Showing posts with label iQa. Show all posts
Showing posts with label iQa. Show all posts
ena
happy birthday kakak iQa
sila jangan melawan cakap mama lagi!
dan jangan moncong2 lagi

mama & abah sayang kakak tau!!
aqim pon sayang..
ica laaagi sayang kakak..
amani... err.. dia tak sayang kakak. dia sayang mama jer! hahaha

awak lahir pada 9.15am tau!!

ena
sejak aku not available utk berbabywearing..
kak iQa telah mengambil alih tugas tersebut..
bukan aku paksa tau! dia yang suka..
sebab dia perasan dia sangat comel bila mengcarry adiknya.. haha

pastu
sejak mak dia jadik tokei kedai baby
kejap2 dia mintak carrier itu
kejap mintak carrier ini..

mula-mula aku nk amik yg ni..

ica sangat suker.. eh kenapa muka yu mcm tu bang??


ha muka mcm ni baru ok


aku suka sebab bahagian kat kelengkang ica tu tak lebar (mcm lain2 ssc)
so baby tak la terkangkang lebar..huhu

pidaus plak kata yg ni mmg besh sangat..

ada support kat pinggang tu dan tak rasa beban kat bahu
tapi sizing dia tak seswai utk kanak2 cam iQa pakai..

lastly, aku bagi dia yang ini..
cun tak? haha sebenarnya aku yg suka sgt kaler ni
dan Pidaus sokong pilih yg ini

ica mmg suka kena carry.. mengada tau!! asik gelak2 dan kaki tendang2 perasan baby haha

kakak juga puas hati sbb ada carrier baru



*n3 tah hapa2 motip..
------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ari rabu lepas = Teacher's day kat sini
so kak iQa cuti.. melepak kat umah

dia hadap muka mama
mama hadap muka dia
dia buat kuku
pastu mama plak buat kuku

dia kena bawak abam encing
pastu mama plak bawak abam encing

haha best best... leh gilir2
kalo tak tu, manjang mama le kena hadap si abam
kejap nak kuku pastu nak encing pastu kuku pastu encing
hoh pengsan aku!!

dekat2 nk tengahari.. rasa cam busan lak kat umah..

mari kakak,
kita angkut kanak2 ni ke playland kat bawah

budak abam asik conquer playhouse itu
tak kasik ica masuk
tak kasik kawan lain masuk..

chinese girl tu sokmo membebel je mulut.
rupa2nya dia ngadu kat grandma dia
&^&@%$*&^%(*@#@$$@$$@%@& ---> dia ni nak main sorang aje! tak bagi orang lain main! ingat rumah dia ke!!
(translation oleh iQa.. hehe aku tak paham apa dia ngadu ekeke)


teacher's day adalah sangat menghepikan aku. kerana skolah adalah cuti hehehe
kat mesia 16 May tu tak coti kan???



makcik, tempat maen ni ada ekon (sepertimana yg ko suka) maka takde lah aku panas, penat dan haus.. ekeke


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harini dan esok iQa tak skolah
sebab budak2 primary 6 tgh oral exam PSLE (cam UPSR la)
maka kanak2 kelas lain diberi cuti supaya tak memekak kat skolah

maka dia memekak la kat umah masing-masing...kan?
budak busan ni da puas melayan adik dia menyepahkan foam mat ABC tu
skang adik2 da tido.. dia plak sebok nak buat batu seremban
alaa yg guna kain tu.. letak beras @ kacang ijau kat dalam dia
amboi.. abis la beras wangi super thai aku!
sedap je ko sumbat lam kain eh!
budak ni bukan reti menjahit pon
mengendeng la kat aku suh jahitkan..
aku jahit tibai-tibai je
hentam la labu.. janji ko gembira ekeke

ni bukan iQa buat. iQa buat ada kecit ada beso ada buntal ada kempis ekeke

korg nk tau?
masa final year kat UTM, aku ni ada utang subject ko-Q
aku tak amik2 sebab asik nk tgu member.. ada geng baru best kan?
skali masa daftar subject
member aku reramai nk amik kelas jahitan ko!!
aku gelabah abis. al maklum aku mana reti jahit..
kan aku penah citer dulu kat sini
jahit butang sebiji pon makan jam tau aku nih!
mmg dasar tgn pengkor huhu

