.....

  1. DOWNLOAD RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN & MODUL PJ, PK , MATEMATIK KSSR TAHUN 4 2015 MELALUI SCRIBD
  2. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PJ & PK & MATEMATIK DAN MODUL DI SLIDE SHARE TAHUN 2015
  3. RPT KSSR PJ Tahun 4 2014
  4. RPT KSSR PJ/PK tahun 1, 2 , 3, 4 |2014| - ON SCRIBD
  5. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 3 2014
  6. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 3 2014
  7. RPT KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014
  8. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 1 2014
  9. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 1 2014
  10. RPT PENDIDIKAN KESIHATAN (kssr)TAHUN 2 2014
  11. RPT PENDIDIKAN JASMANI (kssr)TAHUN 2 2014
  12. LANGIT TAK SELALU CERAH
  13. PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 2013
  14. VIDEO METEORIT TERHEMPAS DI RUSSIA
  15. Siapakah CHEGU FATIN ni ?
  16. KEBAKARAN DI TAMAN PERUMAHAN AWAM TANAH MERAH,JITRA
  17. Maharaja Lawak Mega 2012
  18. GAMBAR & VIDEO | PALESTIN DISERANG ISRAEL
  19. KONFLIK PALESTINE DAN ISRAEL
  20. Gambar & Video Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam (peringgatan Allah)
  21. HARI ANUGERAH CEMERLANG SKBBSB 2012 - Permata Gemilang
  22. APABILA FAHAMAN SYIAH MENGUASAI DIRI !!!
  23. From Liyana Adnan: Saya Minta Maaf |untung laa sape jadi cikgu.. |
  24. Semangat Merdeka dari murid-muridku
  25. Seni Rambut || water balloon hair
  26. Maklum balas || Khas untuk Liyana Adnan : " Untung laa sape jadi cikgu " |
  27. Bapak Segala Meriam ONLY in Kuala Kangsar
  28. "Kerja aku gosok gigi badak "
  29. TIPS DIET IKUT DARAH
  30. Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia
  31. Nasyid Dangdut
  32. Aku Rindu PadaMU Ya Rasulullah
  33. VIDEO||Mr Bean (Rowan Atkinson) Opening Ceremony - London 2012
  34. Bangladesh can't help Rohingya: PM Sheikh Hasina
  35. Promo Twilight Raya 2012
  36. BONUS HARI RAYA
  37. wordless:tepi kain
  38. Happy Born Day MY Fren
  39. Salam Ya Ramadhan
  40. Kenali Hackers
  41. Mata Pelajaran PJ dipinggirkan
  42. KEDUDUKAN SEMASA EURO 2012
  43. Roti Meriam Sempena EURO 2012
  44. Jadual Perlawanan EURO 2012"
  45. Tsunami Lagi Dekat Penang !!!"
  46. Penyokong B.E.R.S.I.H kena sound wei !!!"
  47. 6 Gempa Bumi DIcatatkan Hari ini"
  48. KERJAYA GURU : Lisa Surihani akui kerjaya guru lebih mencabar"
  49. Gelaran Doktor pada DR. Rozmey di Tarik Balik"
  50. Pertembungan 2 Alam"
  51. SAFEE SALI MENUNAIKAN IMPIAN "BUDAK BADAN BESAR"
  52. MY Convocation DAY
  53. Hari Terakhirku - Original BY AlangKhoma
  54. Gambar : Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sebelum)
  55. Roadblock Malaysia Vs Roadblock Luar Negara
  56. Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan
  57. Chipita sudah sampai Kedah
