Memaparkan catatan dengan label Catatan Perjalanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Perjalanan. Papar semua catatan

Selasa, 9 Disember 2014

Bercuti lagi

Assalamualaikum..

Jika tiada aral melintang esok aku akan mula bercuti..segan sebenarnya nak bercuti lagipun aku baru saja mula kerja selepas cuti bersalin 3 bulan..maafkan daku boss, kali ini aku terpaksa ambil cuti sebab hujung tahun begini mood balik kampung semakin membuak.ehe..lebih-lebih lagi kali ini kami pulang bertiga bersama 'orang baru'..

Cuti selalu ku manfaatkan untuk balik kampung :)

 
Dalam perancangan nak buat majlis Akikah sekali dah alang-alang balik kampung kan. kebetulan abang dan kakak semuanya balik. dapatlah kami 3 beradik berkumpul bersama. bukan senang nak berjumpa dalam satu masa tambah-tambah lagi bila semua dah kahwin. Kadang Hari Raya pun kami tidak dapat berkumpul semua sekali..
 
Dalam aku kalut tak sabar nak balik kampung, aku jua perlu siapkan semua kerja-kerja yang berkaitan dengan kewangan.  Semua kena di siapkan baru dapat bercuti dengan tenang tanpa fikirkan masalah kerja. ah.. cakap tu macam pekerja cemerlang kemain lagi.



Isnin, 28 April 2014

Bunga Tulip di Cardiff, Wales

Assalamualaikum...

Ucapan terima kasih ini aku dedikasikan khas buat sahabat maya, Hartini Omar. Aku kenal dia beberapa tahun yang lalu, tidak pernah bersua muka tidak pernah mendengar suara, cuma aku membaca ceritera dia di sini. aku tertarik dengan gaya penceritaan dia di blog, terkadang kata-katanya itu satu motivasi buatku, gambar yang di rakamkan menceritakan segalanya, dulu Tini selalu rakam gambar raja sehari sekarang beralih kepada gambar pemandangan indah di luar Negara pula.
 
Tini kini menuntut di London, United Kingdom. Aku pernah beritahu dia, untung la kamu Tini muda-muda dapat duduk di negara orang, dapat kenal budaya mereka, katanya itu semua rezeki. Ya, memang rezeki Tini dan dengan izin Dia juga. Aku tahu ini yang kamu impikan sejak dulu.. pengorbanan kamu bukan sedikit di sana! semoga kamu akan pulang bersama kejayaan kelak. Itu doaku untukmu...
 
Tini sempat merakamkan beberapa keping gambar bunga tulip sepanjang percutiannya di Cardiff, Wales..Sangat cantik, berwarna warni. Alangkah bertuahnya andai dapat melihat keindahan ini di depan mata. Apa pun, terima kasih banyak ye Tini atas perkongsian ini, Bunga itu sudah cukup cantik, kreativiti kamu menangkap gambar menambah lagi keindahannya. Bakat seni yang memang ada pada kamu.. Ini antara gambar yang di tangkap sendiri oleh Tini..jom cuci mata :)
 
 
sedang Tini dok tangkap gambar, ada pula budak comel ni.. tak pasal-pasal dah jadi model.
 
 
Bunga Tulip di Cardiff biasanya di jadikan bunga hiasan untuk landscape
 
 
Bunga Tulip Kuning, sangat cantik..digabungkan dengan bungaan kecil berwarna putih
 
 


Menurut Tini kelopak Bunga Tulip ni macam kain baldu, keras dan tak mudah gugur  bila di pegang. Biasanya tengok bunga tulip warna-warna terang dan ceria, rupanya ada juga tulip warna hitam. Terima kasih untuk infonya Tini...






Tulip Merah di selang seli kan dengan Tulip Putih...Naik gabungan dua warna ni
 
 
Bunga Tulip dan Bunga Sakura, aku bagitahu Tini kat Malaysia baru-baru ini pun ada musim 'Bunga Sakura' Ehe itu 'Bunga Sakura' iklim khatulistiwa kot :)
 
 
***semua gambar ihsan dari blog Tini, Ceritera Yang Tak Sudah.
 
 
Sekali lagi Tini, terima kasih untuk entri Musim Bunga ni ye..ini pun sudah cukup memadai dapat la tengok pokok-pokok bunga yang ada di sana. Bak kata Tini, jangan pernah henti berdoa, siapa tahu satu hari nanti dapat ke sana juga.  Melihat sendiri keindahan ciptanNya kan.
 
