Assalamualaikum semua. Sekarang ni bermacam jenis game show yang hangat ditayangkan di kaca Tv dan juga FB misalnya dalam program Master Chef yang menyediakan permainan " APA KATA MEREKA" yang mewajibkan peserta menghantar sarikata lawak berdasarkan gambar yang disediakan.
Itu Master Chef, satu lagi game show yang tengah rating tinggi sekarang ialah di Channel astro 104, dan juga ONLINE yang tidak asing lagi iaitu "MONEY DROP MALAYSIA". Mesti korang dah tahu betul tak?.
Nak tahu apa itu PERMAINAN PLAY ALONG “LIVE GAME”. Permainan RM1,000,000 Money Drop Play Along adalah satu permainan yang menyeronokkan bagi anda yang berada di rumah untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada persembahan LIVE di kaca TV.
Bersaing dengan peserta di kaca TV dan jawab setiap soalan yang diberikan kepada mereka pada masa yang sama!
Permainan RM1,000,000 Money Drop Play Along hanya boleh dimainkan secara online ketika rancangan Money Drop sedang bersiaran di Astro Ria, Saluran 104, bermula 3 Disember 2011, setiap Sabtu dan Ahad pada jam 10 malam.
Untuk memenangi hadiah mingguan, anda perlulah bermain game Play Along ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Ranking terbaik untuk kedua-dua hari akan ditambah sekaligus menentukan pemenang bagi setiap minggu. Para pemenang akan dihubungi melalui email atau melalui telefon.
Disebabkan dengan itu saya pon terjebak sekali dalam permainan ini. hihihii.
Apa lagi jomlah kita try sama-sama hihihi....