlis kami ni dan untuk bersuka ria dengan camera dia yg sangat canggih itu...thanks nap~

6. dan semua yang banyak membantu secara langsung dan tidak..rakan2 bloggers yg banyak memberi nasihat..jazakaAllahu khairan kathira~

P.S.S : asalnya nk wish thanks kt anap jer..tetiba lak teringat kt yg lenlain..hehe


Sunday, September 5, 2010

:: Dapat Sudah Akhirnya ::

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya, surat yang ditunggu2 telah sampai..

Kini saya ditawarkan terus untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41

Saya agak busy dengan urusan penerimaan tawaran ini.harap maklum.

Terima kasih.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI maaf zahir dan batin~


Friday, August 13, 2010

:: Tersangat Stress ::

Assalamulaikum wbt..

Kepada hadirin dan hadirat sekalian, tuan2 dan puan2 yg dirahmati Allah swt...

Buat masa ni saya berada dalam kondisi yg stress..mcm2 tak kena..semoga ibadah puasa ni dapat mengurangkan stress saya..

Untuk semua, saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa..doakan yang terbaik utk saya dan anda juga..

-------------

Saya da tidak lagi mengajar di sekolah menengah itu..sekolah yg saya maksudkan adalah SMK Warisan Puteri.

Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Puan Pengetua tu sebab beri kepercayaan saya mengajar kat sana..even only 2 weeks tapi ianya sangat beharga!

Saya rindukan mengajar kelas tingkatan 2 Arif..budak2 nya nakal2 tapi tetap mendengar kata..

-------------

Sekarang ni mcm2 spekulasi pasal isu2 posting ni...jpn negeri sekian kata mcm ni..jpn negeri sekian plk kata mcm tu..adoii..tersangat pening..ini lah salah satu punca saya stress..

-------------

Saya rasa mcm nk ke seberang tambak la...rumah mak cik saya..dduk kat sana tolong dia buat kuih..haha..ada gak income masuk kan..hehe


Friday, August 6, 2010

:: Ya, Mereka Kawan Saya ::

Assalamualaikum wbt..

Minta maaf sebab jarang update, sebabnya line Streamyx Zone kt rumah kejap2 ada, kejap2 takde..eh, pembetulan takde nyer sangat lama..Alhamdulillah internet free sbb itu ihsan MPPD dan kebetulan plk coverage nya smpai ke rumah sy..hehe..

Dah seminggu da mengajar di sekolah baru..ada certain part sy ckup tak puas hati..tp ada juga yg sy puas hati..tp saya tetap kene mengajar sebab saya da janji dengan puan pengetua utk tidak membiarkan masa bdak2 ni dibuang mcm tuh even mereka suka buang masa dengan ponteng kelas.

Seminggu ni memang penat..balik sekolah pkul 6.30 petang dan sy sampai rumah 7.30 malam kalau jalan jam pkul 8.00malam..mood sy bila smpai di rumah mmg down..minta maaf yer kpd yg belajar mengaji dgn sy..terpaksa strict ckit bila mengajar..

Apa yang saya cuba saya sampaikan kat sini..seminggu ini juga setiap malam saya ditemani oleh anak murid saya yg belajar subjek tertentu dgn saya..sebab mereka nk trial upsr..mereka sangat baik dan rapat dgn saya..ketika sy penat lps mengajar, mereka urut belakang sy..ketika sy penat marah2 mereka ketika mengajar, mereka dtg bawakan air oren utk saya.

Ya, saya mmg garang ketika mengajar..dan Alhamdulillah mereka ni 'makan saman' bila sy marah mereka..dan saya paling suka bila mereka bertanya "Ustaz, tolong ajar nk buat soalan ni mcmana..tak paham lar.." dan kalimah yg popular mereka sebut bila saya mengeluh sebab mereka cuai adalah "Ibadallah..." dan "Ittaqullah.."...saya suka bila mereka sebut mcm tuh..smpaikan saya pun da jadi terikut2 sebutan tu..

Mereka juga yg offer kpd saya utk ikut mereka ke Kalumpang Resort hujung tahun ni sempena lawatan pelajar Tahun 6 padahal saya bukan guru Tahun 6..saya bercita-cita tinggi utk melihat mereka berjaya dlm UPSR ni..bkn mereka shj malah semua yg akan menduduki UPSR tahun ni..