Menjalani kehidupan sebagai pelajar di negara orang memang banyak dugaannya Tini.  Kawan-kawan antara mereka yang paling rapat di sana. Semoga kamu diberikan kekuatan, agar nanti kamu kembali dengan kejayaan yang paling manis hadiah buat orang tua mu.
 
Salam sayang dari kejauhan,
Bunga Tulip~~


Isnin, 7 April 2014

Ikan bilis mata biru

Assalamualaikum...
 
Ikan bilis mata biru? ya, itulah ikan bilis yang popular di Pulau Pangkor. Aku pun baru tau kewujudan ikan bilis mata biru ni. Kalau di Sabah selalu orang dok cari ikan bilis kering je..
 
Kebetulan minggu lepas aku dan dua orang rakan sekerja ke Lumut, Perak. Tiga hari di sana atas urusan kerja. Dah alang-alang sampai ke Lumut kami terus ke Pangkor (yang sebenarnya kami tersesat masa pegi tu tak jumpa jalan nak ke Marina Cove Resort. Tau-tau dah sampai ke Pangkor)
 
Lepas je program hari ketiga selesai, sebelum gerak balik ke Melaka kami ke Pangkor mencari hasil laut untuk di bawa pulang. Macam-macam jugak yang ada di sana. Ni cuma sebahagian je, tak dan nak tangkap gambar semua :)
 
 
ini la rupa ikan bilis mata biru..
kalau tengok dari jarak dekat baru perasan si pemilik mata biru ni :)
 
 
sotong yang bulat-bulat comel ni sedap jugak buat sambal,
ikan bilis pula di goreng buat pelengkap nasi lemak...
 
 
 
makanan ringan hasil laut yang ada, harganya ok la boleh tahan..kalau beli banyak boleh dapat diskaun.
tak ke seronok kalau macam tu. masing-masing bawa pulang beg besar :)
 
 
Gambar kenangan kami di sana...
ada ramai lagi sebenarnya tapi masing-masing dah panjang langkah
 
 
 
***Ada masa dan peluang nanti teringin juga nak bercuti ke Pulau Pangkor, naik feri gi seberang sana. masa ni kami memang tak sempat nak ke seberang.. sekadar jejakkan kaki di jeti je.. 
 
 

Rabu, 18 September 2013

Wordless Wednesday - Ingatan


 
 
 
Nilai pemberian bukan terletak pada harganya tapi ia atas ingatan si pemberi dan
bagaimana si penerima mahu menghargainya
 

 
Cameron Highland
15 September 2013 

Selasa, 20 Ogos 2013

Raya pertama kami

Assalamualaikum...

Salam buat semua yang dimuliakan...dah masuk 13 Syawal baru berkesempatan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kalian semua. Masih belum terlambat lagi kan.ehe..Walaupun perkenalan kita semua sekadar di alam maya saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya saya pernah terkasar bahasa dalam sedar atau pun tidak..semoga ikatan ukhuwah antara kita terus berkekalan selamanya :)
 
 
anak kawan baik saya di kampung...namanya Rayyan Rizqi
 
Tahun pertama beraya dengan suami..sebenarnya sebelum berkahwin kitorang memang dah bincang pasal turn balik kampung beraya. haruslah decide awal-awal kan yelah Melaka - Sabah bukannya dekat dan suami bersetuju untuk pulang ke kampung halaman saya di Lahad Datu, Sabah. Cuti tak panjang, raya ke-3 kitorang dah berangkat balik ke Melaka.


perjalanan pulang... Land below the wind sudah kelihatan


Perjalanan pulang kami yang jauh bermula seawal pagi sebelum imsak kami sudah bertolak dari Melaka-Putrajaya-KLIA-Kota Kinabalu-Lahad Datu dan kami tiba di kampung halaman beberapa minit sebelum berbuka Puasa. Untung la sahur lewat dan berbuka puasa awal.ehehe...perjalanan jadi panjang sebab terpaksa menunggu lama di airport. Kami transit di Kota Kinabalu sebelum menaiki boeing 737 Mas Wings menuju Lahad Datu. Kan bagus kalau ada penerbangan direct Kuala Lumpur-Lahad Datu tak perlu nak singgah memana.
 
