Tuesday, 19 May 2026

Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam pagi Hari Selasa yang indah lagi ceria ☺️

Minggu ini dipenuhi dengan pelbagai kerja dan tanggungjawap. Namun masih kuat setiap hari untuk carry on dan survive sehingga ke malam huhuhu..

Tapi sibuk macam mana pun si ayah tetap dapat masak nasi ayam semalam untuk anak anak makan bila balik sekolah tengah hari dan makan malam. Bila sibuk memang masak sekali jer dalam sehari.

Bila kita penat dan focus buat kerja sampai kadang-kadang banyak benda tak sempat buat.. Sampai nak lunch semalam pun kena lupakan. Tapi semalam ada seorang kenalan tegur. 

Dia kata.. "Aku tengok life kau ni best jer.. rileks jer setiap hari.. lepas tu selalu pergi travel sana sini.." Dan aku macam.. "Huh..? Kenapa kau cakap macam tu?".. Dalam hati berkata.. aku nak lunch pun tak sempat kot šŸ˜…..

Dia kata "Kau duit banyak family kaya sebab tu life kau senang boleh travel sana sini.. Aku ni susah ada family dengan anak-anak.." terus aku reply "Tak la.. Mana ada family aku kaya.. Habis tu aku tak ada anak-anak ke?" Sedikit panas di situ hahaha..

Terus aku sambung "Nak seribu daya jangan ada seribu dalih".. family aku orang susah, bukan family kaya.. Masa aku belajar oversea pun parent aku mampu bagi RM50.00 sebulan sahaja.." Aku dapat bantuan yuran pelajaran dengan tempat tinggal sahaja..

Bab makan memang susah tapi nasib baik housemate semua (5 orang) banyak membantu. Lagi pun aku boleh masak so diorang beli barang dan aku jadi tukang masak. That is how aku survive dan dari zaman belajar lagi aku dah bekerja untuk dapatkan duit belanja. Namun duit belanja tu aku berjimat sampai boleh travel negara jiran masa di South Africa dulu.

Dan bila aku dah bekerja dan berkahwin walau ketika gaji RM1,700.00 sebulan pun aku dah mampu travel ke sekitar Asia. Is about how you manage and how you want to spent your money.. Again nak seribu daya tak nak seribu dalih. 

Dan aku kata orang kebiasaannya tak tunjuk kesusahan yang dia alami. Tapi orang kebiasaan hanya tunjuk kejayaan sebab kejayaan akan menjadi inspirasi kepada orang lain. 

Terus aku teringat sesuatu yang aku baca few days ago dan bagitau dia "Juara will act like a Juara and Loser will act like a loser.." šŸ¤·šŸ». Namun aku kata lagi "Aku tak kata apa yang aku buat ini (travel sana sini) adalah perkara yang betul tapi sebab aku minat dan aku nak capai impian aku and at the same time insyallah aku tak nak abaikan life aku.."

Orang biasa akan nampak sesuatu yang kita capai but how struggle we are itu memang tak akan nampak. Korang pernah rasa macam ni tak? Huhuu..

Friday, 15 May 2026

Romania Part 5 : Briswalk Early Morning - Visit Bucharest Old Town

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Romania Part 4 : Back To Bucharest - Check in 2D1N At Hotel Carpati Imparatul Romanilor

Seawal pagi aku dah bersiap untuk ke Bucharest Old Town yang terletak lebih kurang 1.5km sahaja dari hotel.

No wonder la kenapa Anto memilih hotel ini sebab walking distance sahaja nak ke old town dan lokasi juga berada di tengah-tengah bandar serta dekat dengan metro station. Selain harga yang agak murah compare dengan hotel yang lain.

Pemandangan ke arah hotel yang berada di sebelah kanan.
Lepas solat subuh, aku terus ke bilik mandi sebab nak mandi air panas, takut air panas habis. Base my own experience kalau sharing bathroom ni tak banyak simpanan air panas yang disediakan. First come first serve gitu.

Kalau lambat nasib la huhu. Kedua.. bila dah sharing bathroom ni tak nak la beratur dan bertembung dengan bawang putih yang hanya memakai pakaian dalam sahaja. Biasa waktu syuruk macam ni diorang memang tidur lagi. Harap2 la.

