BEN ASHAARI

Showing posts with label kek dan muffin. Show all posts
Showing posts with label kek dan muffin. Show all posts

Tuesday, January 1, 2008

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Muffin yang mudah, ringkas dan sedap dari "Noreen UK". Jumlah muffin bergantung pada saiz muffin cup yang digunakan, jika gunakan muffin cup seperti dalam gambar, kita boleh dapat lebih kurang 12 biji muffin...

Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
  2. Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...

Saturday, December 29, 2007

KEK COKLAT KUKUS "WAK LUU!!!"

Hahaha...pelik kan nama kek nie...tapi itu lah hakikatnya nama yang telah dipersetujui oleh pakcik dan sepupu pakcik yang satu kepala dan ada masa pemikiran tak tune betul!!!....Amponn "Kak Mah"!!!!....Kek coklat ini sesuai untuk keluarga yang ramai dan enak dimakan bersama ais krim vanilla.....

Bahan-Bahannya:- (mat guna acuan bulat berukuran 10 inci)
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung
1 camca teh esen vanilla
200 ml susu cair*
1 cawan air suam*
1 camca teh nescafe*(*disatukan)

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan kukusan, lenser tin dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, satukan bahan2 yang diayak bersama gula halus, gaul rata. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tuang bancuhan susu, air dan nescafe perlahan. Putar hingga semua bergaul mesra.
  3. Akhir sekali masukkankan minyak jagung dan esen vanilla, putar hingga sebati dan gula hancur. Tuang dalam tin tadi dan kukus 1 jam. Balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan wap jatuh atas kek...

Thursday, December 27, 2007

CHEDDAR CHEESE CAKE

Resipi asal dari "Alex Goh"...mat dah pernah buat kek ni dulu. Hari ni buat lagi, saja je suka2, tapi macam biasa cuma buat 1/2 adunan saja.....kek dia lembut, tak de lah manis terlampau, lemak dan harum dan sedap bagi penggemar2 keju...

Bahan-Bahannya:- (mat buat 1/2 dari resipi di bawah)
250 g mentega
230 g gula halus
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g setiap biji)
80 g parutan keju cheddar
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
100 ml susu segar (mat guna susu cair)
1 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas minyak dgn mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Pada speed sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Masukkan keju dan esen vanilla dan putar hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin dan bakar 40 - 45 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang...

Saturday, December 22, 2007

NON - BAKE PEACH CHEESE CAKE

Hmmm......cheese cake lagi....sama macam resipi lepas cuma ada sikit perubahan..tak pelah kita lihat kembali resipi dia ok semuaa!!!!....

Bahan Dasar:-
200 g Digestive cookies, dihancurkan
2 camca besar gula halus
80 g mentega, dicairkan

Bahan Inti:-
250 g cream cheese
90 g gula halus
1/4 cawan susu sejat
1/3 cawan jus buah pic (jus dalam tin buah peach)
100 g buah peach berkaleng, didadu kasar
12 g serbuk gelatin halal
100 ml air
1 camca teh esen vanilla

Bahan Hias:-
4 - 5 keping buah peach, dihiris nipis2
1/3 camca teh serbuk jelly
300 ml air
1 camca besar gula halus
Secukupnya "Croquant" (butiran bertih jagung kisar)

