Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Bila 8 BE dari nuffnang serang hampir serentak. Meh tengok Tips sempoi dapatkan BE

Income aku dari cik nuffnang tak banyak mana pun. Setahun 1-2 kali jer aku casah out. Tu pun dalam RM100++ or kurang. Sesuai dengan tahap kemalasan aku lately ni nak update blog. Jom tengok benda sempoi yang aku buat untuk dapatkan BE

1st sekali, pastikan akaun nuffnang sentiasa dalam keadaan Liplap aka Glitterati. Ini penting sangat. Ha....aku baru cash out RM63. Tu bukti aku cash out (tinggal singgit jek). Nak maintain, biasanya aku update jer Blogger Bio aku kat bahagian Survey. Sebulan sekali pun dah ok sangat. Pernah sekali cik Liplap aku ni hilang. Kelam kabut aku update Bio dan msg nuffnang. Mujur dapat balik dalam masa beberapa hari. Huhu....Seram mak

8 BE dari cik nuffnang yang masih on going. 

Tapi terus terang aku cakap, income tak berapa sangat. Mayb aku jarang update blog. Tapi kalau tengok kat keyword, blog kecik aku selalu dikunjungi untuk benda-benda berkaitan penyusuan, bersalin, tips keibubapaan dan seangkatannya. Lagi 1, pasal percutian. Aku jarang bercuti tapi kalau update, best gak tengok Uniques nuffnang. Percutian yang paling tinggi dapat perhatian (kononnya) ialah Salak Denai. So far, dah lebih 4000 yang view. Ok la tu kan untuk blog kecik cenonet ni.

Yang pasti, aku memang tak pro pasal nuffnang, yang basic2 jer boleh ler share. Sebab blog ni cuma hobi sampingan. Hobi utama aku tetap contest walaupun jarang menang :p. Teeett...


Saturday, July 13, 2013

Apabila rezeki datang hampir serentak di bulan Ramadhan....

 Seawal 1 Ramadhan lagi rezeki datang menyapa. Cek nuffnang datang selepas cek sebelum ni hilang macam tu aje. Tak tahu mana silapnya. Aku terima email yang cek telah dihantar tapi habuk pon tarak. Selepas tukar alamat ke HQ, syukur dapat gak merasa hasil berblogging ni walaupun tak selebat mana. Hari yang sama gak aku dapat tahu diapers tajaan DRYPERS sampai sekotak besar di HQ. Yeay!!! Ada lagi yang masih dalam proses.

 Cek yang tak sampai RM100 tapi sangat best bila kita dapat

2 Ramadhan plak aku terima panggilan dari organizer. Yg misterinya aku tak tau hadiah apa aku menang dan contest yang mana satu. Bukan tak tanya, tapi aku tak brapa faham slang mamat tu. Padahal dia dah cakap Melayu dah :p. Yang pasti, hadiah akan dihantar pada minggu depan ke ofis HQ. Tunggu je lah. 

Selang setengah jam, kawan dari HQ kol cakap ada hadiah untuk aku. Ok...baru aku ingat aku redeem towel dari dutch lady (DL) sekaligus masuk contest DL. Bahagian encik suami dan umi anak2 aku masih belum dapat lagi.

Paling best hari yang sama juga encik suami kol kata ada voucher KFC/PIZZA sampai. Yg ni pon hasil redeem DL. Senyum melebar aku.... 

Paling surprise ialah semalam 3 Ramadhan, bila aku dapat panggilan dari P&G. Aku menang washing machine panasonic 16kg! Rasa seram sejuk aku coz ni 1st time aku menang hadiah bernilai lebih RM2k. Ni contest jenis siggy. Walaupun tangan aku keras berdengkang nak bersiggy, hasil tunjuk ajar dan idea kawan baik, aku dapat hasilkan siggy DYNAMO DOWNY. Aku tak berapa harap sangat sebab hadiah cuma ada 10 bijik mesin basuh jer. Apa-apa pon aku tetap syukur atas pemberian-Nya. Surat pun dah sampai tadi kat ofis. Mujur ada kawan yang datang keje hari ni. Tercapai niatku untuk dapatkan mesin basuh selepas berbulan2 aku spin guna tangan yg masih kena fisio ni.

Tak henti kat situ, suami kol yang dia dapat panggilan menang sesuatu. Tak tau menang apa dan sape organizer nya. Mcm biasa, dia cuma perlu sahkan i.c number dan alamat untuk penghantaran hadiah. Hehehh....Tu yang penting ok. Moga-moga rezeki untukku sekeluarga sentiasa murah dan berkat.


Monday, April 30, 2012

Terima angpau dari nuffnang

Total nuffnang aku pernah cash out. Today, kali ke-2 aku tekan mesin cash out. Tak lah banyak bagi kepala2 blogger @ otai kalu tgk jumlahnya pun. Ni blog kecik utk suka-suka je. So, suka2 atilah jugak nuffnang nak bagi berapa or bilakan? Aku terima jer :)

Tgk jumlah dulu sebelum pergi ke detail kat atas tadi. Last Oktober dulu, lebih seminggu aku tercari2 macam mana nak cash out duit ni. Sebabnya....sebab aku tak pernah buat lah dia jadi mcm tu. Orang lain tekan sebulan sekali...or seminggu sekali...or twice a month. Aku, TWICE A YEAR. Since 2008 berblogging, 2009 tukar channel sebab2 blogging, thn lps baru 1st time dapat. Lps lebih 3 thn baru dapat angpau dari nuffnang. Hihihihh....