Tuesday, March 30, 2010
Nak Cakap: tapi........
Tak tahu nak mula dari mana
Alih-alih saya akan diam sahaja
jadi saya:
Diam jerlah
Tapi takmo...
Nak cakap-cakap
Nak cakap-cakap jugak~
Monday, March 29, 2010
Bila Rasa Tak Best: Saya Suka Baca Ni @>------
Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap -
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak & mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong
Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik
Sunday, March 28, 2010
Alamak!! Bos~
Duduk dekat rumah tiba-tiba rasa nak chat pulak
Online =)
Nampak satu nama-eh! pejabat
Dlm hati terus kata: Nak nyakat kak shema la
(Kak shema ni bahagian It dekat pejabat- dia jaga semua email dan facebook)
dan agenda chat pun bermula
saya: assalammualaikummmmm
cik perhubungan ;)
perhubungan: w'salam
ye
saya: kkkaaakkkkkk sheeemmmaaaaa
perhubungan: bukan
saya: eh, saya silap org ek?
erm..ni siapa ya?
maaf
perhubungan: dato' k
saya: gelak2 hahahahahaha
dato k sitinurhaliza
kak shema ni buat lawak
perhubungan: betul...ni bos u la
saya: erm.....tipu
saya tahu..
ni kak shemakan...
kan?
perhubungan: kenapa tipu pulak
saya: ye..saya tahu..ni kak shema
kak shemakan...
perhubungan: cuti laila 29-30hb tu batal ya
saya: erkkkk!! kak shema jeles
perhubungan: cuba laila call shema
saya: confius (menung lama)
perhubungan: laila, malam esok jgn lupa ya..laila kena atend meting
saya: erk...ni confirm dato ke?
perhubungan: cuba laila call shema :)
........................................................................................................
terus call kak shema
laila: dgn kalut2nya~~ akak...akak ngaku ..akak tengah online kat facebookkan?
kakshema:tak.akak tengah tengok AF
laila:huk!! biar betul kak??
kakshema: betul, akak kan selalu online lewat malam..lailapun tahukan..
laila:matilah..matilah
kakshema: kenapa?
laila: jadi org tengah chat dgn sape nie
kakshema: dato khusairi la...
laila: gulp~
kakshema: hikhikhik
laila:gelak yea!!nanti la....confirm tu bukan akak ya....
kan akak yg jaga facebook ni
kakshema:memang akak jaga, tp msg dan chat hanya dato je yg boleh reply..
laila:mau pitam rasanya.ok kak
thanks ya
................................................................................................................................
sambung chat
saya: errr,dato ya....
maaf ya..salah org...saya ingat kak shema
perhubungan: mana laila tahu :)
saya: saya dh call kakshema
perhubungan: laila boleh cuti 29-30hb tu
saya: thanks dato
perhubungan: :) jgn lupa meeting esok
saya: ya....
laila mazni....haaaa padan muka..nawaitu dh tak betul..tu la..
niat nak nyakat kak shema awak yg kena nyakat...aish~~~
malupun ada...segan pun ada
mujur la tak keterlaluan lagi...
tapi bila kenang2 balik
mesti nak gelak~~
aishhh
Saturday, March 27, 2010
ENTRY: Terilmiah
Antara persoalan yag hebat diperbincangankan sepanjang meting awal pagi tadi berkisar tentang bagaimana mahasiswa & mahasiswi ini..menerima dan mengulas tentang pelbagai isu yg melingkari kehidupan mereka sama ada isu diperingkat nasional mahupun di Perak. Secara jujurnya, saya tidak terkejut dengan segala persoalan yg ditimbulkan oleh adik-adik itu. Kerana betapa hebatnya pengaruh "media baru" dalam hidup mereka menyebabkan mereka menganalisis sesuatu isu,merumuskan isu tersebut tanpa melihat dari pelbagai sumber lantas terus menghukum. (Segelintir daripada mereka)
Antara isu yg menarik minat saya adalah:
1. Apabila mereka menyatakan tentang equality(kesaksamaan)
2. Melihat 1Malaysia sebagai ancaman kepada perpaduan
3. Melihat betapa polemik politik kini menyebabkan mahasiswa semakin "lari"
4. 1Malaysia merupakan konsep Malaysian Malaysia yg dibawa oleh DAP
5. Mereka mahasiswa & mahasiswi yg tidak mahu lagi dimomokkan dgn isu pembangunan dan isu bantuan2 yg diberikan kerana mereka berpandangan mana-mana kerajaan yg memerintah sekalipun perkara-perkara berkaitan isu pembangunan dan kebajikan tetap akan dilaksanakan.
erm...seawal saya mendengar penjelasan dan kritikan-kritikan yg dilemparkan dalam fikiran saya....nun menerawang jauh.....memifikirkan..ketika usia saya menginjak 26 tahun ini dan adik-adik ini yg kebanyakkan berumur awal 20an..mereka sudah mempersoalkan tentang kesaksamaan, saya membayangkan apakah ketika usia saya 50 tahun nanti(insya'allah andai panjang umur) dan saya punya anak..apakah yg akan dituntut oleh mereka..apakah yg akan dipersoalkan oleh mereka...
mereka bukan lagi anak-anak yg perlu dimomokkan tentang kesusahan zaman penjajah..tentang keganasan komunis: benar! saya juga tidak merasa zaman itu semua....
lantas..benarlah...menuntut kemerdekaan itu jauh lebih mudah berbanding mengisi kemerdekaan ini.
