Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL
Showing posts with label Thermometer. Show all posts
Showing posts with label Thermometer. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Thermometer RC Cola 2

Salam back to basic! hehe..azam baru,maka posting pon kembalilah kepada asal..seperti dolu dolu..rasa macam rindu pulak nak posting ayat2 skema,low profile,humble dan seangkatan dengannya hehe..jadi buat julung2 kalinya,posting yang pertama adalah rentetan dari posting yang terdahulu iaitu Thermometer RC Cola.almaklumlah cuaca sekarang ni tak menentu.jika di utara sana sampai bah paras lutut,di selatan kadangkala redup,kadangkala mendung,tapi di bahagian sentral yang khabarnya terasa bahang..panas!panas!hahahaha..
berikutan dengan itu,posting kali ini aku nak memaparkan salah sebuah alat mengukur suhu atau tahap kepanasan iaitu thermometer yang mempunyai design yang berbeza ataupun siri yang berbeza dengan yang memanjang tempohari.berbentuk bulat macam jam dinding dan bersaiz lebih kurang jam diamond yang pakai elektrik tu.
benda ni aku korek di kawasan temasek yang kiranya bagi aku adalah lubuk yang anda masih boleh dapat lagi benda2 ni yang dulunya diletakkan di kedai2 kopi atau restoran yang terpilih.kalau aku nak korek kat memory lane ipoh atau pun kat KUALA LUMPUR nun jauh di sana,rasanya macam tak terlarat aku nak pergi.dan belum tentu barang ni masih boleh didapati dengan mudah.kalau ada pun,pada tangan kolektor yang kadangkala kena merayu untuk mendapatkannya dan belum tentu dilepaskannya.tapi kalau kena ayat atau gaya,dengan mudah barangan ini boleh ditukar tangan haha..tapi bagi diri aku sendiri,JB dengan temasek ni ibarat sekangkang KERA aja..10 minit aja dah boleh jejakkan kaki..apa yang perlu dilalui hanyalah tambak johor.kalau nak berenang pun boleh!macam tu lah kaedahnya sikit2 hehe..dan bodohlah aku kalau barang dah ada depan mata tapi tak kebas,kedai kopi lama masih ada,rumah2 lama masih ada,rumah kolektor pun masih ada,jadi buat apa aku nak korek di tempat yang jauh?
thermometer ni masih berfungsi dengan baik.bagaimana aku mengetest nya?masukkan aja di dalam freezer atau penyejukbeku.nah gambar di atas ni bukanlah aku tak pandai amik gambar sampai jadi blur,tapi itu adalah frost yang menutupi permukaan cermin termometer ni.kalau anda lihat bacaan yang digunakan pada termometer ini bukanlah darjah celcius,tapi farenheit.jarum nya yang bergerak membuktikan yang termometer ini masih boleh digunakan
di dasar termometer ni tertera made in U.S.A
dibahagian belakang pula terdapat coil yang mengsensor suhu untuk dihantar mesej kepada jarum yang berfungsi menunjukkan bacaan suhu
terdapat 3 kaki untuk menyangkut termometer ni ke dinding kedai ataupun ke dinding rumah aku buat masa ni hehe..jadi kepada sesiapa yang telah mempunyai termometer rc cola yang panjang,boleh la lengkapkan koleksi anda dengan termometer yang bulat ni.enjoy!

Monday, December 27, 2010

Thermometer RC Cola

eh?benda ni aku dah pernah posting ke dulu?aku pun dah lupa la pernah posting ke tak..sebab benda ni adalah benda sampah yang letaknya biasa kat atas lantai je bagi sesetengah orang tu.dan tak laku pon kalau jual.pelik betul lah aku,kalau barang orang lain,semuanya tak laku,kalau barang dia,wah koleksi yang menguntungkan aja haha..tapi bagi aku,biarlah orang2 yang macam tu hidup dalam dunia mereka.bukan mereka menguasai barang tu,tapi barang2 tu yang dah menguasai mereka haha..terlanjur aku dapat benda ni murah dari seorang teman kat puchong,maka tergantung jugaklah kat dinding rumah aku ni..berlogo kan RC di bahagian atasnya.ROYAL CROWN COLA
dibahagian bawah pula terdapat thermometer yang aku rasa bagus untuk menyukat atau mengukur tahap kepanasan seseorang tu.sebab kadangkala,ada sesetengah orang yang baru diuji dengan barang2 yang agak kontroversi sikit,mula lah montotnya panas haha..dan mula lah dengan cerita sindir menyindirnya tu yang bagi aku takkan habis punya.biasalah orang melayu..perasaan cemburu buta tu mestilah ada kan..tapi tak semua orang macam tu..cuma seorang dua je..jadi nak tau tahap kepanasan seseorang tu,boleh lah disumbatkan bahagian hujung thermometer ni ke tempat bahagian mana yang terasa panas.kalau di bahagian atas,sumbatlah ke mulut(kalau muat,tapi mulut tempayan rasanya muat kot..).atau pun kalau panas dia bahagian montot,boleh la sumbat ke bahagian mana yang anda rasa perlu hehe..
aku nak ucapkan terima kasih pada teman yang sudi memberikan thermometer ini dan dapatlah jugak aku mengspreadkan benda ni kepada orang2 di Johor ni.dan kalau tak silap,ada juga blog seorang teman yang menjual thermometer ni dengan harga yang agak murah dan affordable berbanding dengan harga yang dijual oleh seorang dermawan..enjoy!