Tuesday, 18 March 2025

Kazakhstan Almaty Part 9 : Visit Al-Hamid Mosque & Taraweh At Baiken Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Pulang dari Kok Tobe Hill kami tidak menggunakan Cable Car atau any other transport. Kami memilih untuk berjalan kaki turun ke bawah sebab nak menikmati lagi view pemandangan yang indah tersaji di setiap saat kaki melangkah.

Lagi pun masa kami datang bersama E-Hailing Yandex pagi tadi, kelihatan ada sebuah masjid yang cantik just sebelum sampai entrance di kaki bukit Kok Tobe ini. Alang-alang dah sampaikan kita singgah la sekejap.

Our Second mosque visit in Almaty City - Al Hamid Mosque.
Memangkan sekarang ini masih lagi waktu Duha. Maka aku mengarahkan the kids untuk bersolat Duha terlebih dahulu sebelum pulang ke apartment. Sebab balik nanti pun confirm semua akan tertidur kepenatan. Dan jarak di antara entrance Kok Tobe ke masjid ini cuma 150 meter sahaja.

Ketika kami sampai dan masuk ke dalam. Kelihatan hanya ada 2 atau 3 orang sahaja yang berada di dalam dan kawasan sekitar masjid. Selepas mengambil wudhu dan bersolat kami berehat seketika nak recharge tenaga dek kepenatan berjalan jauh. Masa ni Athira dengan Aidel dah terlelap bersama disebalik tiang masjid.

Jumlah masjid di Almaty ni agak rare. Bila terjumpa satu dia jadi macam excited sikit :D
Ok jom masuk dalam. Dan macam biasa tempat wudhu & tandas berada di luar masjid.
Dikenali sebagai One of The Youngest Mosque in Southern Almaty City. Masjid yang memiliki 5 khubah berwarna emas dan satu menara ini boleh memuatkan sehingga 2000 jemaah dalam satu satu masa. Dan masjid yang bermazhab Sunni ini memiliki ruang khas untuk jemaah muslimat. 

Telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 2011. Decoration interior design di dalam masjid ini sangatlah cantik dengan ukiran corak culture central asia. Ada iras-iras seperti masjid di Iran. Tema light blue dengan putih memang menyejukan pandangan mata. Boleh tiru tema untuk deco rumah raya tahun ni hihi.

Corak dan ukiran di dalam masjid ini memang sangat cantik.
Terdapat pokok pasu di setiap tingkap masjid ini. Mungkin sebab sekarang ini tengah musim winter maka mereka bawa semua pokok masuk ke dalam masjid.
Tema warna light blue dengan white soft cream dalam masjid ini memang cantik.
Antara keunikan seni bina masjid ini adalah pintu masjid yang diperbuat dari crystal chandelier yang di import dari Saudi Arabia. Dan paling menarik terdapat Kiswah iaitu kain sutera hitam bercorak benang emas yang pernah digunakan pada dinding Kaabah ada dipamerkan di sini - Info Visit Almaty.

Alhamdulillah selesai semua urusan moh ler kita gerak dan sebelum balik
kita selfie dulu dengan staff pemuda masjid yang banyak membantu ini.
Selesai urusan di masjid kami kemudian memilih untuk menaiki bas untuk pulang ke apartment. Wife tanya berani ke naik bas kang takut nanti dia pi ntah ke mana. Aku jawap kita tengok map la mana bas tu tuju. Agak-agak dah dekat nanti kita turun la dari bas. Kalau sesat kita order yandex jer la balik ke Apartment.

Maka naiklah kami semua ke dalam bas menuju ke Almaty City dari Kok Tobe ini.
Sampai di apartment memang kepenatan yang teramat. Kami mandikan the kids semua dengan air panas dan terus tertidur. Sambil aku dengan wife berehat dan membuat rancangan nak ke mana lagi selepas ini. Tiba-tiba aku terfikir dan bagitau wife, why not malam ni kita semua pergi ke masjid untuk bersolat taraweh.

