.::MeNu BLoG::.

'ammar (10) Aaron Aziz (2) AdamHawa (2) Adania; Amaryllis (1) Aksi (11) Aktiviti (7) Amaryllis Premium Collagen; APC Putrajaya; APC (3) Ammar (6) Amsyar (36) Artikel (10) Artis (1) Astma (2) Babah (1) Baby makan durian (1) Bandung (3) Berita (1) Berita Dapur (2) Bersosial (16) Besday (4) Bicara Minda (1) blogger;abil fikri;DIM Abil Fikri ;http://abil4fauziah.blogspot.com (2) BoothAPC Putrajaya (1) Bowling (1) Bromo (1) CD (1) cerita (4) Cheese Tart (1) Chicken Pox (1) Contest (2) Cuti-cuti Indonesia (1) Cuti-cuti Malaysia (1) demam (4) Diana Danielle pregnant (1) DoubleA (3) Drama AstroHD (1) Durian (1) Durian Creep (1) Entry basi; Bersosial (5) Episod akhir (1) Family Trip (1) Farid Kamil (1) Felinna Inchloss (1) Figure Up PROMO (1) FinalAdamdanhawa (1) Gateway (1) Gathering SI (6) Good Friday (1) Hidangan Pengantin (1) Hidup dan matiku utk ISLAM (1) Hijrah 1434 (1) Hobi baru (1) Hotel (1) Iklan (4) Inchloss Lotion (1) indonesia (1) Info (9) Islam Sejahtera (1) Jalan-Jalan (1) JJMC (1) Kejadian (3) Korea (1) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA (4) Krabi; Travel With Kid; Amsyar ; Ammar; DoubleA ; Passport (2) Krabi; Travel; (1) KTO (1) kuih raya sedap 2013 (1) Kutu (1) Liburan (1) Little Caliph (2) Makanan (1) ManggaAds (1) Masak2; DIY (1) Melaka; travel (1) Menarik di Genting Highlands (1) milestone (1) MilkA Deal; (1) Mother's Day (1) NadiyaNisa (1) NadiyaNissa (1) Novel (1) novel 2015; hobi (1) Nuffnang (3) NuffnangOpenHouse2014 (2) NuffNangRaya Special Raya 2014;Nuffnang Event (1) Organic Cordyceps (1) other (2) Others (1) Pengertian Puasa;Puasa (7) Perkahwinan (1) Pregnancy Test (1) Produk Slim (1) Red Bella Body Wash (1) Resepi (6) Sabah (1) Saya Jual Produk; (1) Seju (1) Sekolah (1) Seoul (1) Shopping (1) Sosial Silah (1) Stok EBM (4) Surabaya (2) Tadika (1) Tadika YADIM (1) Taska Tasneem (1) Tips; StoryMory (1) Travel (5) Travel Agent (2) Trip; Bali; Honeymoon (3) Umi Ceritera (4) Ummi Ceritera (14) Ummicupcakes (1) Urus rumahtangga. (1) Video (6) Wad Paedratik Hospital Serdang (1)

.::U FoLLow Me , I tHaNk U::.

Meh Add Your BloG :

LETS CLICK GUYSS!~ TQ

Showing posts with label Ammar. Show all posts
Showing posts with label Ammar. Show all posts

September 3, 2014

Home Schooling Dgn DoubleA

Salam uolsss..

Mood tetiba x bg anak2 dgn persekitaran yang ada gadget bagai.. Bermula dgn babah dia doubleA setup satu tmpt yg ada lappy beserta kemudahan internet by UniFi. Jimat dgn Unifi trrmasuk access intenet, chanel tv dan line tetap dirumah.. Bil fix rm150 jer.. Itu yg mampu.

Dh buktikan xde astrok pun xpe.. hehe.

Yer sangat ghairah si Amsyr celik celik jer dari tido dia on jer laptop then layari Youtube dgn carian nya "Ultraman", "Power Rangers", Ninja Go, "Frozen".

So x mk ia mnjd penyakit yg membimbangkn maka genjatan gajet bemula.. sbb dia dh x ingat makan minum dan deria dia pun dh mcm tak berfungsi bila umi cakap apapun.. tettt..

