Showing posts with label aQim. Show all posts
Showing posts with label aQim. Show all posts
ena
First timer terkecuali.
Yg da mengandung, da terlambat. Tak payah amaran da...


Hari tu pidaus pi OS
Maka aku kena antar dan amik aqim skolah
Errr biasanya aku amik je.
Sbb pagi2 pdaus antar aqim before p keje.. (cewah sapa tanya ntah)

Masa 1st n 2nd day, aku antar jalan kaki cam biasa. Tolak stroller ica n carry amani guna bjorn
Tapi 3rd day, pidaus suggest suh naik cab.
Kunun naik cab kan.. Aku mls la bwk stroller.
Antar aqim kul 8 pastu jln pusing2 tapau kuih tapau air suma..
p playground n main2 ngan ica sementara nk tgu kul 10.
Layankan je la si ica yg jalan terhuyung hayang cam nk rebah huhu

Masa tu baru 930, duduk kat playground angin plak sepoi2 bahasa..
Si ica da meleset je kat lengan aku. Aku cam da terbau petanda tak baik ni haha..
Ica nak tido le tue..nak tido caner.. Aku carry baby, stroller lak takde..
Bertahan punya bertahan..
Kul 10 aqim pon kuar.. Bermula la episod mak budak nk nanges tepi jalan huahaha

Pas amik aqim, aku dok congok tgu taxi tepi blok 30 tu..
Si aqim n ica cam biasa la main2 gaduh2 cakar2 pastu melalak berjemaah..
(Masa ni kak ros temankan aku.. Haha seb baik. Depa laki bini nk p makan tp dok temankan aku tgu taxi haha i lap u kakak)

Da tgu lam 15minit.. Taxi lalu lalang suma hired
Sudahnya aku jalan la berderet2 hala ke jalan beso nk tgu kt bus stop. Byk sket taxi.
Masa ni ica stat melalak. Dia mengantuk sebenonya.
Ditambah plak dia takut kat suami kak ros (padahal org tu jln kemain jauh dr dia!)
Melalak la menjerit2 tepi jalan tu mintak didukung
Dah la carry baby, aku hipcarry ica lak.
Aduh cam nk rebeh aku rasa wei..

Sampai je kat t.lite, nk lintas, si aqim lak tergedik2 nak kencim
Hadoi... Guano ni...
Kak ros la jadik mangsa..
Dia bukakkan suar n bawak aqim kencim belakang box pembahagi letrik,
lap2 ngan tisu n pakai suar smula.. Huhu malunya aku wei..
Dah la baru kenal..

Yg si ica lak langsung takmo jalan..
Kak ros men sentap je ica, dukung d lintas jalan.
Elok je kak ros turunkan, aku tgk ujan lebat kuar kat celah peha ica..
Adoi pampers overflow plak wei...
Huhu ini memang derama sebabak ni wei..
Tak penahnya mamipokoi overflow!

Cemana nk tukar pampers dgn aku dukung baby nye ni..
Seb baik kak ros la tlg aku. Salin je tepi jalan tu
Pakai pampes sama berdiri..
Pakai balik rompers tuh..
Then the taxi arrived.. Fuh!!

babai kak ros
Sori 5 lori la sbb kena hadap 2 sesi kencim haritu..
Hagaknya beliau hensap terus tgk derama pagi tu
Terus takmo beranak dah..wakaka...

Kunun nek taxi lagi sng. Rupa2nya laagi parahdiya!

Mmg pikir 18 kali la nk ada anak ramai kalo gini kekdahnya wei..
Maka..tak payah la korang beranak berkali2 hahaha...

Tapi... Tapi.. Tapi...

Despite of it..

Im blessed u olls...
Tatau caner nk describe. Tapi.. Itu lah yg aku rasa..
Maka sila la beranak lagi muahahaha...