sudahnya aku menjajor la carik kelas lain yg masih kosong
yg tinggal suma yg berasaskan sukan je
dah tu takde kawan plak..
nak pon ada kelas basketball - tapi aisey satu kelas ngan pidaus plak kang!
so.. terpaksa la aku menerima takdir Ilahi
da jodoh aku ngan kelas jahitan masa tu..
masuk je la haha

projek sem itu ialah menjahit baju kemeja wanita
haaa tak hagak2 ko!
aku igt jahit sarung bantal ke.. awan2 langsir ke
tak pun jahit quilt ke
ghopernye jahit baju!
da la kemeja plak! siap nk letak benda keras kat leher bagai tu..
adus!!

tapi seb baik cekgu ajor kemain la sebijik-sebijik..
dapat la aku ikut satu step ke satu step
lawa tak lawa belakang kira la kan..
pastu
apabendantah...aku TERponteng la few classes
bila datang balik, tgk2 baju orang da ada bentuk da
aku py tangan tak cantum la badan tak siap la
amenda ntah lagik.. aku tak tercatch up la sbb aku tak reti!
nak buat kat umah sewa takde mesin jahit plak! (cheh alasan)

sudahnya.. aku gigih tau p mencarik tukang jahit!! wakakaka
da dapat, aku kompom siap baper upah rupa mana nak jahit etc etc
kawan2 aku cebik je kat aku.. muka berbulu dan menyampah kat aku ekekeke

tapi aku tak anto jahit lagi!
sejak ari tu.. bila p kelas aku buat2 sibuk je.. aku tak menjahit pon
aku usik sana usik sini.. bagi kawan2 tambah berbulu wakaka

2 weeks sebelom submit, aku pon anto ke tailor tersebut..
2-3 hari je baju aku da siap.. ehehe iron lipat elok2
tgu masa nak submit kat lecturer je ekekke..
kawan2 aku yg lain masih gigih tau!
sokmo p lab sbb nk siapkan jahitan.. kat umah pon hadap..

last2 hangpa tau? sampai last minit baju depa tak siap
dok mengongoi la kat aku
tanya mana kedai rahsia aku anto tu.. wahaha
aku kan baek hati dan suka berkongsi orangnya..ekeeke
aku tulun la antorkan baju depa sume..
tapi sebab last minit kan.. baju depa ada yg lawa jahit
ada yg tak lawa.. nyonya tu pun da pening gaknya..
pastu baju depa kena charge dabel dari aku. aku py 8 hengget je wakaka...

ujung sem... tgk result..
aku dapat A subjek jahitan... wakakaka
mintak hampun mintak mahap ye wahai puan lecturer!! uhuk uhuk uhuk

sebab tu la sampai skang aku tak reti2 menjahit gaknya.. wakaka


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
semalamkan jumaat...
maka pic kanak2 pon bertemakan hari jumaat..hehe

masa ni muka suci.. tak pandai lg membuat onar

skrg tidak lagi...

muka saya macam anak lebai skolah pondok tak?? muahaha

pagi jumaat kena minum susu secara berjemaah..
amik tenaga... kejap lg nk pi jB, antar ucu n atok aji nk lik kg suda....huhu


pas antar atuk, kami ke Angsana.. mencari tukang kunci ---> tak jumpa pon
makan kat pizza hut - iQa reQuest
owhhh sgt stim mama, menghirup soup panas!
order 3 drinks, dpt 2 je..
order pizza set, bread stick tak dapat2..
amik kiddie set, menan free tak sampai2..
apa kena dgn svc di pizza hut nie???


sekian

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ku sangkakan panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengahari....

semalam pagi2 langit cerah je..
tengahari masa jalan2 cari makan.. tiba2 hujan turun lak...
bila petang panas semula plak...

