"Keep It Until Hard To Find"
Showing posts with label Framroz. Show all posts
Showing posts with label Framroz. Show all posts
Wednesday, October 12, 2016
Framroz's Aerated Water Ashtray
Jenama Framroz bertapak di Temasek sekitar tahun 1903. Dan mengikut kata orang2 lama di Temasek, mereka masih nampak jenama itu di sekitar 1970an berikutan company ini telah menerima Anugerah Best Award for Soft Drink pada tahun 1973 yang dipaparkan di dada akhbar The Straits Times Singapore. Bermaksud betul lah company ni masih wujud pada tahun 1970an. Sebelum2 ni pun aku ada up posting pasal botol, cawan creamer serta gelas Framroz. kali ini aku nak up mengenai tempat habuk rokok ataupun orang panggi ash tray.
Kebanyakan orang Cina di Temasek menggelar Framroz Aerated water ni dengan panggilan cina yang membawa maksud Crown aerated water. Buat masa ni, aku hanya terpandang 3 design ash tray Framroz. Mungkin lebih? atau aku yang kurang korek. nah disini terdapat salah satu design ash tray framroz yang aku kira menarik juga designnya.
Dengan kondisi yang aku kira masih cun lagi, terdapat 4 muka pada ashtray ini. dan satu design bagi setiap 2 muka. bermakna paparan depan dengan belakang adalah sama. Manakala paparan muka kiri dan kanan juga sama designnya. Dengan begitu gah mahkota yang membanggakan jenama Framroz ini, ink dan colour yang terpalit pada muka ash tray ini amat menarik sekali. memang layak untuk disimpan dalam lemari aku heheh
Tuuuu diaaaa paparan di sebalah kiri dan kanan ash tray. Cun kan? Yang buatkan aku tertarik dengan ash tray ini adalah tulisan 'Singapore' yang menceriakan lagi penampilan ash tray ini.
Ash tray ini aku perolehi di flea market pada suatu ketika dulu dengan harga sgd45 yang pada aku mahal ketika itu. Tapi pada masa sekarang rasanya berbaloi dengan harga tu.
Friday, April 20, 2012
Botol Souvenir Bertandang Ke Rumah
Tempohari pergi la melawat ke sebuah rumah teman lama..duduk berbual agak lama jugak dari pukul 9 malam sehingga ke 2 pagi! macam2 cerita yang keluar..dan masa nak balik tu,ada jugak buah tangan yang dibawa pulang dan katanya, biasanya kalau ada rakan2 kolektor bertandang ke rumah ko,diorang akan cakap,takde ke souvenir yang nak diberi?haaa ko berikan botol2 ni untuk tidak menghampakan orang yang bertandang ke rumah.
Ada betulnya jugak kata teman lama aku ni.kadang2 ada juga rakan kolektor yang tanpa disuruh,terus sahaja mengambil barang2 yang mereka suka hehehe..tapi bukan semua kolektor macam tu..kalau barang tu ada 5-6 bijik extra,apa salahnya kan?tapi kalau tinggal satu,diorang nak ambik jugak,memang kene terajang hehe..jom kita layan botol2 grade C yang boleh kita jadikan souvenir bila orang bertandang ke rumah untuk dibawa pulang..kebanyakan nya bersaiz 400ml
Schweppes..
Eastern A.W..
National A.W..
Dan juga Framroz..
Ada sesiapa yang berkenan? Jemputlah datang ke rumah hehe..
"Keep It Until Hard To Find"
Ada betulnya jugak kata teman lama aku ni.kadang2 ada juga rakan kolektor yang tanpa disuruh,terus sahaja mengambil barang2 yang mereka suka hehehe..tapi bukan semua kolektor macam tu..kalau barang tu ada 5-6 bijik extra,apa salahnya kan?tapi kalau tinggal satu,diorang nak ambik jugak,memang kene terajang hehe..jom kita layan botol2 grade C yang boleh kita jadikan souvenir bila orang bertandang ke rumah untuk dibawa pulang..kebanyakan nya bersaiz 400ml
Schweppes..
"Keep It Until Hard To Find"
Friday, February 3, 2012
Nomber Satu
Tempohari sewaktu Event Botologi di Puchong, aku tak sempat nak meng join disebab kan ada hal2 yang hendak diuruskan di JB ni..jadi tak dapat lah aku nak membeli belah seperti pengunjung event botologi pada hari itu..hanya sebotol ini aja yang berjaya dibawa pulang ke JB atas bantuan seorang teman yang menjadi orang kuat botologi juga pada hari itu..Framroz's Nomber Satu..bukak harga MYR150.condition?anda lihat sendiri...
Boleh la di pair kan dengan gelas Framroz's yang berjaya di bida di ebay singapore dengan harga SGD28.condition NOS. kalau diconvert,hampir MYR67 jugak harga gelas ni..wow..masa kat event botologi tempohari, bro Azhar ada jugak menjual gelas serupa ni dengan harga MYR50. rugi jugak kalau sape tak beli hehe..
Di belakang gelas ni terdapat imej botol Framroz's Nomber Satu ni. Aku tertarik dengan botol dan gelas ni disebabkan terdapat imej gambar tangan 'good' dan perkataan 'Nomber Satu' tu kelihatan teramat poyo sekali hehe..jarang terdapat pada mana2 botol soda yang lain
Kalau Framroz's Nomber Satu, siapa Nomber Dua?
Wednesday, March 9, 2011
Chalkboard Framroz
Salam Walimatul Urus kepada semua blogger dan pengunjung setia blog aku yang tak seberapa ni.dengan kunjungan kalian,semakin tinggilah hits kat blog ni dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan atau lawan.degupan jantung semakin pantas,bahang makin terasa.bak kata Frightrice,tick tock tick tock..countdown semakin hampir haha..persediaan lafaz sudah berbillion kali aku ulang.air Yassin pun sudah berbotol2 kuminum.harap2 semua doakan kefasihan dan ketidakgugupan pada 12hb ni ya hehe..almaklumlah lafaz keramat ni yang membuatkan ramai jejaka yang terkencing dan terkencet untuk melafazkannya hehe..jadi support dari kalian memang aku perlukan!
Jadi sempena posting terakhir sebelum aku bercuti panjang ni,aku nak sajikan sekeping besi yang tak seberapa ni.niat pada mulanya ingin menyimpan saja.dan dikeluarkan pada masa berperang.tapi tak apalah.niat buruk itu telah dineutralkan oleh perasaan 'AH BIARLAH'..ramai juga yang bertandang ke rumah menyuruh aku posting di blog.Penghulu JB dan Tuan Pengkerusi pun dah berbunyi,'Barang yang baik,tak perlu lah disorok' dan 2 hari lepas Bro Megat datang ngeteh kat JB,dan kami amat berterima kasih pada beliau kerana tanpa beliau,tidaklah kami dapat melihat botol Codd Framroz,botol bowling & botol embossed Schweppes yang conditionnya teramatlah cun melecun hampir 99%!.dan aku berseloroh dengan abg dolah,"bang,ropanya ada juga ya botol2 macam ni kat JB"haha abg dolah tersenyum kambing..jadi barang apakah yang aku posting pada hari ni?
Logo Crown Trade Mark yang tidak asing lagi bagi semua pengkolek botol..menurut Zul Botol Larkin dan diri aku sendiri,syarikat air yang berlogo kan crown ni lah diantara botol yang tercantik buatannya dan ada standardnya tersendiri jika dibandingkan dengan jenama2 air yang lain