After all... Kat mesia mana main jalan2 kaki, naik teksi bagai kan?
Suma2 pon ada lapan bijik kete kat umah... Drive je mana nak g.. Kan sng.. ;)
ena


haritu, teacher aqim call, bagitau aqim batuk teruk.
sampai merah2 muka dan teacher suh jemput dia balik.
aku suspect dia sejuk pagi2 masa pi skolah.
maka perlu pakaikan sweater pagi2.

pagi esoknya sambil aqim tgu aku buat susu;

aku: abang batuk ek semalam?
aqim: haah. abam bakuk bakuk. bakuk banyak ni *sambil tunjuk 10 jari*
aku: ooo ye ke? abis muntah tak?
aqim: tak munkah.. abam bakuk banyak2 je
aku: teacher marah tak abam batuk?
aqim: tak.. teacher cakap.. cakap.. errr..
aku: cakap apa?
aqim: teacher cakap.. *A..B..C..D..E.. dia menyanyi abc tujuh lapan rangkap kat aku*

hahaha okeh... itu nyanyi ye nak. bukan cakap.
sila belajar kekdah membezakan mana nyanyian mana perbualan... hahaha

*peace*


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Hihihi...
Lama giler tak hapdet belog..
Sian aku tau
Laptop tak baik2..skang da masuk fujitsu svc ctr plak.
Setelah sekian lama bertapa kat kedai rupa2nya dia tak mampu repair..
Skali anto svc ctr, dia kata still under warranty wahaha...
Aku puas da belek resit, katanya 1 tawon ajer.. Skang da hampir 2 tawon.
Tapi itu worang kata warranty 3 tawon
Owh pucuk dicita ulam mendatang ehehe...
Kemudian, kunun berangan nak amik pc bawak lik spore
Skali... pc lak not available huhu
Hoh lantokler...

Btw peeps, skang abam da skolah
Excited ko....

Patutnya aku snap pic depan skolah kan?haha luper la

Hari pertama,
Excited tak hengat. Lompat2 lari2 sampai ke sekolah
Skali sampai depan pintu.. Uhuk uhuk
Teacher hamik bawak masuk, then shut the door..
Pidaus p jengah2.. Nanges ko!!
Cikgu suh tanggalkan beg pon takmo
Pujuk pon nanges..
Then dia duduk kat tepi, tgk kawan2 lain yg dodok in a circle

Huwakakaka.... Sian la hanak aku..

Aku blah ajak pidaus p makan..
Si abahnya ini dok terkenang2 anaknya
"apalah nasib anak aku yg menangis tu yam"
Aku? Lalala makan lontong ngan lahapnya tanpa perasaan..ekeke

Hari kedua
Dari bangun tido, sgt excited.
Sian jerit2 kat aku... "Mama...da shiam! Abam nak kolah!!"
Skali...
Sampai depan pintu klas, nanges lagik wakaka...
aku tinggal je. Tak koser nak tunggu2
Pandai2 la ko nak idop nak... Ini baru dugaan kecit je..
Time skolah je mak ko takde.. Time lain kan ko hadap muka mak..
Tgk anak yatim yg takde mak tu... Errrr tgk mak ko yg takde mak ni *sob sob sob*

hari ketiga..
Sudah okeh hehe... Tak nanges da...
Tapi dia senyap je la kat skolah kan..
Tatau la dia segan ke takut ke or tak paham apa cekgu cakap haha

Sehubungan dengan itu (ye, aku da gian menolis surat rasmi ni)
Huru hara la aku kan, pagi2 nak kena amik dia, bersama 3 kanak2 lik plak jalan kaki huhu
Bas skolah tarak.
Nak naik bas biasa, aku malas nk lipat stroller nek bas
Naik teksi or jalan kaki la paling okeh pon..
Hah nanti2 le aku citer pasal nek teksi.. Hahaha

Skang ni versi jalan kaki


Sebegitulah kekdahnya aku balik dari skolah tau
Time pegi tak sempat snap.. Sebab jalan lajus haha aku sokmo lambat
Nanti aqim tinggal sowang lam kelas ekeke...