semalam iQa semangat kemain nak p skolah..
tiba2 kul 11 lebih skolah dia call..
iQa jatuh, cedera bibir.. dan nak kena jemput beliau balik..
talked to her over the phone
me: what happened to you, iQa?
iQa: someone pushed me from behind right after recess time
me: ye ke? ntah2 kasut baru tu grip kuat sangat tak? sampai tersadung kaki??
iQa: maaa... im not kidding... (and she cried..haha) nak balikkk....

ok la balik la... aku pon pi amik
pecah teruk gak la bibir bawah dia.. perpecahan bibir sama potongan ngan gigi depan beliau.. haha
btol2 luka pecah kerana terkena 2 btg gigi yg besar kat depan tu..
pastu lak bibir atas bawah bengkak.. mcm.. er.. macam apa ek?

macam ikan ni kot! haha
hahaha lawa bukan?

sampai dia ugut daku supaya jgn letak pic beliau di blog! wakaka...
da snap pic dia.. tu pon puas la janji bahawa gambar itu nak tunjuk kat abahnya ajer..

skang da ok da.. tadi ku tuang myk gamat kat luka pastu minum slurpee, bubuh ais.. myk gamat lagi.. kejap je da sambung da bibir pecah2 tue.. da sht pon.. da selamat ke pool mlm tadi. sok leh skola semula :-)



iQa, see?? mama tak letak pic awak pon tau! mama awak ni menepati janji orangnya!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sekolah suda bukak ini hari...
semalam kami (anak2, adik aku, abah and aku) seharian melepak di JB..

lupa nak kabor..
kakakku yg bermastautin kat muor tu
kena transfer ke JB.. so dia dok umah sewa la somewhere in Tampoi..
senang la kami pasni...
kalo hubby buat tragedi menghilangkan kunci umah cam haritu..
terus je la tuju umah kakak aku... tak payah menggagau2 carik hotel buat berteduh!
hahaha....

whole week ni abah n adik aku ada sini...
temankan anak dia yang kurang keyakinan diri dan cucunya yang bersepah2 ni
sebab menantu dia yang hensem da terbang pegi mencari rezeki..
heii...seb baik la skolah da bukak! kalo idak.. mau nya aku lik kg seminggu ni! haha

memandangkan budak iQa tu da buhsan benor...
cuti skolah sebulan bermakna kena jaga adik2 sebulan...
dia da tak sabor beno nak ke skul..
pagi2 buta kul 5 lebih da ada lagu korea masuk lam mimpi aku..
rupa2nya dia p kunci jam awal kemain + lagu korea yg aku tak paham sebutir pon..
dan.. belum kul 6.15 dia da siap nak ke skolah! haha semangat anak aku!!
semangat kasut baru kot! ekeke...
ada ka... dia meminta dan apaknya membelikan sport shoe POWER di kedai bata utk ke sekolah??
sport shoes okeh.. bukan school shoes
layannn je la...



gambo takde kaitan ngan tajuk jua...
tuh anak2 kakak aku yg kena tinggal kat muor..
sian depa...
ni bodak aQim ngan bodak aQilah bushoQ.. hehe
anak dara kakak aku bersama makcik dia yg shomot muka minyak2..
ni lah mak pengantin.. eh!
kakak aku ler!



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harini hari bebas tV..
bangun pagi.. main2 ngan anak2 atas katil..
oh ye..
malam tadi kami suma tido 1 katil --> di bilik kakiQa
sebab
kakiQa takde.. dia pi tido dalam sleeping bag kat dalam classroom kat skolah BGPS..
kesian beliau.. sejuk dan nipis bag itu; komplen beliau..
semalam kakiQa da bagitau:
haQim, esok kakak takde tau! kakak tido kat skolah..
haqim dengan cool telah menjawab:
mmm haaa yelahh...
alih2 malam tadi dia pi carik kakak.. haha



hah sambung balik..
bangun pagi.. main2 dan makan roti canai..
pastu masuk bilik main lam bilik je..
tengahari makan nasik plak..
mama da masak awal pagi kerana encik abah membawa bento hari ni..
kesian beliau.. da baper kali hint nak berbento. tapi mama buat tatau je
harini baru terlaksana..

