CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31 Disember 2009

FIKIR



Dari lorong-lorong hancing di kolong
Dari deretan hotel murah binaan manusia
Dari terompah kayu berkeletak keletuk

Dari rumah murah yang konon di speedo gomen
Dari double storey, bunglow, villa hingga istana
Dari Doc Mart, Polo, Pierre Cardin Petaling Street

Dari haprak bau hapak..
Dari wangi yang menyengit hangit!
Dari tak berkasta hingga berkasta tak terkata..

Dari mana hadir mereka..?
Dari denai tanah merah ke jalan tar!
Dari jalan biasa ke lebuhraya!

Dari basah tekak hingga kering tak bersuara kerana sorak
Dari kering baju hingga lenjun dek peluh
Dari sunyi hingga bingit dan bingar

Dari saat, minit ke jam
Dari hari, minggu, bulan ke tahun
Dari sebelum masehi ke abad duapuluhsatu

Dari mana datang hari itu?
Dari kiraan nombor yang dihitung dan diatur
Dari congakan yang salah atau betul

Dari situlah semua terkumpul
Dari kiraan detik sepuluh ke sifar
Dari jeritan itulah alpa menerpa..!

Dari mani ke rahim
Dari Luh Mahfuz ke dunia nyata
Dari bongkak tegak hingga ke keranda..

Dari sana sepatutnya dikira
Dari berat dosa biar berpahala
Dari Dia dan kembali padaNya!


-akupentoi-

Dari sesak2 baik lepak kat rumah saja..
Hahahahahahah!


BUAT SEMUA...SELAMAT TUKAR TAHUN!


26 Disember 2009

WA PLAGIAT LAGI



Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?
Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua
Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada

~ A. Samad Said
———————————–

24 Disember 2009

BOLEH




Ingin sekali
Bukan dua kali
Tapi dah nak masuk tiga kali
Sampai aku dah naik lali
Dari satu lorong
Jadi dua lorong
Tiga, empat lorong
Tapi masih berbondong-bondong
Kat sini masih sama
Kat sana pun sama juga
Kat mana mana pun sama ke?
Tah..lantak la..peduli apa..
Atas tu..atas tu..
Bawah tu..bawah tu..
Tak..tak..kat tepi..
Sikit lagi..ha..ha..sikit lagi..
Tarik..tarik..
Bodoh..tak tau buat keja..
Biar aku la buat..
Makan gaji buta!..


-akupentoi-

semalam di bukit bintang..

20 Disember 2009

JIKA


jika mahu membaca..belajarlah..

jika mahu menulis..belajarlah..

jika mahu..mahulah..

hidup tiada paksaan..

cuma peraturan..

yang tak perlu dicatur..

tapi perlu diatur..

-akupentoi-



10 Disember 2009

BIARKAN


Memang aku ingin mengarang..
Jauh dari karangan yang terbiasa ditatap..
Agar berputar dan bergegar akal yang diperap..
Biar tersentak dari dibuai perkataan puitis..

Memang aku ingin mengarang..
Biar terbongkar tata dan nahu..
Dari terperuk dan disimpan..
Nun disinggahsana perbendaharaan..

Memang aku ingin mengarang..
Membongkar rahsia yang terlepas pandang..
Dek terlalu lurus dicatur peraturan..
Hingga yang remeh diwar-warkan..

Memang aku ingin mengarang..
Sesuatu yang menyentak jasad..
Supaya terkejut dari teralpa..
Dengan bahasa sederhana yang biasa diguna..

Memang aku ingin mengarang..
Agar aku dapat memberitahu..
Sesuatu yang tak mampu untuk dizahir dengan suara..
Cuma lahir dari benak yang datang entah dari mana..

Memang aku ingin mengarang..
Melampias apa yang bersarang dan bersawang..
Membuang apa yang berselirat dan melingkar..
Membaling apa yang dihantar mata kerongga otak..

-akupentoi-