One of them, tghari tadi masa tggu nk g solat Jumaat dia kluarkan kertas result exam.."Ustaz, BM Penulisan saya dpt A (83)..terer tak?" dan yg sorang lagi.."BM kelas sy tak dpt result lagi..tp Math saya lulus.." dia yg selama di tahun 6 ni tak pernah lulus Math..semoga dia ikut jejak langkah aku masa SPM dlu..hahaha..

Ya, mereka kawan saya..dan mereka yg saya maksudkan adalah..

Syahir dan Aswad...my best buddies..

Saya tak kisah berkawan dengan mereka walaupun mereka 12 tahun lebih muda dari saya selagi mana mereka menghormati saya sbg seorang guru mereka..


Sunday, August 1, 2010

:: New Day in New School ::

Assalamualaikum wbt..

Esok aku mula mengajar kat sekolah baru..di sekolah menengah.
Macam-macam la perasaan yg ada dlm jiwa dan badan aku nih.
Aku mcm tak boleh percaya je aku akan mengajar bdk sekolah menengah.
Kau bayangkan, bdk darjah enam kt SKTK tu pun da mcm bdk sek men besarnya, ini kan plk yg da sedia ada kt sek men tu nnti..

Beralih angin kejap, dari sekolah rendah ke sekolah menengah. rasa teruja pun yer gak. al maklum la nk cari pengalaman..takutnya...Adam!..tabah!

Doakan saya yer..

5hb ni result interview SPP utk perlantikan ke jawatan DG41 kluar..harapnya saya lulus..

Result Final Exam arituh pun da kluar..dgr citer ada sorang budak lelaki tak lulus..harapnya bukan aku la tuh...aku nk cemerlang!..taknak mengulang dgn budak Jun intake lps..hehe

((tiada gambar yg berkaitan..harap maklum)) :D

Friday, July 9, 2010

:: Inilah Masanya ::

Assalamualaikum wbt..

Aritu da seronok2 da abis exam la, da selesai semua assignments la, da lepas interview la..boleh la melepaskan nafas lega..dlm fikiran tak sabar nk ke sekolah, mengajar semula..mmg bersemangat gak la..mana taknya..hampir sebulan tak masuk kelas mengajar..

tapi lain plk kisahnya..

selepas abis exam aritu sepatutnya ada taklimat dr wakil JPNS utk penyerahan surat lantikan dan penempatan semula..kitaorg punya la excited smpaikan tak nk kluar dewan, even da tahu da pegawai tuh lmbat sampai sbb baru abis meeting..feel excited tu bergantung pada diri masing2 la kan..

tp sejam lps tuh dapat info katanya surat akan dipos ke alamat masing2..n tak perlu hadir ke sekolah sehingga surat lapor diri dan tarikh perlantikan diberitahu...ada 2 feel masa tuh..happy sbb dpt hilangkan penat dgn bercuti n sedih sbb tak dpt masuk sekolah n tarikh perlantikan yg kabur..

2 jam lepas tuh dpt sms kata perlu hadir ke sekolah seperti biasa n gaji jalan mulai esok...happy la aku...so, esoknya dgn bersemangat aku ke sekolah..mengajar mcm biasa dan terpaksa mengejar silibus yg terlepas..

malamnya another sms received..tak perlu hadir ke sekolah until surat perlantikan sampai..baru nk gosok baju..hampa n kecewa sangat..

n this issue tersebar dgn luasnya kat sekolah..kau bayangkan, dekat sbulan kau tak dtg sekolah..pastu datang sehari n lps tuh tak dtg balik..tak ke bnda ni menimbulkan tanda tanya kt org ramai..almost cikgu kt sekolah bersimpati...thanks alot...

semalam aku tetap turun ke sekolah..tapi bkn utk mengajar..akau g kantin sekolah makan tghari..kebtulan GB nak jmpa ada pesanan katanya..bila da bersoal siasat dgn GB, beliau pun simpati n thanks to him sbb sudi amik peduli pasal aku n yg lg 2 org tuh..so, GB kata kalau nk datang sekolah (mengajar) pun apa salahnya..yeay!..da dpt green light dr GB..

2 hari dtg melangok kt sekolah tp tak mengajar..dtg hanya mkn..skrg sekolah ibarat The Forbidden City bagi aku..hahaha..tmpat yg mana aku nk sgt pergi n masuk tp hnya boleh sekadar melawat..ibaratnya takde permit utk mengajar lagi..sehingga surat dari kementerian sampai..

tapi since GB da bg green light..rasa mcm next week nk masuk sekolah n mengajar..tak perlah..biarlah tak dapat gaji..asalkan masa terluang aku terisi n dpt catch up balik silibus subjek bdk2 ni..kesian diaorg..kalau jmpa asyik tnya knp aku tak masuk kelas..