  58. WORDLESS 19:"HARI"
  59. Sayangnya binatang ini kepada tuannya...
  60. Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?
  61. Video : Kesian tapi lucu ! Marah sampai tercabut gigi
  62. Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali
  63. Dulu Kelantan Sekarang Selangor
  64. Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan 2
  65. Video ceramah di Masjid Shah Alam
  66. Renungan Bersama : Soal jwb Ustaz Azhar Idrus malam ni: 26 soalan kesemuanya.29.01.2012
  67. Renungan Bersama : Realiti Seorang Guru Di mata Masyarakat sekarang
  68. Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam
  69. Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  70. Kenapa kita tak pandang meninggalkan SOLAT sebagai satu jenayah ???
  71. Perkhidmatan pemasangan UNIFI
  72. Benda pelik ???
  73. Anwar Vs Najib berdebat
  74. Simbah kakak dengan air panas
  75. Bayi mati tercampak
  76. Malaysia Layak ke final
  77. Adakah pengadil perlu dipersalahkan ???
  78. Lelaki peluk manyat teman wanita
  79. TIPS : MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-
  80. Makan FB,tido FB
  81. Rintihan Sayu Fifi
  82. Kepala berkecai kena mercun
  83. Polis Siasat Pelajar IPT jual Baucar
  84. Aku Perlukan Boyfriend
  85. Gempa kuat landa selatan Pulau Fiji
  86. 15 nelayan Filipina maut ditembak
  87. Baucer Buku RM200 1Malaysia. Wajarkah Dijual Semula Sesuka Hati?
  88. Keadaan rumah pemilik FERRARI
  89. Eskelator penduduk setinggan !!!
  90. Video:Maradona vs pele
  91. Video:Lelaki Kena Belasah Sebab Tak Mahu Berasmara
  92. Baucer Buku Di Jual di MUDAH.my
  93. Adik pemain badmiton negara ditikam
  94. Tonton Tv Online
  95. Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
  96. Gelombang Ombak Rindu
  97. Pasukan Senior Swit.- Nurul A’in Wahida Abu Bakar | EX-IPG KKB
  98. wordless # 18 - Alhamdulillah
  99. Atlet pecut Perancis yang bakal menggegar dunia Olahraga - CHRISTOPHE LEMAITRE
  100. |video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg
  101. Video kematian Izwan Pilus di hospital
  102. Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru
  103. Hari Pertama Aku Di SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
  104. KISAH MALAM PERTAMA !
  105. Gambar Isteri Di Ranjang Bersama Lelaki Lain Punca Penceraian Hattan?
  106. Lagi Kes Dekat China, Perempuan kena Tikam Depan Orang Ramai
  107. Persediaan perkara-perkara penting sebelum posting/lapor diri
  108. Info Kesihatan : Hilangkan Tekanan Dengan Sperma untuk Wanita?
  109. Apabila Kanggaroo Masuk Pekan |Video|
  110. Baru 4 Tahun Dah Berasmara di Tempat Terbuka ... Dunia ! Dunia
  111. Gambar Ustaz Azhar Disamakan Dengan Yahudi!
  112. Video:Perempuan kena belasah dalam bilik
  113. "KEMALUAN" lelaki putus
Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Saturday, August 25, 2012