pas makan suap2 ngan kanak2.. arissa nak tido balik..
masuk bilik semula..
aQim buat kacau bilau atas katil
main itu ini, korek laci situ laci sini
amik apa yg ada dan main main main - sampai jam kakiQa pecah..
pastu kena marah..nanges.. pastu main jerit2 sampai ica terbangun tdo..
pastu mintak susu
pas minum susu lagi..
da 2 botol pon tak tido jugek..
pastu nak poop plak.. mama antar masuk toilet..
tapi lamanya senyapppp.. owh rupa2nya dia tetido time tengah pooped!
muahahaha... tak senonoh ko aQim!!


okeh okeh
sebenarnya nk citer pasal kakiQa..
exam da abis..
report card da dapat
open day da lepas..
markah kakiQa teruk sangat.. tukar silibus, tukar skolah kan..
takpelah.. slow2 je.. mama tak stress mana pon..
sbb masa tgk soklan2 dia masa buat revision tu..
haihh.. sshnya... jauh beza ngan sek Yak Chee..
buat je la terhabis baik kakak ye..
there the result goes..

kelmarin kan kakak nak pi camping kat skolah..
masa kemas2 barang tu.. aku tgk muka dia cam hiding something je..
aku tanya itu tanya ini.. dia cam jawab nak taknak je..
tatau la aku ni bukan le ada instinct sangat...
tapi aku rasa cam dia nak nyorok something...
pastu aku siasat la..
guna kaedah tertentu kan..
then, aku jumpa... huh mmg nyorok sesuatu pon...
ada la something dia plan ngan kawan.. tapi tak bagitau aku pon..

huhuhu..

aku rasa cam down plak malam tu.. muka pon da monyok je...
cam kena tampor sedas..
pastu masa nak tido.. hubby cakap..
anak kita da beso yang... da pandai berahsia ngan kita...
awak tu.. garang sangat.. jgn le garang2...

huwaaaa............... cam kena tampor lagi sedas!!









kakiQa... kakiQa da beso ek?
kakiQa da pandai ek?


kakiQa da tak shayang mama eh????





------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
harini adalah hari yg sangat weng....

semalam asik ajar kakak maths sampai dia tido lewat..
pastu aku lak takleh tido... sebab roomate i takde.. huhu
pening2 lalat malam2 tetido gak..

pastu bangun pagi lambat.. kul 7.12 baru bangun..
haaa sian iQa...
da la nak exam, lambat plak..

tapi pastu aku tido balik..
bangun tido rasa weng gaks..

tgh kemas2 umah... kemas sana sepah sini
kemas sini sepah sana...
si aqim merengekkk mengongoi ikut aku sana sini..
mintak susususussusussuususussu tak renti2..

tiba2 aku cam pause...

weiiii penat la akuh!!!
ko nihhhh!

pause kejap je, aku resume la vacuum semula kan..

alih2 terpause lagik skali..
eh ko nih mana dapat beskut???

huwaaa... beskut tu hancur lam beg aku.. aku buang la lam paper bin..
dia leh selongkar paper bin, jumpa beskut, MAKAN!! heeiii!!!
seb baik paper bin! bukan tong sampah dapor!!

buat plak muka tak berdosa.. tanya aku..napa ma? napa??


malas nak layan ko! kang tak siap2 aku vacuum umah tau!!!
teruskan vacuum lam bilik plak.. tiba2 teringat..
eh.. ica mana ica???

mama jerit: sapa bagi adik roti????
dia: abamm!!!

eiiii aku dush ko karangg!!!

siann budak ica ngan badan leher kepala sumer berpoloh2...
makan roti muka inesen...
lapor ker???

mama.. sila vacuum kat tikar depan semula... huehhh!!!
mmg tak siap2 la keje umah aku nih!!! huhuhu


terus pi simpan luggage yg aqim main ke dlm cabinet,
alih2 kepala terhantuk bucu kabinet plak...

