ermm..dalam berpasang-pasangan..kadang-kadang kita lihat..si isteri ni cantik sangat..sedangkan si suami..biasa-biasa shj.terlalu biasa sy kira.
dan kadang-kadang kita lihat..budak perempuan tu sosial sangat, tapi bersuamikan seorang lelaki yg pada kita alahai.....mcm ustaz-ustaz jer...
dan kadang-kadang kita tertanya-tanya...eh!! kenapa dia pilih lelaki tu...playboy besar tu....
ini mungkin sedikit situasi dr pandangan dan kaca mata saya sendiri
erm...kadang-kadang org yg kita nampak LURUS itu lebih bengkang bengkok dan bersimpang siur sebenarnya..
dan adakalanya...org yg kita nampak serabut, tu jauh lebih lurus dalam bercinta.
kadang-kadang kita prejudis, kita cakap Si A ni tak sesuai dgn Si B ni sbb....bla..bla..bla... kadang-kadang kita cakap mcm-mcm tentang org...
dan ada juga situasi yg mana si lelaki ni tak yakin dgn keputusan sendiri. wujudlah istilah sparepart...motif??entah..hanya lelaki yg boleh jawab soalan ni. dua-dua dia kata sayang..dua-dua diterima dgn hati terbuka..dua-dua dibawa jumpa keluarga....dua-dua di janjikan kebahagian..namun dia lupa.. diakhirnya nanti..akan ada satu hati yg terluka..
adakala kita labelkan...lelaki ni stok ustaz-ustaz..jadi pasangannya mesti begini-begini....
perempuan ni stok ustazah-ustazah..pasangannya mesti begini-begini.....
namun benarkah benar label ustaz dan ustazah itu??
sekadar utk renungan diri sendiri juga...kita tak sesempurna mana..sedang belajar dan pasti sentiasa harus belajar. ini soal jodoh, soal hati dan perasaan....serta kuasa Allah yg mengaturkan segala-galanya.....
Konsepnya, andai ditakdirkan itu jodohnya....terimalah dgn hati yg terbuka..dan andai bukan itu jodohnya lepaskan(buruk sangat kalau perempuan sama perempuan bergaduh sbb lelaki) ....sbb perancangan Allah itu lagi hebat dr perancangan manusia.
dan siapapun org tu..yg kita nampak mcm ustaz ke, ustazah ke, sosial ke serabut ke.......amalan kita tetap hanya Allah yg adil menilainya. Kita ni manusia biasa...tak lari dari kesilapan..jgn sampai jatuh tersungkur...
menangis lah sayang....
setidaknya kamu puas....
utk rasa tertekan.....
binalah kembali kekuatan....
hanya kekuatan itu akan menjadikan kita kuat..
tdk ada mana2 perempuan dlm dunia ni yg tak mahu kahwenkan...
andai "berkahwin" itu semudah sebutannya..dr awal2 dulu kita dah kawenkan...
sebaik lepas spm =)
haisshhhh~ dan saya....
hanya mampu mengeluh...
satu perkara yg saya fikir semua perempuan sebaya saya alaminya.....
apabila menginjak usia 26 tahun..yg pertama ibu ayah kita akan risau kalau kita masih tak "BERKAWAN" ataupun terkejut bila tahu..kita clash......
(pengalaman peribadi ok..kita diasak dgn soalan2 yg menuntut tahap kesabaran yg tinggi)
dan perkara akan jadi rumit andai....dalam keluarga kita hanya kita yg tdk ada perancangan ke arah tu (bg mereka yg dh masuk umur wajib berkahwin)
perkara ini bertambah menyakitkan hati andai, ada la pulak..opah2 sedara...mak2 sedara jiran tetanga yg "baik hati" merisik-risik.....pada ibu ayah kita........ dan ditambah lagi dgn ayat2 seperti ini... isk.."bila anak kamu tu nk kawen...udah 26thn dah tu...elok bebenor...kang esok2 takde sape yg nakkan" perempuan ni belajar tinggi manapun kerja tinggi manapun tak elok tak kawen.... dan saya... dulu seawal disindir dgn kata2 ini saya memang stress....dlm 3 bulan lepas.....buruk sangat ke tak berkahwin.......
saya tidak pernah menidakkan utk berkahwin...
namun...biarlah masa yg tentukan.......jgn mendesak.....
dan kamu org2 diluar sana...jgn terlalu prejudis menghukum mereka yg tidak berkahwin........
jgn kusutkan hati ibu yg mengandungkan kami ini...
ibu mana tidak risau andai anaknya disoal2 bila mahu menamatkan zaman bujang
ibu mana yg tak rungsing
ibu mana yang tidak gelisah....
ibu mana yg tidak mahu melihat anaknya berkahwin....
dan perempuan mana yg tidak mahu berkahwin..andai melihat teman2 rapat sudah punya 2-3 cahayamata....
andailah berkahwin itu semudah perkataannya.....
andailah berkahwin itu semudah lafaz ijab dan kabul...
andailah berkahwin itu semudah itu...........
tiba-tiba: hati rasa jauh.....sayu......eh~~ kenapa ada air mata.