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DASAR:- Bancuh semua bahan2 dasar dan gaul hingga rata. Masukkan dalam tin spring form berukuran 8 inci dan tekan padat2 hingga rata. Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
  2. UNTUK INTI:- Campur gelatin halal dengan 100 ml air dalam bekas tahan panas. Masukkan bekas tadi dalam satu bekas lain berisi air panas. Kacau gelatin tadi sehingga jernih dan larut, biar suam. Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Masukkan susu sejat, jus buah peach dan esen vanilla, putar lagi hingga rata. Perlahankan speed dan tuang bancuhan gelatin perlahan2 hingga habis. Gaul rata.
  3. UNTUK PENYEDIAN KEK:- Tabur cincangan kasar peach dalam tin, biar berselerak. Tuang bancuhan inti perlahan2 hingga habis. Masukkan bekas tadi ke dalam peti sejuk dan biar 2 - 3 jam. Kemudian keluarkan dan hias permukaannya dengan hirisan nipis buah peach mengikut kreativiti masing2. Satukan serbuk jelly, air dan gula dalam periuk, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga semua larut. Tapis bancuhan jelly tadi, biarkan suam sedikit dan sudukan atas buah peach tadi hingga habis. Simpan dalam peti sejuk kembali hingga jelly keras. Tanggalkan spring form pan dan keluarkan kek perlahan2. Hias tepi2 kek dengan butiran "croquant".
  4. PETUA:- Jika susah nak tanggal, larikan pisau yang terlebih dahulu dipanaskan atas api disekelilng kek. Dan jika rupa tepi kek kurang cantik, gunakan pisau panas untuk melicinkannya....sekian terima kasih!!

BLUEBERRY MUFFIN

Penat pun tak pa, bila hasilnya memuasssskan sangat kan....Resipi blueberry muffin ni mat tak sertakan kerana sama dengan resipi muffin strawberry, cuma perlu tukar filling dia sahaja...jadi jom lah cuci mata....

Wednesday, December 19, 2007

KEK LAPIS HORLICKS - MILO

Seumur hidup. ni lah baru 1st time buat kek lapis...kelako betul, orang lain dah pandai lama, pakcik baru nak merangkak..apa2 pun kita ok lahh..resipi dari Rozzan...lain kali kalau dah pandai, pakcik buat yang ada pattern pulak yeaa..

Bahan-Bahannya:-
1o biji telur gred A
460 g mentega
200 g gula halus (castor sugar)
390 g susu pekat manis
240 g tepung halus (Hong Kong Flour), diayak
100 g Horlicks
100 h Milo

Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Masukkan susu pekat manis, pukul hingga rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Bahagikan adunan kepada 2 bahagain sama banyak, satu di campur dengan horlicks dan lagi satu dicampur dengan milo. Gaul rata setiap adunan hingga sebati dan mesra.
  3. Letak 4 camca besar adunan horlicks ke dalam tin berukuran 9 x 9 x 3 inci yang telah disapu mentega dan dialas dasarnya dengan kertas minyak. Ratakan dan bakar menggunakan api grill pada oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C...selama 3 - 5 minit.
  4. Bila masak keluar tin. Cucuk dengan lidi sate jika lapisan ada gelembung udara dan tekan dengan penekan kek supaya rata. Masukkan 4 camca besar adunan milo, ratakan dan bakar 3 - 5 minit. Buat kaedah sama untuk lapisan horlick, kemudian milo dan seterusnya hingga siap. Yang penting setiap lapisan mesti ditekan biar rata dan jika terdapat gelembung udara, harus dibocorkan.
  5. Untuk lapisan terakhir, bakar dengan api atas dan bawah selama 5 minit. Sejukkan kek 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan...

Monday, December 10, 2007

KEK KEJU KUKUS HO AH LIN...

Kek keju kukus hasil air tangan Puan Nor Zailina Nordin @ Kak Lina @ Ho Ah Lin memang sedap, lemak, harum dan kurang manis. Resipi ni mat terjumpa dalam majalah Jelita bulan Oktober 1999...nak minta maaf juga pada kak lina, kerana beliau bercadang nak masukkan resipi dan gambar kek ni dalam blog beliau, tapi pakcik dah terbuat dulu....hehehe..Ho Ah Lin..waa minta maaf dan minta halal sama luu ok!!...

