Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan

13 Okt 2011

Kek kukus pelangi



semalam cuti sbb jaga anak yang sakit demam so x da apa nak buat terajin la pulak dok try buat kek apam kukus pelangi ni.apa lagi yang demam terus makan kek ni....cuba try pasti sedap hik3 dah licin dah kek ni x sempat nak simpan untuk esoknya.

APAM PELANGI
Resepi

Bahan:- (akak buat - 1 loyang bulat 7 in dan 1 loyang 5 in x 5 in )

  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh ovellet
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus (akak kurangkan jadi 220 gm je)
  • 250 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • pewarna (akak guna warna trafik light..hehehe)

Caranya:

  1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
  4. Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
  5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis
  6. dan kukus 30 minit sehingga masak.
  7. (Akak skop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

26 Jan 2011

Dah lama x mendeko


Dah lama rasanya x mendeko windu lak rasanya sejak mendiet ni kau terus senyap dari dapur ku....rasa macam nak buat balik....



28 Jul 2010

Banana cakeku...





Bahan-bahan
150g pisang emas - dilecek - ida lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
180g tpg gandum- ida campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g) x da tepung mixcake pon jadi juga tapi x gebu lah macam mat gebu hehehe...jgn marah en.mat
180g gula halus - klu nk kek kaler keperangan gune gula perang + dengan gula putih cikit nati x manis kihkih...
3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate ( x bubuh pun x pa...)
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam


Cara-cara
campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.NOTE: ida blend pisang dan sedikit gula. baki gula, ovelet dan telur pukul hingga gebu. kemudian masukkan pisang blend td dan juga minyak. pehtu baru masukkan tepung+ b.powder + soda bicarbonat yang telah di ayak. pehtu bakar.... sonang jaa... jangan membazir pisang yang telah masak 2 hihihi...





13 Jul 2010

Marble cake warna-warni



bahan-bahan;
1.1cawan majrin
2.3 biji telor
3.1cawan gula
4.2 cawan tepung gandum
5.2 sdu kecil bking powder
2 sudu pewarna merah pink
2 sudu warna hijau
2 sudu esen vanila



cara-cara membuatnya:

pukul majrin dengan gula sehingga kembang dan masukan telor satu persatu kemudian masukan esen vanila,tepung and baking powder kemudian bahagikan 2 bahagian dan warnakan kesukaan anda...dan masukan dlm oven bakar sehingga 45 minit dlm 180c











9 Jul 2010

kek coklet tanpa susu,telor n butter




Bahan-bahan : loyang 9 inci
2 cawan tepung gandum + 2 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat (diayak sekali)
1/2 cawan serbuk koko atau campuran serbuk coklat
2 cawan gula icing
2 peket coffee mix (3 in 1) / coffee 2 in 1 pun boleh
2 1/2 cawan air panas
1/2 sk garam
160 ml minyak masak sayuran / minyak jagung
2 sk cuka
2 sk esen vanilla
Cara-cara :
Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee dan garam. Ratakan.
Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
Tuangkan minyak masak / minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan.
Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Suhu bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya.
Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim / ganache jika suka.
**Kek ini sgt moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2 hari.




6 Jul 2010

kek sarang lebah ku....






BAHAN-BAHANNYA :-)copy resepi dayang cuba lah sedap beb....
1 cawan gula pasir1 cawan air panas2 camca besar mentega (ida guna marjerin)1 cawan susu pekat manis1 cawan tepung gandum* (ida guna tepung naik sendiri)2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)4 biji telur1/2 camca teh esen vanillaCARA MEMBUATNYA :-)

Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.
Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...







5 Jul 2010

kek chiffon pandan




KEK CHIFFON PANDAN:


Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
150gm tepung kek
1 camca teh baking powder Bahan B
4 biji kuning telur saiz A
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus Bahan C
85ml corn oil, Rinn guna canola oil
115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air- hana cume air+pandan paste je dan tmbh santan sketBahan D
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar



Cara-cara
Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.Dapatkan 115ml jus pandan.Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). Masukkan canola oil dan teruskan memukul. Putar sehingga kembang. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar sehingga rata.
Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
Bahan D - Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resipi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.
Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi. Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.
Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih. Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik.
Sebelum keluarkan dr oven, cucuk dahulu kek agar benar2 masak. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.





1 Jul 2010

Kek sarang lebah my friend







BAHAN-BAHANNYA :-)


1 cawan gula pasir1 cawan air panas2 camca besar mentega 1 cawan susu pekat manis1 cawan tepung gandum* (guna tepung naik sendiri)2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)4 biji telur1/2 camca teh esen vanillaCARA MEMBUATNYA :-)


Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.
Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...






