Poyo!
Ok silap, ini adalah entry terakhir saya sebelum saya menjadi nomad ke rumah bapak mertua dan tidak dapat berblog atau berfesbuk sehinggalah Ahad malam bersamaan 25 Oktober 2009.
Semalam adalah malam pertama (Malam pertama?) (Sila baca ayat sehingga hujung) sejak kahwin tidur bersendirian hanya ditemani Wanmot. Siapakah Wanmot?
Actually, minggu ni minggu di rumah bapak mertua. Maka, saya pun tidur di rumah mama sebab kereta saya di rumah mama untuk di drive ke Parcel E Putrajaya yang menjadi punca jam di bulatan Kompleks Kerajaan ini. Last saya drive adalah semasa honeymoon di Sabah yang mana Joe kata saya pemandu merbahaya (ey, saya drive berhemah tau, sentiasa signal walaupun takde kereta). Maka pagi ini sedikit menggigil nak drive seperti hamster yang menggigil kesejukan sebab lama tak drive. Lagi2 nak drive into the heart of KL.
And hari ni suami telah membuat saya berjanji agar tidak memandu secara berbahaya. Maka bila meter nak jejak 100km/j, (A’ela, 100km/j ko kate laju??) saya slow down sikit ke 90km/j. Sudah lupe keseronokan drive sambil boleh dengar radio Mix.fm. (suami hensem suka dengar radio sinar ;)
Kerja...
Hati saya turut susah hati bila rakan seperjuangan dirundung masalah. Kadang2 saya musykil bila penempatan PTD dilaksanakan, kenapa yang hebat2 diletakkan di central agency. Yer, saya tau, sebab nak menggubal dasar dan berhubung dengan Menteri atau orang luar negara kenalah golongan yang sentiasa membaca buku seperti Executive Thinking atau One-Minute Manager atau mereka yang membaca Times atau Newsweek sebagai light reading sebelum tidur. (sila kira berapa kali word 'atau')
Bekerja kerajaan ni ada banyak kategori cabaran depends kepada client. Yang saya rasa lebih mencabar iman ialah yang melibatkan client orang luar. Iaitu syarikat2 yang nak kontrak dengan kerajaan seperti Bahagian Perolehan di setiap Kementerian. Selain perlu iman yang tebal setebal-tebalnya kerana banyak syarikat2 yang menawarkan macam2 untuk mendapatkan info, pegawai juga perlu memastikan subordinates nya tidak termakan dengan tawaran2 lumayan tersebut.
Penempatan staf sokongan di tempat2 mencabar iman ini juga perlu diselidik status kewangannya terlebih dahulu. Keadaan kewangan yang mendesak, sedikit sebanyak menyenangkan kerja syaiton sesenang membawa basikal 4 roda untuk menggoda mereka ini membuat kerja2 terlarang. Lalu berlakulah aktiviti seperti membuat SST palsu dengan meniru tandatangan pegawai. Dan sekiranya ternyata staf sokongan tersebut disabit kesalahan, pegawai atasan secara langsung boleh dikenakan surcharge di bawah AP59 atas kesalahan cuai.
Baru2 ini, saya telah didatangi penguasa S*RM. Oh tidak, saya tak buat salah. Saya hanya staf yang ingin diminta informasi seperti kaunter pertanyaan. Bos pulak takde. Saya siap nak fotostat kad penguasa tersebut sebab kalau2 penguasa S*RM menyamar dengan kad palsu, pastu pakcik penguasa tu gelak (chis, ko gelakkan aku eh!). Seram sejuk disoalsiasat (cheh) selama sejam. Berpeluh2 walaupun bilik ada aircond. Kali pertama berjumpa pegawai S*RM ialah bersama bos, masa tu tak cuak sangat. Tapi kali ni sorang2, mana tak basah ketiak macam Siti Nurhaliza walaupun dah pakai deodorant Rexona (Deodorant tu tipu!). S*RM memang suka datang ke bahagian saya. Seolah2 macam pejabat kedua mereka.
Dalam hal membuat kerja haram nak dapat untung atas angin ini, di manakah maruah kita sebagai orang Islam mendapatkan sumber pendapatan secara haram dan kemudian diberi kepada anak bini. Maka, janganla buat2 terkejut pulak dengan menangis air mata darah menyalahkan Allah kenapa dikurniakan anak jadi mat rempit, penagih dadah, perompak, minum arak, seks bebas dan macam2 lagi. Nauzubillahhiminzalik....
Saya tahu, golongan keji ini mana lar baca blog kan. Yang mereka buat setiap hari ialah macam mana nak menipu supaya tidak dikesan atau kat mana nak simpan duit supaya bank statement tak nampak ade lambakan wang haram. Tapi kalau yang terbace, insaflar wahai manusia. Kuatkan iman. Kalau ada syarikat yang menggoda dan terus menggoda, minta la tukar keluar atas alasan, tidak tahan dengan godaan syarikat yang menghantar perempuan cantik mirip Megan Fox yang menjadi gilaan lelaki gila sekarang ni. Heh
Kita dibayar gaji setimpal dengan tugas yang kita beri. Jadi kadang2 saya tak buat claim yang ciput2 berharga kurang RM100/bulan. (Bodoh siut ko tak claim!) Bodoh ke saya sebab tak claim? Saya anggap itu sebagai mengganti balik waktu yang saya guna seperti semasa saya check personal email or time2 boring n stress, saya ter’window online shopping tengok baju2, beg tangan, kasut cantik hanya untuk diadmire tapi tak boleh beli sebab mahal atau menggunakan kertas double A 80gm kerajaan untuk print surat resume adik. Ingatlar kawan2, itu semua milik kerajaan.
Papa dulu, even nak suruh dia tolong tebuk lubang binding comb folio Geografi pun dia tak nak buat. (Mase tu tebuk lubang di kedai mahal. Dua ringgit lima posen beserta binding comb. Duit belanje plak cuma lima ringgit/minggu (>_<)
Segala apa yang kita makan itu akan jadi darah daging kita. Sekian, kuliah maghrib untuk hari ini. Suami telah datang untuk menjemput saya pulang.