Berpeluh2 mak nyah.....
Haus tapak kaki err tapak kasut!
Ni nak kena tayang kasut baru beserta harga nampaknya ni
Wakakaka

Eh dahla..merapu aku ni..
Da kul 9
Nak mandikan ica n baby
Then siap2 p jemput aqim...
Exercise noks...



*Sent from mama.and.kids' iPad*
ena









aku selalu naik hangen bila si haQim suh bacakan buku, pastu aku baru baca sikit,
dia blah pi main benda lain!! hish.. rasa nak geget je budak ni tau!!


nak wat caner kan... suda lumrah kanak2, banyak sangat tenaga nak dilampiaskan eehehe...

maka, aku buat aktiviti utk bagi dia belajar erti KONSENTRASI! haaa....tu dia!
kan aku kata.. aku ni kadang poyo2 homeschool la konon kan..
konon abis kreatif la... haha

modalnya singgit ajer..
dapat rubber band satu botol..
mula2 ica sepahkan
pastu abang dia marah

skang kita asingkan ikut kaler ya.. dan susun ikut bentuk apa kita suka

imagine imagine...

hoh! apa tu ma?
nak main jugek...
haha.. ni latihan memupuk konsentrasi utk siibu plak.. ekeke

ntah apa2 aku citer... sukati la labu
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Haha poyolah aku py tajuk
Ala-ala belog mummy sejati la plak nanti kan? Hahaha
Sebenornya aku tarak idea nk merapu wahaha

Sekarang cerita jungle junction kat tv
Haqim tekun watching tv..
Ica dok korek2 box mainan..
Tiba2 anak patung chuck@snoopy milik haqim jatuh
Terus la dia marah kat ica..

Hisshhh ica ni... Jatuh baby haQim!!


Dan-dan dia bangun, dukung baby dia, tepuk2 sambil mulut syyhhh syyyyhhh...
Then masuk kat bouncer amani.. Syyhh syyyhhh....
Henjut2 bouncer tu 2-3 kali pastu amik baby dia semula, letak kat walker..
Hah okey!
Then dia duduk bersila hadap tv semula..

Muahahahaha...aku n ica termenung tgk gelagat dia ekekeke

Iye kakak... HaQim mmg ada doll. Chuck tu aku blikan ms nk banak ica dulu...pastu aku ckp tu kawan dia la
kunun nak bg dia b gentle to a new baby kelak.
Sudahnya.. Poddahcit! Dia kata itu baby dia n ica baby mama
And dia treat baby dia elok2 tapi ngan ica dia p karate plak!!!

Other than doll, aku pon bg anak2 aku main masak2.. Kitchen set complete punya...ekekeke
Atuk dia kata... Haqim tak boleh main masak2. Ica je buleh..
Kalo kat aku, buleh jer... Nama pon main2 kan..main je la apa yg ko nak main..hehe

Adakah tindakan aku ni akan mendorong anak2 menjadi seseorang yang mistaken idenity kelak? Hahaha
Aku rasa tak kot..kan?
Pidaus kata, ok je anak laki main masak2. Apa masalahnya?
Pidaus kata:

Dulu abang kecit2 pon abang suka main masak2
Tapi mak selalu marah..
Huh aku bukan nk jadik pondan pon.. Aku nak action memasak je
Main-main je. Bukan bebetul.
Hah buktinya, abang tak reti masak pon kan..sampai tua ni hah...makan je pandai...

hahaha ok ok tu aku tokok tambah...ahaha

Isunya ialah: mainan boleh mempengaruhi personaliti kanak2
Hipotesis aku dan pidaus: tidak sama sekali
Korang?