0
Komen
Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia



WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.

Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia. beliau Beliau terkenal dengan saat-saat selepas mejadi orang pertama  yang memijak di permukaan bulan : ' itu lagkah kecil bagi manusia, dan satu lonjakan gergasi untuk manusia.'

Scroll ke bawah untuk melihat video orang Amerika yang pertama ke bulan.
One giant leap: Neil Armstrong, who made the first mission to the moon in 1969 and was the first to step foot on the lunar surface, has died, aged 82

Legacy: A footprint left by one of the astronauts of the Apollo 11 mission shows in the soft, powder surface of the moon

Touchdown: Apollo 11 astronaut Neil Armstrong leaves a footprint on the surface of the Moon at Tranquility Base on July 20, 1969

Lunar landing: Astronauts Neil Armstrong, left, and Buzz Aldrin, right, place an American flag on the lunar surface as taken from the Eagle Lunar Module

Tuning in: A shadow-shrouded Neil Armstrong begins to deploy equipment a few minutes after taking the first momentous and historic step; half a billion tuned in to watch the moment

 Video Neil Amtrong landing on the moon




Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia -

Thursday, February 2, 2012

4
Komen
Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ?

Salam...
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. 

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. Adakah ibu bapa mengabaikan tanggungjawab ini kepada anak-anak? 

Saya ingin bertanya kepada anda semua perlukan orang lain tahu aib keluarga kita terutama sekali ibu bapa kita? Apa perasaan anda jika orang lain yang mandikan jenazah ahli keluarga kita? Bagimana pula anda yang memandikan jenazah ibu bapa anda? bagimana boleh anda bayangkan. Sebab itulah kita sebagai anak perlu ambil tahu bagaimana hendak mengurus jenazah ibu bapa kita nanti dikala mereka mengahadap yang Maha ESA.

Disini saya inghin berkongsi sedikit mengenai cara pengurusan jenazah untuk panduan anda dan juga saya.

Apabila sah matinya
  1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan : Hendaklah kita ucapkan :

  1. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
  2. Rapatkan kedua belah matanya.
  3. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
  4. Rapatkan mulutnya.
  5. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
  6. Luruskan kakinya.
  7. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. 
  8. Letakkan di tempat yang tinggi.
  9. Hadapkan ke Qiblat.


Mengurus Jenazah


Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.

Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
  1. Memandikannya.
  2. Mengkafankan jenazah.
  3. Solat ke atas jenazah.
  4. Mengebumikannya.
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

  1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
  2. Urusan di Balai Polis bagi melaporkan kematian.
    Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
  3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
  4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.  (lebih afdal dari kalangan keluarga terutamanya anak simati)
  5. Urusan menggali kubur.
  6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.  (lebih afdal dari kalangan keluarga terutamanya anak simati)
  7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
  8. Ucapan takziah.

Akan besambung...Untuk bahagian ke 2

 Jom hayati video ini.


Jangan lupa share.
Bahagian 1 : Siapakah nak uruskan Jenazah Ibu Bapa Kita wahai anak-anak ? -

Wednesday, January 25, 2012

2
Komen
Bayi Mati Tercampak dari van


Salam...
Inalillahiwainailaihirajiun... Sedih selepas membaca surat khabar  mengenai kemalangan yang menyebabkan kematian keterengan lanjut baca bawa ini.



SEREMBAN: “Sejurus van itu terbalik, semua ahli keluarga termasuk saya menyahut apabila nama kami dipanggil kecuali arwah yang kemudian disedari sudah tidak bernyawa lagi,” kata mangsa yang juga saksi kejadian kemalangan, Suhana Sofia Omar, 27. 
Ketika kejadian jam 6.45 pagi, semalam mereka dalam perjalanan ke Johor Bahru selepas di Langkawi. 
Sebaik tiba di Kilometer 254.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, Senawang, tiba-tiba van yang dinaiki terbabas menyebabkan seorang kanak-kanak, Danish Abdul Latif, 6, tercampak keluar sebelum dihempap van itu.
Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Kemalangan itu turut menyebabkan ibu mangsa, Zurina Omar, 36, yang mengandung dan bapanya, Abdul Latif Abdul Rahim, 38, enam ahli keluarga lain termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia setahun dan 10 tahun tercedera. Suhana berkata, mereka sekeluarga bercuti di Langkawi selama beberapa hari terlebih dulu pergi ke Pulang Pinang. 
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya nyenyak tidur terkejut apabila mendapati van dinaiki berpusing dan terbalik. Saya kemudian berasa pelik apabila arwah tidak menyahut,” katanya. 
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.


P/s:  
Berhati-hatilah Di jalan raya ingatlah orang yang tersayang.

Bayi Mati Tercampak dari van -

4
Komen
Lelaki peluk mayat teman wanita terjatuh bangunan lebih sejam

Salam...
"Cinta sampai Mati"  Itulah ayat yang sesuai diberikan kepada seorang lelaki yang memeluk teman wanitanya sudah mati akibat terjatuh dari tingkat 17. Untuk keterangan lanjut baca bawah ini.

