Showing posts with label working life. Show all posts
Showing posts with label working life. Show all posts

24 July 2015

selepas sebulan++

sedikit update selepas sebulan lebih pindah kat sini.

anak2 kat taska so far ok, puas hati. ada lah sikit2 part terasa nak marah tapi tolak ansur halal berhalal je. cuma, pagi sebelum hntr taska ngn ptg balik dr taska. setakat ni drama pagi petang masih ada. kadang pagi2 taknak mandi kat umah, tanak susu, nangis2 meronta tu perkara normal. ptg plak tibe2 tanak balik umah jengka, nak balik umah kuantan, nk g kedai wan dlu sbb nak main basikal, xnak dok car seat tu pun perkara normal. mmg betul la org kata bile amik staff perempuan mmg byk masalah, byk hal. bile kena transfer camni, satu keluarga jadi mangsa. satu keluarga dpt tempias. nak kena sesuaikan diri tu bukan staff tu sorang je. tapi satu keluarga. ngn umah baru, taska baru, rutin baru. ni baru cerita part nak g taska. part siddiq meraung setiap kali tak dapat berdokong takyah ckp ler. hari2 setiap masa. smpi kan nak gosok baju kerja pun, sayee buh dia atas meja gosok tu. pastu sayee dapat gosok sipi2 meja je sbb takut dia kena panas. bahaya? sayee tau dan sayee alert. org yg tak dok tempat sayee takyah lah nak mengata. sayee tau ape sayee buat. siddiq la paling menguji kesabaran buat masa ni. drama air mata dia tak abis lagi. kalau kat umah kuantan dia ok, kalau ada abg abdul pun dia ok. tak tau lagi dah camne nak biasakan dia dengan tempat baru. nak slow talk bukan dia paham lagi. T___T




ini plak, kisah cikgu kesayangan solleh kat taska anjung naluri. cikgu nurul namanye. dia selalu wasap tanye kabar solleh. dia rindu solleh. bile sayee tunjuk gambar ni kt solleh, terkejut jugak solleh masih ingat nama kawan2 dia. nama cikgu. yg sayu nye bila dia kata, 'ni firdaus kwn aleh ngn cikgu nurul dia, bukan cikgu nurul aleh kan. sbb aleh dok skolah cikgu baru kan'. oh mak sentap! 



cucu nenek atuk yang ke15. lelaki. 230715. mak abah sayee baru 5org cucu, mak abah abg abdul dah 15 cucu. hehehe. aritu sayee saje2 takde keje, dok buat analisis cucu nenek atuk ni. start dr cucu ke2, elok je turutan dia. camni; 
cucu pertama lahir tahun 1998 so tak masuk list. 
cucu ke2 lahir 2002, 
ke3 2004, 
ke4 2004,
ke5 2005,
ke6 2006,
ke7 2007,
ke8 2008,
ke9 2009,
ke10 2010,
ke11 2012,
ke12 2012,
ke13 2013,
ke14 2014,
ke15 2015.

dr 15org cucu ni 3org je turutan tak ikut tahun lahir. lain seme sama. hebat sgt. ahhaha.






ni plak gambar2 kawan kuantan sayee. adalah sedikit kerinduan pada geng2 kat opis kuantan ni. 5 tahun keje ngn dorg, dah rapat dah selesa dah terbiasa. takkan tak ingat kan. cuma kite yang dah dewasa ni pandai nak control emosi, dah pandai nak berhubung mcm2 media sosial ada. tapi anak2 kecik tu tak pandai nak call kawan2 kalau rindu, tak pandai nak control emosi. sbb tu buat perangai. tapi mak dia yang dah dewasa ni tak paham pun masalah dorg. tau nak menyinga dan menaga je. hadoiii, maafkan mak korang wahai anak2ku. mak cuba lagi tak nak marah2 ok.



oh yang ni plak birthday treats kat herbaline. setiap tahun mmg sayee akan herbaline bile time bday. sbb dia bg diskaun ikut umur. contoh harga facial 100, umur kita 30, kite kena bayar 70 sahaja. syok kan. tu dia bagi hadiah dlm kotak putih. ingatkan kot dpt produk herbaline size kecik2 ke, rupenye dpt chocolate 2 ketoi. masa tu bulan puasa, sayee bg anak2 mkn seketoi sorang. yg kereta kayu tu plak mcm music box. dia pasang lagu happy birthday tu masa bawak dulang tu kat sayee. hehhe. tq herbaline. sayee mintak nak bawak balik kereta music tu tapi tak dapat. hahahha.