tolongggg rasa nak menitik air mata!!!
sebab sakit ke sebab geram ke sebab penat..
tah la aku tatau..
huhuhu



------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
ni kisah kakak le plak kan...

bila anak da beso2 ni aku rasa cam tak reti nak marah
kadang tu marah gini rasa tak kena, marah camtu rasa tak kena..
geram sangat kalu, aku cubit la dia..
pastu muka monyok la balik.. geram geram geram...

kalo kisah kakak jer mesti tak abis2 ngan kisah monyok dia..
arituh aku da membebel kat sini
arinih nak membebel lagik...

sebenonya aku ni malas le nak membebel..
aku rasa kan, kalo compare ngan mak aku, aku tak la kuat membebel cam mak..
tapi hanak2 tetap takmo dengar kata... haihh penat laa..

ni pasal menda lain..

1. temin mata oo temin mata..
bangun pagi 1 hari.. ngadu pada aku temin mata bengkok..
adjust2 tak buleh gak..
hubby bukak2 mata jer terus marah.. "hah tulaaa pakai lagi time tido!!"
memang le minah ni tak penah nak igt supaya bukak spec dia bila nak tdo!
asik2 aku@hubby@haQim@ica yang bukak spec dia!!

balik skola.. ok je..

pastu turun swimming.. naek swimming, dia da tak pakai spec.. aku igt sbb bengkok, d mls pakai..

mlm tu hubby mintak spec, dia bagi tapi takde cermin sebelah...dia kata 'tatau pegi mana'
buleh plak macam tu??

sampai ke sudah d tak mengaku mana pegi cermin tu.. dia asik cakap tatau tatau tatau... geram aku!!

temin mata baru tak siap2 lagi masa ni..

yang geram lagi, sbb aku kena bawak dia p buat+amik spec sendiri.. masa tu hubby p OS.. ha.. berderet2 la aku heret anak tau!!

2. Please do not leave your belongings unattended!!
semalam balik skola dgn nanges2... "mama someone had stolen my school bag!!" huwaaa.....
aku kan garangg grr... mestila muka masam kan??
tanya 1 soklan je.. "mana awk letak?"
pastu baca surat dari cekgu klas dia..
pastu suruh dia p mandi..

malas tau aku nak marah2.. da beso.. tatau nak marah caner..
hubby balik malam tu, dia pon just tanya je cemana kat mana tu jer..
hah kalo mak aku dulu...da kena libas da tau!!!

buleh plak dia tinggal bag kat canteen, p main piano (kat tepi canteen je)
pastu da lepak lama2, nak balik baru perasan bag da ilang..
haih...

mcm2 hal la ko ni iQa.. naseb baik henpon tak letak lam beg tau!!

kalo kalian, kalian marah tak?? ahahaha...

*aku ni kureng sikit bab selow talk.. cam tak reti nak cakap.. huhu


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
dok umah lama2 ngan kanak2 ni sangat memenatkan..
yelah
kita kemas sini dia kemas sana
kita lepak tgk tibi dia kemas rak buku2 sekitar living hall..
pastu nak layan dia main
nak makan nak minum...
tumpahkan air lagi... accidentally terkencing lagi.. haaaaa mmg abesla tenaga aku nih!!

lega kejap time dia tido..
baru leh solat, angkat kain bagai..

tapi bila d bangun tido haaaa amek ko!!
bertenaga macam baru pas inject steroid!!

pastu sampai kul 10 malam pon dia nye tenaga tak abis lagik!
adoii seb baik la aku tak keje skang ni..
kalo time keje dulu.. mmg lebam la bijik mata aku layan aQim malam2..
kalo 2 orang buat hal takmo tido...??
alamat aku pegang hanger la bantai kanak2 yang takmo masuk tido.. ekekekeke
kadang2 kejam gak aku nih... sebab tu takleh ngaku aku ibu mithali haha

kalo hari yang da takleh tahan sangat.. takleh kawal da paras pengeluaran tenaga masing2..
maka kita masukkan la anak2 dalam hot spa...ahhaha

wahai anak2...sila lampiaskan tenaga kalian dalam kolam air panas ni ye

saya la budak paling bertenaga dalam umah ni!!!!
*ealyie, ni la cd coolababy aku yang da koyak PULnya... takleh pakai jadi CD btol2 da.. leh jadik cover je..