 
dalam bulatan merah = rumah saya :)
 
Masa tangkap gambar tak perasan pulak tertangkap gambar rumah sendiri. Rasa gembira membatasi segalanya..dalam masa beberapa minit lagi dah boleh berpijak di kampung halaman. Dari subuh kot perjalanan tak sabar nak sampai rumah..Oh ya, rumah saya dengan airport jaraknya cuma 2km. memang setiap hari tengok burung besi terbang atas bumbung rumah. Masa kecik-kecik dulu siap tunggu kapal terbang lalu nak lambai tangan sambil jerit bye bye :)
 
 
Buras Pulut dan Buras Koa = makanan wajib di hari raya
 
 
Ketupat dengan hari raya memang tak boleh dipisahkan, dah jadi menu wajib. Kat Sabah (khususnya bagi orang Bugis) Buras wajib disediakan sebagai juadah orang yang datang bertandang di Hari Raya. Ada dua jenis Buras yang kat atas ni guna pulut hitam dan guna beras biasa yang macam kita biasa masak hari-hari tu. Cumanya di tambah dengan sedikit garam dan santan. lepas tu bungkus dengan daun pisang dan di ikat rapi sebelum di masak selama lebih kurang 4-5 jam. Kaedah masak dia lebih kurang macam ketupat jugak.Buras sedap di makan dengan ayam masak lengkuas. tu memang geng dia..
 
 
hasil laut kima (sejenis tiram) dan rumpai laut (latok) yang masih segar
 
Raya ke-2 kami ke pasar, tekak nak rasa makanan laut pula. Ya, di Sabah makanan laut harganya masih berbaloi tiram ni seikat RM5 dan rumpai laut segar selonggok cuma RM1. Murah bukan, sampaikan suami saya nak beli semua jualan makcik tu. tipu. Macam-macam di belinya. Mana yang pelik dan susah nak jumpa kat Semenanjung dia beli sekadar ingin mencuba katanya. Tiram dengan rumpai laut ni kami tak masak, wat macam kerabu je..sekadar dibasuh bersih, perahkan air limau kasturi, letak cili padi, hirisan bawang dan sidikit garam.siap untuk dimakan. Senang bukan!
 
 
 
hasil laut yang telah dikeringkan, yang kat atas tu sotong kering.
sekali pandang macam wau pun ada.heee :P
 
Lepas ke pasar ikan kami gerak ke pasar lagi satu, yang menjual hasil laut yang telah dikeringkan.macam-macam jugak, ada sotong kering, udang kering, ikan bilis, ikan masin, udang geragau kering, gamat kering, belacan, dan pelbagai lagi. Harga? boleh la tahan sedikit murah dari harga pasaran di sini. bawa balik ikan bilis dan udang kering buat sedara mara belah suami. 
 
Dan raya ke3 kami bersiap-siap untuk pulang ke Melaka..cuti yang sangat singkat. Masa bujang dulu mau sampai 2 minggu bercuti raya.ehe...sekarang kena bertimbang rasa sikit. Syukur raya tahun ni saya masih berkesempatan pulang ke kampung halaman jumpa bonda dan sedara mara yang lain walaupun sekejap cuma.
 

Alhamdulillah kesihatan bonda dah ada perubahan yang sedikit baik dari yang dulu.sayang mak..
 
 
Raya kali ni satu pengalaman baru buat suami dari segi makanan banyak yang berbeza dengan apa yang dia biasa makan di sini.Pengalaman yang bagus buat dia barangkali..biar dia lebih mengenali budaya bangsa isterinya :)
 

Selasa, 19 Mac 2013

5 hari 4 malam di Lahad Datu


Bila sebut nama Lahad Datu pasti kita akan teringat dengan 'peristiwa itu'. Aku sendiri seperti tidak percaya perkara sebegini telah berlaku di daerah kelahiranku, tempatku dibesarkan, bertatih jatuh dan bangun semuanya bermula di sini..Terkadang kita lupa keamanan yang kita kecapi hari ini semuanya akan direntap sekelip mata andai kita sendiri tidak berusaha mempertahankan nikmat yang kita miliki hasil perjuangan mereka yang terdahulu.
 