Ah merapu2 la aku nih... Bluwekkk...
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
Mama n ica dok atas sofa, hadap tibi..
Si abam tiba2 amik henfon, tekan2 nombor and cakap;

hello, ha ni haqim
Four six nine nine nine
Haa.. Kat sini.. (sambil jalan laju mengelilingi toys yg sepah kat hall dan amik dollnya) - iye, beliau ada doll yg dipanggil "bb"
Ni.. Baby haqim nak ikut
Ok ok.. Haa taxti (taxi)
nak pegi..
Bye, take care


Hahaha apa ko cakap ni abam? Nk gi mana? Pandai ye call taxi.. Nk gi jalan ek? Ekekeke
Korang tau dialog 46999 adalah merujuk kpd alamat umah. Hahaha apa2 yg bernombor, suma disebut 46999


Ini hari, abam aQim suda umur 3 tahun 1 bulan
Tapi masih cakap pelat

Dan asik terkucil kat suar bila nk kencing.
Dan accidents tersebut hanya berlaku bila abahnya ada je ahahahah

Dan masih belum skolah, sbb mama abah sebok sgt, tak sempat nk enroll awal2
Akibatnya skolah yg dekat2 ngan umah suma full huhu
Oleh itu beliau suka sangat ulang ayat; shian abam ek? Abam takde skul eh? Shian ek? Ek? Ek?

Walopun hari2 mama ajar ABC dan 123
tapi nombor yg dia hapal tetap jugak four six nine nine nine hahaha

----------------

Mama sedang lap habuk kek bertaburan atas sofa yg dikerjakan oleh ica
Abam datang sambil cakap;
mama, ica menses ek? Menses ek?


Hahaha cemana mess leh jadik menses nak oiii??? Wakakaka


------------------------------------------------
Jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
aku rasa raya tahun ni ketupat cam lebih sendap daripada biasa
rasa2nya takda apa beza pon..
tatau kenapa..

tapi baru skarang aku tau..










rupa2nya si pengisi beras adalah nak muda baru..
bukan abah aku lagi...
muahahaha...



ekau sumo ado ketupat sendap hasil keje tgn budak beso gini??
meh tunjuk kat aku.. hahahaha







*ni maknanya aku takdak modal nk update la kan? haha


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
oleh kerana aku malas balas emel orang pasal tandem nursing dan BF semasa mengandung
maka aku tulis kat sini. lenkali leh bagi link ajer.. wakaka


my haQim mmg menyusu badan sampai 2 tahun
aku pam + direct feeding sampai end of March 2009 (sebulan sebelum arissa lahir)
dalam tempoh sebulan tu aku stopkan nyusu direct tapi still bagi dia ebm
so aku rilex la menyusu badan sebulan.
time tu mmg habiskan ebm je dan bagi dia minum fresh milk dutch Lady sikit2

lepas arissa lahir, haQim umur 16 bulan. ada lagi 8 bulan nak genap 2 tahun.
aku tak terus BF haQim. tapi aku pam bagi dia.
sebab: aku malas nak tandem nursing
lagipun first 2 weeks pas baby lahir tu kan aku mcm penat sgt haha

after 2 wks baru aku stat tandem nursing (bulan May 2009)
saper tanya pengalaman aku, aku mmg jawab: tak best!! kah kah kah
abis la aku kena kondem ngan geng2 BF counselor wakaka

dah memang tak best! nak cakap cemana? aku kan telus
serius shit! aku rasa cam mak kucing okeh!!
especially bila dua-dua menyusu sekali!

masa tu aku dalam pantang, susukan baby, susukan toddler,
mengepam tak henti2.. damn! macam haper je!!
tapi nak komplen amenda kan.. aku yg gatai nk bF anak.. padan muka sendiri

tapi masa ni haQim da beso dan makan macam2 kan..
minum yakult, vitagen, milo, teh ais bagai..
so takde la kuat sangat menyusu
sampai la umur dia 2 tahun, aku stat campur ngan FM
pas 2 tahun 1 bulan aku totally stopkan haqim dari menyusu badan.
cukup2 la melekap kat aku selama 2 tahun. Al-Quran sebut 2 tahun. aku patuh la 2 tahun
terlebih beberapa hari tu sebab drama swasta la kan.. nak berpisah ngan boobies kena la amik beberapa hari..wakakaka

mama geli okeh tgk ko: budak da beso2 tapi melekap lagi kat B... uwek!!