GEORGETOWN: Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara, Batu Uban, awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata, kira-kira jam 1.15 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat dua mayat yang dipercayai terjatuh dari bangunan flat berkenaan. 


"Namun bila polis tiba di sana, hanya ada satu mayat wanita yang sedang dipeluk erat seorang lelaki berusia 20-an sambil terbaring di sebelah mayat itu dan dia dipercayai teman lelaki si mati," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. 
Katanya, polis terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk lelaki itu melepaskan mayat teman wanitanya itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim ketika dihubungi berkata, mayat wanita berumur 22 tahun itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

P/s: Jagalah teman wanita sebaik mungkin kerana wanita kalu dah sayang macam-macam boleh jadi tau.
Lelaki peluk mayat teman wanita terjatuh bangunan lebih sejam -

Tuesday, January 24, 2012

0
Komen
Kepala berkecai dihentam bunga api


Salam...
Malang tidak berbau, berikutan sebuah keluarha terpaksa menanggung kepahitan di Tahun Baru Cina apabila seorang lelaki baru 1 bulan bergelar isteri terbunuh disebabkan mercun/bungan api. Pada Tahun Baru Cina sepatutnya disambut dengan kegembiraan tetapi ini kesudahannya bagi keluarga ini. Sama-sama kita bersimpati atas kemalangan yang berlaku kepada keluarga si mangsa.



AHLI keluarga Shaow Yong (terbaring) duduk di sisi mayatnya di Taman Seputeh, Luyang, Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU: Kegembiraan meraikan Tahun Baru Cina pertama sebagai suami bertukar tragedi bagi apabila terbunuh selepas kepalanya hancur akibat letupan mercun terkena mukanya di Taman Seputeh, Luyang di sini, tengah malam kelmarin. 
By Shaow Yong, 26, yang berkahwin bulan lalu, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka ketika membakar mercun di luar rumah keluarganya itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam. 
Sebelum kejadian itu, mangsa yang bekerja sendiri dikatakan menikmati makan malam tradisi bersama isteri dan ahli keluarga lain bagi meraikan kedatangan Tahun Baru Cina. 
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata Shaow Yong kemudian keluar membakar mercun seorang diri di luar rumah. 
“Apabila mercun yang dibakarnya tidak memberi tindak balas, mangsa dipercayai memeriksa dari dekat. Bagaimanapun, mercun itu tiba-tiba meletup tepat ke mukanya. 
“Keluarga mangsa yang terkejut mendengar bunyi kuat bergegas keluar rumah dan menemui Shaow Yong dalam keadaan tidak bernyawa dengan separuh daripada kepalanya hancur,” katanya ketika ditemui semalam.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat. 
Ahmad Sofi menegaskan, pemilikan mercun dan bunga api adalah menyalahi undang-undang mengikut Akta Bahan Letupan 1957. 
Dalam kejadian berasingan di Sitiawan, Perak, juga tengah malam kelmarin, tiga lelaki parah apabila sekotak mercun yang diletakkan di jalan baru berturap tiba-tiba meletup ketika mereka menyambut detik 12 tengah malam sambutan Tahun Baru Cina di hadapan sebuah Tokong Cina di Jalan Pantai. 
Kejadian itu juga mengakibatkan seorang mangsa, Sim Kit Chong, 34, cedera serius di kepala dan terpaksa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan mercun pada muka serta kepalanya.
Seorang lagi mangsa iaitu bendahari tokong berkenaan, Goh Meng San, 65, yang cedera di muka, tangan kanan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, manakala mangsa ketiga berusia 30-an yang tidak dikenali dan hanya cedera di kaki dan menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.  
Sumber polis berkata, kawasan tokong itu menjadi antara lokasi utama bagi masyarakat Cina sekitar bandar berkenaan bersembahyang dan bermain mercun ketika menjelang malam Tahun Baru Cina.
Difahamkan, kira-kira sejam sebelum kejadian itu, mercun yang diletakkan dalam kotak meletup secara tiba-tiba dipercayai akibat keadaan tar jalan yang panas.  
Kejadian itu bagaimanapun tidak menakutkan orang ramai yang berada di tempat kejadian sehinggalah longgokan mercun dalam kuantiti besar meletup sejam kemudian sehingga terkena beberapa mangsa. 
Orang ramai yang panik melihat letupan itu bertempiaran lari menyelamatkan diri. 