Bahan-Bahannya:-
3 biji telur gred A, asing kuning dan putih
100 g gula halus
1 1/4 camca teh garam (mat guna 1 camca teh saja)
250 g cream cheese
150 ml whipping cream
100 g tepung gandum*
30 g tepung jagung (corn-starch)*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
2 camca teh cocoa powder

Cara membuatnya:-
  1. Lenser tin berkuran (7 x 7 x 3) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser permukaan kertas juga. Panaskan kukusan.
  2. Putar putih telur dengan sebahagian gula halus dan garam hingga kental. Ketepikan. Dalam bekas lain putar cream cheese sampai gebu, masukkan baki gula dan terus memutar lagi.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul, tuang whipping cream berselang-seli dengan tepung. Masukkan esen vanilla dan gaul hingga semua rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampur dengan serbuk koko dan gaul rata. Satu lagi dibiarkan pada warna asal. Masukkan ke dalam piping beg berasingan bagi setiap bancuhan.
  5. Gunting sedikit hujung piping beg dan picit garisan berselang seli antara bancuhan kosong dan coklat pada dasar tin. Kukus atas air mendidih selama 8 - 10 minit. Kemudian picit lagi adunan secara berselang-seli juga, tapi pastikan adunan coklat berada atas adunan kosong. Kukus lagi 8 - 10 minit. Buat hingga siap, keluarkan kek dari acuan dan sejukkan atas jaringan. Hias ikut suka...(maaf mat tak sempat nak hias apa2)..
  6. TIPS:- Mat bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel untuk mengelakkan air wap gugur atas kek...

STRAWBERRY & KIWI MUFFIN...


Hari ini dengan berbesar hatinya, mat menerima kunjungan dari "geng" lama kat MyResipi.com...tak lain tak bukan "Kak E"..(Kak Umi-e)....mat cuma hidangkan makanan kampung2, muffin, kek dan buah2an segar...Terima kasih pada kak e, abang dan 3 dara pingitan yang manis2 belaka, atas kunjungannya siang tadi...Toceyyy!!!...Memandangkan resipi muffin ni mat dah siarkan pada episode yang lalu, jadi mat tak sertakanlah resipu dia..ok!

Thursday, December 6, 2007

FLUFFY BANANA CUP CAKE

Dah beberapa hari nie badan rasa tak sedap, mungkin perubahan cuaca dari panas ke hujan....hari nie dah ok skit dan mulalah tekak tu merapu nak makan macam2. Kat rumah mat sekarang nie musim pisang, jadi petang tadi mulalah dengan projek pertama, Fluffy Banana Cup Cake...memang lembut dan gebu u!!!

Bahan-Bahannya:- (Mat buat 1/2 dari adunan dibawah)
120 g tepung halus/tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred A
120 g pisang, dilecek (mat guna pisang emas)
120 g gula halus
1/2 camca besar ovallate
85 g mentega cair
50 g kacang walnut, dicincang kasar

Cara membuatnya:-
  1. Satukan gula dengan ovallate, pukul hingga sebati dengan gula. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gunakan speed sederhana. Kemudian masukkan pisang lecek dan diakhiri dengan mentega cair. Gaul hingga semua rata dan sebati.
  3. Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul rata, sudukan ke dalam paper cup hingga hampir penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit. Keluarkan dari oven bila masak dan sejukkan atas jaringan...Boleh dihidangkan bersama teh untuk minum petang...

Saturday, December 1, 2007

CHIFFON KAYA ROLL


Chiffon Kaya Roll....memang lembut, sesuai sangat untuk orang yang gigi kurang macam pakcik ni....bukan saja lembut, tapi nak membuatnya pun mudah. Kalau nak gantikan kaya tu dengan butter cream atau jem, semua boleh. Memandangkan mat dan seisi rumah tak gemar krim, jadi mat sapu jelah dengan seri kaya.....Bolehlah mencuba kalau ada masa terluang yeaa.....

Bahan A:-
5 kuning telur (guna telur gred A)
50 g gula halus
50 ml minyak jagung
50 ml santan (boleh guna susu)
110 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam

Bahan B:-
5 putih telur
100 g gula halus
1/4 camca teh cream of tartar

Bahan C:-
Serikaya secukupnya (kurang lebih 3 - 4 camca besar) atau butter cream.