Sekarang semua serba ada, bangun tidur semua sudah tersedia di depan mata. Mungkin itu yang buat kita leka kita alpa kita merasa sudah cukup selesa sedangkan musuh cuma menunggu masa ingin merobek keamanan yang kita pelihara sejak sekian lama di bumi bertuah Malaysia.apesal aku tetiba emo ni.adei...
 
 
trak tentera, pemandangan biasa di sana..
 
 
Sepanjang perjalanan pulang dari airport Tawau ke Lahad Datu aku sempat menangkap gambar, Lapangnya hati bila sudah berpijak di daerah ini. seakan lupa kejadian sebenar yang berlaku disini.
 
Teringat kawan kat office, semuanya tak bagi aku balik kampung. risau akan keselamatanku (untunglah ada kawan yang ambil berat) Siap ada yang kata 'tak takut kena tembak ke'? ehe.. tidak mengapalah niat aku balik kampung cuma satu, mahu menziarahi emak yang masih kurang sihat..Sempat jugak menghantar emak ke hospital sewaktu bercuti hari tu..

 
Hospital di buka seperti biasa cuma agak lengang orang pun tidak ramai

 
 
sampai kat pusat bandar, lalulintas sudah mulai sesak
 
Kali ini pulang bercuti tidak lama, cukuplah sekurang-kurangnya dapat berjumpa emak dan merasa sendiri suasana di sana. Takut dan risau itu memang ada cuma dengan kehadiran anggota keselamatan yang berkawal menambahkan lagi keyakinan semua di sana.
 
Alhamdulillah keadaan sudah kembali pulih, masing-masing sudah menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Terima kasih anggota keselamatan, tabik hormat ku berikan buat kalian semua. Al-fatihah buat yang telah terkorban. Jasamu di sanjung tinggi


***hargailah keamanan yang dikecapi kini. Moga bumi Malaysia terus terpelihara hari ini, esok dan selamanya

Khamis, 8 November 2012

Dari Melaka ke negeri Pahang...

Assalamualaikum..

Serasa macam lirik lagu tajuk entri kali ini..cuma kebetulan itu antara catatan perjalananku sepanjang 2 minggu kebelakangan ini. Raya Aidiladha tahun ni aku dan akak sekeluarga menghabis masa bercuti di negeri bersejarah itu. Sempat berkunjung ke rumah si dia mengeratkan lagi silaturahim yang sudah sedia terjalin.


kena naik beca, baru lengkap pecutian ke Melaka :)

Tiga hari berikutnya aku  mengikuti teambuilding di Taman Negara Pahang. Menyusuri Sungai Tahan menaiki bot mengingatkan aku pada tempat pertama mencari rezeki satu ketika dulu..SK Bilit, Kinabatangan. Suasana tidak jauh berbeza sungai dan hutan yang masih terpelihara saujana mata memandang.

dah naik beca kat Melaka naik bot la pulak kat sini

Menyusuri sungai menikmati keindahan alam, jauh dari segalanya, jauh dari keriuhan kota yang kedengaran cuma kicauan burung yang setia menghuni kawasan ini..bunyi air yang mengalir tenang dari hulu hinggalah ke hilirnya.

tiba di 'lubuk kelah' warna gelap di dalam air itu lah bayang-bayang ikan kelah :)


sungguh....aku teruja lihat keindahan dan kejernihan sungainya

3 hari yang ku rasakan cukup bermanfaat di sini.

 

***Sepanjang di sini kami tidak berkesempatan singgah di perkampungan orang asli. Mungkin di lain hari aku boleh kembali lagi bertemu mata dengan mereka.


Rabu, 18 April 2012

Cerita dari Jeli

Pintu gerbang sebelum sampai ke tapak pameran

Baru dua hari kembali bertugas selepas 5 hari berkampung di daerah kecil itu..daerah Jeli yang pada aku tidak jauh bezanya dengan kampung halamanku nun jauh di Lahad Datu, Sabah..