Terus wife aku cakap "Kat Malaysia nak bawa the kids pergi masjid pun fikir 100 kali, Ini kan nak bawa pi masjid kat negara orang". Aku pun cakap tak cuba tak tahu dan mana la tahu kalau dekat sini the kids behave sikit ker hihi. 

Baiken Mosque - The Most Beautiful Mosque in Almaty, Kazakhstan.
Gambar dari google sebab aku datang waktu malam mostly gambar tak berapa clear.
Malam pun menjelma dan selesai kami berbuka puasa dan solat maghrib terus kami bersiap-siap dan keluar apartment dan menuju ke jalan yang lebih mudah untuk ke Baiken Mosque dan order Yandax. Agak jauh juga perjalanan dengan jarak hampir 9 km dari apartment kami. Bayaran Yandax adalah sebanyak KZT1,670.00 dan balik KZT1,790.00.

Alhamdulillah hajat kami tertunai untuk bersolat taraweh di Baiken Mosque.
Yang aku faham cuma ke mana arah tandas musliman dan muslimat :D
Sangatlah cantik dan unik dengan keindahan di bahagian dalam Masjid Baiken ini.
Waktu datang kami dapat Pemandu Yandex yang baik sangat selepas tahu kami nak ke masjid untuk solat taraweh dan charge kami hanya KZT1,200.00 sahaja. Dan dia kata "Please make dua for me, One day i also want to pray". Dia macam terkejut sebab kami nak ke masjid untuk solat siap gigih angkut semua 4 orang anak sekali. 

Gambar diambil setelah selesai Solat Taraweh sebanyak 8 rakaat. 
Seperti yang kita tahu Kazakhstan berada lama di bawah jajahan komunis ketika pemerintahan era soviet yang berakhir pada tahun 1991. Dan kesannya ramai orang yang beragama islam atas nama sahaja. Tidak berpuasa dan tidak solat itu adalah perkara yang bukan luar biasa di sini. 

Masjid yang mempunyai 4 menara dengan ketinggian 6 tingkat ini telah dibuka kepada orang ramai pada 5 Disember 2014 ketika waktu solat jumaat. Dengan keluasanan 6,000 sq meter ia boleh memuatkan seramai 3,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Dan ruangan untuk muslimat solat berada di tingkat atas. 

Bersambung Kazakhstan Almaty Part 10 : Final (Under Construction)

Saturday, 15 March 2025

Kazakhstan Almaty Part 8 : Visit Kok Tobe Hill - A Family Amusement Park

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Bila travel kali ini membawa the kids bersama maka pergerakan kami menjadi agak terbatas untuk explore Bandar Almaty dan kawasan sekitar dengan lebih mendalam. Ditambah pula sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Tak nak lah gagah nak explore sana sini sampai tak larat berpuasa. Jangan biarkan hobi mengatasi ibadah gitu insyallah :D

Welcome to Kok Tobe Hill - Almaty, Kazakhstan
Kami banyak berjalan di waktu pagi selepas sahur dan petang selepas asar jika nak pergi ke destinasi yang agak jauh. Dan banyak berehat di waktu tengah hari and mostly melepet sampai tertidur dan kadang-kadang tengok tv cerita kartun dengan the kids even tak faham bahasa yang dituturkan.

Kalau nak berjalan pun pada waktu tengah hari, kami banyak ke attraction yang near by sahaja. Apa pun syukur sebab kami datang di musim winter maka tak lah penat sangat berjalan sana sini even sedang berpuasa.

Bas adalah satu-satunya public transport yang boleh sampai ke sini.
Dari entrance di kaki bukit kami berjalan kaki naik ke atas sehingga ke puncak Kok Tobe.
Dan pada satu pagi tu kami decide untuk ke Kok Tobe Hill. Sebab dari bacaan internet ia adalah antara destinasi yang sangat sesuai untuk aktiviti seisi keluarga. Dan view dari Kok Tobe ke arah Bandar Almaty juga sangatlah cantik.

Maka selepas bersahur dan solat subuh, kami menyiapkan the kids dengan pakaian yang tebal sebab cuaca di luar ketika ini dibawah 4 degree. Segala roti, biskut, air kotak, jus buah aku bawa sekali. Standby sebab nanti diorang mesti lapar.