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin swiss roll dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 A dalam satu bekas dan kacau dengan wisk hingga semua sebati dan berkrim. Ketepikan.
  3. Putar putih telur bersama cream of tartar. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar pada kelajuan tinggi hingga menjadi meringue (kental dan bila dicuit, tanduk yang terhasil tegak dan tidak jatuh).
  4. Gaul no. 3 ke dalam adunan no. 2. Gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 20 minit. Bila masak serta merta keluarkan dari oven dan keluarkan kek. Sejukkan atas jaringan.
  5. Siapkan sekeping aluminium foil, dan letakkan kek tadi. Sapu dengan seri kaya atau butter cream dan gulung kemas dan ketat sedikit. Simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam, sebelum dipotong untuk hidangan....Selamat Mencuba!!!!

Tuesday, November 27, 2007

STRAWBERRY MUFFIN

Dah lama tak buat muffin, macam rindu pulak. Semalam mat ke satu kedai menjual bahan baking dan ternampak strawberry filling, jadi sambar leer satu bekas. Tapi masa buat pusingan ke dua, mat sambar lagi kiwi filling dan manggo filling...Tamakkan?..Apa boleh buat jenis "mata keranjang" nie payah sikit.

~: RUPA BAHAGIAN DALAM STRAWBERRY MUFFIN:~

Jadi bila bahan2 dah ada, buat apa kita nak lengah2 lagi baik cuba, test, try...dan hasil dia hmm sendiri tengok lah ye...Montok dan mengiurkan. Sempat lagi tu curah coklat berperisa strawberry, pun mat beli semalam juga....kata bonda mat sepatah, "kau tu kalau dah sebut2, mesti nak beli punya"....hahaha apa kata mak kita semua betul, dia yg mengeluarkan kita dulu kan....

Bahan-Bahannya:- (Mat buat 1/2 dari adunan dibawah, dapat 15 biji muffin)
170 g mentega
170 g gula halus (castor sugar)
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
160 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
Strawberry filling secukupnya (atau guna apa filling kegemaran)

Bahan Hiasan:-
100 g coklat berperisa strawberry, dicairkan secara double-boiler (tapi gunakan api paling perlahan dan biar mangkuk sederhana panas untuk mengelakkan coklat bertukar warna...Tips dari Ho Ah Lin @ Chef Nor Zailina Nordin...terima kasih!!)

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pasa suhu 175C. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan esen vanilla dan putar. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar tadi hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan adunan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh. Sudukan 1/2 camca teh strawberry filling dan sudukan sedikit lagi adunan untuk menutupi filling tadi. Isi hingga 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar selama 20 minit hingga kuning keemasan.
  4. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum dihias dengan coklat berperisa strawberry (jika suka).

~: RUPA MUFFIN YANG SIAP DIBAKAR :~

Saturday, November 24, 2007

MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE


Hari ini dengan rasminya, cream cheese dalam simpanan mat habis digunakan....fuhh!! legaaa...bukan apa masa sebelum hari raya hari tu, kat Giant depa jual cream cheese tu murah dari harga asal, itu lah sebab nya mat beli lebih. Jadi kali ni kalau nak buat benda2 ber"cream cheese" kena lah fikir banyak kali, disamping harga yang dah mahal dan kolestrol dia yang juga "mahal" itu. Hari ni mat buat Marble Chocolate Cheese Cake, dan resipi dari "Kak Liza".....oleh yang demikian, kita lihat calon2nya ialahhh........

Bahan A:-
180 g mentega
170 g gula halus (gula kastor)
3 biji telur grad A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
20 g serbuk koko*
120 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)

Bahan B:-
250 g cream cheese (pada suhu bilik)
60 g gula halus (gula kastor)
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur gred A

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Alas dasar tin dgn kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanilla dan gula. Putar hingga sebati. Masukkan telur dan putar sehingga gula hancur dan adunan berkrim.
  4. Tuang 1/2 bahagian adunan coklat, ratakan. Tuang kesemua adunan cream cheese dan ratakan. Tuang baki adunan coklat dan ratakan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dipotong...

