Ada tak sesiapa di sini yang pernah tersalah tarikh semasa membuat tempahan hotel? Ini yang terjadi kepada kami sekeluarga. Selepas dah dapat tarikh yang dipersetujui semua iaitu pada tempoh cuti sekolah, tempahan pun dibuat. Legalah dah dapat tempat penginapan. Dua hari sebelum bertolak, tergerak untuk menyemak tentang bayaran kepada pihak hotel. Ini disebabkan tiada tolakan daripada CC seperti biasanya iaitu beberapa hari sebelum mendaftar masuk. Rupanya tersalah bulan walaupun tarikh dah harinya adalah sama. Faktor usialah ni agaknya. Nasib baik masih boleh dibuat pembatalan.
Trip mesti diteruskan kerana masing-masing dah ambil cuti. Banyak hotel yang dah habis ditempah masa cuti sekolah ini. Akhirnya kami dapat buat tempahan di Zenith Hotel Kuantan. Hotel yang terpaksa dibatalkan adalah Swiss Belhotel di Tanjung Lumpur. Hotel ini jadi pilihan utama kerana ada kolam renang yang luas seakan water park dan kedudukannya di tepi laut dan banyak kedai makan berhampirannya.