maknanya 9 bulan la aku tandem nursing 2 orang kanak2 ni.. penah cite kat sini

-----------------------------------

masa mula2 carik FM mmg hazab sangat la aku rasa.. cam nk give up pon ada
apa la susah sangat nak pilih FM kat anak? aku bagi ebm yg melambak2 tu kang! abih citer!
aku try dekat 10 jenis susu aku rasa! dari paling murah sampai ke pediasure!
susu kamben dan soya je aku tak try!
mula2 bli ok pastu berak keras plak

da minum 2 tin okey tiba2 taknak minum plak..
paling hazab aku rasa masa bagi dia enfagrow la. mamat ni terus cirit birit tak baik2 dekat 2 weeks. muntah aku! pas aku stop enfagrow terus baik okeh!!
lepas tu la aku bli Friso Gold 3 - sejak stat mmg cam ok
pastu aku tak tukar2 da sampai skang
frankly aku tak suka friso ni. ada gak la cubaan nak rentikan susu ni tapi tak berjaya.
aku nak rentikan sbb aku tak suka blog mummy yg jadik duta friso tu hahaha
betapa dunia blogging bagi kesan kat aku! wakaka

tapi sampai ke sudah tak renti2 susu tu.. aQim skang da 2 tahun 7 bulan.
maksudnya da 6 bulan la fully on Friso Gold ni

so far aku masih beli susu kat mesia. tak penah beli kat sini.
sebab da selalu sgt balik kg. aku bli susu kt kg pastu consume yg tu je.
biasanya bila lik sini susu ada separuh lagi. so bawak je la.

lagi satu, masa datang sini aku bawak stok susu banyak giler..err movers yg bawakkan
rupa2nya skang Friso ni da naik rege.. naik rm5 gak la satu tin. dari rege aku bli dulu.
sapa tau mana nak bli FM murah, sila bagitau aku!!

search punya search..
rupa2nya ada seller FM online kat spore ni.
rege ok la.. tak mahal cam kedai
kat kedai rege dia almost 2x ganda rege mesia

tapi.. aku cam marah la tau..
sebab rupa2 nya supply ni depa dapat dari Mesia oh Tanahairku yg tercinta..
kat mesia tu rege subsidi da kan? iye ke? ntah aku tak sure..
depa bawak masuk sini.. p jual kat sini..
oh kesian tanahairku.. huhu

aku dimaklumkan, setiap kali masuk spore,
setiap manusia boleh bawak up to 5kg milk product for self consumption.
agaknya cara ni lah depa bawak masuk FM tu. hari2 kuar masuk kuar masuk kot..
then jual balik kat sini
huh benci aku!

huh aku kan patriotik sikit.. ahaha

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
saya kan suker malam jumaat
jgn salah paham.. bukan suka sebab dapat bunuh setan ye
minggu ni tak bunuh setan sebab pasangan pembunuh saya takde kat umah..
saya suker kerana malam jumaat ada cerita Drop Dead Diva dan Desperate Housewife..

kul 930 aku da bersiap sedia nak tidokan anak..
masa tu ica n aQim tgh leka layan America's Got Talent kat tv
iQa lam bilik iron baju..

tiba2 ada jeritan sahut menyahut dari dalam bilik
rupa2nya budak lelaki itu bikin onar lagik!

tapak tangan ni gunanya untuk merasa darjah kepanasan besi yg kak iQa guna utk gosok2 atas baju sekolahnya!
contohnya, seperti abang saya ni la..
abam saya pandai kan??