kena tembak ngan air ni... cm massage.. baru dia tenang sikit.. haha


kalau malam2 lebih best aku rasa.. yelah sejuk kan? berendam lam air panas tenang sket

sensiang pon bleh...
harus la merah padam muka ko karang.. sebab panas peluh2 hahaha
kadang2 kalo malas nak mandikan kanak2 ni, aku rendam je lam kolam
nanti naik, bilas, sabun, bilas, siappp... ekeke

kuar kolam je dia mesti cakap... huuu enatnyaa!!! abam penat!!!

tapi muka cam bertenaga je??

ica da lemau2 + ngantuk... haha padahal dia bangun kul 10, makan biskut, berendam, kul 12 da ngantok balik! bagus bagus hahaha

aQim sebok je nak suh amik gambo dia ngan adik.. siap nyanyi pok amai2 nak suh adik senyum!!

terlentang ko tetido.. part ni paling aku suka kakaka....


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena





hari tu baca kisah SyafiQah Huda masak mee hoon goreng kan,
aku pon sebok la nak tepek kisah Nurul SyafiQah buat mee hoon goreng jua...

hahahaha sebenarnya lama da..
takde perasaan nak tepek sini pon..
arinih gatai plak kan... hahaha

masa hari kejadian, aku malas yang amat nak masak..
tapi nak makan.. cemana tuh??
so ajar le anak masak... sambil mata aku hadap tb,
mulut membebel le suh dia buat itu ini
masuk itu ini
kacau sana sini
gaul sinun sini..
tup tup mee hoon goreng da siap hidang atas meja... bestnya!!

hahahahahahahahaha
ohh bahagianya ada anak dara!!!

wahai izan, toyet, ealyie, illa dan sape2 yang blom ada anak pompan..
sila peknen lagi..
sesungguhnya main masak2 ngan anak dara itu lebih menyeronokkan berbanding ngan anak jantan hahaha

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
hiskk... rendu kat blog ler...

ari khamis tu kan hubby cuti, so kami p jalan2 n terpegi IT Fair kat Suntec City..
hoho ramai giler ler orang!!
naik tren tu mmg cam tin sardin btol ler..
brg2 buleh tahan le murah..
tak dan nak survey apa2 sebab FIL nak cepat..
depa kalut la sebab nak balik flight malam tuh..
tengok sikit2 je..
dapat la FIL dan iQa henpon sorang sebiji..
si iQa ni lama da merengek nak henpon kat aku...
tapi dok buat tatau jer..
aku bukan per.. aku menyampah la tgk bebudak tecit2 hadaaaaapppp gadjet2 cam hp ipod PsP sumer tu.. aku menyampah tau!! sebab tu aku takmo blikan iQa henpon dari dulu lagi!
tapi,
sebab skang ni mmg perlu sangat hp
dia p skolah p sana sini sensorang je naik public transport..
maka utk mengurangkan kerisauan aku dan kemudahan juga,
aku bli la jugak...
haaaa... iQa oii...
tu kira advance birthday present la tau!!
takde da nak claim2 present pas ni!!

MIL bising la jugak kat hubby..
katanya membazir bli hp mahal2 kat anak..
huhuhu eleh...
aku ckp kat hubby, stroller adik2 dia pon mahal juga...
tak rasa membazir ke?? hahahaha...

aku just trying to be fair..
adik2 dapat ini, kakak dapat ini..
saving adik2 banyak ni.. saving adik2 pon banyak ini..
insurans adik gini, insurans kakak pon gini...
adik dapat menan, kakak dapat buku..
hohoho aku takmo pilih2 kasih!!
aku bencik tau orang pilih kasih!!!