Layan view gunung yang dipenuhi salji tebal. Patut la sejuk 4 degree jer suhu.
Another sport bergambar yang disediakan di sepanjang jalan naik ke Kok Tobe Hill.
Melayan kerenah anak-anak di sepanjang perjalanan naik ke atas.
Kami berjalan ke arah luar kawasan apartment dan book E-hailing Yandex dengan harga KZT900.00 dan terus ke kaki bukit entrance Kok Tobe. Perjalanan mengambil masa tak sampai 15 minit sebab awal pagi dan jalan masih kosong.

Di bahagian entrance terlihat "Tourist Information Center". Insyallah mudah untuk difahami sebab disediakan 3 bahasa yang salah satunya adalah English. Lagi dua aku rasa Bahasa Kazakhs dan Russia. Ada 3 main atrraction. The Mini Zoo, Art Gallery dan Fast Coaster (The Only Roller Coaster in Kazakhstan).

Suasana ketika berjalan naik ke atas puncak Kok Tobe. View memang Subhanallah.
Dengan rumput pun kita bergambar. Sambil rehat dan bagi the kids rehat.
Ada beberapa perkara yang kita kena tahu berkenaan cara nak ke Kok Tobe ini. Segala permainan atau attraction di Kok Tobe adalah percuma. Bayaran adalah bergantung bagaimana kita cara kita datang ke sini. Untuk Pedestrain Lane macam kami adalah percuma. 

Dan paling menyeronokkan adalah dengan menaiki Cable Car tapi harga tinggi sikit la. Harga Cable Car untuk One Way Ticket adalah KZT3,000.00 bersamaan RM27.00 dan Return Ticket KZT5,000.00 bersamaan RM45.00. Anda perlu ke Dostyk Avenue (Abay Ave) yang terletak bukan di entrance kaki bukit Kok Tobe tapi tak jauh dari Bandar Almaty.

View ke arah pergunungan bersalji dari Kok Tobe Hill.
Tulisan Kok Tobe itulah station Cable Car yang menghubungkan dengan Dostyk Avenue.
Jika datang dengan kenderaan sendiri seperti kita menyewa kereta dan ingin memandu naik ke atas maka dikena bayaran lebih kurang RM50.00. Samalah juga kalau kita menyuruh teksi atau e-hailing naik ke atas tetap akan dikenakan bayaran walau hanya untuk drop off atau pick up di puncak.

Dan jika menaiki bas yang disediakan maka bayaran untuk adult adalah KZT1,000.00 dan KZT1,500.00 untuk return. Dan kanak-kanak berumur 6 tahun sehingga 12 tahun dikenakan bayaran KZT500.00 dan return KZT700.00 per person.

Maka kami decide untuk berjalan kaki kami dari bawah sehingga ke atas. Nasib baik cuaca cerah dan sejuk winter and somehow view di sepanjang perjalanan naik ke puncak memang cantik dan boleh lihat salji tebal di pergunungan yang berhampiran. Sangatlah recommended kalau nak berjalan naik ke puncak.

Ada beberapa sport bergambar yang disediakan di sepanjang jalan. Walau penat berjalan tapi kami enjoy dan bergerak perlahan sebab sedang berpuasa. Dan tak nak bagi the kids kepenatan. Alhamdulillah lebih kurang 30 minit akhirnya kami sampai di puncak itu pun sebab banyak kali berhenti rehat dan bergambar. 

Jalan sekejap kami akan berhenti untuk bagi the kids berehat dan sambil itu beri mereka makan biskut, roti dan minum air. Sekali sekala kena dukung si atiyya, athira dan affan. Sehinggalah si ayah ni hilang rasa sejuk sampai buka sweater dan pakai tshirt sahaja sebab penat kepanasan dukung the kids dan tolak stroller si afnan.