Btw, anak2 murid aku bnyak bagi aku semangat utk masuk ke sekolah semula..biarlah tak bergaji tp selagi diaorg ada semangat nk belajar..then, diaorg bg aku semangat juga utk mengajar..Adam, ganbate kudasait!

Akhir kata, bila lagi nk buat pahala n amal jariah..kalau bukan sekarang, bila lagi..INILAH MASANYA!

Dari kelas 1 Arif..


Amirul, Fawwaz, aku n Faiz the Botakboy..


Saturday, July 3, 2010

:: Berakhir Sudah - updated version ::

Assalamualaikum wbt..

Agak lama juga tak mengupdate blog nih..Alhamdulillah, tak update blog bukan sbb lain..tp sebab takde masa..busy dgn study..al maklum sem last..actually, da abis da pun..final exam pun da sudah..tinggal nk kluar result jer..

Lepas je abis final exam arituh..terus masuk kursus utk bakal penjawat awam iaitu Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia a.k.a KISSM..erm, kursus mendedahkan kita ni pasal dasar2 kerajaan, akta pendidikan, pekeliling2 ikhtisas, perintah am, pasal my boss (KPM), arahan keselamatan, pengurusan kewangan, pengurusan integriti dsb..

Dalam banyak2 kuliah yang disampaikan...terdapat banyak lecturer yg best..hampir kesemuanya..tp dlm banyak2 tuh antara yg paling sporting adalah Pn. Hjh. Rugayah...masa mula2 masuk kelas dia aku terlewat sbb g toilet..aku ingatkan dia nk marah tp tak..dia ni seorang lecturer yg sgt best ketika mengajar..sumpah aku tak mengantuk masa dia ajar..

Pn. Darinda adalah lecturer utk kuliah terakhir kitaorg...masa ni semua bdk da dpt agak da..dia ni seorang yg tegas, garang dan seangkatan dgnnya..sbbnya salag sorang bdk kitaorg nih merupakan ahli kmplan Pn. Darinda ni..kira puan ni fasi dia la..lps tu bdk tu kene marah sbb lmbt sgt jumpa dia utk kolaborasi..apa lagi satu kelas tahu Pn. Darinda garang..

Kelas Pn. Darinda adalah selepas solat Jumaat..start pkul 2.45 petang...kebiasaannya bdk ni dlm pkul 2.40-2.45 baru terhegeh2 nk masuk kelas..tapi kali ni..2.25 kelas da hmpir penuh da..hahaha..yg paling lucu..Pn. Darinda masuk je kelas, sumer senyap..agaknya kalau benang jatuh pun boleh dgr..hanya perumpamaan shj...

ok..bnyk lagi lecturer yg best2...kuliah sumer ok..tp smpai bab cuti, elaun, gaji..semua nk musyarakah...hilang ngantuk masing2...haha..

Selasa ni ada ujian akhir kursus..assignment pun da siap n esok dateline last kene hantar..doakan utk saya yer kawan!

Rabu ni pulak mula la aku bergelar salah seorang penjawat awam..seronoknya!

----

ni la gambar nyer..kami dari unit B.Arab..(click to enlarge the photo)

classmate aku ni sumer happening..best sgt blaja dgn diaorang...so, kita jumpa la nnti yer time konvo! <--harap sumer lulus exam aritu..insyaAllah..


Sunday, June 13, 2010

:: Malaysia, Jordan dan Exam ::

Assalamulaikum wbt..

Aku sebenarnya tgh rileks dari membaca modul Ilmu Pendidikan yang sangat memeningkan..penuh dgn teori2 manusia yg perlu diingat..dan juga istilah2..