Menu sarapan pagi Mamee Asam Laksa, Coffee dan roti yang beli di Sofia few days ago.
Sebelum makan kita kemas bilik dan katil. Senang balik nanti terus tidur šŸ˜‰.
Setelah mengemas bilik dan bersarapan Mamee Asam Laksa dan Coffee 3in1 aku memulakan langkah berpandukan google map dan ketika ini barulah aku sedar bagaimana keadaan dan pemandangan di sekeliling hotel sebab semalam sampai awal pagi ketika matahari baru nak terbit dan kemudian rushing nak ke Brasov dan balik bila dah lewat malam. 

Rupanya terdapat sebuah cafe yang tak jauh dari hotel. Boleh la try nanti šŸ˜.
Just a random picture - suka tengok seni bina bangunan di sini.
Pemandangan sekitar perjalanan dari hotel ke Bucharest Old Town.
Destinasi pertama aku di old town adalah Pasajul Macca-Villacrosse. Sebuah laluan yang telah dibina seawal kurun ke-18 iaitu hampir 200 tahun yang lalu. Macca dan Villacrosse adalah dua nama tokoh penting iaitu Xavier Vilacrosse The Chief Architect of Romania dan Mihalace Macca adalah orang yang membina kedai-kedai mewah di sepanjang laluan ini.

Kalau tak perasan entrance Macce-Vilacrosse Passage ni memang terlepas.
Masih di awal pagi, kelihatan para pekerja masih bersiap-siap.
Apa yang menarik di laluan ini adalah suasana dan senibina bangunan di kiri kanan ketika kita berjalan. 

Lembaran kain berwarna kuning digunakan sebagai atap menutupi sinaran matahari. Terdapat bumbung yang diperbuat dari kaca berwarna kuning di bahagian tengah. Dan keadaan di sini lebih hidup dan meriah di waktu malam.

Ruang di tengah-tengah Pasajul Macca-Villacrosse - Sumber google.
Di saat ini hampir kesemua kedai-kedai mewah yang pernah berdiri megah pada satu ketika dahulu telah bertukar menjadi restoran yang menjual pembagai jenis makanan dari baik eropah sehinggalah timur tengah dan asia.

Laluan Pasajul Macca-Vilacrosse ini berbentuk U, bila aku keluar on the other side aku menemui sebuah church orthodox lama yang berusia lebih 300 tahun iaitu Biserica Zlătari Church yang dibina pada kurun ke-17.

Biserica Zlătari Church yang dibina pada kurun ke-17.
Sekadar mengambil gambar dari luar dan meneruskan perjalanan ke dalam old town melalui Calea Victoriei Street. Berhadapan banguanan Muzeul National de Istorie a Romaniei, aku memasuki Strada Stavropoleos Street. Apa yang aku perasan terdapat banyak peta 3D disediakan bagi memudahkan para pengunjung menerokai seluruh old town ini.

Muzeul National de Istorie a Romaniei.
Peta ini banyak disediakan di sekitar old town. Sangat memudahkan tourist. 
By the way kat sini pun ada vandalism walau tempat tumpuan tourist.
Berjalan 140 meter kehadapan aku menemui Biserica Mănăstirii Stavropoleos atau The Church of the Stavropoleos Monastery antara historical place yang utama di sini. Siap dibina pada 1726 AD semasa era King Nicholas Mavrocordatos - Prince of Wallachia (1719-1730). Dan terdapat 8,000 buku yang tersimpan di sini baik dari Theology hinggalah History.

Biserica Mănăstirii Stavropoleos - The Church of the Stavropoleos Monastery.
Kali ini aku masuk ke dalam bagi melihat architecture dan internal design dengan lebih dekat yang dikatakan menarik dan unik serta mempunyai seni campuran dari Romanian, Greek, Byzantine dan Slavonic. Dan terdapat beberapa artifak dari beberapa era pemerintahan dalam beberapa bahasa yang disimpan di sini antaranya bahasa Rome dan Greek.

Keadaan di dalam Biserica Mănăstirii Stavropoleos.
Pintu masuk yang telah dibina ratusan tahun dahulu.
Tiada bayaran masuk dikenakan walau ia telah menjadi sebahagian dari warisan negara. Beberapa bahagain telah dibina semula mengikut rekaan asal selepas mengalami kerosakan teruk pada kejadian gempa besar di awal tahun 1900-an. 

Dibuka dari pukul 8.30 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari. Dan ia masih lagi aktif digunakan sebagai church.

Terdapat beberapa peninggalan sejarah yang boleh dilihat di sini.
Selesai di sini terus aku merayau rayau ke beberapa laluan atau lorong dan di old town ini beberapa bahagian ditutup dari kenderaan. Memang seronok berjalan dan insyallah tak sesat sebab peta memang merata tempat disediakan šŸ‘.