MySpaceLayouts

30 Jun 2010

Kek kukus buahan



Bahan-bahan :
-1lb mentega6 biji telor3/4 susu manis2 gelas omo gula pasir5 gelas tepung gandum }2 kotak mixfruit } digaul bersama-sama2 sdt baking powder }2sedikit vanillasedikit pewarna kuning
Cara penyediaan :-
Pukul telur dgn gula hingga kembang.Susu dan mentega dipukul hingga sebati.Baru masukkan dalam adunan telur.Pukul lagi hingga rata.Masukkan buah, tepung dan baking powder.Masukkan juga vanilla dan pewarna.Kukus selama 4 jam.



18 Jun 2010

Tiramisu cake








Kek Keju Tiramisu SimpleSumber: umi_e (myresepi.com)




Bahan-bahan:

Bahan-bahan:1 biji kek span kopi berukuran 8 inci - sy guna span coklatisian keju:250 gm keju krim Philadelphia120 gm gula castor150 gm yogurt perisa asli200 gm krim putar tenusu (Dairy Whipping Cream)20 gm gelatin halal80 ml airBahan sirap kopi disatukan:1 sudu makan kopi segera nescafe3 sudu besar gula1/4 cawan air panasHiasan:Serbuk kokoCara2:
Belah kek span kopi kepada dua lapisan.Potong bahagian atasnya (takut krim x melekat).Ketepikan- sy telangkupkan je sbb sayang nk potong.
Krim putar hendaklah di disejukkan dan dipukul hingga kembang.Simpan dahulu dalam peti sejuk.
Krim keju dipotong kecil-kecil.Masukan gula dan pukul hingga kembang dan pekat (5 minit) masukkan yogurt dan krim putar yg disejukan tadi dan pukul hingga sebati
Gelatin dan air dicampurkan dan panaskan atas api kecil atau dlm microwave hingga cair dan jernih dan sejukkan hingga jadi suam2 sedikit .
Campurkan gelatin cair kedalam adunan keju bersama krim putar tadi.Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk selama 1 minit agar ia pekat sedikit tapi jgn sampai beku.
Ambil selapis kek span dan letakkan kedalam tin bulat 8 inci yg bolih ditanggalkan bawahnya.Renjiskan sirap kopi supaya ia lembap.Kemudian tuangkan 1/2 dari adunan krim keju atas kek ini.Ratakan krim ditepi kek.
Letakan lapisan kedua dan renjiskan sirap kopi atas lapisan ini.Tuangkan lebihan krim keju atas kek dan menutupi bahagian tepi kek.Hentakkan 2 hingga 3 kali atas meja agar krim keju sampai kebawah.Taburkan serbuk koko diatasnya dgn menggunakan penapis kopi.(sy taburkan selepas disejukkan dan semasa nak menghidang.
Sejukkan kek dalam peti dingin beku selama 5 jam hingga keras. (sy sejukkan pd bahagian bwh je)

Kek Marble pandan




bahan-bahan:
4 biji telur100gm gula pasir1 camb ovalette25ml pati santan atau susu segar50gm minyak jagung100gm tepung gandum1/2 camt garam1/2 camt baking powder1 camt pandan paste1 camt pandan emulco1 camt cokelat emulcocara:1. griskan tin kek dan lapikkan dengan kertas minyak. ketepikan2. ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder. ketepikan3. pukul gula dan ovalette di dalam mangkuk adunan sehingga rata4. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi dengan kelajuan yang maksimum sehingga kembang dan pekat5. perlahankan kelajuan mixer pada tahap minimum dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata6. masukkan minyak jagung dan pati santan/susu segar, gaulkan sehingga sebati7. bahagikan adunan kepada dua bahagian8. satu bahagian dicampurkan dengan pandan paste dan emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan9. satu bahagian lagi dicampurkan dengan cokelat emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan10. masukkan kedua2 adunan berselang seli ke dalam tin kek11. kemudian ambil chopstick buatkan beberapa pusingan12. bakar pada suhu 180C selama 30min atau sehingga masak13. setelah masak tutupkan switch oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min14. keluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Cara buat kek (copy kat blog kawan)

Cuba belajar mcm ne buat toping kek


Bahan-bahan ( loyang 9" )
2 cwn gula (kisar)2 cwn tepung (ayak)3 biji telur grade A1 cwn koko powder1 cwn susu cair1 cwn minyak(sy gune butter cair)1 cwn air panas didih1 tsp soda bikarbonat1 tsp baking powder1 tsp esen vanila
**utk ganache**
2 cwn whipping cream500g cooking chocolate1/8 cwn golden syrup
##utk whipped cream1 cwn non dairy whipping cream
Cara-cara1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik5. last skali masukkan air panas..kacau sebati6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam


7. **utk ganache**8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati10. tambahkan golden syrup11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...