haihh melalut sudah...
balik2 IT Fair, trus ke airport plak, anto PIL balik ke KL
masa kat airport aku dok sakit perut gak la..
apasal ntah... masalah diarrhea tak baik agi..time tu rasa nak demam da
ni saspen nih... aku jenis susah giler nak demam tau!
gatai je aku singgah watson bli UPT
sok paginya bangun2 terus check..skalik resultnya invalid plak!!
haihhh geram btol aku!! sebatang line pon tak kuor! cheh!!

sudahnya,
semalam seharian aku melepek jer..
melayan demam... huhu

kepala sakit
mata berair
tapi badan tak panas... huhuhu

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sakit hati baca kisah anak kecil jadi mangsa lelaki jahanam tu...
sedih hati juga baca kisah baby Ukasyah
aku tak pasti samada perasaan dua ibu ini SAMA atau tidak
apabila terpaksa menghadapi kenyataan kehilangan anaknya...

ya...
tidak semua ibu mempunyai perasaan yang sama terhadap anak masing2
sedangkan antara anak2 pon boleh dibezakan...
inikan pula antara ibu-ibu..

aku tak rasa Hanim tu ada perasaan seperti Mawaddah..
menghadapi kehilangan memang sangat menguji perasaan
dan kekuatan iman kita...

haihhh..... ku mengeluh panjang........


------------------------------------------------------------

malam2 jer mesti mood aku jadi swing...
asik ingat kat MAK laa...
dulu kejap2 nak call mak, kejap2 call mak...
sampai ada satu masa tu, mak kata
ko ni nak apa... asik call jer... mak nak buat apa pon tak senang...
tau jer la apa rahsia mak... hahahaha siap gelak beso lagi!
rupa2nya masa tu mak sibuk bakar kek banyak2 dan buat kuih raya..
dia senyap2 takmo bagitau sebab aku adek badek tak bagi d pnt2 buat kuih raya..

in fact sampai skang banyak kali gak lagi jadi kat aku... tgh masak, tgh drive sorang2 tiba2 rasa nak call mak..
amik fon, nak dial no, tgh fikir nak call no abah ke mak (mak n abah selalu tertukar hp)
baru sedar... mak da takde..
tak boleh nak hubungi dia lagi..

boleh hantar fatihah dan doa sahaja..
boleh fikir dan cakap dalam hati sajer..
boleh pendam sendiri sajer...

ye..
sedey ni... mmg sedey..
sebab aku rapat sangat ngan mak...
gaduh tu gaduh gak
tapi aku tau mak sayang aku... gaduh tu lain citer....

sejak hari mak meninggal, baru sekali jer bercerita heart to heart ngan iQa..
aku tatau la... dia pendam perasaan, aku pon pendam perasaan..
aku ngaku la kan.. aku mmg tak pandai nak expresskan perasaan dalam bentuk perkataan
susah tau nak kuar...tatau apa nak cakap!!
iQa mmg cucu paling rapat ngan mak abah aku..
sebab mak yg besarkan dia dulu,kan....
tapi aku tau iQa tabah...

masa aku call dia bagitau mak da meninggal, dia meraung lam fon..
dia lik nek kete ngan kakak aku n her husband..
aku plak balik dgn adik aku n 2 anak kecit..masa tu hubby OS..
aku drive dengan juraian air mata tau...
hisshh takleh nak citer da...
perasaan tu takleh nak gambarkan..
tapi semua moments tu masih segar lam ingatan aku...

semoga mak tenang di sisiNYA...
Al-Fatihah

------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
blog hoping during wiken sangat membosankan...
kerana
blogger separa tegar yang saya suka lawat blognya, mostly are weekdays blogger
maka apabila wiken... blog tidak update
dan tiada cerita baru..

saya terpaksa tunggu pagi senin untuk tgk baca lihat cerita mereka..

takpe takpe
ku paham
kalian sibuk dengan anak2, somi, family, PIL datang umah, balik kg, warehouse sale, makan2, basuh baju, kemas umah, gosok baju keje bla bla bla.....

da ku yakin kalian akan update esok!!