So bila xde lappy,smartfon,tab dll.. mereka berdua akn cari bahan apa saje yg ada dikeiling mereka utk beraktiviti..Lpss bbrp jam tgk mereka mati kutu rupenye terhasil "something" dr blok blok lego murah yg dh bersepah dan patutnya ada 100pcs, skrg yg tinggal ntah2 less than 50 kot.. haha

Mengkagumkang...itu jer la yg bole umi luahkn.
Amsyar start and adik senang2 tiru apa yg abg buat..
Xde perlu risau sgt if xde gadget otak ank x berjalan... Malahan lebih kretif dan daya imaginasi dicurahkn dgn hasilnya... Syabas Amsyar..Nk bermain ke nk buat apa yg menyeronokkn kne berpada pada.. Love you anak..  :D

JuneMrsFiraida

February 19, 2013

Kesempatan.

Assalamualaikum.


Kenape semakin hari semakin banyak terlucut hijab cerita2 manusia yang kejam, sadis, mental?.Dunia dihuni dengan majarotinya orang 2 yang sakit mental agaknye. Boleh dilihat dengan pemerhatian di media setiap hari.. Bila nk abis pun tak tau..

Kes amah baru keje sehari dah tunjuk perangai gilerr dia dekat baby yg diberi amanah untuk menjaganya.Kan fitrah seorang ibu membesarkan dan menjaga anak kan?. kenapa kita sanggup gadaikan nasib mmbesarkan anak2 kat tangan orang asing bagi kita. UIsshhh. manusia semakin berani memperjudikan nasib demi kerjaya.. Tapi ia bukan tindakan luarbiasa dalam akhir zaman ini. Ia biasa.. malahan kewajiban dan tuntutan zaman. Dunia disibukkan dengan program sebegitu.. so ikut sajalah. tak ikut nnti dikatakan sesat.. tak maju, berfikiran kuno.. so itulah bg orang2 yang tidak sedar tentang ada jalan hidup yang lebih baik Allah sediakan.

Sebab saya pun berada dikalangan ibu2 yang berhati kering begitu. Tinggalkan anak2 di taska hampir separuh siang.. dan malam sempat bersama beberapa jam sahaja. Itu pun kalau sempat nk bermain2 bergurau dan melihat perkembangan anak2.. Kasihan anak2 kita kan.. Seawal 3 bulan diajar untuk hidup berdikari terdedah dengan macam2 sifat telatah dan ragam yang mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal nya.. Setiap hari tak terlepas dari mulut saya bertanya macam2 soalan terhadap amsyar..sebab kalau ada yang kurang tu saya counter back agar dia masih ada keinginan bersekolah ditempatnya itu..phewww! Cabaran.

Bila diberi peluang dan ada kesempatan waktu untuk berada dirumah.. itu yang saya gunakan untuk memerhati anak2 saya.. Bagaimana hasil asuhan dan didikan anak2 dari taska atau tadika tempat kita percaya sepanjang kita bekerja. Boleh memukul, marah, bergaduh, berebut menjadikan jiwanya keras. Amsyar pula lebih percayakan apa yang teacher beritahu berbanding dari saya cakap. Statement yang keluar dari mulut teacher is always right to him. Tapi statement dari ibu sendiri sebaliknye pada Amsyar. See the truth. Cabarannye lagi sekali lagi always kena checking apa yang anak2 dapat dari taman asuhan.


Ini kesempatan saya bersama anak2 time cuti panjang CNY yg lepas.Mcm2 moment sy dapat dgn mereka. Seolah2 baru saya baru mengenali anak sendiri. :D 


berebut permainan

menuju puncak sama2..

bila dia turun dulu jadi 'alien' plak



adik mengendap abg mandi terus masuk besen
                             
merelakan tangan jadi tempat asah gigi anak.



Ini semua menserabutkan saya tapi bila dikenang momen ini hanya seorang ibu jer yg mengerti perasaan indah itu walaupun memenatkan dan mengundang stess.. hihihi..








bergumpal mesra. kamu berdua membahagiakan sebenanrnye.. 
how sweet uols.


 sekian. terima kasih.

January 21, 2013

Baby Durian.



Ammar suka makan.
Pantang nampak makanan.
Durian Musang King yg pahit tu pun dia belasah.
Tak bole nampak 2,3 ulas.. pasti dia kebas jugak. :D


#Umi tak boleh bau durian. Pasti belasah cukup2.hahaha.