Melihat sekitarnya yang menghijau, itik mandi dalam kolam, rumah-rumah kampung di kiri kanan jalan..cukup buat aku terasa seperti di tempat sendiri walaupun bahasa yang di  kecek tuturkan agak berbeza tapi suasana sebegitu membuatkan rinduku pada kampung halaman sedikit terubat.Cepat la raya, tak sabar nak balik kampung ni (^_^)

Ok..berbalik pada cerita asal..


Petugas yang tak seberapa nak tegar  :)

Jeli dipilih sebagai tuan rumah bagi zon timur yang melibatkan tiga negeri termasuklah Kelantan, Pahang dan Terengganu. Banyak aktiviti pengisian sepanjang karnival yang melibatkan pelajar sekolah dan masyarakat setempat. Antaranya..

Larian Inovasi.. sebelum lari kena senaman ringan dulu ea adik-adik sekalian

Pertandingan Rekabentuk bangunan menggunakan lidi..dapat agak tak bangunan ape ni?

Pameran ...Teruja adik cilik ni dok perati bahan pameran.


Permainan sains..cuba buat sampai dapat ea. Sebenarnya kite pun tak tau :P


 Terima kasih warga Jeli atas sokongan padu, anda semua adalah yang terbaek..

Hari terakhir sebelum gerak balik ke Putrajaya kami sempat gi Rantau Panjang, akhirnya dapat jugak aku beli budu.ehe..jangan taktau aku adalah penggemar budu yang agak tegar jugak la. Sangat teruja bila dapat tau harga sebotol kat sini hanya RM1, tanpa ragu dan bimbang aku terus angkat 10 botol. Cukup la nak bagi pada rakan taulan sekali boleh buat stok kat rumah..


Bye2 Rantau Panjang..nanti aku kembali lagi :)


Selasa, 20 September 2011

Sarawak Regatta Expo 2011

Assalamualaikum...

Siang tadi aku baru je Sampai dari Sarawak setelah berkampung 6 hari di sana..Esok aku dah mula kerja. Adoi rasa malas menguasai diri..aku kena gak tido awal malam ni agar esok aku dapat bangun g keja dengan senang hati sambil tersenyum simpul.hehe..

Pemergian aku ke bumi kenyalang atas urusan kerja sempena Sarawak Regatta Expo 2011..aku mendapat arahan itu semasa aku masih di kampung. mahu tak mahu aku kena gak pegi walaupun poket sedikit kering memandang kan Hari Raya yang baru saja berlalu..ahaha...apa kaitan Hari Raya dan poket kering?? sendiri mo ingat la kan, aku pasti korang paham.hehehe...sabar la nak :)


Sebelum Regatta..sempat lagi diorang wat latihan kayak

Sepanjang di Sarawak hari tu ada la jugak sedikit gambar yang sempat aku tangkap..Yang paling aku ingat makanan dia.huh memang terbaik la. saje nak cari makanan yang susah nak jumpa dan yang hanya ada di Sarawak. Antaranya Ayam Penyet

made in Rj Ayam Penyet Kopitiam..terbaek la


Nasi + Ikan Bawal Bakar


Mee Kolok Sarawak


Laksa Sarawak

Laksa Sarawak ni berbeza dengan Laksa yang ada kat Semenanjung ni sebab kuah die guna santan. rasa pun masam sedikit. lagi pekat kuah die rasa pun makin sedap tambah dengan isi ayam dan udang sekali. Laksa kat sini pla guna isi ikan. amat berbeza.. Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian makanannya..I love Malaysia :)

So korang-korang yang ada menyimpan niat untuk berkunjung ke Sarawak silakan cuba menu seperti yang dinyatakan di atas..tak rugi tau.harga pun berpatutan..ikut selera masing-masing la. macam aku ni jenis yang suke nak mencuba makanan yang tak pernah makan..kire tolak kayu ngn besi jelah yang lain semua bleh masuk :)

Okey la sekian entri makanan untuk hari ini. haha.. nanti ada kesempatan leh sambung cita lagi..nak tidur dah. gud nite.oppsss sebelum tu saje nak tempek gambar tuan punya blog.hehe...masa ni dah nak balik sempat lagi tangkap gambar..

cakkKK..


Mood: Malasnya nak keja esok. aci ke nak EL :)