Tuesday, November 20, 2007

JUN'S CHOCOLATE CAKE


Semalam sebelum mat masuk beradu lebih kurang jam 1.30 pagi, sempat juga pakcik melawat blog "pakar2" memasak kat alam maya nie...tersinggah blog Jun dan teruja sangat tengok kek coklat yang dia buat...memandangkan petang ni rasa bosan teramat sangat, nak gardening tapi hujan...lomah leerr...jadi apa lagi nak buat, dari duduk melopong eloklah pakcik cuba kek coklat Jun tu....Eh..sedap laaa, dah leer tu senang pulak, semua main putar dan lebur je....Jom try ramai2....Terima Kasih Junnnn.....lepas Jun apa?....Julai laaaa......hehehehe...

Bahan-Bahannya:-
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak jagung
200 ml susu sejat*
1 camca teh Nescafe*(*disatukan)
200 ml susu sejat
2 camca teh esen vanilla
1 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung gandum*
3/4 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh sodium bicarbonate*
1 1/2 camca teh baking powder*
3/4 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)

Bahan Hiasan:-
150 g coklat masakkan
130 g yogurt perisa blueberry (boleh guna apa2 perisa ikut suka)
Whipping cream*
Ceri bertangkai*(*kalau suka)

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin kek bulat berdiameter 9 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus memukul hingga kembang dan pekat. Tuang susu perlahan2 sambil terus memukul pada kelajaun sederhana hingga susu habis. Gaul rata. Masukkan tepung berselang seli dengan minyak masak hingga habis. Gaul rata.
  3. Masukkan esen vanilla dan diakhiri dengan air panas mendidih. Putar kesemuanya hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas tadi dan bakar 40 - 45 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan biarkan betul2 sejuk atas jaringan.
  4. Sementara itu, potong coklat masakan kecil2 dan masukkan dalam bekas tahan panas. Cairkan coklat secara double boiler. Masukkan yogurt dan gaul hingga sebati dengan coklat. Angkat dan tuang atas kek tadi. Ratakan dan biar coklat sejuk.
  5. Kalau suka bolehlah hidangkan kek tadi bersama whipping cream, ceri dan sedikit parutan coklat pada krim...selamat menjamu selera!!!

Friday, November 16, 2007

NON - BAKE CHEESE CAKE

Cheese kek yang dah lepas kena make-up.......

Yang siap dipotong dan siap sedia untuk disuap dalam mulut..yumm..yumm...

Cheese cake sebenarnya bukan lah kegemaran mat dan keluarga (cuma setakat boleh gitu2 je)..tapi oleh kerana mat tak tahan tengok gambar kek tu yg nampak menawan dan seksi sgt, jadi mat cuba lah buat...tapi bila kek ni nak habis tak tau lagi, tah2 seminggu....itu pun paling cepat!!!..Gambar potongan kek keju akan diletak kemudian..harap maklum!!

Bahan Dasar:-
150 g tepung gandum, diayak
100 g mentega
1 kuning telur
50 g gula aising
1 - 2 camca besar air ais

Bahan Inti:-
250 g cream cheese
90 g gula halus
1/4 cawan susu sejat
1/3 cawan jus buah pic (dari dalam tin pic yg dikalengkan)
100 g buah pic dalam tin, didadu kasar
12 g serbuk gelatin halal
100 ml air
1 camca teh esen vanilla