October 19, 2012

Alah biasa tegal biasa Part II

Catatan 12 Oktober 2012 hingga 14 Oktober 2012

Seminggu selepas sakit mata Ammar dilanda batuk2 tanpa kahak. Umi ada terdetik dalam hati kalau batuk-batuk begini mesti membawa kepada demam dan berkahak. Masih tak terfikir tentang anak pernah disahkan Astma.. Ok bole lagi Umi bagi ubat demam dan batuk yang masih ada dalam simpanan. Ubat batuk Bisolvan dan Ventolin di beri setiap 6 jam untuk 3 hari berturut.. masih tidak nampak perubahan positif sehingga berlanjutan ke hari berikutnya..

Cuaca sejuk disebabkan hujan lebat setiap petang berturut adalah punca Ammar diserang semput. tapi umi masih bersikap acuh tak acuh sebab nampak Ammar aktif dan bermain.. Tak tengok pun cara dia bernafas...mmg nk kene mak ko ni kan.. :|



Malam tido ku tidak lena dek gara-gara Ammar terjaga dari lena dan tertonggeng2.. letak dalam buaian pun masih tak bole tido dengan tenang.. resah gelisah.serba tak kena..Final signal is dia batuk batuk batuk... smpai nk termuntah tapi tak keluar apa.. Berkali dan kali2 umi dia masih ngeekk lagi. Cepat la bawa gi klinik ke ape ke... faster umi!... Ok.. gi Klinik... sape nk bawak??.. ehh.ko la drive sendiri.. takkan nk harap laki jer... YErp.. aku kene berdikari di kala suami dalam keadaan tidak sihat dan tidak mengizinkan.

Turun, tukar baju Ammar.. dalam semput2 tu sempat dia capai baju CARs dia --feveret mcm abg jugak.. adeh. Kejut babah yg tido di sofa bawah --terpksa tido asing 2 minggu berturut sbbkan sakit mata dia tu.. Less body contact & touch ok.. HUhuu.. parah kan. kalau betul2 tak nk berjangkit. :D

Babah... u jaga amsyar yer..bertudung dgn kendong ammar sebelah. sayang pegi bawak Ammar ke Annur. Kene neb budak ni.. Dgn baju tidor (t-shirt + seluar pnjg) kalao suar pendek tak tau la.. hahaha terus berdesup ke Annur B.B.Bangi. Owh.. Ammar nk neb kan dia skrg bukan kerja mudah..perlu lebih kuat dari dia. Tahap meronta dia tahap gaban bin Otomen. siyes letih. Dr. Eza Erika kata perlu warded budak ni. Neb sekali tidak memadai. Wad penuh so buat surat rujukan ke hospital berhampiran.. OK. doktor..

Drive membelah jalan yang tak brapa nak ada kenderaan menuju ke arah Putrajaya atau Serdang..jam menunjukkan 1 pagi. ermmmm. Boleh lagi sempat berfikir2 sambil tangan pegang stereng sblh lagi peluk Ammar dan kepala berfikir ke hospital mane menjadi pilihan hati. -Dekat, memudakan untuk orang bantu aku sebab encik babah sakit mata ni.. ermmmm keputusannya Hospital Serdang la. Senang skit. Ape2 hal dekat dengan rumah dan opis ibu mertuaku.

sampai depan hospital, berhenti di depan bay kecemasan. eh takkan nk turunkan ammar, nk letak mane. hehe. pusing keluar parking berdekatan is dekat dengan pondok guard. Ada 2-3 kereta parking kt situ.. turun2, eh mane la reference letter nih.. patah balik. carik btol2 dalam kereta. ok. Sampai dikaunter, saya serahkan surat dan terus dibawa ke Astma Bay. KHASS!!!. cepat dan tidak perlu menunggu lama. 

Jumpe doktor. cakap ok, ya.. yess.. dia pun bagi neb juga.. lagi dan lagi.. sampai doktor lelaki muda itu berpuashati.. tapinya masih memberi keputusan yg memberangsangkan. Masuk kali ke -3 neb doktor mintak saya bawa Ammar ke bilik X-ray. Pergi sendiri ok.. u ikut kiri... dan kiri ke kanan terusssssssssss... baca jer papan tanda tu. smpai la nanti. ok.