masa d nanges meraung tu aku tatau nk buat apa..
tuang myk gamat pastu letak kipas hadap tapak tangan dia
trus d senyap tak nanges da
katanya tak sakit da
tapi tgn dia kembang je la gitu sampai tertido


dan mama dapat menonton DDD dan DH dengan tenang




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
semalamkan jumaat...
maka pic kanak2 pon bertemakan hari jumaat..hehe

masa ni muka suci.. tak pandai lg membuat onar

skrg tidak lagi...

muka saya macam anak lebai skolah pondok tak?? muahaha

pagi jumaat kena minum susu secara berjemaah..
amik tenaga... kejap lg nk pi jB, antar ucu n atok aji nk lik kg suda....huhu


pas antar atuk, kami ke Angsana.. mencari tukang kunci ---> tak jumpa pon
makan kat pizza hut - iQa reQuest
owhhh sgt stim mama, menghirup soup panas!
order 3 drinks, dpt 2 je..
order pizza set, bread stick tak dapat2..
amik kiddie set, menan free tak sampai2..
apa kena dgn svc di pizza hut nie???


sekian

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena


amaran: cerita kanak2 pasti banyak gambar! muahaha..


balik dari robinson, kami p tampines, then p mustafa centre plak..
niat di hati nak tunjuk barang idaman aku kat si adik...
skali sampai mustafa aku rasa cam otot2 celah betis,peha, lutut, pelvik, muka, pipi, lidah suma rasa cam teganggg je..penat wehhh...

aik! selalu naik tren okeh ajer..siap jalan kaki sana sini lagi..
tapi malam itu naek kete.. apa pasal leh penat terlebey aku pon tatau.. haha
kul 11 kami trus balik..


ma, ma.. abam nak ni ma...
ica nanges2 nak duduk situ..
gumbiranya hati..
da duduk.. nanges plak takmo kuar.. mintak mahap.. mama takmo belikan ya... sekian tima kasih


kanak2 ni macam biasa la kan.. otw balik derang tido lam kete..
bila sampai umah, orang nak tido, derang lak bertenaga.. biorkan je le..
kakak.... jaga adik jap! mama nak mandi n solat!!
kakak jaga, ni ler hasilnya...
ni taiko
bedak ditaja oleh...pureen warehousale
orang suh tido, dia bawak menan plak!abang nyanyi dulu eh

abam nak letak tangan kat bahu je la!
ok ok taknak eh? kita buat peace!
ya Allah ika nih!!! <--- ni btol2 dialog aQim. dia panggil ica = ika.. :-)

babaii abah..... balik cepat tau!




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena

nampak sangat takde modal nak update blog kan? haha
naseb la... lalalala :D

aku suker le neok suar ni... apa ke nama... busha...
pes time beli.. lama dulu.. kat giant kinrara.. rm19.90 tak silap..
ada satu booth baju budak kat situ.. aku kan asal lalu mesti beli selai..
hari tu tak bli baju.. bli busha kat arissa selai..

alkisah.. skang ni murah kan suar ni? banyak lak tpt menjualnya.. kat FB tu melambak da..
haha siap leh compare carik paling murah ekeke...
ni ler aku jumpe org jual murah.. rm10 selai..
beli ler dua...

comei dok? comei dok? tolong le kata comei..
bagi mak budak giler soping ni tenang sikit.. haha...

tapi


kalo rambut gonjeng gini..pakai busha adik dia.. agak2 comei gak ke?? haha
hahaha tak comel le ko aQim!!
wakakaka..



kalo gambo 2-3 keping mana sah kan? kena la letak banyak2 sikit gambo budak pensakitkan hati orang ni...


"ma, ma, amik gambo abam diri ma.."


"adik...diri la adik!! ma amik gambo!!"



tapi..rupa2nya ketenangan mak budak ni tak kekal lama...
rupa2nya ada online shop kat spore ni jual suar ni 3dolar je.. hua hua hua


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back