cepatla wehhh........aku rendu kalian!! hahahahaha




*daku dok hadap lappy saja kerana:
1. kakiku esp part pedis betis sakittt... macam tisu koyak, tendon cedera etc etc kerana letih jalan tolong iQa carik manalah letaknya si Merlion semalam huhuhu
2. encek hubby OS lagik.. maka sila la buat2 pandai dok umah di ujung minggu ye!! padan muka aku... huhu


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
sape penah pegi??
sila angkat tangan dan berikan review!

tajuknya ialah Perpustakaan Kanak-Kanak Kuala Lumpur

kami pernah ke sana sekali
mula2 nak gi sebab iQa ajak ajak ajakkk laa....
dan rasanya kami tak kecur nak pegi lagi..
bukan bukan bukan kerana bahan bacaan yang ada tidak menarik
dan bukan kerana bangunannya ketinggalan zaman
bukan juga kerana alatan tidak menarik..

tapi kerana saya TIDAK kurang berpuas hati dengan layanan yang diterima daripada kakitangan perpustakaan tersebut!
adakah??? nama pon perpustakaan kanak-kanak
tapi beliau expect supaya kanak2 semua behave seperti orang dewasa
yang memahami erti silence in the library..
adakah anda ingat kanak2 tersebut 'sakit' hingga tak wujud rasa excited bila nampak buku2 pelbagai warna tersusun rapi di rak?
adakah beliau expect anak2 akan ambil 2 buku dan duduk baca sampai habis buku itu sahaja??
hahahaha
mimpi la nko nak jumpa kanak2 sebegitu!
i believe kanak2 di Mesia sumer sihat2 belaka dan mempunyai nafsu untuk bermain2 dengan penuh tenaga!

ni si haQim yang tatau diam walo da kena sound berkali2

dok diam kejap jer...


how can u borrow a book??
you must become a Library member 1st!

How to be a member?
just pay RM6 and bring along a colour photo of yourself.

haiihh!!! takkan aku nak kuor pi carik kedai gambor, amik gambor dan datang semula untuk jadi member dan pinjam buku???

ko nihhhhh!!!!!!!!


------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
ena
dear iQa...

kenapa la tetiap hari muka ko asik nak monyok...
letih mama ngan abah...
bangun pagi muka monyok
balik dari jalan² muka monyok
adik nangis muka monyok..
adoi letih...

mama tau iQa baca blog ni kan..
cuba iQa fikir dalam²..
apa sebenarnya masalah antara kita?

1. bila mama nasihat baik² iQa tak sakit hati...
tapi nasihat mama tu sekejap je berkesan kat hati iQa..
nanti esok lusa iQa da lupa, iQa ulang smula..

2. bila mama marah².. tengking iQa.. nanti iQa sakit hati
pastu siap nangis²..
pastu hempas pintu bilik..
pastu masam muka..
monyok sampai esok pagi...
dan sambung monyok hingga hari berikutnya..

Dear iQa..
awak da besar tau..
kena pandai bawa diri..
fikir dan rancang rutin harian awak..
tak boleh la nak harapkan mama n abah setiap masa..

please note this dalam diary awak..
pada usia awak 9 tahun,

1. awak rajin tolong mama kat dapur..
2. awak da boleh berpisah ngan blankie awak..
3. awak rajin jaga adik.. mandikan haQim.. jaga arissa.. suap aQim makan...
4. awak selalu tolong mama basuh botol
5. every weekend awak temankan haQim kat playground depan umah..
6. awak pandai uruskan diri sendiri time mama dan abah gi keje..
tapi..
1. awak tak suka kemas bilik
2. awak suka sepahkan buku skolah pastu haQim main pastu koyak atau ilang pastu awak nangis ataupun awak monyok... takpun buku awak sepah² satu umah pastu tetinggal tak bawak pi skolah..pastu kena marah ngan cekgu pastu balik skolah nanti awak monyok semula...
3. awak suka sepah²kan bilik awak, telekung n sejadah awak..beg sekolah dan stokin awak.. pastu bila mama marah..awak ulang semula monyok..!!!

haihhh letihhh la mama camni...




------------------------------------------------
jika kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti....
Related Posts with Thumbnails

Follow me, i will follow u back