kesah seterusnya, lenovo ku hancussss. selasa raya ke5 tu sayee ikut abg abdul g putrajaya. bawak anak2 skali. abg abdul nk g KPM uruskan mybrain dia. taska pun tutup lagi terpaksa lah sayee cuti. alang2 raya haritu tak dapat jmpa makpak sedare yg klang/s.alam tu. sayee pun g la umah dorg. kat situ, solleh dok pegang tepon sayee. saje dia nak pegang bukan main pun. budak2 lain seme ada gadget memasing, dia pun kengkonon nk pegang jugak. gituuu kot. tapi dia dok lempar sana lempar sini. masuk kereta nak balik tu sayee nak bukak waze, tgk2 dah gelap gulita. tak keluar ape2. tapi kalau call bole dapat cuma tatau sape yang call lah. maka, rabu tu pagi2 sayee g sebat tepon baru. g atm keluarkan duit seribu je. supaya tak beli tepon yang lebih mahal dr seribu. maka pilih punye pilih sayee rembat samsung galaxy e7. hrga? 1030. 30 hengget tu guna duit raya abg abdul bg sayee. ikut hati nak rembat duit raya solleh je. hahhahahha. melayang duit mak tau tak anak oiiiii.

syok jugak spec dia
2gb ram
16gb internal memory
camera 13mp (5mp secondary)
screen 5.5"
review sayee: lebih kurang note2 punye performance tapi lebih laju. body lebih ringan. ketahanan bateri pun sama macam note2. tu je. ok!


sekian lah dlu utk kali ni. ada masa sayee mencoret lagi.




11 June 2015

celoteh; kena transfer

as salam semua.

cerita seterusnya untuk dikongsikan disini ialah, sayee dpt transfer! citer transfer ni sebenarnya dah lama, dari sebelom siddiq ada lagi smpi la siddiq pun dah besarrrr bole berlariii akhirnya sayee dapat pulang ke kampung halaman.. masih lagi dengan company yang sama, jawatan yg sama, cuma berbeza kawasan jajahan dan taklukan je. sebelom ni sayee jaga seluruh negeri pahang iaitu 11 daerah. skang cuma jaga satu daerah je. tapi bidang lebih meluas lah. takpe, ape2pun yang datang kite lalui aje. sambil senyum gembira. asalkan anak2 bahagia.

mula dapat surat 11mei haritu. tapi opis lama kena serah tugas dlu, siapkan mane2 keje yang ada dlu, setelkan cuti2 dlu, claims dlu etc akhirnya 8 jun baru sayee lapor diri tempat baru dengan bos baru. hari last sayee kat kuantan ada lah buat sket makan2. simple je. beli kfc n kek. potong2 kek pastu mkn smbil lepak n borak. amik gambar. berlakon sedey. hhahahha.

geng kat opis kuantan mmg sayee dah selesa sangat2. dari belom kawen smpi anak dah 2 dok opis tu. mmg la mesra dan selesa sangat kan. mmg antara memori yang tak senang nak lupa. tapi takpe, bole jumpa lagi. masih company yg sama kan!


selamat maju jaya ANGAH













meja terakhir. ni adalah meja keempat sayee selama dok opis kuantan 5tahun++.










posted from Bloggeroid

12 October 2014

aidiladha 2014

kali ni kami beraya di umah jengka dlu. sayee masak rendang daging, tapi abah tak ske sbb terlebih daun limau purut. T-T. bile tanye abg abdul pun dia kata terlebih jugak. selain itu, mak masak laksa dan nasi impit kuah kacang utk juadah pagi raya. hanya sayee dan adik bongsu yang balik beraya. along balik taiping. abang (mustaqim) plak beraya di bandung. biasa mmg raya haji dia tak balik pun sbb takde cuti.

attire; ulang pakai baju raya puasa. jubah solleh siddiq pakai smpi tghari je. ptg tu nak balik gelanggi dah tukar tshirt je. panas weyh.

sayee amik gambar sbb sayee lom sempat nak pakai cantik.
maka, takde gambar sayee

aki dan siddiq


selamat hari raya aidiladha

solleh yg ajak apak dia (adik bongsu sayee) bergambar.

ibadah korban. solleh ikut mak sayee g tgk aki sembelih lembu. balik tu kecoh dia, "mak, aleh tgk lembu dayah (read:darah)". mak kata dia dok heret tgn ajak tgk dekat2. tak takut langsung. mak yang tak berani nak bawak dekat2 sgt.

tentang siddiq plak. dia tumbuh gigi di hari raya. dia kan lom start solid. mak sayee sebok suh bg dia mkn sbb dia dah tumbuh gigi. sejak ada gigi ni, slalu sgt buat strength test masa menyusu T-T, sakit mak tau tak!!! sabau je la...





kebetulan plak 5oct tu bday zaid ke 4. ibu dia buat suprise bday party utk dia kat umah gelanggi. ada kek, belon, dan steamboat by best buffet steamboat n grill. tapi takde gambar sgt. seme org sebok main belon. hahaha. 


ini lah zaid

ni amin, di mlm kejadian. main belon byk.
steamboat setting kat luar umah. masak dan makan ramai2.

selasa - sayee dah keje. ada majlis korban di pejabat plak. tumbang kerbau seekor. lepas tu gotong royong masak dan makan beramai2.

venue: yard kuantan

sekian sahaja cerita raya korban. till then. as salam.