Wah! ada gambar botol Framroz printed! memang sah benda ni dari jaman 1950's hingga ke awal 1960's

yang ini lagi best!botol Framroz Nomber Satu!bagi aku lukisan diatas metal ni nampak aja macam bodoh,tapi ada keunikannya tersendiri kalau nak dibandingkan dengan teknologi canggih priting jaman sekarang dengan software2 yang aku dah tak larat nak ikut.nampak keaslian dan ketelitian pada lukisan ni

Bagi pengumpul botol Framroz yang tidak sempat mengkolek botol beserta cap atau tudungnya sekali,boleh lah membuat rujukan di bawah ni cap apakah yang digunakan oleh Framroz dan flavor2 air yang dikeluarkan
Cap Nomber Satu

Cap Lemon Barley

Cap Orange Smash

dan Cap Sarsaparilla

dan ini adalah gambar close up bahagian advert Framroz

Dan yang terakhir adalah paparan keseluruhan chalkboard atau bagi sesetengah orang menggelarkannya sebagai menu board yang digunapakai di restoran2 Cina lama untuk menulis apa menu special hari ini ataupun tanda harga bagi minuman dan makanan yang dijual.saiznya ada standard size poster wayang dan material adalah metal yang dilapikkan dengan papan hitam untuk ditulis menggunakan kapur.condition masih cemerlang lagi hampir 90%
So,sekian untuk kali ni,jumpa kalian selepas honeybarleylemonmoon!kita enjoy!

Subscribe to:
Posts (Atom)