Showing posts with label baju sanding. Show all posts
Showing posts with label baju sanding. Show all posts

Monday, June 10, 2013

Baju Sanding

kalau korang nak tahu baju sanding aku..aku hanya tempah kosong..penjimatan di situ..aku beli kain di jakel 6 meter, jenis kain valentino..aku tempah di kajang di dzul classique butik..masa tempah tu aku tak berapa nak yakin sebab pertama kali tempah..lepastu bukan tempah baju raya..aku nak tempah baju kahwin...tawakal ajalah sebab kawan yang cadangkan tempah di situ..
sebelum nak perti tempah cari dulu design apa yang nak buat..aku dahbagi tahu aku nak pakai dress peach masa majlis sebelah aku..manakala suami pakai taxedo grey..cari punya cari sampai rambang mata dibuatnya...akhirnya aku pilih dress simple aja..tapi tangan nak buat seperti gambar di bawah

masa nak pergi fitting baju tension gila aku tangan yang aku nak tak dapat langsung..ntah apa-apa mereka buat..panas betul..lain yang aku suruh buat lain pula yang di buat..ada pulak tu alasan..dia cakap tak cantik nanti nampak jahitan..errkkkk!!!aku yang pakai ke kau??!!!..sabar aja la..masa tu tak fikir apa ibu cakap bawak aja balik nanti ibu betulkan..kebetulan masa tu memang ibu yang nak jadi paste lace di bahagian baju..syukur dah di situ..


nasib baik jahitan mereka aku puas hati..lagi pon tempah baju kosong rm100 sahaja..modal baju kahwin aku sangatlah murah berbanding di luar sana..sampai satu baju rm800 ke atas..walhal sewa dan kalau beli pon mesti sarat lepastu korang hanya pakai sekali..membazir di situ..kurang-kurang..
baju dah siap..misi aku mencari lace pulak..lace aku beli di jakel jugak..semeter rm 100 lebih tapi dapat guna  di veil dan baju..siap ada baki lagi..

bila baju dah siap di lacekan di manikkan..aku pula yang tak yakin..sebab nampak ringan sangat bila tengok..macam bukan baju kahwin..tapi ibu cakap nanti dah makeup dah pakai veil mesti cantik...ibu cakap jangan bazir..cukup apa yang ada..nasib baik ada ibu kalau tak aku dah sewa lain.. =P..dan hasilnyaa..masa hari majlis sangat puas hati!!!



tengok detail lace di tangan ibu buat..cantik sangat..serius puas hati dengan hasil ibu..terima kasih ibu kerana membuatkan anak ibu nampak cantik di hari bahagia..tudung aku kosong kan??lepas aja letak veil dengan crown..lagi nampak cantik...hehehe..seri pengantin di situ..eceh.. =P
crown aku beli di kedai borong perkahwinan di Semua House..aku langsung tiada wedding planner mahu pon tempah di butik pengantin..kesemua sendiri..dari baju lelaki sampai ke baju perempuan..taxedo baju lelaki aku beli di area pertama..maklumlah suami berbadan berisi dan tinggi jadi terpaksa cari saiz besar..di mall memang sukar sedikit nak cari baju suami..kalau korang nak beli baik beli di area pertama kena pandai cari mana baju taxedo murah..

Wednesday, May 8, 2013

Part 1-Veil

aku cadangkan dekat ibu nak veil seperti di atas untuk majlis sebelah aku masa bersanding nanti..jadi ibu kata buat aja sendiri..aku tahu ibu boleh buatkan..dengan adanya bakat kreatif ibu..hanya melihat sahaja dapat tahu macam mana nak buat..hehehe..alhamdulilah...ibu hanya meggunakan baki lace baju sanding untuk di jadikan veil..lace itu aku beli di Jakel..beli semeter,dalam rm seratus lebih..tapi boleh guna banyak itu pon masih ada lebihan baki lagi..sebab aku hanya guna dikeliling veil dan di bahagian depan baju sahaja..lace ini agak berat..jadi ibu kena pandai ambil bunga yang sesuai untuk di jadikan veil supaya kepala aku tak terbeban..

dan ini hasilnya...terima kasih ibu..cantik sangat..berjaya ibu buat anak ibu nampak macam puteri..eceh.. =P

Monday, September 10, 2012

#Part 3 - Baju Nikah+Sanding



sabtu persamaan dengan 8 hari bulan 9...aku pergi tempah baju nikah sekali dengan baju sanding..orang cakap tempah awal takut berat badan naik nanti tak boleh pakai..tapi paling aku risau tempah lewat..takut baju tak siap..=_=" pasrah aku nanti..sebab dah banyak kali baju raya aku tak pernah siap..walhal aku hantar 2-3 bulan sebelum puasa..masih tak boleh nak siapkan jugak..kali ini aku jadikan pengajaran..aku kata dekat tukang jahit aku nak hujung tahun ini..walhal aku nak pakai tahun depan..

serius aku tidak tahu butik mana yang ok buat baju pengantin..jadi aku tanya kawan aku..beliau suggest tempah baju dekat dzul classique,kajang..bedar jugak aku nak tempah baju risau tak jadi..tawakal aja lah..harap apa yang aku inginkan tercapai..kalau korang perasan baju aku memang takda langsung belapis (lining)..aku tidak mengemari sangat lining..ada juga tukang jahit tu memberi cadangan..dia kata beli organza/chiffon dalam dia pakai lining satin..aku tahu kalau tempah yang ada lining ni mesti dia caj dua kali pembayaran..tambahan pula aku memang tidak berminat kain yang berlining ni..jadi aku dah jimat dekat situ..**jimat sangat=_=..ini pon tidak tahu berapa dia caj aku...**tutup mata

aku cakap dekat tukang jahit aku nak macam ini..macam itu...dia pon cakap kain aku beli tak cukup..dia kata awak datang hantar minggu depan..haish..dah la kajang jauh..dari rawang nak ke kajang tu tahu la jauhnya macam manakan..=_="..sebab aku ni bukan tahu bapa meter kain untuk buat baju dengan kain mengikut design yang di pilih...jadi semalam aku pon beli kain yang tidak cukup di jakel..alhamdulilah ada lagi kain itu..


majlis sebelah lelaki masih dalam perbincangan sendiri..=_="..belum di tetapkan lagi..moga di permudahkan segalanya..