Sebenarnya, aku rasa lain mcm sikit la..nk membaca dan memahami dan juga preparation utk exam kali nih..bukan apa..dduk kt rumah ni mcm payah je nk belajar..banyak sangat gangguan..macam2 ada~

seumur hidup aku...kalau amik exam besar2 ni tak penah aku ada kt rumah..masa UPSR aku dduk rumah pak teh aku..tetiap malam buat latihan..al maklum pak teh n mak teh aku cikgu..abis je sekolah masuk kelas tambahan..lps abis kelas tambahan terus balik rumah pak teh aku..setiap hari..kadang2 balik rumah hari ahad jer..tabah!

masa PMR dan SPM..dduk asrama..life kt asrama mmg best...dpt belajar dgn kengkawan..mana tak paham tanya kawan..kadang2 sifat berlumba2 dgn kawan pun yer gak..dlu kawan seperlumbaan aku masa SPM ada Iylia Shairazi..masing2 nk tunjuk hebat..saper lagi hebat belajar..saper paling rajen pg prep..saper masa kelas n time prep tak tido..saper yg rajen sgt hari sabtu org tgh sibuk2 main kt padang, dewan..tgk tv kt koop..dia g masuk kelas belajar..yer! Iylia adalah kawan aku yg suka berlumba2 dan selalu menyakitkan hati aku masa SPM dlu..hahaha

btw, thanks yer Iylia...sbb dasar kau dan aku yg suka sngat berlumba2 mcm tuh aku jadi rajen!..yg menang tu harus dirahsiakan..Iylia pernah ckp yg dia bertekad utk mengalahkan aku dlm result SPM..hehehe..tp kau org..jgn main2 dgn subjek Nahu Arab dgn dia..dia pakar mengalahkan aku..

Dan masa degree kat Jordan dulu...life aku berubah..tp still dikelilingi oleh rakan2 dan kawan2..kadang2 siap buat kelas tambahan...pinjam n fotokopi nota2 kawan2..lagi si Adib punya nota..korang kenal Adib?? alaa..yg Imam Muda kt Astro 106 tuh..bdk tuh mmg cerdik~..kawan sebatch aku dlu kt Jordan..cuma berlainan major..

Ulang kaji dgn kawan2 sambil pinjam soalan2 lepas dr Bank Soalan persatuan universiti..masa da nk dekat exam..aku suka mengurung diri dlm bilik..belajar sorang2 dan start menghafal..aku jenis tak suka org kacau aku tgh belajar dok ajak aku bersembang...tp kalau dia nk study sesama..aku ok aje!..dduk dlm bilik..keluar pun kalau nk masak meggie atau buat air..

Ada satu masa tuh..sumer housemate aku esok ada paper..dan masa tu winter..tido masa sejuk2 mmg best..dan masa sejuk2 tu jugak perut cpt lapar..tgh2 malam tuh suka sgt buat projek tergempar..memasak!..masak meggie reramai pun jadi la..makan sesama dan buat air shai bi halib (teh susu)

Masa musim exam...time tu ttba je suka tido awal..pkul 10 da mengantuk..cuba kalau tak exam..da pkul 12 lebih pun mata tak mau lelap!..

Hari ni aku kt Malaysia dan aku tgh mengambil Diploma Pendidikan..lusa exam...dan aku tak tau nk study macamana...buntu betul aku...da la gangguan macam2..lagi internet depan mata nih...benci~

Tolongg...nak study..nk baca buku...dan nk tido juga :D

Gambar aku masa aku tahun pertama kt Jordan..amacam rajen kan??..masa tahun 1 jer rajen mcm nih..da naik tahun 3 n tahun akhir...harammm..



Saturday, June 12, 2010

:: Jun 2010 ::

Assalamualaikum wbt,

Hadoii...tebersin2 aku masuk blog nih..berdebu, bersawang bagai..ni tgh operasi nk membersihkan blog nih..lama betul tak menghapdet!..

Jun 2010 ni mmg agak busy sedikit..sedikit??..banyak rasanya..start je cuti sekolah pada 5hb Jun (Sabtu) lepas..terus tak berpeluang nk rasa cuti..kelas utk sem akhir nih start pada hari Ahad (6hb Jun)...oh yer..kelas utk sem last ni bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam yer tuan2 dan puan2..setiap hari.noktah!

tapi kan..da seminggu kelas yg agak pack nih..Alhamdulillah..sikit pun aku tak de rasa mengantuk dalam kelas..ntah la..mungkin sumer lecturer yg masuk sumer best2..

cuma aku tak puas hati, bila kelas gabungan 3 buah unit seramai 54 org ni takde kelas yg tetap..terpaksa la mencari kelas besar yg kosong..penat weh..apa la pnya pengurusan..al maklum la sejak peruntukan kene cut nih..lecturer pun terpaksa la kene cut..tu yg kelas terpaksa digabung..nk jimat..huh~..yg jadi mangsa..kitaorg ni la..cuma bila subjek major n minor kitaorg..baru la dpt satu lecturer utk satu unit..baru selesa nk belajar..