Owh.. tetiba umi rase nk terkucil la Ammar.. jom toilet. awak pun perlu tukar pampers.. ok.lallaalla... sunyi.sepi.hanya kami berdua. huhuhu.. wat muke serius bila terpandang muke sendiri kt cermin tandas.. :]

Di bilik X-ray. Umi perlu pgg Ammar dalam keadaan berbaring dan kepakkan tangan Ammar. Mcm sesi ambil gambar passport tu..tapi kene berbaring. sbb kamera berada di atas. ok setel. Pegi semula ke Astma Bay unit kecemasan dan doktor lelaki itu meminta saya berikan Ammar neb sekali lagi... *__* saya letih la doktor..mengntuk ni. jam dah pkul 4:30pagi time tu..Umi gunakan kudrat yg ada 'mengunci' Ammar supaya tidak bergerak2 semasa sesi neb. tapi malangnya kudrat saya tidak mampu lagi.. Ammar lebih kuat dari umi time tooooo... arrrrrggghhh. doktor terus jer la gi wad.. dah tak daya ni. Takde sape pun yg bantu. Sume buat sendiri okeh..

Ok. di wad.terus daftar nama dan dapat katil utk si kecil... Bila dengar nurse kata Mak pun bole tido sekali kt situ.. walla.. best dan nikmatnye berkongsi katil kecil berpagar tinggi dengan anakanda tersayang yg dh keletihan. saya letih pgg Ammar dan Ammar letih meronta dan menangis. ZZZzzzzzzzz..

 melayan perasaan.. lepas kene paksa neb.
kali ke-4. 
 im alone at astma bay jam 4:30pagi time ni.

 nikmatnye ZZzzzZZ.... bersengkang mata dan meronta2
sepnjg 5 jam kt unit emergency..
umi pun tumpang sekatil..(*_*)

details Ammar @ Wad 5A,Hopital Serdang.
cumil kodok tu kan.



referral letter drpd Hosp Annur B.B.Bangi


tak sampai setengah jam umi lelapkan mata dah dipanggil oleh pegawai perubatan utk menceritakan sedikit sejarah kesihatan Ammar..  bla..bl..bla.. @@ __** bla.bla..  -- sangat bercelaru apa yg saya perkatakan.

Jam 8:30am ammar perlu di masukkan jarum drip di tangan utk ON antibiotik. owh.. kasihan. Doktor pelatih tak jumpe urat tangan Ammar. 3 kali cubaan puunnn tak berhasil.. saya tak marah.. sbb sya sendiri tak nmpk urat Ammar tu di mana.. kesian. tapi saya kene kesian kan Ammar kalau tidak dirawat betul2.. 2nd time sorang doktor pakar dan 2 orang nurse termasuk doktor pelatih tadi buat perkara yang sama terhadap Ammar tapi saya diminta keluar dari bilik prosuder tu.. dari luar dengar la tangisan Ammar yang mcm ermmm ape eh.. tapi mmg kuat giler la dia menangis.. 

Phewwww... --- doktor pakar kata " kuat jugak anak awak ni ye"..hihihi. mewarisi perangai mak dia kot.. -- teringat time umur 9 tahun berprangai begitu bila aku dengar nak disorong ke bilik OT. muahhahaha.

Nurse terpaksa balut penuh bhgn yg ada drip tu. risau Ammar tarik2. Memang pun.. balutan tu pun dia bole tarik2.. Nurse mintak suh sarung dgn stokin supaya dia tak bole bukak.. hahahha dah jadi sarung lepat aku tengok tangan Ammar
.


 now u see.. saya makan pun guna tangan kiri.. tangan kanan menjadi
tempat masukkan ubat antibiotik.bandage rupe kuih ketayap pun ada dik.
:D


 peak-a-boo. cak ba!! taaaa.... ("~")
  stresssssss umi....nak keluar...
 bosan.terkurung.terpenjara. umi marah suh duduk diam2.
sampai hati umi yer.... sian adik.. naness.


