Aku sepatutnya ke Port Dickson pada 9 Disember, namun akibat badan terlalu letih maka pagi-pagi Jumaat aku ke Springhill PD bersama isteri. Planningnya, untuk membantu dan meraikan majlis perkahwinan pasangan ini. Maka, sibuklah semua saudara mara, ada yang memasak asam pedas, ada yang melepak, ada yang baru sampai dan mencari tempat tidur dan macam2 kerenah lagi. FYI, aku berada di rumah pengantin perempuan, oleh itu aku tak boleh lari dari jadi pembantu dalam hal2 pelamin dan sapu sampah sampai ke hal andam mengandam..fuyoo. Aku handle bab komen aja.
Selepas solat Jumaat, situasi mula kalut. Apa taknya, jam 5 pengantin lelaki akan sampai untuk majlis akad nikah.Majlis ini merupakan perkahwinan anak pertama dalam keluarga ini, maka semuanya "grand". Rombongan pengantin lelaki sampai dengan konfidennya. Kadi pun duduk bersedia bersama saksi-saksinya. Apabila mulanya khutbah nikah kahwin, pengantin tak senang duduk. Ini kerana khutbah sudah jadi ala-ala ucapan hari Merdeka selama 40 minit diselang dengan lawak-lawak rempit Kadi tersebut. Namun, akhirnya, semuanya selesai akad nikah dengan sekali lafaz. Syukurlah pengantin tersebut kerana semua yang dirancang berjalan dengan lancar.
Pada malamnya pula, ada majlis santai-santai berkaraoke. Dari lagu L Ramlee sampai ke Mas Idayu mereka hentam. Oleh kerana rumah sudah penuh , maka kami di beri ruang di hotel 3 bilik untuk bermalam. Tapi, di hotel pun agak penuh, pandai-pandailah cari ruang untuk tidur. Maka ruang itu menjadi seperti kapal pecah. Esok ada lagi majlis bersanding dan makan-makan.