Oh yer...aku nk final exam Selasa nih..sampai la Khamis..selepas tuh...Yahooo!..tapi still ada kuliah lagi utk kelas induksi KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia)..jgn tnya belajar pasal apa..sbb modul tak dpt lagi..kuliah selama 2 minggu lebih..smpai la 6 Julai..

Satu lagi..aku ada interview utk pengesahan ke jawatan DG41 pada 29 Jun..sumpah aku risau..tak baca apa2 buku pun lagi..NKRA, 1Malaysia, Sistem Pendidikan, Akta itu..akta ini, pengetahuan ikhtisas dll...hermm..risau beb!

~nak sambung balik baca buku IP (Ilmu Pendidikan) mcm2 teori manusia pasal pendidikan nk kene ingat..1st paper selasa ni..wish me all the best yer! tata..titi ..tutu


p.s : Rindunya kat sekolah~


Thursday, May 27, 2010

:: Selamat Hari Guru ::

Assalamualaikum wbt..

Rasa mcm da ketinggalan zaman je kan...hari guru da lama da berlalu baru nk celebrate bagai..haha..nasib badan...hehe

Actually, harini kt sekolah ada Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah..aku suka program hari guru ni..selain dapat hadiah yg banyak..masa ni jgk la aku dpt main puas2..walaupun tak puas mana pun..huhu..asyik tgk bdak je main..kali ni turn cikgu2 plk..

Sehari sebelum majlis, ada la citer2 tak sedap di dengar..lagi2 bila membabitkan pengurusan dan cikgu2 di kedua2 sesi sampaikan ada yg rasa mcm di anak tirikan bagai la..termasuk la aku..hehe..nk jgk menyibuk..tapi Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar tak seperti yg disangka2 sebelum ini...pada hemat aku [cewahh..hemat tu..] bnda yg tak disukai oleh sebelah pihak tuh pasti akan berlaku..cuma tggu masa dan tgk apa akan jadi lepas tuh..tp Allah ni lagi maha berkuasa...ye lah kan..apa2 pun Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..korang tak paham ea??..lantak ler..

Btw, rasa happy sangat..bermula dgn perhimpunan rasmi..best walaupun agak panas ckit cuaca..nyanyi2..potong kek, dapat hadiah, cenderahati..dsb..

Lepas tuh acara sukan pulak..last year, cikgu lelaki main netball cikgu pompuan main bola but diz year main bola tampar..aku pun masuk jgk..kau tau, aku dlu bkn nyer pandai sgt main bola tampar ni..tp td rasa mcm atlet kebangsaan plk..kuikuikui..bukan apa..aku ckp mcm tuh sbb team aku menang..dpt hadiah lagi..hahaha..student2 aku 2 Arif bersorak mcm aku ni artis..lagi si Zurin Zulaika dgn Fazreen.. :D

Acara sukaneka plk dlm sepuluh acara tuh..aku masuk satu je..pkul bola guna kayu hoki masuk bakul..sengal betul bola aku tuh..lain aku pkul lain plk perginya..huh...tak suka..sbb kalah..hehe

Acara dewan..mcm biasa ada persembahan dr murid2..Tarian Nirmala, Koir, Recoder Assemble, Joget Kelantan, Nyanyian bahasa Jepun dan karaoke oleh guru2..steady la Kak Joe..suara anda mantop!..hadiah pun banyak..cuma aku tak bertuah kali ni sbb tak dpt hadiah cabutan bertuah..hehehe..

Btw, terima kasih, syukran jazilan kepada anak2 murid aku yg telah bersusah payah memberi hadiah...ada yg mengucapkan selamat hari guru, bersalaman dan lain2 lagi..terasa bahagia bila dihargai oleh anak murid sendiri..bertambah happy bila ada student aku yg aku tak ajar mcm year 6 bg hadiah..antaranya Nur Iman..budak ragbi..bagi bunga..haha..dan Aswad yg merangkap adiknya Awie yg bg hadiah special dr HP Invent..hehehe..semua hadiah tu sudah digunakan dan yg patut dipamerkan sudah dipamerkan kt rumah tuh..TQ very much~

Akhir kata..terima kasih sekali lagi dan untuk semua anak murid aku..semua sekali tidak ada yg terkecuali..ketahuilah bahawa Ustaz Adam sayang sangat2 kat korang!..belajar rajin2 dan hormati guru yer..byee..


2 Beg penuh..jgn jeles..hahaha

25 buah hadiah tak termasuk yg da bagi sebelum majlis harini..