3 hari berada dalam Wad 5A Paedratik Hospital Serdang boleh dikatakan happy bercampur baur streess skit. sbb saya staight jaga Ammar sorang2. Kalau babah sihat dan keadaan mengizinakn pastinya babah tidak keberatan utk menjaga Ammar kan...Anak2 yg sakit pun tak nampk sakit.. Sebab umi-mak-mummy-ibu  sering berkomunikasi macam mak2 bermesyuarat tingkat kt bawah pohon mangga sambil cicah sambal kicap... hihihihi.. ~ 

Anak tido umi pun tumpang tido..sblm tumpang tido sekali curi2 masa jugak gi mandi, siapkan diri takkan nk biarkan macam mak lampir kan.. Anak yang sakit janganlah mak nye sekali rupe orang sakit.. Mandi, siapkan keperluan slps ank bangun tido dan jaga masa untuk diberikan ubat dan neb.. Hari pertama kekerapan Ammar kene neb  2 jam  sekali. Nak fennnggsan rasenye handle Ammar kecit  tak padan dgn kecit ni kuat MERONTA. The next day nye umi dapat shawl dari mak tok. Umi pun dpt idea utk balut Ammar time bg neb. Sengsara budak tu mak buat... Bistu, nak baik punye pasal..tak nk la main2 kan. Kalo dos tak ckup masuk kt paru2 tu dah kene dok lelama kt wad... Umi tak mo la duduk lama2. memadai la percutian 3 hari 2 malam kt wad tu.. Dah ckup buat kami.. ;)

Terus terang cakap,.. dokto2 nye mesra.. nurse pun ada sorang tu kaki berleter.. setiap kali nk amik BP dan temperatur Ammar msti lama nk reading mende alah yg dia guna tu gara2 Ammar tak bole dok diam. Haiiihshhh berleter la mcm mak nenek nurse tu kt Ammar termasuk umi nye sekali.. Aku ni jgn di ajak bergurau kasar... aku pun layan la pulang buah keras... hehehhe.. gelak2 jugak.. hahhahaha.. 

Dokto2 pelatih dan student nursing pun kerap la sangat nk periksa keadaan Ammar... tengok skill adik2 ni ada yang aku rase bole kekal dengan karier nye. Dan ada yang aku rase tak lama dengan bidang yang dia ambil.. hihihiih... --suke iqra' orang. just pesan kt adik student nursing tu. "Kene konfiden ye dik bila pegang budak2 ni.. jgn takut dia menangis.. then u tak buat2 ape2 kt budak tu mcm mane u nk tau condition dia...".. hihihi..

Alhamdulillah.. masuk hari ke-3 di wad,  paru2 Ammar dah 'cantik'. Bila tengok cara dia bernafas dada dah tak bergelombang mcm Ombak Rindu. Dan umi pun banyak belajar dan bertukar2 cerita dengan ibu2 yang ada di katil sebelah menyebelah yg terlebih dlu menjaga anak2 astma ni... ermmm.

gegar katil.nk kuar!!!--haipp tido ammar..

 nunite~
bila dia lena.umi pun bole la berfesbuking.. sbntr..

kene kurung lagi.. kalo bg lepas abis sume
tong sampah kt setiap katil dia geledah.. hobi.

tak puashati. huh!. terlelap.sian...


 yeayy!.. saya dibebaskan sbb drip dah takde
kt tangan.. jalan2 sekitar wad.. lalalala...


October 17, 2012

Alah bisa tegal biasa.

.ENTRY BUNDLE. 

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Semoga kalian dirahmati Allah hendaknya. Sedikit yang bole umi share dalam masa mmbesarkan 'Ammar. macam2 kami lalui dengan tabah dan sabar.. Apapun kami terima sampaikan umi dan babah belajar sesuatu darinya.. Terima kasih Ammar.. kehadiran Ammar Eusoff banyak mengajar umi untuk lebih bersabar dan betul2 bersabar.. Bukan sekadar kata-kata tapi itulah kami harungi. Alhamdulillah.. kemana jua kami bawa bersama-sama takde masalah. 

Pada mulanya hati umi sedikit sayu dan sedih bilamana Ammar kerap kurang sihat.. Dari satu ke satu sakit... Demam, batuk, selsema, semput, sakit yg yg berulang2  dan sakit memerlukan cuti panjang utk menjaga - Chicken Pox, Sore Eyes dan EHFD pun dah Ammar dapat.. tapi babah nasihat convert perasaan dan rase itu menjadi cabaran dalam membesarkan anak-anak. 