So basically ini macam sistem madrasah yang terletak di dalam kawasan masjid.
Monastery for a community of nuns lives here until today.
Kedai souvenir memang banyak dan boleh dikatakan di setiap lorong kecil atau besar pasti ada. Apa pun make sure tengok harga sebelum beli sebab mostly mereka menjual item yang sama sahaja tapi berlainan harga walau kedai bersebalahan.

Terdapat banyak historical church ada di sini sampai satu tahap aku sekadar mengambil gambar dari luar sahaja. Masa ini terasa penat dan lenguh, bila check handphone baru sedar dah melebihi 7000 langkah, belum lagi tengah hari šŸ˜….

Muzeul National de Istorie a Romaniei boleh dilihat dari Biserica Mănăstirii.
Agak mustahil untuk menjejakan kaki di semua attraction yang ada di Bucharest old Town dalam waktu yang singkat namun aku cuba untuk berjalan ke seberapa banyak attraction point yang ada di sini. As long diri sendiri puas, cukup la.

Dan terdapat beberapa penginapan samada hotel, guest house atau hostel yang ada di dalam old town ini. Kalau berminat nak stay dalam old town pun boleh. Harga pun tidaklah jauh beza dengan penginapan di luar dari old town.

Another church yang aku jumpa - Saint Demetrius Orthodox Church.
Sing Sing? tapi tak nampak macam tempat karoke. Tak pasti jangan masuk..!! šŸ˜…
Untuk ke Bucharest Old Town ini sangatlah recommended. Kalau tak suka masuk area church tu pun boleh ignore tak payah masuk. Sebab old town ini tak macam yang lain yang hanya ada bangunan lama yang rendah-rendah sahaja.

Di sini telah menjadi pusat pentadbiran negara Romania sejak merdeka dari 300 tahun yang dahulu sehinggalah sekarang. Ada bangunan yang dijaga sehinggalah sekarang dan ada yang dibina baru. Maka kita boleh lihat beberapa reka bentuk bangunan yang berbeza kerana dibina dari zaman yang berlainan. Bagi aku something interesting untuk dilihat.

Bersambung Romania Part 7 : (Under Construction)

Thursday, 14 May 2026

Nak Berehat Dan Menenangkan Minda

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Kalau cerita bab penat ni memang sampai kesudah tak akan habis. 

Setiap orang pasti penat walau berbeza jalan cerita di saat mahu pun setiap hari.

Penat minda dan penatnya hati pun berbeza. Itu belum lagi penat tubuh badan. Betulah kata Blogger Kak Sue Ann.. Masuk 40 series ni lain macam rasa badan. Rasa macam buldozer lalu atas badan hahahaa.. 🤣

Rasa nak rehat lama sikit termasuk nak rehat dari blog juga huhuu.. 

Antara makanan RTE yang wajib aku bawa kalau travel ke luar negara.

Produk Mama Vege ini adalah Plant Base Food senang cerita artificial meat yang diperbuat dari kacang soya. Setakat ini aku hanya jumpa di store 7Eleven sahaja dan berharga sepekat RM1.70.

Biasa makan dengan mee segera atau roti. Dia punya rasa bagi aku not bad dan tak ada la rasa atau bau pelik.

Disebabkan harga yang murah dan jarang ada di rak. Kalau aku nampak mesti borong semua macam dalam gambar di atas šŸ˜…. Mula-mula ingat ada satu flavour sahaja iaitu Spicy Mala. This year baru jumpa flavour BBQ.

Mee Kari di Hentian Sebelah Serdang Arah Utara.

Balik dari HPUPM baru ini singgah sebentar di Hentian Serdang sebab nak solat. Tapi bila dah berhenti tu terasa pulak nak minum segelas kopi panas dan kemudian ternampak orang depan makan mee kari. Kita pun hurmm macam sedap maka ter-order lah semangkuk šŸ˜…. By the way memang sedap dan berbaloi termakan hihii..

Malam kelmarin makan mamak sebab si ayah penat dan tak sempat nak masak. Si ibu outstation 3-4 hari maka ke mamak Fatimah Gaus la.. Jangan tanya apa the kids nak makan, lambat jadinya. Kita orderkan terus Roti Nan Cheese, Tandoori dan Tosei Garing untuk dimakan kami berempat.