3 Kek Coklat tajaan Biro Pelajaran UMNO Telok Kemang, Bank Rakyat dan PIBG..

Haiqal Luqfi...eh, apa hal ada dia ni plk??..


Saturday, May 22, 2010

:: Murah Rezeki ::


Assalamualaikum wbt..

Tahukah anda bahawa 18 Mei yg lepas birthday aku??..jika baru tahu..sila wish cepat!..lagi molek disertakan dengan hadiah..hahaha

Da lama [lama ke??] tak update blog..baru aku tahu..dengan kesibukan tugas kat sekolah lagi, buku2 yg kene baca dsb..ni bukan merungut yer..kang timbul plk kontrversi kang..huhuhu..actually, minggu ni baru je lps mid term exam..so, kertas yg kene mark tuh berlambak..dgn analisa markah lagi..so, sesekali je menjenguk blog ni dan melawat blog kawan2..

Minggu birthday aku arituh..Alhamdulillah, murah rezeki aku..arituh jiran tingkat bawah [Abg Hasnin n Kak Lin] hadiahkan kain pelekat..dan malam semalam plk jiran tingkat 2 [Family Shahir n Adibah] tu plk masak Nasi Ayam Hainan..kalau ada 5 bintang..aku bg taraf masakan tuh 5 bintang..sedap giler..siap ada kerabu mangga..marvelous! .. tak lupa pada teacher aween yg hadiahkan coklat dan kupon KFC..haha

Dan kebetulan plk birthday aku dekat dgn Hari Guru..so, ramai plk anak murid kesayangan aku bg hadiah..happy sangat..masa dekat pejabat..bantainya Kak Ayu n Kak Jun nyanyi lagu Happy Birthday kt aku...maunnya tak shy2 cat aku masa tuh..n ada plk anak2 murid aku wish Happy Birthday..lagi2 plk si Haiqal Luqfi pg ckp kuat2 masa dia nk balik..so sweet...hahaha

Naik atas nk ke kuaters..students kesayangan [cewahhh..time ni sayang la..] plk g nyanyi reramai kt bawah blok tuh..walaupun hujan tgh turun dgn lebat..hujan rahmat..hahaha..

Ok lah..saje je nk tulis yg happy2 ni...sambil menanda kertas exam bdak2 ni...

sekian utk kali ni...bubbye!

Kem Bestari Solat - Tahun 2

Inilah dia Nasi Ayam Hainan tuh..super sedap!



Saturday, May 15, 2010

:: I Just Falling in Love ::

Assalamualaikum wbt..

Hari ni hari Sabtu..Esok Ahad..esok cuti..tapi arini kene ke sekolah sebab ada program Gotong Royong Perdana seMalaysia (se bermaksud Satu)..hehehe

Tahukah anda..aku baru je jatuh cinta..dengan sukan Ragbi..hahaha..semenjak skool aku ni Naib Johan peringkat negeri..aku rasa mcm bersemangat jer..sebelum ni aku ajar bdk ni teori jer..amali cikgu Hairul Azizi yg ajar..

Tadi lepas gotong royong..break setengah jam..konon breakfast..lepas tu sambung pulak dengan Meeting Guru Kali ke-3..dari pukul 10.30 pagi sampai la 2.15 petang..non-stop!

Cuma apa yg aku sungguh gembira td bila GPK Ko-Kurikulum umumkan yg Ragbi adalah projek sukan sekolah aku rasa mcm "hhaaaaa...??" happy sungguh..

So, mungkin ada kelebihan sikit bila da diangkat menjadi sukan watak sekolah..peruntukan bertambah la nampaknya..sukan lain yg turut diangkat menjadi projek sukan sekolah adalah Sepak Takraw, Bola Jaring dan Bola Tampar (P)...

Arini kene jadi pencatat minit mesyuarat..da lama resign keje2 mcm ni..tp bila dpt balik..rasa mcm kekok ckit..al maklum la da lama tinggalkan keje2 s/u ni..haha

-----------

Sebelum aku mengundurkan diri..aku ada satu soalan utk korang yg samada melawat blog aku secara sengaja atau tidak..jika anda ada masa lapang tolong luangkan sikit je masa utk jawab soalan aku ni...


"Apa padangan korang tentang Guru j-QAF (Jawi-al Quran-Arab-Fardhu Ain) "


no need to worry..aku open heart kali ni utk mendengar pendapat masing2..please..