Alhamdulillah... sedikit demi sedikit dan lama kelamaan umi dah biasa dan dah imun.  Anak kurang sihat bukan menjadi penghalang untuk tidak berbuat apa2. Umi belajar mengurus masa sebaik2nya. Hari-hari yang kita lalui adalah proses belajar. Belajar kenal hidup. belajar melalui masalah dan ujian kurniaan dari yg maha Esa. 






demam bertamu. baru jer sihat skit

chicken pox bertamu pulak. seminggu selepas 
abg amsyar kene.. huhu. haru weyy..


nab buat pertama kalinya.. time ni doktor belum sahkan 
apa2 tentang kesihatan Ammar

sgt cumil raksaksa umi nih.. hihi

tengah2 malam buta kami berempat beranak
hantar Ammar ke klinik.sekiranya keadaan 
Ammar merisaukan..


sangat lemah.. saya dah tak larat umi..
umi kenapa masih tak faham..



Memandangkan Ammar kerap batuk2, demam dan sering berulang2 hampir setiap 2 minggu, maka umi dan babah sepakat naka bawa Ammar pergi rujuk doktor pakar kanak-kanak di Sg. Chua Kajang.
Nama klinik tu Klinik Dr. Saiful Pakar Kanak-Kanak. Doktor ni bertugas di Kajang Medical Center. Tapi bila diluar waktu tugasan di KMC dia berada di kliniknya sendiri di Sg. Chua. Sederet dengan kedai perabot 66 kalau tak silap.. lokasinya betul2 kt tepi jalan besar simpang nk masuk Sg. Chua Kajang.

Muka sengsara nak bernafas.. umi masih nak menafikannya
anak mu ini tidak sihat umi... :(

Doktor Saiful dah periksa after 2 kali nebulizer. Doktor sahkan paru2 Ammar sempit/ketat. Sukar untuk bernafas. Doktor advice untuk Ammar makan ubat yang dipanggil Singular. eh btul ke ejaan ni. tak brape nk ingt.. tapi sehari kami cuba rase tak berapa nk berjaya sebab Ammar susah makan ubat. Maka  spacer  + 2 puffer ini diperlukan. Asthalin (pelega) dan  Cerytide (pencegah). 
Berkesan dalam beberapa saat terus meresap ke paru2. Better utk kanak2 compare makan ubat sirap.




after neb.dia terlena.. lega skit mungkin.
bersangka2 lagi umi ni eh..

penyusutan berat badan pun bermula... 
aduhh kasihan anak kecil ini...


bila tertido tu umi renung wajahnya.. demam lagi anak ini
wajah duka yg menggambarkan dia tidak sihat.


bila sihat.. sgt sekejap waktu dia sihat.

umur dah 1 tahun.. demam dan demam.
Demam bukan penyakit.Itu tanda/simptom
yang badan kecil ini ada masalah kesihatan yg lain.


seminggu sakit mata dan seterusnya....
demam lagi.

Ini lah dia Ammar Eusoff.. Pemberian Allah buat kami sekeluarga untuk 
kami jaga, pelihara, didik menjadi manusia unggul dimasa hadapan.
Sedikit Allah ambil kesihatannya, kami redha.Kami diberi ujian, diberi kekuatan, diberi segala apa yang kami perlukan.
Ujian yang memadai buat kami.Tidak lebih dari kemampuan kami. Alhamdulillah.

love u Ammar Eusoff. a.k.a Ammar Ucop Tayob. 


April 17, 2012

'Ammar Eusoff kami.


 Bismillahirrahmanirrahim..


saya lah Ammar Apun. watak terbaru dalam GENG Upin & Ipin. :)



Semangat berbelog ada sedikit saat ini.. tiba2 ingin nak bercerita tentang 'Ammar anak bujang kedua ummi & babah.  Kecik2 kuar dengan saiz 4.1kg normal. Tak meragam pada hari pertama tapi agak susah sedikit menjaganya berbanding Amsyar.

