Thursday, 13 March 2025

Kunming, China : Ziarah 2 Masjid | Liang Pi | Goodbye Kunming

Terakhir..entry travel di Kunming..masih lagi di hari Ahad, 27.10.2024..

Di sebelah petangnya, aktiviti solo, ziarah dua lagi masjid di Kunming. Berjalan kaki ke arah utara-timur, dekat dengan Sungai Panlong, dalam map ada tunjuk ada satu masjid di sini..Masjid Jinniu Street namanya..

lorong menuju ke masjid, yang ni di bahagian belakang masjid

 

Nampak aktiviti berjualan dibelakang masjid
 
ada signboard, senarai harga kot..ada logo halal
 
di sini pun banyak gerai-gerai yang ada logo halal
menarik, gabungan gerai-gerai kecik
 
ikut lorong tepi bangunan masjid ni
 
entrance ke masjid
tawakkal je, sbb takde sign apa2 yang menunjukkan
ini ialah masjid
 
Masjid Jinniu Street
 
Dah snap-snap gambar semua, berjalan balik, menuju ke Zhengyi Lu
ada satu lagi masjid di sana...Zhengyi Lu di hari minggu
penuh dengan umat manusia..ada banyak gerai, tempat makan
 
gerai halal, jual liang pi (cold noodle)
 
akhirnya jumpa entrance ke Masjid Nancheng
 
entrance ke kawasan masjid
 
ada signage jualan makanan
 
Masjid Nancheng
 
 
bagus macam ni 
 
ada lift..Alhamdulillah..
 
 
 entrance ke masjid
 
ada gerai di sana
 
kedai makan halal di masjid
 
Alhamdulillah, selesai sudah ziarah luar 5 masjid di Kunming city

---------------------------------------------
 
Keluar semula ke Zhengyi Lu, lihat-lihat apa yang dijual
 
dua kedai halal
 
wahh..guna musang king dari Malaysia
bangga sekejap
 
kedai musang king dan kedai halal jual daging grill
 
pergi ke gerai liang pi, tapau liang pi
 
tapau liang pi di sini
 
first time jumpa kedai Middle Eastern di Kunming
 
Berjalan balik ke hotel..berehat-rehat..makan liang pi
dan buah strawberry
 
Liang pi...first time makan liang pi di Xián
macam salad sayur + mi sejuk
 
berbaloi dengan harganya...banyak..
 
dah hampir pukul 10.00 malam, kami check out
receptionist tolong book Didi ke airport, flight kami pukul 2.00pagi
tambang Didi ialah 82yuan
 


Airport Kunming yang cantik

Alhamdulillah..selesai travel di daerah Yunnan..
 
Zaijian (good bye) Kunming...

Wednesday, 12 March 2025

Kunming, China : Zhong-ai Gate | Parkson Kunming | Lunch @ Shuncheng

Berjalan ke arah utara, menyeberang jalan besar....dari jauh dah nampak Zhong-ai Gate atau Archway of Loyalty and Love...

Gate of Loyalty and Love

 Disini ialah the centre of Kunming city..

 

mark the centre
 
The Zhongai Archway or Archway of Loyalty and Love was solemnly standing in the downtown. It was built in early Yuan Dynasty (1280) in memory of Saiyid Ajall Shams Al-Din Umar (1211-1279), a famous Muslim politician of the early Yuan Dynasty, for his excellent administration and his great contribution to the social development and the pacification among the ethnic groups when he was in the office of the governor of Yunnan Province - Yunnanexploration
 
pandangan hadapan
 
 
strong Chinese vibes

Dekat Zhong-ai Gate ni, ada shopping mall Parkson...wahh, seronok tengok produk Malaysia..kat Malaysia, Parkson dah semakin sikit...

ada pelancaaran event depan Parkson
 
Parkson Kunming
 
Kami pun masuk Parkson, nak cari toilet sebenarnya..sambil tu
ronda-ronda window shopping..
 
menarik pula tembikai dijual sekali dengan sudu
senang nak makan
 
kesian buah kelapa dibrand dengan ni
 
tiba di ruangan cendawan..perghh..banyak betul jenis cendawan
 
cendawan-cendawan Yunnan
 
dari Parkson, kami ambil teksi ke area Masjid Shuncheng 
nak makan tengahari
 
teksi berhenti di Jingguo Jie, lorong di tepi Masjid Shuncheng
 
Masuk kawasan masjid, keluar ikut pintu utama
menuju ke kawasan kedai, kali ni nak makan nasi campur
 
Revisit gambar kedai-kedai di area Shuncheng
 
kedai nasi campur di hujung kiri, di tengah kedai daging grill
yang depan tu kedai jual daging
 
nasi campur...sedap juga lauk-pauknya
 
Selepas makan nasi, pi kedai yang jual grill-grill ni
 
 makan daging & tahu grill pula, teringin...haha..
terakhir sebelum balik Malaysia
 
Dah habis makan, shopping barang halal di kedai runcit
beli mee segera untuk makan di airport 

Balik ke hotel naik metro di Wuyi Road station
 
 
 Dongfeng Square metro station ada 2 line - Line 2 & 3
 
cantik stesennya
 
Berjalan balik ke hotel, ternampak bangunan ni
menarik sebab di sudut bangunan ni ialah akuarium
 
cantik...ralit tengok sambil tunggu nak melintas
 
sambung aktiviti di petang hari pula