Bahan Hias:-
10 biji cari bertangkai (jika suka)
1/3 camca teh serbuk jelly
300 ml air
1 camca besar gula
Secukupnya "Croquant" (butiran bertih jagung kisar)
Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DASAR KEK:- Satukan tepung, gula dan mentega. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Masukkan kuning telur dan terus menggaul. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastic cling dan sejukkan 30 minit. Keluardan doh dan tekan doh dalam tin "spring form" berukuran 8 inci hingga memenuhi dasar tin. Cucuk2 dengan garfu dan bakar dalam oven pada suhu 195C, selama 15 minit. Keluar kan tin dari oven dan biarkan sejuk betul2.
  2. UNTUK INTI:- Satukan gelatin halal dan 100 ml air tadi dalam bekas tahan panas. Gaul hingga larut. Tenggekkan bekas tadi dalam air panas dan kacau bancuhan gelatin tadi hingga jernih dan suam. Ketepikan. Dalam mixing bowl, pukul cream cheese dan gula halus hingga kembang dan gula hancur, masukkan esen vanilla, susu sejat dan jus buah pic dari tin tadi, terus memukul hingga semua sebati. Perlahankan speed dan tuang gelatin suam tadi. Gaul hingga rata.
  3. UNTUL KEK KEJU:- Dalam tin yg berisi doh tadi, taburkan potongan buah pic, biar berselerak. Tuang adunan inti perlahan2 dan ratakan. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam. Sementara itu, untuk hiasan, panaskan air bersama gula dan serbuk jelly, kacau hingga gula hancur. Matikan api, tapis jelly cair tadi dan biarkan suam sedikit. Keluarkan kek dari peti sejuk, susun ceri bertangkai mengikut kreativiti masing2 dan sudukan sedikit demi sedikit jelly tadi hingga habis. Sejukkan kembali hingga jelly mengeras. Tanggalkan dari spring form pan (kalau rasa susah, larikan pisau yang dipanaskan atas api disekeliling kek). Tekup "croquant" di sekeliling tepi kek sebagai hiasan.
  4. PETUA:- Masa nak potong cheese cake ni, panaskan sedikit pisau atas api, baru diguna untuk memotong kek untuk mendapatkan hasil potongan yang licin dan cun....Selamat mencuba!!!

Wednesday, November 7, 2007

COCOPANDAN CAKE

Sebenarnya mat dah lama simpan resipi ni, cuma nak buat tu rasa malas....jadi semalam mat cuba lah buat...rasa dia sedap....macam rasa candy kelapa kawin dengan kek chiffon....macam mana pulak tu ek?..sendiri rasa baru tau lah ye....maklumlah tekak manusia ni kan lain2 citarasa....

Bahan A:-
1 cawan susu segar*
1/2 cawan kelapa kering*(*rendam 1 jam)
125 g mentega
1/2 cawan gula halus (gula kastor)
2 kuning telur (gunakan telur gred A)
1 3/4 cawan self raising flour (tepung berserbuk penaik), diayak
1 camca teh pandan paste

Bahan B:-
2 putih telur
1/2 camca teh cream of tartar
1/4 cawan gula halus

Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga gebu. Masukkan pandan paste dan terus memukul. Perlahankan speed dan masukkan tepung selang-seli dengan kelapa tadi hingga habis. Kacau rata.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dengn cream of tartar hingga kembang, masukkan gula dan terus memukul hingga putih telur bertanduk.
  3. Gaul putih telur ke dalam adunan kek secara kaup balik, gaul hingga rata. Tuang dalam acuan berukuran 14cm x 21cm. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160C, selama 55 minit hingga 1 jam...

Friday, November 2, 2007

KEK BUAH BERKEJU

Jom kita buat kek buah!!!....Bukan apa saja nak test guna tin kek baru. Biasa laaa benda baru mesti kita kena cuba. Oklah tak mau cakap banyak moh leerr kita mencuba yeaa...

Bahan-Bahannya:-
240 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
250 g cawan gula halus
250 g cawan mentega
230 g cream cheese
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1 1/2 camca teh esen vanilla
140 g tepung gandum*
300 g buah2an campuran (mix fruit)*
50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata)

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin berukuran ( 10 x 10 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan. Bakar 50 - 55 minit. Periksan dengan kaedah mencucuk lidi satu ke bahagian tengah kek dan jika keluar bersih, bermakna kek telah masak.
  5. Keluarkan kek dan sejukkan 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas jaringan. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong...

Saturday, October 27, 2007

TRIO MARBLE CAKE


Kek yang lembut, gebu dan boleh dipelbagaikan citarasanya, sebenarnya resipi kek marble trio ni dah lama ada kat MyResipi..cuma mat jarang buat, kali terkahir buat masa raya hari tu, tapi tak sempat nak tangkap gambar dan letak kat sini, jadi hari ni mat dgn ikhlas hati buat dan letak kat "dapur" peribadi mat nie....jom lah kita buat ramai2!!!!