Timbalan Ketua Polis Manjung, Deputi Superintendan Shaharuddin Abdullah, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi sehingga petang semalam belum menerima laporan daripada mangsa. 

P/s: Janganlah main mercun sebabnya mercun tak kenal tuan dia sape. Okey !!! selamat beramal. 
Kepala berkecai dihentam bunga api -

Friday, January 20, 2012

2
Komen
|video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg




Marcel L, 35 tahun yang cuba untuk membunuh bekas teman wanitanya, Claire, 22 tahun ditempat awam dengan tikaman pisau dileher sebanyak 70 kali. Kejadian ini berlaku di Rotterdam pada tahun lepas. Kes ini dihadapkan ke mahkamah berserta video untuk bahan bukti.

Claire meninggalkan bilik setelah video itu ditunjukkan pada orang ramai dimahkamah. Marcel L berkali-kali memandang pada skrin video bagaimana dia menikam bekas teman wanitanya dalam beberapa minit.

Pada mulanya Marcel L bertindak perlahan, tetapi selepas beliau ditendang orang ramai, lebih pantas tikaman beliau kepada mangsa. Apa yang berlaku ini sangat ajaib bagi Claire kerana beliau masih hidup. Tetapi beliau hidup menderita dengan luka tikaman itu.



Jangan lupa Click share ye....terima kasih

info: karingeri
|video| wanita kena tikam 70 kali tak mati x18sg -

10
Komen
Video kematian Izwan Pilus di hospital






Kematian Izwan Pilus mendapat perhatian dari semua peminat di Malaysia. Berita kematian beliau mengejutkan semua pihak. Kematian beliau merupakan kehilangan yang besar dalam dunia hiburan tanah air. Kematian beliau disebabkan oleh jangkitan kuman dalam paru-paru. Allah lebih menyayangi beliau dan kita sebagai saudara Islam sama-samalah kita berdoa agar rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


Baca lagi di bawah
Jangan lupa Click share ye....terima kasih
Video kematian Izwan Pilus di hospital -

3
Komen
Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru


Penyanyi Izwan Pilus, 33 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.15 petang semalam di Hospital Ampang. Maklumat tersebut disahkan oleh adiknya Aril sebentar tadi menerusi Twitter. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah (sepsis) yang serius.

Izwan dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira jam 12.30 malam kelmarin selepas mengalami demam kuning.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan ibu-bapanya, Normah Abdullah (ibu), Pilus Mohd Jani (ayah), Aril, Khirul Aida (kakak), Nurul Nabilah (adik bongsu) serta saudara maranya serta beberapa rakan baik.

Penyanyi itu lahir pada 24 November 1979. Jenazah, dibawa pulang ke Melaka malam tadi dan akan dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin Melaka, jam 10 pagi ini.

Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak penghujung November tahun lalu selepas mengalami masalah deman berpanjangan dan pihak hospital mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam darah.

Izwan anak kedua daripada empat beradik juga abang kepada penyanyi Aril bintang AF7,  bagaimanapun didapati sihat selepas dibenarkan keluar hospital sebelum keadaan kesihatannya kembali terjejas sejak 2 minggu lalu.

Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari lalu antara lain berbunyi:



Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Jangan lupa Click share ye....terima kasih

Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru Paru -

Wednesday, November 23, 2011

6
Komen
Al-fatihah - Korban Banjir


SAYU...Buliami  (kanan)  tidak dapat menahan kesedihan selepas dua anak saudaranya 
lemas di sebuah tali air, semalam.

Berikutan dengan keadaan banjir di Kelantan pada peringkat permula, namun telah mengakibatkan tiga oranga menjadi mangsa banjir. 2 daripada mangsa tersebut merupakan mangsa bajir tersebut merupakan anak saudara sahabat aku Mohd Buliami B Dollah seangkatan dengan aku di kelas. Semalam merupakan hari terakhir berada IPGKKB dan baru menyambut kegembiran bersama semperna tamat pengajian 5 tahun setengah namun disulami pula kejadian yang amat menyedihkan ini. semoga sahabatku Ben tabah menghadapi dugaan. Wahai sahabat blogger dan siapa-siapa yang terbaca artikel/entry sedekahlah Al-fatihah kepada arwah dan catakan sedikit ucapan takziah kepada sahabat saya ini... amin.

Berita penuh: Hmetro

BACHOK: Banjir di negeri ini meragut nyawa dua beradik berusia 10 dan 14 tahun semalam, manakala seorang pelajar tingkatan tiga dikhuatiri menjadi korban ketiga dalam dua kejadian lemas berasingan.
Dalam kejadian di Kampung Tualang Salak, Jelawat, dekat sini, jam 2 petang, Ahmad Fathi Asyraf Roslan, 14, dan adiknya, Mohd Arif Hukmi, 10, lemas ketika mandi dalam tali air.
Sebelum kejadian jam 2 petang itu, dua beradik berkenaan dikatakan keluar dari rumah menuju kawasan tali air untuk bermain banjir bersama sepupu mereka, Azhar Fakri, 13, yang terselamat.
Bapa mangsa, Roslan Abd Ghani, 46, berkata, dia tidak tahu anaknya itu keluar rumah dan mandi di tali air berkenaan.
Katanya, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung sebelum bergegas ke tempat kejadian.“Seingat saya, selepas solat Zuhur, dua anak saya itu sudah tiada di rumah sehingga saya diberitahu mereka lemas,” katanya sebak.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian. Menurutnya, operasi mencari mangsa dilakukan dengan kekuatan 10 anggota termasuk lima anggota Unit Skuba.
“Hasil usaha mencari, kami menemui mayat mangsa pertama, Ahmad Fathi pada jam 4.32 petang diikuti mayat adiknya, lima minit kemudian. “Mereka ditemui pada kedalaman dua meter dari permukaan air,” katanya
 Menurutnya, kedua-dua mayat mangsa ditemui 90 meter dari tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk dibedah siasat.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, Raihan Haslan, 15, dihanyutkan air ketika mandi tali air di Lemal, di Pasir Mas kira-kira jam 6 petang semalam dan masih belum ditemui sehingga jam 8 malam tadi. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan menyelamatkan Mohd Ali Zulkarnain Mohd Shafri, 14, sebelum tenggelam dan dihanyutkan arus.
Ibu saudara Raihan, Haslina Hassan, 42, berkata, dia pasrah mengenangkan tragedi menimpa anak saudaranya itu dan berdoa semoga jasadnya segera ditemui.
“Kali terakhir menemuinya di rumah ketika Aidiladha lalu. Tiada sebarang perubahan pada dirinya kerana dia hanya bersikap seperti biasa. Tak sangka pula berlaku tragedi ini,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.30 petang sebelum terpaksa menghentikan operasi mencari dan menyelamat jam 7 malam berikutan keadaan gelap.

Keadaan air sungai di kelantan sehingga pukul 3.00 petang hari ini

Tambatan Diraja (24.11.2011)


Al-fatihah - Korban Banjir -

Thursday, October 20, 2011

4
Komen
Muammar Gaddafi Mati Dibunuh




Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi. 
A grainy image that purports to show the bloodied face of Muammar Gaddafi. (Getty)

Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu. 
“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya....Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.

Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte.


Gambar Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi terbunuh
[Image: khadafi%20tewas.jpg]


Bagaimanapun, pihak berkuasa NATO yang enggan namanya didedahkan berikutan syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pasukan keselamatan bersekutu, berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Gaddafi terbunuh atau ditangkap. Semua pihak mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan kematian Gaddafi apabila laporan yang diterbitkan sebelum ini (merujuk kepada kematian ahli keluarga Gaddafi atau penangkapannya) disahkan tidak tepat. Sementara itu, satu daripada kumpulan Majlis Ketenteraan Misrata, berkata pejuang mereka berjaya menangkap Gaddafi. 

Manakala, Komander bagi kumpulan lain dalam Majlis Ketenteraan Misrata pula, Abdel-Basit Haroun, berkata Gaddafi terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan ke atas konvoi yang sedang melarikan diri. sumber: Berita harian


Video yang mengatakan Muammar Gaddafi Mati Dibunuh (tak pasti kesahihannya . Tapi rupa paras memang ada macam Gaddafi . Kita tunggu berita lanjut untuk pengesahan)




Muammar Gaddafi Mati Dibunuh -

Wednesday, October 19, 2011

20
Komen
Mengapa Orang China Tak Tolong

Assalamualaikum semua... baru-baru kita digemparkan dengan video kanak-kanak perempuan yang mengalami kemalangan dan dibiarkan tanpa menerima pertolongan dari orang sekeliling. Nak tahu sebab apa mereka ini tidak membantu kanak-kanak tersebut ini adalah situasi sebenar di negara China.







So, inilah realiti kehidupan yang sedang berlaku di negara China. Sebagai rakyat Malaysia kita patut bersyukur kerana budaya kita tidak sama dengan budaya sana. Mau tidaknya, ada ja kemalangan penuh satu jalan. Oleh itu sama-sama la kita tolong setakat mana yang kita mampu dan tanamlah sifat tolong menoleong dalam diri kita selaku rakyat Malaysia. Namun kanak-kanak tersebut sudah tidaka diselamatkan lagi dan telah meninggal dunia semalam.


P/S: 1: Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.
         2: Jangan membirakan anak anda bermain sendirian tanpa pengawasan  
              anda.

sumber: TIAH MADIAN





Mengapa Orang China Tak Tolong -

Monday, October 17, 2011

10
Komen
Betoi-Betoi Bangang !!!



Ini memang benar-benar tragedi kemanusiaan yang amat menyedihkan bagi saya.  Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun yang sedang bermain di sebuah pasar Foshan, China, mengalami kemalangan dan tidak diberi pertolongan walaupun ramai orang yang lalu lalang disitu.


Nasib malang kanak-kanak ini bermula dimana, kanak-kanak ini dilanggar oleh sebuah van yang lalu disitu, walaupun ketika itu van tersebut berhenti namun van tersebut beredar dari situ dan menyebabkan van tersebut melanggar kanak-kanak tersebut buat kali kedua. 

Tidak lama kemudian,  datang pula sebuah lori dan datang melanggar kaki kanak-kanak tersebut dan lori tersebut tidak membhenti kederaan dan dibiarkan kanak-kanak itu begitu sahaja dah macam kucing ja aku tengok. Namun orang yang kat situ langsung tidak mempeduli kejadian tersebut dan hanya melihat sahaja. Bodoh betul manusia dekat situ., !!!!!

Tidak lama itu, datang seorang perempuan datang menyelamat budak tersebut dan sewaktu itu baru keadaan disitu mendapat perhatian sekeliling dan dihantar kehospital...... BODOHNYA LAH MANUSIA dekat situ.




Apa pandangan anda tentang manusia sekarang .... geram haih.....







Betoi-Betoi Bangang !!! -