Wednesday, March 24, 2010
hati saya: tak best
hati saya rasa tak best
Perasaan itu datang lagi
dan saya:
terus-terusan rasa tak best
dengan diri sendiri
saya:
off day laila mazni
plz.....
Monday, March 22, 2010
housemate saya: mandi bunga
mahu gelak besar rasanya
pesan housemate saya
plz lai: mandi bunga ok!!
hikhik
*speechless*
dan saya: yang terus-terusan senyum-senyum-senyum
adeh~
Sunday, March 21, 2010
dan saya: yang terus cuai
tercuainya saya
menyebabkan saya gelak pada diri sendiri
benarlah...kata2 itu....
apabila kita tidak fokus....
sedang hati rasanya lain...
fikiran mula entah kemana
jasad pula hanya melangkah mengikut shj
tanpa punya hati,dan fikiran yang selari
lantas: tidak mustahil perkara sebegini boleh terjadi~
dan saya..kali ini hanya *senyum-senyum* shj:
mode~ mengakui kesilapan diri sendiri
Friday, March 19, 2010
~lagu ini~
Genap 5 hari: saya memutarkan lagu ini sepanjang hari di pejabat~~
~tak jemu mendengar
Takdir Cinta - Rossa
Ku tutup mataku
Dari semua pandanganku
Bila melihat matamu
Ku yakin ada cinta
Ketulusan hati
Yang mengalir lembut
(*)
Penguasa alam
Tolonglah pegangi aku
Biarku tak jatuh
Pada sumur dosa yang terkutuk
Dan menyesatkan cintaku..
(Korus)
Andaikan ku bisa
Lebih adil pada cinta kau dan dia
Aku bukan nabi yang bisa sempurna
Ku tak luput dari dosa
Biarlahku hidup seperti ini
Takdir cinta harus begini
Ada kau dan dia bukan ku yang mau
Oh tuhan tuntunkanlah hatiku
Thursday, March 18, 2010
~ADAM & HAWA~
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu,
tulang
rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang
jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui
tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali
merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita
menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau
ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya
jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat
yang akan diterima??
Tuesday, March 16, 2010
~Main Masak-Masak~
Berbual dgn sahabat lama
Walau hanya di skrin YM
Mengimbas kenangan lama
sewaktu di sana: terengganu
Dia: Pn Nurul Huda Mohd Asri
sahabat saya: punya kegemaran yg sama
MASAK-MASAK
Beruntung saya
dia tinggal dirumah sewa
selalunya bila tiba semester break
rumahnya jadi tumpuan saya
dan bilik saya jadi tumpuannya ;)
Kami bebas memasak apa sahaja...
dari semudah-mudah masakan: sardin
Hinggalah masakan yg kami kira WoW~~ hebat rasa
Teringat satu kisah
Gara-gara begitu teringgin
Mahu makan nasi lemak citarasa sendiri...
Lantas sambal ikan bilis dimasak di rumah dia
Nasi pula: berangkutlah kami segala rice cooker
dan keperluan membuat nasi lemak
ke bilik saya pula....
sbb niatnya mahu stdy sama-sama mlm nie
dan esoknya bersarapan istimewa
DAN: semerbaklah asrama perempuan dgn bau daun pandan
juga sambal tumis yg dipanaskan :)
suka saya pada kenangan itu
Monday, March 15, 2010
Mode: Layan Perasaan 2~ isk..pagi ini semuanya lagu rossa
Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Mode: Layan Perasaan di Pagi Isnin yang Permai
Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta
Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta
Reff:
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta
Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta
Friday, March 12, 2010
~retreat~
Thursday, March 11, 2010
Sunday, March 7, 2010
D.A.L.A.M H.A.T.I
tak terluah
risau terluka.
dalam hati punya cerita
tak terjemah
dengan kata-kata.
dalam hati punya suara
tak terdengar
hingga ke telingga.
dalam hati punya rasa
nun jauh ke sana.
Thursday, March 4, 2010
T.I.T.I.K
Membentuk tingkah
Menzahir kata
Tanpa rasa dan sedar
Perasaan yang sedang-sedang
Tidak hirau pada alam
Siang juga malam
Sedang detik-detik berlalu
Mengharap panasnya berpanjangan
Agar bisa senyum-senyum selalu
Namun wujud keluh di mulut
Panas benar pula
Itu lumrahnya manusia
Kadang alpa juga terlupa
Erti Syukur PadaNya
Tuesday, March 2, 2010
Hal ini lagi: K.A.H.W.I.N!!!
Mesej dari sahabat nun di Slim River
Katanya
Lai...hina sangat ke kita kawen lambat lai...
(nama pengirim).......bukan anak dara tuakan???
Terasa lai...terasa sampai dalam..
Terasa sangat-sangat
kata-kata itu melekat dlm diri........
Dan saya
kali ini kehilangan kata-kata
*sebak*
Sabar ya sahabat.....
kalau kamu dekat, sudah ku peluk erat-erat....
biar kita menangis sama-sama....
biar kita kongsi segala rasa
biar semangat itu kita bina
Berbicara tentang jodoh...
sudah jumpa yg sesuai: tiada pula restu keluarga
mahu jadi anak yg taat
rasa cinta kita buangkan
sahabat..pasti ada hikmah atas pengorbanan ini:PERCAYALAH!!!