Bahan-Bahannya:-
300 g mentega
280 g tepung halus (tempung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, gaul dan ayak)
5 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
250 g gula halus
1 camca besar Ovallate
30 g gliserin
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberry emulco
1 camca teh chocolate emulco

Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
  3. Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Dalam bekas berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci, (tapi dalam gambar mat guna acuan bulat berlubang tengah, acuan yang orang guna untuk buat kuih bingka). Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
  5. Hentak tin 2 - 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.

Thursday, October 18, 2007

MOIST CHOCOLATE CAKE


As'laikum...bertemu kembali...minta ampon dan maaf sejak2 raya ni sibuk memanjang dan badan pun rasa kurang sihat...bentan..agaknya..hehehe...Jadi untuk permulaan, hari nie mat saja2 buat kek coklat lembap resipi asal dari kak izan, tapi kat sini mat guna resipi yang telah diolah oleh Great Lydia....hehehe. Kek nie bukan je lembap, lembut dan gebu tapi rasa lemak dan tidak berapa manis, boleh lah cuba untuk jamuan rumah terbuka yeaa......

Bahan-Bahannya:-
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

Untuk Chocolate Ganache:-
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream
1 camca teh mentega

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

Saturday, October 6, 2007

KEK KUKUS

Kek Kukus...memang tak boleh dipisahkan dari masyarakat melayu..terutama menjelang hari raya, macam satu kemestian...jadi mat pun ada juga buat kek kukus untuk raya. Dulu2 bonda mat yang buat, sejak2 ni..anak dia pulak ambil alih. Untuk teknik langkah demi langkah boleh rujuk disini....

Bahan-Bahannya:-
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula aising (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut
Ceri merah/hijau untuk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Gaulkan buah2an campuran tadi bersama tepung yang diayak, kepingan badam dan juga parutan biji pala. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, krimkan mentega dan gula aising hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukuk hingga adunan kembang.
  3. Gunakan speed perlahan, masukkan bancuhan buah2an bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul hingga rata. Matikan mixer.
  4. Sementara itu, masak 150 g gula pasir tadi hingga bertukar menjadi karemal bewarna coklat keemasan. Kacau selalu untuk mengelakkan karemal berwap.
  5. Hidupkan kembali mixer, gunakan speed sederhana, dengan pantas tuang gula hangus tadi hingga habis. Gaul hingga rata. Berhati2 kerana gula hangus itu amat "PANAS"..
  6. Bila siap, tuang adunan ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Hias dengan ceri dan tutup permukaan tin kek tadi dengan aluminium foil dan ikat sekelilingnya dengan tali rafia.
  7. Kukus atas air mendidih selama 4 jam. Selepas satu jam, periksa air dalam kukusan, jika kurang tambah dengan air panas mendidih juga...selamat mencuba.....

Saturday, September 15, 2007

BANANA CARAMEL POUNDCAKE

Kek pisang yang sedap, tak berapa manis dan harumm...seakan2 macam kek gula hangus. Lagi sekali resipi inovatif dari yani..MR...

Bahan-Bahannya:-
120 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
90 g gula pasir
50 ml minyak jagung/masak
2 biji telur gred A
1 biji pisang embun/montel
30 g gula pasir + 1 camca besar air*
2 camca besar air*(*untuk karamel)

Cara membuatnya:-
  1. Lenser acuan pouncake berukuran (7 x 5 x 20) cm dgn mentega/marjerin, alas dasar dan tepi acuan dengan kertas dan lenser juga kertas dengan mentega/marjerin. Panaskan juga oven pada suhu 175C.
  2. Pisang dipotong kecil. Ketepikan. Masak 30 g gula dengan 1 camca besar air hingga bertukar menjadi karamel. Tuang 2 camca besar air dan kacau rata. Masukkan pisang tadi, gaul rata dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan telur, gula dan minyak ke dalam mangkuk tahan panas. Kacau hingga rata. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau cepat hingga gula hancur. Angkat dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau rata.
  4. Tuang pisang + karamel tadi dan gaul hingga rata. Curah dalam acuan dan bakar 30 - 35 minit hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong. Simpan semalaman untuk mendapat rasa yang "mengaummm"..