Apa tarikan yang ada di sini..?  Almaty Television Tower sebuah menara yang berketinggian 372 meter yang telah dibina pada tahun 1975. Namun ia tidak dibuka kepada public tapi sangatlah cantik untuk bergambar. Sebuah Ferries Wheel berketinggian 30 meter, Upside Down House, Restaurant and so many other things.

Last bergambar kenangan semasa berjalan kaki turun ke kaki bukit Kok Tobe.
Dibuka dari 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam kecuali rabu dibuka pada pukul 3.00 petang sehingga 12.00 malam. Masa kami datang ni masih awal pagi dan belum dibuka. Memang tiada orang lain dan hanya kami sahaja visitor di sini melainkan para pekerja Kok Tobe. Sempatlah kami bergambar sakan sebelum sesak. :D

Bersambung Kazakhstan Part 9 : Visit Al Hamid Mosque & Taraweh At Baiken Mosque (Under Construction)

Thursday, 13 March 2025

Promotion Return KUL Ke Konya Turkiye By Turkish Airlines

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Ramadhan di hari ke sebelas kita berpuasa hari ini. Semoga semua yang membaca blog ini diberi kesihatan yang baik di sepanjang bulan yang mulia ini. Until hari ini masih tak dapat nak update sambungan kisah cerita di Almaty, Kazakhstan walau hanya tinggal lagi dua part nak habis.

Insyallah bila dah free nanti akan ku update sedikit demi sedikit untuk habiskan kisah mengembara di bumi Almaty. Sibuk yang teramat untuk permulaan Ramadhan ini. Dengan kerja yang tak pernah nak habis malah makin bertambah huhu.

Belum campur urusan menghantar dan mengambil anak balik ke sekolah untuk 3 orang anak yang berlainan waktu setiap seorang dari pagi, tengah hari dan petang. Memasak untuk berbuka dan taraweh di malam hari.

Promo Return Ticket KUL - KONYA starting from RM1,970.00.
So kita buat entry yang short short jer hari ini. Kalau lama sangat tak update nanti datang semula penyakit tu hahaha habis hilang dari radar pulak sampai bersawang blog ini huhuu. 

Ok just nak sharing satu berita baik untuk kaki travel. Turkish Airlines sedang buat short promotion sekarang ini. Iaitu Kuala Lumpur ke Konya, Turkiye for return ticket yer dengan harga yang sangatlah murah iaitu RM1,970.00. Biasa kalau dapat murah sekali pun hanya ke Istanbul sahaja dan kita kena book another flight to go anywhere else dalam Turkiye.

Dan boleh pilih stay over di Istanbul ketika pergi dan balik dari Konya.
Dan bila sampai Istanbul kita boleh pilih untuk transit yang lama untuk stay over sehingga 2 ke 3 hari lamanya sebelum menyambung flight ke Konya. Ada pilihan yang mana kemungkinan sepanjang transit kita akan di sponsor oleh Turkish Airlines (Hotel, Transportation & Meal).

Untuk promotion ke Konya ini baru sahaja bermula dan jualan ticket hanya sebulan iaitu dari 10 March 2025 sehingga 10 April 2025 sahaja dan Travel Period adalah dari 24 April 2025 sehingga 31 May 2025 sahaja. Serious this price RM1,970.00 sangatlah murah untuk ke Turkiye sehingga ke Konya pulak tu.

One of 10 Best Airlines in the world by Skytrax Aviation for more than 10 years.
By the way Turkish Airlines ini antara top 3 airlines in the world yer. Kalau nak rasa kemewahan dan keselesaan dalam kapal terbang maka Turkish Airlines la jawapnya. Tahun 2024 sahaja mereka dinobatkan Best Airline in Europe and Best Airline in Southern Europe by Skytrax. Dan menerima anugerah World's Best Business Class Catering Award.

Pada yang belum ke Turkiye boleh la fikir-fikirkan. Jarang sangatlah nak dapat harga tak masuk akal macam ini. Yang rindu sebab pernah pergi pun boleh la fikir-fikirkan juga untuk jelajah ke Konya dan area sekitar. Tarikh tu macam best pulak kalau nak celebrate Hari Raya Aidilfitri di Turkiye hihii :D 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...