Menangis, menjerit, meneran2 mcm kene dera bila setiap kali ada yang tak kene dengan dia. Sampai nak tido pun kene letak elok-elok tak bole terkuis skit pun. Apapun, ummi dan babah buat2 la bersabar. Dah ini dikatakan Allah nak menguji kesabaran hamba-hamba Nya..  

Dugaan demi dugaan dalam usia masuk 27 hari 'Ammar demam panas.. tak tahu sebab ape puncanya. Ke hospital masukk ICU kanak-kanak Putrajaya . mmg ikut penilaian doktor pakar baby yang demam panas masih dalam hari bimbang punca demam disebabkan jangkitan kuman atau mmg dari lahir ada masalah pada sistem badannye.. Allah saje yang tahu perasaan time tuh. Dengan nk buat keputusan 'Ammar perlu di buat ujian air tulang belakang. Owh... ummi sangat takut. last2 ummi pasrah dan serahkan pada pakar utk buat ujian tersebut utk pastikan otak 'Ammar takde apa2 jangkitan yang boleh jadi punca 'Ammar demam.. 

2 hari tinggalkan dia bersendiri dalam wad. dengan keadaannya yang suke menangis kuat. Nurse pun takut nk pegang dia sbb kerap nangis. Setiap jam 11 pagi, datang n pegang 'Ammar rase seronok dia tidur dalam dakapan. tapi lepas 2 jam (time rehat jer dpt jumpe) ummi kene pisah semula ngan ammar... hish, sedih la time tu. Tapi tu la kan, mungkin saya dah sentiasa beringat, menyayangi anak atau sesiapa saja tidak boleh berlebih2 bagaimana kita rase kasih dan sayang kt Allah. Maka saya berserah sahaja kepada Nya mudah2an ada sesuatu yang Allah dah ingin ganjaran buat 'Ammar dan ibubapanya..  paling tidak pun, kesusasahan dan kepayahan menjaganya adalah penghapus dosa2 kami.. So ibubapa diluar sane, beringatla.. berpijak dibumi nyata, perbaiki akidah kita semula. Apapun ujian adalah datangnye dari Allah, hadapi dengan tenang, walaupun kita rase terpaksa, takper.. biar di awali dengan perasaan terpaksa lama kelamaan akan belajar utk terima, berlapang dada dan redha..insyaAllah mendapat ganjaran disisi Allah.

Diam tak diam sekarang usia 'Ammar Eusoff dah 7 bulan lebih.Ujian demi ujian yang Allah datangkan melalui anak-anak ini. Up n down menjaganya demam, batuk, selsema n berkahak hampir setiap bulan.. Berat badan pun tak brape naik.. Lahir 4.1kg skrg ni 8.4 kg. Alhamdulillah masih dipelihara dari jangkitan yang lebih teruk.. 

Apapun, harapan dan doa sepanjang masa utk anak2 ummi , Amsyar Wafiq dan 'Ammar Eusoff menjadi anak yang taat dengan perintah dan larangan Allah.. Menjadi ummat Muhammad yang dikasihi dan mendapat syafaat darinya jua. Ikitulah apa yang telah diwahyukan dari Tuhamu kepadamu, Tiada Tuhan selain Dia, berpalinglah dari orang-orang musyrik. Amin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Oven @ UmmiCupcakes~

~KeDaiKiTa 2U~

.::PENASIHAT & PAKAR LAKTASI MALAYSIA::.

PERSATUAN PENASIHAT DAN PAKAR LAKTASI MALAYSIA (PPPLM)
7A, Jalan Kolam Air, Kg Klang Gate Baru,
53100 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4107 3678 / Faks: 03 - 4107 2862
E-mel: ppplm@susuibu.org / Website: www.susuibu.org

Pn. Kamariah (SusuIbu)-Bangi
(603) 8925 4614
Website: susuibu.com

Pn. Rita Rahayu (MLO)-Seri Kembangan
+6(013)-3639567 / +6(016)-2076755
Website: http://www.momslittleone.com/

Puan Suraya (Lunatots) - Cheras
(012) 5880515
Website: http://www.diyaluna.com/diary/

Puan Farah Farhan - Shah Alam
(012) 6448091
Website: http://www.sarakids.com/blog/

Puan Zatul Hijanah - Klang, PJ
(016) 3855189

Puan Ida Murni - Seremban, Melaka dan Johor
(012) 2969054