30 March 2018 - Ini bukan pertama kali saya menyaksikan Arch Enemy beraksi di pentas. Pertama kali di Tennis Indoor Stadium Jakarta pada Oktober 2009. Ketika itu Angela Gossow dan Chris Amott masih lagi bersama Arch Enemy dalam rangka tour Rise Of The Tyrant/The Root Of All Evil. Amat hebat band melodic death metal ini cukup bertenaga. Konsert tersebut turut dibantu oleh band pembukaan Psycroptic (Australia).
Jam 8.00 malam, lampu dipadamkan. Arch Enemy muncul di pentas dengan “The World Is Yours”, single dari album terbaru Will To Power. Hebat aura Alissa rupanya. Riffing dari Ammott dan Loomis sangat padu dan di pacu oleh detuman bertenaga Erlandsson. Set terus disambung dengan lagu Ravenous, Stolen Life dan The Race. Alissa sempat menyatakan beliau berbesar hati buat pertama kali ke Asia Tenggara dan Singapura juga tentang album terbaru mereka. Persembahan diteruskan dengan lagu War Eternal, My Apocalypse, Blood On Your Hands dan beberapa lagu lagi.
Ok Jeff Loomis ex Nevermore! Kali ini tugas bagi kebanyakan solo gitar Arch Enemy di jayakan olehnya dengan baik. Arch Enemy telah maju lebih bertenaga dan lebih kejam dengan adanya Loomis di posisi gitar, lebih baik dari sebelumnya. Gandingan dual gitar solo serta gabungan bersama Amott amat serasi. Limelight tetap kepada Micheal Amott apabila bergitar solo dalam Intermezzo Liberté diiringi Loomis. Sesuatu yang perlu dinikmati sekiranya anda peminat Arch Enemy juga guitar shredder.
Seterusnya Arch Enemy meneruskan setlisnya dengan lagu "Dead Eyes See No Future" dan juga single dari album terbaru "The Eagle Flies Alone" terus disambung ke beberapa lagu dari album lama mereka seperti As The Pages Burn, Dead Bury Their Dead dan juga anthem singalong mereka "We Will Rise".
Alissa muncul kembali di pentas dengan bendera hitam Arch Enemy di tangan sambil mendendangkan lagu Avalanche seterus disambung dengan gitar solo oleh Jeff Loomis. Arch Enemy menamatkan persembahan dengan lagu Nemesis dan Fields Of Desolation. Rata-rata audien sangat berpuas hati dengan konsert malam itu. Saya rasakan venue tersebut sesuai dengan jumlah crowd yang hadir. Sistem bunyi,pencahayaan dan juga ambience dalam venue sangat baik bagi jumlah audien yang tak begitu ramai.
Setinggi penghargaan kepada organiser Inokii kerana menjemput kami. Satu showcase yang sangat sukses. Looking forward for more quality metal shows.
Setlist:
• 'The World Is Yours'
• 'Ravenous'
• 'Stolen Life'
• 'The Race
• 'War Eternal'• 'My Apocalypse'
• 'Blood On Your Hands'
• 'You Will Know My Name'
• 'Bloodstained Cross'
• 'Intermezzo Liberté'
• 'Dead Eyes See No Future'
• 'The Eagle Flies Alone'
• 'As The Pages Burn'
• 'Dead Bury Their Dead'
• 'We Will Rise
Encore
- Avanlache
- Jeff Loomis Guitar Solo
- Snow Bound
- Namesis
- Fields OF Desolation (Instrumental)
More photos : https://www.facebook.com/pg/backstagemyofficial/photos/?tab=album&album_id=1534412429989605