Tuesday, December 2, 2025

Memori tentang amal mereka yang telah pergi.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/3/23


Memori ketika kanak-kanak menyaksikan abah, mak, pakwa, makwa bersemangat jaga solat-solat sunat dan puasa sunat. 


Sedang kita malas melakukannya ketika itu.



Kini abah tak mampu untuk puasa dan solat sunat. Pakwa dan makwa dah lama meninggal. Ada ingatan tentang amal mereka dalam memori. Moga Allah menerimanya.


Moga kita juga begitu. Ada amal yang dapat dicontohi oleh zuriat ketika kita sudah TIDAK MAMPU melakukannya. 


{ وَٱجۡعَل لِّی لِسَانَ صِدۡقࣲ فِی ٱلۡـَٔاخِرِینَ }

[Surah Ash-Shuʿarāʾ: 84]


((Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang yang datang kemudian.))

Sunday, November 30, 2025

Azan yang dirindui


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/3/23


Antara perkara yang istimewa ketika musafir ialah azan. Dengar azan yang berlainan nada.


Antara azan yang dirindui ialah azan di masjid universiti kami di Dimasyk. 5 tahun tinggal di sana, dengar azan yang sama setiap hari. Pasti berbekas di hati. Begitu juga dengan laungan selawat selepas azan.





((Apabila kamu mendengar (laungan azan daripada) tukang azan maka ucaplah seperti ucapannya, KEMUDIAN BACALAH SELAWAT KE ATASKU.)) (Sahih Muslim).

Friday, November 28, 2025

Renungan ketika musafir

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/3/23


Musafir mengajar banyak perkara untuk direnungi:


1. Tetap kukuhkan agama dalam diri dan keluarga walau ke mana kita pergi. Adab dan akhlak dijaga. 


Peliharalah diri dan keluarga kita daripada dosa. Adakah kita mahu mati ketika melakukan dosa?


2. Sabar dengan takdir Allah, yang di luar jangkaan kita.



3. Memelihara istiqamah amalan harian (yang kita lakukan di rumah).


4. Mulakan perjalanan dengan solat sunat musafir, doa dan TAWAKAL.

Wednesday, November 26, 2025

Banyak berfikir ketika bangun tidur?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/3/23


Seringkali bila bangun tidur akan FIKIR macam-macam. Tentang tujuan kehidupan, kematian, masa depan, anak-anak, apa lagi yang dicari dalam hidup ini? (Ada ke orang lain yang macam ini juga?) 


Terlalu banyak yang difikirkan. Kerana itu, saya perlu salurkan fikiran ke kuliah. Pasang earphone. Dengar kuliah setiap pagi sambil kemas rumah. 



Faham isi kuliah, isi minda dan hati dengan ilmu. 


Kalau dibiarkan diri terus berfikir macam-macam, hanya menambah RISAU, pesimis dengan masa hadapan.

Monday, November 24, 2025

Tak nak ulang hafazan Al-Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 7/3/23


🧒🏻: Mama, boleh tak Ahmad tak nak ulang Al Quran sampai seminggu?


🧕🏻: Dah hafal Quran, kena ulang. Mama dah hafal Quran lebih 20 tahun pun kena ulang lagi. Tak ulang sat je dah lupa.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...