23 July 2012

whole-wheat pita chips with mascarpone-chives dipping sauce

pertama skali, selamat berpuasa kepada seme kawan2 yang beragama Islam. semoga ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun2 lepas. insyaAllah.

jumaat lepas ada buat majlis tazkirah kat opis sayee sempena nk sambut bulan puasa ni. biasenye catering dah xnak amik order sehari sebelom puasa kan. maka, pihak pengurusan cadangkan buat potluck utk majlis petang tu. sayee pilih nk buat snacks aje, sbb ramai yg bgtau nak buat mknn berat. sayee pilih nk buat pita chips ni. resipi asal dari rancangan masakan Giada at home.


Whole-Wheat Pita Chips with Mascarpone-Chive Dipping Sauce
Place an oven rack in the centre of the oven and preheat to 230 degrees, gas mark 8.
Cut each pita half into 4 wedges. Arrange the pita wedges in a single layer on a baking sheet. Brush with the oil, then sprinkle with the oregano, salt and pepper. Bake for 5 to 8 minutes until crisp and golden.
In a medium bowl, combine the bacon (sayee guna sosej cincang halus dan goreng), mascarpone cheese (sayee guna cream cheese), sour cream (sayee guna yogurt asli), and chives (sayee guna spring onion). Season with salt and pepper, to taste. Transfer the dip to a serving bowl.
Arrange the pita chips and dip on a platter and serve.


tu sayee copykan resipi asalnye. tp sayee dah perkotak-katikkan. hehehe.

panaskan oven. sayee buat temp. 200


  bahan2: roti pita, cream cheese, yogurt asli, sosej, spring onion.


roti pita dikerat 6.


 sayee renjis2 dengan olive oil. pstu tabur salt, pepper, dry oregano
bakar 8-10 minit smpi jd rangup..


sosej sayee campak dalam chopper. pantas dan ringkas.


kejap je nk cincang. senang..


goreng dengan olive oil sket smpi garing sket.


ni plak potong halus.


roti pita yg dah siap bakar.


250g cream cheese + 125ml yogurt asli + 3 ketul sosej + spring onion + salt + pepper


sedia utk dibawa ke pot luck.

sayee try dlu... hehehehe...

seperti yang dijangkakan, mmg mendapat sambutan menggalakkan. hehhe. sekejap je abis. tapi roti tu lebey sedap dimakan masa panas2. bila dah sejuk dia mcm nk liat dah.

lepas abis tazkirah dan makan2, sayee terus pecut balik ke jengka. nak sambut puasa ngn makabah dan keluarga. mlm tu sayee buat lagi skali utk mkn kat umah. tapi mkn dengan roti whole-wheat biase je, bukan roti pita. tapi sedap jugak.



27 July 2011

Cold In-Place Recycling (CIPR)

sekali-sekala nak jugak kuarkan entry engineering ni. saje nak share aje. untuk sape2 yang search pasal road maintenance ke, kuar jugak entry ni kan. hikss

"Cold In-Place Recycling (CIPR) is a structural pavement rehabilitation technique. It re-uses the existing pavement materials. This technique involves scarifying, stabilizing and re-laying the recycled materials with minimal off-site hauling or mixing.
CIPR involves the processing and stabilizing of the existing pavement layers without heating to produce a rejuvenated pavement layer. There are many types of stabilizing agents that can use in CIPR but the most common are bitumen emulsion, foamed bitumen, lime, cement and fly ash. Stabilising agents can be injected directly into the recycler mixing chamber while the scarifying operation is carried out, ensuring excellent mixing of the stabilizing agent with the scarified materials. Where required, the scarified materials may be modified by the addition of fresh aggregates and/or bitumen."

untuk pengetahuan, projek kat pelabuhan ni adalah my 1st experience pasal CIPR ni. sebelom ni projek CIPR buat kat Sg Koyan tapi masa tu sayee belom masuk keje sini. hari buat trial lay kat sini, sayee amik peluang la nak g jadi witness. leh belajar lagi.

hari ni, sayee nak share gambar pasal CIPR ye.

milling - done

CIPR machine

kanan

kiri


depan


bayangan sayee

susun simen. ada calculation untuk tentukan satu beg simen untuk brape luas.
kita spray atas jalan tu, untuk keluasan tertentu.

meratakan simen


started

on going


stop kan machine kalau jmpa batu besar seperti ini





untuk pengetahuan lagi, ini adalah gambar masa awal bulan 6 arituh. nnti sayee share plak gambar progress lain dan jugak gambar terkini ye. insyaAllah.

to be cont~~


Related Posts with Thumbnails

ads